Sunday, May 09, 2010

Kami Sayang!!~

Abah dan Mami


Hari Ibu tidak pernah ada dalam mana-mana sambutan agama kita. Tapi, seperti biasa kita digalakan mengucapkan penghargaan dan mendoakan kepada ibu-bapa kita setiap masa, sehinggakan tiada ruang untuk ibu kita ada terasa hati dalam keadaan sedar mahu pun tidak. Mungkin, pada saya untuk Hari ini; Hari Ibu, mana-mana yang terlupa kembalilah kepada asalnya iaitu ingatlah kepada setiap pengorbanan yang pernah ibu kita lakukan.


Kisah sahabat-sahabat Baginda banyak memberikan iktibar. Sehinggakan ada sahabat yang tidak boleh mengucapkan syahadah sebelum akhir hayatnya semata-mata kerana ibunya terasa hati dengan anaknya yang melebih-lebihkan isterinya dalam segala hal. Nauzubillah, semoga saya dan sahabat-sahabat yang lain dijauhkan dalam hal sebegini..


Mami a.k.a Ibu Saya..~


Dilahirkan pada 05 November 1953 di Kota Bharu. Nama diberi Hasnah bt Yusof. Sebenarnya boleh dikatakan mami saya memang anak orang bandar la..tapi orang bandar Kota Bharu je la,hehe..Anak ke 7 dari 8 adik beradik 5 laki-laki dan 3 orang perempuan. Dan secara tepat lagi perempuan kedua sebelum bongsu, memang mami saya disayangi oleh abang-abangnya yang berjumlah 5 orang semuanya( al fatihah untuk kesemuanya; Ayah Long, Ayah Man, Ayah Chik, Ayah Anin, Ayah Omar..).


Tahun 1978, Mami bertemu dan berkahwin dengan Abah yang zaman itu memang kurus benar!!!!~hehe..Abah dilahirkan pada 10 Mac 1952, di Kampung Kadok, berdekatan Ketereh. Nama diberi selaku anak yang sulung lelaki dari 6 orang adik beradik, Mohd Noor b Abd Razak. Boleh dikatakan abah memang asalnya 100 peratus dari kampung. Apabila orang di bandar dan orang di kampung bertemu, faham-fahamlah,hehe..Apa-apapun, perbezaan inilah yang menjadikan keserasian Abah dan Mami sehingga hari ini.


Abah dan Mami memang dikenali ramai ketika awal-awal perkahwinan dulu-dulu. Dengan panggilan Nah-Noor, sampai sekarang abah dan mami menggunakan trade-mark untuk kateringnya, Nah-Noor Katering. Kombinasi yang bagus mami dan abah!!!!!hehe..~


Dikurniakan anak seramai 8 orang, 7 laki-laki dan seorang pahlawan wanita bongsu, sememangnya kami dalam jumlah yang ramai agak sukar untuk dijaga dari kecil sehinggalah ke tahap ini. Tiada yang mahu diungkit, cuma sebanyak mana pengorbanan abah dan mami, saya yakin tiada nilai yang boleh saya ganti. Biarpun bahagian tambahan rumah yang sedang dibuat, masih tiada yang boleh dinilaikan,hehee..Haa..dicampurkan lagi dengan 5 orang cucu, sememangnya memang meriahlah!!!hehe..


Hadi ngan Aisya


Hadi ngan Aisya lagi,hehe..



Amir Safwan..



Irham Razin!!!~



Irham lagiii!!!~hehe


Last but not least..Huda Maisarah..~



Mami dan Harapannya..~



Pernah mami saya mengucapkan secara terus kepada saya dalam harapannya. Simple je,hehe..tapi memang terkena la...


" Mami boleh beri setahap ini je kepada anak-anak. Mami bukan keluarga yang ditinggalkan harta, jangan ingat sesekali ada harta. Ilmu masing-masing belajar tinggi-tinggi dah. Harapannya, jagalah solat, umur bertambah. Bacalah Al-Quran. Jadilah anak-anak yang baik. Contohilah abah. Biarpun sudah berkeluarga, jaga hubungan dengan adik beradik...,"


Raya 2007


Raya 2009

Sekarang, mami dan abah sedang menziarahi cucu-cucunya di Selangor sana. Dan hari ini pun, saya baru tahu 9 Mei adalah Hari Ibu secara 'official'nya,hehe..sebab itu, hari ini dah 3 kali saya telefon kat mami saya,hehe..


Akhlaknya..~

Setiap hari Islam mengajar kita berdoa untuk kesejahteraan kedua ibu bapa kita. Sambutan hari ini sememangnya tidak ada dalam urusan agama kita. Tapi, oleh kerana ia menampakkan ia 'official', angkat lah telefon kepada mereka yang jarang atau tidak pernah untuk mengucapkan dan mendoakan sesuatu yang baik-baik kepada ibu anda.

Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil.

p/s-mami dan abah,kami sayang kamu!!!~

Monday, May 03, 2010

Teruskan Berjuang~



...sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya.. Surah Fathir:43


Ayat di atas adalah terjemahan daripada surah Fathir: 43 yang menekankan kepada segala perancangan yang bersifat 'jahat' akhirnya akan menimpa orang yang melakukan rancangan itu sendiri. Bak kata pepatah orang Melayu, senjata makan tuan atau pelbagai lagi pepatah yang ada untuk menggambarkan situasi ini.


Realiti di bumi Malaysia kita seolah-olah sudah menunjukkan keadaan sebegini. Sudah berapa kali mereka yang merancang kepada kemusnahan dan kejahatan kepada seseorang sebenarnya Allah ta'ala sendiri membantu mereka untuk menghancurkan diri mereka sendiri.


Kenapa Mereka Ditentang?


Semuanya adalah kerana ada orang yang sudi dan ikhlas mahu membawa AGAMA ke depan. Waima ketika ini, saat yang diklafikasikan sebagai akhir zaman, orang yang membawa beragama ini ibarat orang yang ganjil. Tapi ganjilnya adalah sangat bernilai. Sabda Rasul SAW kita yang bermaksud:


"Islam itu bermula dalam keadaan ganjil, dan ia akan menjadi ganjil sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah mereka yang ganjil. Mereka (yang ganjil) itu ialah orang yang melakukan islah( pembaikan) ketika fasad(keburukan)nya manusia.."


Seolah-olah sudah menjadi aturan pada mereka yang mahu membawa agama, tentangan itu harus dilalui dengan penuh kesabaran. Ingat janji Allah akan segala janji syurgaNya pada mereka yang ikhlas membawa agama Allah ini ke depan.


Seperti yang saya kongsikan di atas tadi, letakkan keyakinan 100peratus dengan janji Allah bilamana mereka yang merancang kepada kejahatan untuk memusnahkan Agama Allah ini, pasti mereka juga akan menerima kesannya. Disamping kita selaku muslim tidak pula hanya sekadar berdoa tapi perlu juga berusaha dengan cara yang lain untuk menanganinya.


Kesimpulan

Saya sendiri tidak sehebat mereka yang mampu berjuang saat ini, ketika ini yang sanggup mengorbankan harta benda, masa mereka, komitmen mereka pada yang lain semata-mata untuk membawa agama. Cuma, kita seorang bernama muslim tidak boleh untuk berdiam diri semata.

Apa guna ada kaki dan tangan kalau tidak digunakan untuk jalan Allah. Apa guna ada telinga dan mulut serta akal fikiran, kalau tak mampu sumbangkan kepada agama. Apa guna ada badan yang besar( saya la tu,hehe) tapi beraksi semacam badan yang kecil? Sama-sama fikirkan..


p/s- semacam format buku tazkirah di Falahiah je ni,tazkirah 3 minit,hehe..

Sunday, May 02, 2010

Kerana Mulut, Badan dan Agama Boleh Jadi.....~


ugutan bunuh dalam Facebook..


Bising hari ini dalam media perdana dan juga alternatif; lebih-lebih lagi dalam laman sosial Facebook apabila seorang anak muda dengan tanpa segan silu berani untuk menawarkan diri membunuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Benar, mungkin ada yang tidak gemarkan beliau atas apa sebab saya tidak tahu, akan tetapi menawarkan untuk membunuh adalah salah satu kerja yang saya berpendapat sesuatu yang tidak boleh diterima dek akal yang sihat kita ini.


Menghargai Dan Memandang Tinggi Ulama'


Siapa yang tidak mengerti dengan keulama' kan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, saya tidak boleh menghalang. Akan tetapi, dengan segala hal yang ada pada dirinya, keilmuan agamanya, pandai meletakkan isu siasah Islam pada tempatnya, tidak pula membisu ketika mana benar islam diasingkan dengan kehidupan, beliau selayaknya digelar antara ulama pewaris nabi bersama sekalian ulama'-ulama' yang ada di muka bumi ini malahan di bumi Malaysia terutamanya.


Sikap tidak menghargai ulama' dan juga membencikan ulama' sesuatu petanda ketika mana akhlak kita sedang jauh tersasar pada landasan sebenar. Caranya mudah, kembalikan kita kepada landasannya dengan memandang tinggi pada ulama' dan menghargai ilmunya.


Anda Mahu Bunuh Ulama' ?


Sekarang ini, bunuh mungkin nampak sinonim dengan Malaysia. Tak suka, bunuh. sedangkan usaha-usaha lain banyak lagi yang boleh dibuat. Terbaru kes adik Aminul Rashid, boleh dikatakan dibunuh la..


Lebih-lebih lagi dalam hal ini, pada saya sikap sebegini satu sikap terkeji pernah saya mendengarnya. Begitu sekali harapannya untuk membunuh seorang yang sama-sama kita sanjungi kesantunan ilmu dan akhlak. Dan TGNA tidak pula pernah membuat sesuatu pada pandangan kita menyimpang dari ajaranNya.


Setakat ini, berpuluh laporan polis dibuat. Tapi, saya tidak pasti sejauh mana ada tindakannya. Kalau tindakan untuk Saiful Bukhari tempoh hari yang diancam bunuh dalam Facebook terus diambil tindakan oleh PDRM, saya harap ia juga dapat diambil tindakan dengan segera mungkin.


Kesimpulan


Kalau benar kita merasakan meluat dengan ulama', ingatlah dengan maksud hadis di bawah ini. Betapa dalam keadaan kita tidak sedar, dengan kelebihan ilmu yang ada pada mereka turut kita sama-sama merasainya.


...sesungguhnya orang yang berilmu itu akan dipohon keampunan untuknya oleh mereka yang dilangit dan mereka yang di bumi sehinggalah ikan-ikan di dalam air ikut memohon keampunan untuk orang yang berilmu. Dan kelebihan orang yang berilmu ke atas ahli ibadah yang tiada berilmu seperti kelebihan bulan penuh purnama ke atas bintang-bintang yang lain. Sesungguhnya, ulama' itu adalah pewaris Nabi-nabi...

Riwayat Tarmizi


p/s- jangan berani mencabar dalam FB, satu dunia tahu,hehe