Sunday, May 10, 2009

Kisah Di Hari Ibu..

Sama juga sambutan hari Ibu dengan sambutan-sambutan hari lain aku rasa. Pagi-pagi lagi mesti akan masuk mesej ke dalam peti inbox setiap telefon ibu kalau anak itu berada jauh dari ibu. Kalau tak pun, bagi yang berada dekat mungkin boleh balik jumpa ibu. Tak kata ianya salah, cuma mungkin itu akan jadi ritual yang sama setiap tahun sedangkan kita sepatutnya menghargai dan mengucapkannya sentiasa..


Pagi 10 Mei


Aku pun sama, nak juga ucapkan selamat hari Ibu pagi ini sebab duduk di rumah. Tapi lain pula jadi halnya. Abah pulang dari masjid selepas solat Subuh tiba-tiba mengadu sakit. Tiba-tiba terbaring. Tiba-tiba tidak boleh untuk berdiri tegak. Tersungkur dan terbaring. Berpeluh tiada henti biarpun aircond sudah dipasang pada suhu yang agak sejuk.


Mak jadi panik juga. Aku yang baru dalam keadaan yang Subuhnya baru lagi pun naik panik juga. Tapi orang kata, apa-apa berlaku kena buat relaks. Cool. Tapi nampaknya aku naik gelabah juga,hehe..Tanya juga abah, sakit bahagian mana. Katanya sakit dari kawasan belakang pinggan hingga ke kawasan perut. Alhamdulillah. Aku rasa biasanya kalau kawasan macam ini tiadalah teruk sangat. Saje buat-buat sedapkan hati,huhu


Dengan segera, mak bersiap untuk membawa abah ke A&E. Aku diberi tugas membawa kereta(yahoo!!!!sebab baru dapat lesen..hehe). Dekat je hospitalnya lebih kurang 3 kilometer. Sampai juga, alhamdulillah abah nampak semakin baik sedikit. Mungkin sebab psikologi pesakit, bila sudah dekat dengan hospital mungkin pesakit akan rasa elok sedikit..(betul ke???)

Masuk ke kaunter pendaftaran, pre-cheking dibuat. Tengok BP (Blood Pressure) macam ok(114/70) dan pulse rate 65. Ditambah lagi dengan suhu badan 37, aku rasa insyaallah tidak ada apa-apa nanti. Aku dengan adik sempat tertidur di bilik menunggu A&E. Jam 8 pagi, mak suruh kami pulang sebab abah nampak macam sudah ok. Kami pulang dan terus sambung tidur,huhu..habis lupa semua niat nak ucap selamat hari Ibu.





abah penat


.......Tengah Hari


Abah sudah boleh keluar. Sekali lagi, aku diberi amanah untuk mengambil abah dan mak di hospital (yahoo sekali lagi!!hehehe). Aku datang mahu juga sambil-sambil tu nak ucapkan selamat hari Ibu. Bila sampai, aku tengok abah dan mak sedang rancak berbual. Alhamdulillah semua selamat. Tapi yang paling aku nampak perbezaan adalah pada muka mak. Sebelum dan selepas kejadian. Sebelum itu, mak nampak resah dan gelisah je. Sekarang, nampak begitu ceria. Nampaknya, aku rasa cukup aku ucap dalam hati je la sebab rasa-rasa selalu juga ucap selamat hari Ibu selama ini. Sebab bimbang ganggu mood abah dengan mak. Nampak mood mak ngan abah tengah bermanja sakan,hehe..



baru bangun..


Akhlaknya??


Tiada lah besar sangat pun pengajaran boleh diambil. Yang penting, sayangi lah mereka selagi ada. Ibu atau bapa sekali pun, jangan ditunggu hari yang dikhususkan baru lah mahu terhegeh-hegeh mengucapkan sesuatu yang sepatutnya selalu dan sentiasa boleh diucapkan. Selepas ini juga, nampaknya aku dah boleh memegang amanah membawa abah ke sana dan ke mari,hehe..


p/s-SELAMAT HARI IBU!!! dan SEMOGA ABAH SEMBUH SEMOLEK2NYA!!!

6 comments:

tronx013 said...

salam,

gelabah and risau juga mendengar cerita abang wan, tapi semapt gak abang wat lawak..xsuspen dah..hehe..

akhlaknya...

Sayangilah Keluarga Kita..

semoga Allah memelihara kita daripada segala keburukan...

saffmukmin said...

tronx013: slaam tuktronx013.hehe..itula..nk jg wat suspen2,tp xleh plk.hehe..

btl.sayangilah keluarga kita..selagi kt msh lg sempat bernafas dan sempat tidur dgn lenanya ini.huhu..

hambaNya said...

betui~ smmgnya kt perlu ingat kedua ibu bapa kt setiap masa..setuju dgn mukmin..kn anak2 yg soleh solehah sentiasa ingat ibu bapanya dlm doa mrk (^_^)

emm..suspen2 blh buat buku & jd penulis yg berjaya (^_^)

saffmukmin said...

hambaNya: betul hambaNya.memang kita kena sentiasa ingtkan mereka..walau jauh atau dekat..hambaNya lagi la kan?mst amat rindu kat mak abah..

suspen??lepas ni nk wat suspen lg,hehe..tp kn tnggu komen dl la,hehe

Balqis said...

Salam, semoga ayah saudara mukmin cepat sembuhnya dan sihat wala'fiat...

Rindu keluarga di malaysia, aduhai..

saffmukmin said...

Balqis: insyaalah..semoga semakin sihat sokmo:)