Sunday, June 28, 2009

Minta Maaf Pada Semua..

Pada kesempatan dan ruang yang ada sebelum saya menyambung pengajian nanti, ikhlas saya mahu mohon maaf pada semua yang pernah saya terlanjur cakap yang boleh lukakan hati dan juga perasaan masing-masing. Lebih-lebih lagi pada kawan-kawan yang dikenali sejak sekolah lagi,(jika ada..) dan juga pada rakan sekerja di Kolej dahulu. Khusus lagi kalau ada antara mereka yang selalu saya naik angin sejak dulu lagi. Maaf ye kalian!!!huhu..



kawan sekolah..SPM 2002



kawan matrikulasi..2003




kawan kampus..2004/2008



kawan sekerja..2008/2009




sahabat..sampai bila-bila.


Lagi khusus kepada beberapa nama ini, saya mohon maaf dari segala pertuturan saya. Andai saya pernah buat silap, maafkan saya.

~en.Masri (pengetua Kolej PTPL)
~Pn. Halina (Ketua Bahagian)
~en.Azhar (Ketua Akademik)
~dan mereka yang lain..

Mungkin dulu mereka antara yang saya selalu sahaja melenting. Maafkan saya..

Sekarang, saya pun masih lagi sedih dengan berita kemalangan antara seorang kenalan dan juga adik kepada kami semua. Khamis lepas, dia kemalangan di Terengganu. Sekarang masih lagi koma dan terdapat beberapa kesan yang serius pada badannya. Semoga dia cepat-cepat sembuh..

julai 2009

Kalau tiada aral melintang, saya akan menyambung pengajian nanti. Tiada yang lagi hebat dari segala yang ada sekarang cuma doa dari kalian. Doakan saya agar semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangNya..

p/s-minta maaf pada semua!!

Tuesday, June 23, 2009

Cerita Tentang Adik

" Weng la pergi. Orang mana tahu macam mana nak beli tiket feri ni. Kalau weng tak pergi, memang orang tak mahu pergi," jawab adik saya.

Kami ditipu oleh agensi tiket feri ketika ini. Tiket pulang yang kami beli semasa sampai di Pulau Langkawi pagi tadi sebenarnya syarikatnya sudah tiada. Rasanya kami sudah membelinya di kaunter yang disahkan oleh agensi di sana. Buat pertama kali, saya pun naik gelabah juga. Tapi macam biasa, relakss,hehe..




tanda Langkawi


Saya dan adik, merancang untuk ke Pulau Langkawi selama satu hari dari pagi sampai ke petang. Kami bertolak dari Kota Bharu dan terus ke jeti Kuala Perlis. Bot feri pertama pada pagi itu kami naiki. Amat ramai juga orang yang mahu ke sana. Dan kami secara jujur, ini lah pertama kali kami ke sana. Saya hanya mampu membayangkan bagaimana tempat pertama kami sampai yang cuba dibayangkan oleh sahabat saya, Asrul.


Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat. Tiket untuk pulang kami terus beli. Dengan harapan nanti, senang apabila sudah selesai mengunjungi tempat-tempat di Pulau ini yang berpadanan dengan duit saya ketika itu. Ye la..duit seorang student, maksudnya duit PTPTN ler,hehe...tak banyak boleh digunakan.




dalam Bot Feri masa pergi


Dari ke pantai Chenang-ke Under Waterworld Langkawi-ke kereta kabel berdekatan di kampung Teluk Burau-dan berakhir di Masjid Al-Hana Langkawi, kami kepenatan dan sempat solat Jumaat di sini. Memandangkan duit kami sudah tinggal sedikit, nasib baik adik saya sedikit ada idea semasa dia membeli roti dan sebotol peanut butter di semenanjung semalam. Katanya, untuk back up bekalan, dan saya dengan megah berkata kita cukup duit,hahaha....


Tengok, siapa yang kena,huhu...akhirnya, saya dan adik pelahap sekali habiskan roti dan peanut butter selepas seusai solat Jumaat.



Di atas bukit~menaiki menggunakan kereta kabel


Kami berehat di sini hampir sejam. Dan tiket kami untuk pulang petang ini jam lima. Kami bajet sempat nanti sampai di Jeti Kuala Perlis jam enam petang. Dan nanti Kak Farah (masa tu belum lagi jadi kakak ipar) akan datang mengambil kami di sini. Sebenarnya, ini perancangan tambahan kami sendiri. Plan asalnya adalah hari Jumaat kami kena berkumpul di Arau, Perlis untuk majlis perkahwinan abang Fais, abang kedua saya dengan Kak Farah. Kerana malam Jumaat itu akan berlangsungnya akad nikah dan juga majlis di rumah Kak Farah keesokannya.

Dan kami merancang untuk hadir awal sehari dengan melawat ke Pulau Langkawi. Best2!!!


Tapi....


Tapi, kami kena tipu. Tiket yang dibeli sebenarnya tiada pun bot feri itu. Saya memang dah tiada duit untuk beli tiket lain. Kami sama-sama panik. Tapi saya ada sikit relakss lagi,hehehe..


" Macam ni, Dzihar pergi cuba tanya dulu dekat kaunter sana. Cuba cakap-cakap sikit. Beritahu la kita memang dah beli. Tapi kena tipu. Dan kita tidak ada duit lagi nak beli yang lain. Kalau Dzihar tak mahu pergi, kita tidur di Langkawi je malam ni!!" , saya tinggikan sedikit suara.


Saya bukan apa. Ketika itu adik baru sahaja dalam tingkatan 3. Dia ini sedikit pemalu ala-ala kucing gitu, hehe..Tapi sebenarnya dia berbakat. Mungkin lebih lagi dari saya ini. Saya cuma mahu tengok macam mana dia berinteraksi kali ini. Macam mana mahu berjumpa dan berkomunikasi dengan orang persekitaran. Ditambah dengan sedikit ugutan mahu bermalam di sini, nampaknya saya berjaya,hehe..

Dan terus dia berlari ke kaunter tiket yang lain. Jam di tangan menunjukkan 5.35 petang. Bot feri terakhir adalah jam 6 petang. Kalau kami tak naik yang last ini, maknanya kami terlepas majlis akad nikah malam ini.


Tiba-tiba....


" Yahoo!!!!....Dzihar boleh adjust 2 tiket balik. Free!!! Mungkin diorang kesian tengok muka adik ni kot, hehe," akhirnya adik dapat dua tiket juga.


Bot feri terakhir jam 6 kami berjaya naiki. Jam tujuh malam, kami sampai di Jeti Kuala Perlis. Abang Fais datang ambil. Malam itu, alhamdulillah semua berlangsung seperti yang dirancang. Dan saya gembira dengan segala yang berlaku pada adik kali ini. Duit pun selamat,hehe..(sebenarnya ada duit lebihan...)


Selepas hal ini, adik terus berani menonjolkan potensi diri~sehinggakan berjaya mendapat antara pelajar terbaik sekolah Teknik Pasir Mas bagi pelajar lelaki (Lelaki je,hehe..). Dengan keputusan SPM 2008 yang agak baik, dia menolak Matrikulasi. Bimbang tak dapat kejar pengajian dalam Bahasa Inggeris. Saya hanya akur apa yang diputuskan.




my sister, Nur Amaleena dan Bro Dziharuddin


Kini, dia sedang bersiap untuk Pengajian Diplomanya di UiTM Dungun. 27 Jun 2009, insyaalllah semoga kamu selamat belajar di sana nanti. Abangmu yang besar ini akan sentiasa doakan kamu.(^_^)


All The Best!!!~Bro Dziharuddin..


p/s-mahu mengucapkan selamat belajar juga kepada mereka yang akan memulakan pelajaran dan juga selamat bercuti kepada mereka yang bercuti!!!hehehe...

Sunday, June 21, 2009

Temuduga~Berjaya?

Dalam sebulan yang lepas, saya sempat berjumpa dengan seorang yang dipanggil dengan panggilan ayah Haji. Berjumpa dengannya bersama seorang kawan untuk belajar dan menuntut pelbagai tips untuk sesi temuduga nanti. Berpengkalan di tengah pekan Jelawat, Bachok kami sampai di sana. Pertama sampai, kami merasakan seolah-olah macam nak pergi jumpa Ayah Pin sebab dengan keadaan senyap dan angker itu,huhu..


Tapi kami silap. Banyak yang kami pelajari mengenai mahu menguruskan sesi temuduga dan cara mahu untuk menyiapkan diri sebelum, semasa dan selepas temuduga. Lima syarat yang digariskan untuk ditemuduga. Di sini saya berkongsi dengan semua. Sebab Ayah Haji tidak ada pula melarang untuk berkongsi,hehe..


5 Syarat??


Sebenarnya kita sudah ketahui namun kadang-kadang terlupa. Ayah Haji mengingatkan bukan temuduga itu yang 100% memberikan kita keputusan untuk berjaya di dalam temuduga. Sebenarnya kita lupa, kita ada kabel lagi besar iaitu Allah!!!



jangan lupa Allah!!


5 syarat yang utama adalah:

~ Allah s.w.t (penting ni!!!!)
~Persiapan Calon
~Penemuduga
~Majikan
~dan last sekali adalah KABEL manusia,hehe...


Dalam lima ini, banyak ditekankan kepada bagaimana mahu kita dapatkan permohonan dan pertolongan dariNya. Tanpa segan silu, saya katakan di sini kebanyakan yang diajar adalah sebenarnya yang sudah selalu kita buat cuma tidak konsisten sahaja.


Cara Kerja Muslim


Ketika dalam sesi belajar bagaimana mahu menjawab soalan penemuduga, ada satu soalan begini;


Buktikan kehebatan awak untuk saya mengambil awak bekerja dengan saya?


Jawapan dalam kepala saya ringkas masa itu. Tapi dengan jawapan skema yang diberikannya, saya merasakan itu adalah yang terbaik.


Jawapan yang ayah Haji ajar mudah dan ringkas tetapi tepat pada pemikiran kita semua selaku Muslim. Jawapannya ringkas berbunyi begini (biarpun anda semua membacanya ye,hehe..):


Tuan, sebagai seorang graduan Muslim tidak wajar untuk saya masuk bakul angkat sendiri tetapi dengan soalan yang tuan kemukakan, izinkan saya huraikan tentang kelebihan saya berbanding calon-calon yang lain


Tuan, saya mengamalkan cara hidup Keislaman, megikut kaedah Kualiti Pengurusan Menyeluruh iaitu dengan;


" Buat apa yang saya tulis,
Tulis apa yang saya buat,


Buat apa yang saya cakap,
Cakap apa yang saya buat,


Cakap apa yang saya tulis,
Tulis apa yang saya cakap"



dan panjang lagi huraiannya.....


Saya sebenarnya tertarik dengan ungkapan di atas ini. Betapa ramai antara kita yang tidak menyedarinya.


Buat apa yang saya tulis, Tulis apa yang saya buat.


Contoh yang saya mahu ambil adalah sebagai seorang bloggers yang selalu juga menulis begitu dan begini. Kadang-kadang semua nampak baik sahaja. Akan tetapi pernah juga terlintas di hati saya, pernahkan apa yang saya tulis ini adalah apa yang akan saya buat atau pernah buat atau macam mana? Sama-sama fikirkan.


Dan juga yang penting, setiap yang kita buat harus ditulis atau dicatat seperti sesetengah orang menulis mottonya di dalam blog, aku menulis blog adalah kerana pada satu masa hadapan nanti aku akan ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada generasi akan datang betapa begini dan begitu aku dahulu..bagus!!


Buat apa yang saya cakap,Cakap apa yang saya buat.

Tentang ini, lagi ramai yang tidak sedari. Saya juga akui begitu. Terlalu banyak cakap tak boleh juga bimbang ada yang tak terbuat. Yang penting cuba untuk mengimbanginya. Jangan jadi NATO sudah (No Action, Talk Only!!!!,huhu)



Cakap apa yang saya tulis,Tulis apa yang saya cakap.

Tentang ini merupakan asas kepada berilmu. Seorang pemimpin, pekerja, mahupun sesiapa haruslah bersikap begini. Menulis apa yang di cakap, cakap apa yang ditulis harus diaplikasikan dalam diri kita. Jom jadikan, Mengikat ilmu dengan menulis dan juga menambahkan ilmu yang ditulis dengan berkongsi,insyaallah!!!!!


Akhlaknya

Kalau siapa-siapa yang free nanti, bolehlah baca entri ini dan cuba kita bersama amalkan. Tentang temuduga itu, sahabat saya sudah laluinya dan sekarang katanya 80 peratus keputusan positif itu di dalam tangan. Apa-apa pun, kuasa Allah s.wt itu Maha Hebat. Pelbagai lagi boleh berlaku jika Allah mahu menguji kita dengan keputusan temuduga ini. Yang penting, jangan tinggal memohon padaNya..






Tak lupa juga, saya kreditkan entri kali ini kepada kawan sekerja saya Noor Farhah, kawan sebilik saya selama dua tahun di kampus USM, Asrul Fahmi dan juga teman berbual saya, Faizul a.k.a Bul yang berjaya dalam temuduganya tempoh hari sebagai Pegawai Sains di Hospital. Semoga kalian terus berjaya nanti. Doakan daku jua,huhu..


p/s- tak sabar menunggu keputusan temuduga..doakan saya juga.

Thursday, June 18, 2009

~Jagalah Adabnya~

" Kita harus mengambil teladan di dalam solat yang menitik beratkan soal kepimpinan yang jelas dan nyata. Bermula dari Tok Imam solat mengangkat takbir sehinggalah diberi salam pertama, kita 100 peratus harus mengikut imam tanpa terlewat dan juga terkehadapan sedikit pun. Namun, walaupun 100 peratus kita harus mengikut imam tetapi sekiranya imam solat ada tersilap ataupun membuat kesilapan kita diharuskan untuk menegur dengan memberi ucapan Subhanallah. Tapi kena ingat, walaupun perlu diucapkan Subhanallah ia bukan untuk berniat menegur semata, namun harus diniatkan untuk memuji Allah juga dengan ucapan begitu.


Ada juga yang boleh kita mufaraqah sekiranya benar Imam solat itu salah rukun solatnya kerana ia bersifat wajib. Dan juga kerana kita tahu ia benar-benar salah yakni melanggar rukun solat yang boleh membawa kepada batalnya solat kita," abang Naqib berbicara.


Saya teringat kata-kata ini semasa di dalam bengkel solat semasa saya di dalam tingkatan satu dahulu. 2 tahun kemudian, saya pula menggunakan ayat ini untuk adik-adik usrah saya di dalam kumpulan saya tingkatan satu masa tahun 2000.




old skol punya gambar,hehe


Satu pengajaran besar yang saya mahu ambil adalah tentang seni dan adab di dalam kepimpinan. Solat telah mengajar kita. Berpolitik lebih lagi di ajar di dalam solat. Dari mengikut pimpinan, adab menegur pimpinan, adab meraikan Imam sekiranya ada membuat kesilapan dengan mengucapkan Subhanallah dan pelbagai lagi.


Ini juga adab yang mahu Allah tunjukkan kepada kita tentang menegur pimpinan kita. Boleh menegur tetapi haruslah dalam kondisi yang akan menimbulkan lagi rasa tanggunjawab dan juga rasa untuk memperbaiki diri. Bukan menegur untuk terus menjatuhkan seseorang.


Ketua


Cakap pasal ketua, dalam tahun akhir di sekolah saya teringat kisah seorang ketua kelas saya. Saya beri kan dia nama Fakhri (bukan nama sebenar). Selalu ada antara kami yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan dan keskemaannya dengan cuba memonteng kelas, datang lambat dan juga tidak pernah mahu dengar apa arahan dan juga perintah dia selaku Ketua Kelas. Sehinggakan dia sendiri pernah merasakan apa gunanya menjadi Ketua Kelas.


Saya masih ingat lagi semasa tahun akhir saya di sekolah ini, itu adalah tahun Piala Dunia 2002. Dan malam itu malam perlawanan akhir Bola Sepak antara Brazil dan juga pasukan Jerman. Malam itu juga kami sepatutnya ada kelas tambahan dengan cikgu dari luar sekolah kami. Dan yang sedihnya, hanya 5 orang sahaja yang hadir dari 25 orang pelajar dalam kelas kami. Dan yang teruk kena marah dan disindir oleh cikgu itu adalah Ketua Kelas kami. Kesian-kesian...



aduhh.....


Akhirnya ada antara kami mahu memberikan semangat padanya. Aduh, kesian juga fikirkan padanya sebab kami ini terlalu mengambil kesempatan. Namun kami silap. Setelah apa yang berlaku, dia memang betul-betul bangkit. Dan akhirnya dia berjaya menjadi Ketua yang kami kagumi dan sayangi. Sampai sekarang, sebut je nama dia mesti senang kami mahu ingat kerana tugas dan kerjanya itu. Bagus ketua!!!! hehehe..


Kampus

Lain pula di kampus. Semasa di kampus juga kami pernah alami keadaan begini. Pernah ada rasa tidak berpuas hati dari kalangan kami anak-anak muda ini terhadap pimpinan kami. Maklum lah orang-orang muda,hehe..




pemberontak (bukan semua),hehe...


Tapi akhirnya kami ditegur dengan penuh berhikmah dan menyatakan kenapa harus dibuat begitu dan begini. Alhamdulillah, kami akur dengan apa yang tidak sepatutnya kami berbuat sebegitu. Macam-macam!!!!huhu..



Akhlaknya


Semasa di dalam hal yang berlaku sekarang, dari Unity Goverment sehingga lah apa lagi nanti yang akan mucul, adab menjadi seorang ahli dan juga adab mengikut pimpinan harus kita dahulukan. Menegur tiada salah namun harus melihat kondisi yang baik. Memberi komentar untuk menjernihkannya tiada salah namun harus diingat kita sudah menjadi sasaran media. Dengan berkata sesuatu yang nampak baik untuk kita namun boleh diputar oleh pihak media sana yang menampakkan ia tidak baik.


Saya terkejut dengan amarahnya Tuan Guru Nik Aziz semalam kepada Ustaz Nasahrudin Mat Isa tentang hal ini. Mesti ada sesuatu yang harus diperhalusi nanti terhadap teguran Mursyidul Am ini. Mereka pimpinan dengan Mursyidul Am ibarat datuk dan nenek. Mereka ada sesuatu yang harus di selesaikan dan kita anak dan cucu yang baik duduk senyap sahaja buat masa ini dan terus memerhati dan menanti sehingga ada mencapai keputusan yang sebenarnya dari mereka.



ingat....berjuang bukan main-main!!!!!


Insyaallah, apabila kita begini saya melihat Allah s.w.t mahu menguji kita. Sekiranya kita berjaya melepasi halangan sebegini, tidak pelik kita akan mengambil Malaysia PRU ke-13 nanti.



p/s-Insyaallah!!!!

Tuesday, June 16, 2009

Ada Rasa Lain..

Ketika saat saya mahu menulis post kali ini, saya merasakan ada sesuatu perasaan yang begitu membelenggu dalam diri saya selepas pulang dari rehlah tempoh hari. Sesuatu yang sampai sekarang tidak boleh lagi saya rungkaikan dengan gambaran muka dan juga kata-kata cuma ia masih tetap berada dalam diri. Mungkin ia dalam bentuk G.E.M.B.I.RA atau berbentuk kepuasan, saya sendiri masih tidak ketahui. Namun, perasaan sebegini juga yang hadir semasa rehlah yang sama tiga tahun yang lepas.






saya bersama Ustaz A'syraf!!!,hehe..



Pertama


Saya cuba duduk beberapa kali untuk cuba merungkaikan perasaan begini. Pertamanya, saya sebenar terkejut dengan berita yang datang secara tiba-tiba datang kepada saya. Iaitu berita tentang pemergian Syeikh Fathi Yakan menemuiNya. Walaupun tidak mengenalinya, namun buku karangannya yang terkenal di Malaysia bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Islam? merapatkan kita semua dengan beliau. Sesungguhnya idea dan hujah-hujah beliau dalam bukunya ini begitu rapat dengan kita selaku muslim yang harus melihat Islam dalam segenap sudut. Dan saya begitu bersyukur dapat diperkenalkan dengan buku yang sebegini. Saya pasti anda juga pernah membacanya. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah pada beliau. Semoga dengan usaha-usaha yang dibuat beliau, akan memunculkan lagi ramai ahli yang semacam beliau.



Fathi Yakan


Kita kena ingat, Fathi Yakan adalah seorang ahli jurutera yang mana ilmu haraki dan agamanya begitu halus dan tertib. Ini lah yang kita mahukan. Walaupun berada dalam bidang profesional namun beliau tidak lupa bahawa ilmu agama itu tidak pernah melihat kedudukan. Saya tertarik dengan kata-kata seorang pimpinan dalam PAS mengatakan bahawa;



Ulama' dalam PAS adalah Profesional dan Profesional dalam PAS adalah Ulama'



Menyusuri jalan dakwah Fathi Yakan, akan mengingatkan kita kepada jalan-jalan dakwah Nabi Muhammad S.A.W, sahabat-sahabat baginda dan juga seterusnya. Betapa dakwah itu mesti harus digerakkan biarpun melalui tulisan; jika kita tidak hebat dari segi ucapannya, biar dari segi ucapannya; kalau kita tidak hebat dari segi tulisannya dan juga biar hebat kerja dan tindakannya; kalau kita tidak hebat tulisan dan ucapannya. Jangan sia-siakan potensi diri untuk menggerakkan dakwah hanya keranaNya.


Sekali lagi, Al-Fatihah saya sedekahkan padanya..



Kedua


Saya terus duduk merungkai kenapa perasaan begini masih tetap ada. Fikir punya fikir, relaks punya relaks, dan macam-macam lagi yang dibuat, sebenarnya saya amat merindukan sahabat-sahabat sejak balik dari rehlah tempoh hari. Benar lah, sahabat yang baik kita akan terus merindui mereka. Biarpun kita jauh. Bak kata Abe Amin, pesanan dari khutbah nikah Tuan Guru Nik Aziz kepada satu pasangan yang mahu berkahwin;



" Kahwin ini lain ikatan nya dengan ikatan persahabatan. Kita bersahabat, kita terikat atas nama sahabat. Kita lama tidak bertemu dan tidak berjumpa pun tidak apa kerana kita tetap merindui sahabat kita ini. Tetapi ikatan perkahwinan lain, kalau kita tidak bertemu dan tidak berjumpa dalam satu masa yang lebih jauh dan lama, perasaan dia jadi lain...jadi jagalah ikatan perkahwinan ini.."




Benar. Memang kita biarpun lama tidak berjumpa, tapi sekali berjumpa, Subhanallah..begitu sekali asyiknya pertemuan persahabatan ini. Akhirnya saya sudah temui jalan penyelesaiannya kenapa sampai sekarang macam begini. Semuanya kerana saya benar-benar merindukan sahabat-sahabat yang baru sahaja saya ketemui dua tiga hari lepas. Semoga kita akan dapat terus bersama bersahabat nanti!!!





sahabat ibarat cermin~siapa kita adalah ditentukan oleh sahabat kita~syukran sahabat!!!




p/s-saya-rindu-semua!!!!

Sunday, June 14, 2009

Ceritera Tentang Lesen

Bila sebut tentang lesen, pasti ramai antara kita akan fikir dan terus memfokuskan kepalanya kepada cerita tentang lesen kereta. Kenapa lesen kereta? Tak pula lesen lain? Sebenarnya tak kisah lah lesen apa pun, yang penting pada saya lesen kereta lah lesen yang paling susah mahu dapatkan kalau dicampur dengan karenah birokrasi dan juga karenah menunggu untuk diuji atau pun dilatih semasa di akademi memandu. Saya yakin ramai antara kita ada kenangan pahit kalau mahu dapatkan lesen kereta kan. Kalau tak, buat-buat lah susah ye,hehe..


Lesen Kahwin?


Cuti baru-baru ini, begitu ramai orang yang buat majlis kahwin. Hinggakan ada seorang jiran saya jatuh sakit disebabkan begitu banyak jemputan dan hampir semua dia hadirkan diri. Tak salah untuk hadirkan diri tapi apabila isterinya bercerita hampir setiap majlis kenduri kahwin dia pergi, semuanya dihentam kari daging, dacar daging, daging kicap, macam-macam lagi la. Dicampur dengan hypertension yang ada, semuanya boleh menjadi begitu.


Pointnya adalah kahwin. Hampir semua majlis kahwin dibuat kali ini adalah kerana cuti sekolah bulan lapan nanti bersamaan dengan bulan Ramadhan. Maka, takkan la ada yang mahu dibuat majlis kahwin dalam bulan puasa kan? Tapi ada juga seorang kawan beritahu di Sarawak sana keluarga muslim yang membuat majlis kahwin dalam bulan Ramadhan. Kalau cerita itu betul, pening-pening...


Malah ada juga yang mengejar tarikh 06/06/09. Tak tahulah kenapa kan. Mungkin untuk kenangan abadi masing-masing kot,hehe..


Sebelum terlupa, mukmin mahu juga kalungkan tahniah untuk Abe Roll atas majlis perkahwinannya. Semoga terus berbahagia bersama Kak Che nanti.




rumah pengantin perempuan





rumah Abe Roll



Aaaa..korang tahu apa lesen kahwin di Malaysia? (sebab sub topik tentang lesen kahwin,hehe..). Cepat-cepat. Lima saat diberi. Cepat-cepat!!! Satu, dua tiga, empat, lima...teeeettt. Habis. Jawapannya lesen kahwin di Malaysia adalah korang kena hadirkan diri ke kursus kahwin. Lantak lah apa dalam jawapan korang tapi pada mukmin ini lah jawapannya,huhu..

Sebenarnya mukmin mahu tributekan ini kepada dua sahabat rapat mukmin Cikgu Fikri dan juga Cikgu Najmuddin yang sempat ke Kursus Kahwin masa cuti minggu lepas. Itu maknanya mereka tak lama dah majlis kahwinnya sebab lesen kahwin mereka dah dapat,hehe..


Lesen Yang Ini Mahu Di Ceriterakan..


Sebenarnya, post ini ditulis adalah untuk kesejahteraan semua. Keselesaan semua. Kesenangan semua. Nak tahu apa?


Aaaa...sebenarnya mukmin mahu tolong seorang wanita yang mukmin amat sayang buat masa sekarang iaitu membantu berkempen katering mak mukmin. Bukan apa, nanti senang untuk kita juga kan sebab perut kita semua dapat kenyang kalau tempah dengan mak mukmin nanti,hehe..


Katering ada banyak jenis dan menu sebenarnya tetapi lesen bagi katering yang tepat adalah kerana kesedapannya, keenakkannya, dan juga kemurahan harganya,huhu...Mukmin yakin siapa-siapa sahabat-sahabiah, adik-adik kampus USM yang pernah datang rumah ataupun sahabat kerja PTPL KB mesti tahu tentang macam mana rasa masakan mak. Rasanya sampai menjilat jari,hehe..(patutlah anak besar-besar semua,huhu..)


the making of nasi dagang~untuk katering




gulai ayam





jeng-jeng, siap..hehe




nasi dagang..terliur weh!!



Tiga hari lepas, kad bisnesnya baru sahaja disiapkan. Dibuat oleh syarikat seniorku yang begitu cantik design kadnya. Tapi mungkin gambar yang ditunjukkan tidak begitu jelas. Namun bukan lah katering mak mukmin baru sahaja diuruskan. Sebenarnya sudah lama. Hampir dua tahun sudah. Dari sekecil-kecil majlis hinggakan mencapai 600 orang jemputan, rasanya itu semua sudah memberikan betul-betul pengalaman pada mak. Mukmin melihat apabila mak bersedia membuat kad bisnesnya sendiri, itu maknanya mak juga sudah bersedia untuk menjadikannya lebih serius. Kalau sebelum ini sekadar untuk suka-suka, kali ini insyaallah untuk suka kan perut anda semua,hehe..




Hasnah Binti Yusoff
09-7642093
019-9212009
Lot 1222, Taman Hidayah, Kg Huda 15200 Lundang, KB, Kelantan.



Akhirnya



Apa yang penting?? Kerjasama!!!! Kerjasama apa tak tahu lah yang mukmin dah buat untuk betul-betul tolong mak sebelum ini dalam katering. Ini kerana dulu selalu juga bertindan dengan waktu kelas di kampus. Ada juga tolong satu, tolong makan kot,hehe..Tapi, kali ini tak mahu lagi mencipta alasan. Setakat mana boleh bantu, mukmin mahu bantu. Lagi-lagi sekarang kan semuanya boleh berkempen dalam blog macam gini ditambah lagi post ini adalah post yang ke-seratus mukmin,alhamdulillah!!!!!

Akhirnya, harap ada yang sudi membaca...




saya dan mak tersayang..




p/s-setakat ini hanya di Kelantan dulu ye tempahannya,hehe..

Thursday, June 11, 2009

Akhirnya~KCB

Untuk ke sekian kali, saya terus membaca sebahagian dan juga sedikit dari novel ini. Novel ini katanya best seller di rantau Asia Tenggara. Novel KETIKA CINTA BERTASBIH. Bahagian yang saya baca ini yang paling saya merasakan satu saat seorang bernama manusia harus sentiasa menerima apa yang berlaku dengan penuh keredhaan. Teringat dalam satu post yang saya baca iaitu kerana belum tahu hikmah, maka kita lemah..


Bersabarlah atas apa yang berlaku kawan-kawanku, sahabat-sahabatku malah sesiapa juga dan juga peringatan untuk diri saya sendiri juga.




Anna, Furqan dan Azzam




Pagi harinya Pak Mahbub menghantarkan Vivi dan keluarganya
menjenguk Azzam. Saat itu Azzam sedang sedih-sedihnya kerana
diberi tahu bahawa ibunya telah meninggal dunia. Azzam sudah boleh
diajak berbincang dengan siapa saja. Begitu ia tahu Vivi dan
keluarganya datang ia menyeka air matanya dan menata jiwanya.


Vivi menatap Azzam dengan linangan air mata.
”Maafkan saya, mungkin saya harus tetap terbaring di sini. Sehingga
saya tidak mungkin ke Kudus untuk akad nikah denganmu. Maafkan.
Kita manusia hanya bisa berikhtiar tapi Allah jugalah yang
menentukan.” Ucap Azzam pada Vivi yang di dampingi kedua orang
tuanya.


”Bersabarlah. Ini musibah kita bersama. Aku akan setia
menunggumu, sampai kau sembuh.” Vivi menenangkan Azzam dan
membesarkan jiwanya.


”Terima kasih Vivi. Kau baik sekali. Kau tahu berapa lama lagi kiranya aku
akan sembuh. Temanku di Mesir dulu menunggu sampai satu
tahun baru dia dapat berjalan. Aku tak ingin mengikatmu dengan rasa
kasihanmu padaku. Pertunangan itu belumlah akad nikah. Itu baru
semacam perjanjian. Aku tidak ingin menzalimimu. Sejak sekarang
aku beri kebebasan kepadamu. Kalau kau sabar menunggu ku maka
terima kasihku padamu tiada terhingga. Kalau kau ternyata di tengah
penantian merasa tidak kuat, maka kau boleh menikah dengan siapa
yang kau suka. Aku tahu umurmu sama dengan umurku. Sebentar
lagi umurmu mencapai usia berkepala angka tiga.” Kata Azzam dengan lapang dada.



Husna takjub dengan kata-kata abangnya itu. Abangnya benar-benar
dewasa cara berfikirnya. Dan hebatnya abangnya tidak mahu
dikasihani. Abangnya masih menunjukkan karakternya sebagai
Khairul Azzam yang pantang menyerah. Khairul Azzam yang sangat
percaya dan yakin akan kurnia Allah.


“Aku akan berusaha setia.” Kata Vivi. ”Terima kasih atas kebesaran
jiwamu.” Lanjut gadis yang berprofesion sebagai doktor di Puskesmas
Sayung itu.



Setelah merasa cukup Pak Mahbub dan keluarga dari Kudus itu minta
mengundur diri. Sebelum meninggalkan wad itu Vivi masih sempat
melihatnya kembali. Dan tersenyum padanya sebelum pergi. Azzam
berusaha tersenyum. Begitu Vivi pergi Azzam menangis tersedu-sedu.
Ia teringat majlis pernikahannya yang batal. Ia teringat gerbang
pernikahan yang ada di depan mata.


”Kenapa kita harus banyak menangis hari-hari ini ya Na?” Tanya
Azzam pada adiknya.


Mungkin Allah sedang menyiapkan cara agar kita dapat tersenyum
indah setelah apa yang berlaku.” Jawab Husna.


”Semoga jawabanmu itu benar.”



”Insya Allah abang Azzam. Janji Allah bersama kesukaran pasti ada

kemudahan.”


”Allah tidak akan mengingkari janji-Nya.” ”Pasti.”

(salah satu babak di dalam novel yang amat mengesan jiwa saya..)




Hari ini


11 Jun 2009, secara rasmi filem ini akan ditayangkan. Tapi tidak di Malaysia lagi. Apa-apa pun, usaha yang dibuat selepas ini harus diselarikan dengan tindakan kita agar terus berusaha untuk mengajak semua berdakwah dengan segala cara yang tidak melanggar syara'nya agar kemaslahatan ISLAM terus dijunjung.




Lagu rasminya..filem KCB



p/s-Ketika Cinta Bertasbih..

Re~Aku terima Nikahnya

Kali ini versi Al-Aarifin. Seorang teman dan juga sahabat dunia dan selamanya, insyaallah. Seorang sahabat yang hampir sama susur alur jalan pengajian akhirnya menerima aqad nikah sebentar tadi. Al ini seorang yang lebih dan begitu berani dalam menghadapi apa jua rintangan tapi tadi kena juga ulang dua kali masa aqad nikah tadi (maaf Al,hehe). Kalau aku sempat nanti aqad nikahnya, jangan lah banyak-banyak sangat ye,hehe..



aku terima nikahnya


Pada aku, Allah s.w.t sememangnya akan sentiasa ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Cuma kadang-kadang kita terlupa melihatnya barangkali. Akh Al begitu juga Allah mengujinya. Namun aku lihat dia begitu hebat sekali menghadapinya. Insyaallah Al, pasti nanti di hujungnya kebahagiaan selamanya..


Bila la kami?


Masa kami duduk dari sudut belakang Al ketika sedang menerima aqad nikah dari tok kadi, sempat berbual ngan Abu, bila la kita ye. Macam tak sabar pula,hehe??


" Sabar bro, insyaallah ada masa sampai, kalau tak kita tunggu di sana nanti," pesan Abu.


Senyum je la aku dengan jawapan itu.


Apa-apa pun, tahniah untuk ke sekian kalinya dari aku untuk pasangan bahagia ini. Barakallah laka wabaraka alaik wajama' bainakuma fi khair. Akh Al-Aarifin dan juga Ukhti Aini seorang junior kami, semoga kalian sentiasa dapat bersama pada jalanNya nanti.




pasangan bahagia: Al-Aarifin dan Aini




Tambahan lagi, tahniah juga kepada Husna dengan majlisnya baru-baru ini di Baling, Kedah. Aku tak dapat pergi, sorry laa..hehe.Apa-apa pun, aku doakan sentiasa berbahagia pasangan kali ini, Ustaz Fadil bersama Nurul Husna.





Ustaz Fadhil dan Husna


p/s-aku doakan generasi baru sehebat Umar Al-Aziz dan juga Salahuddin Al-Ayubi muncul nanti dari generasi sehebat kamu,insyaallah!!!!

Tuesday, June 09, 2009

Tahniah~Dakwah Diteruskan

Dalam beberapa hari yang lepas dan juga hari ini, petikan Tuan Guru Hj Abd Hadi dalam ucapan dasarnya dalam Muktamar ke-55 sekali lagi dijadikan highlight yang sangat besar dalam dada akhbar media massa pihak sebelah sana. Isunya bukan tidak boleh dilaporkan dalam berita sebegitu rupa namun selalu sahaja perkara yang sebenarnya satu idea dan pandangan awal serta hanya salah satu isi yang kecil dalam teks ucapan dasarnya untuk membentuk kerajaan perpaduan, tapi diperbesarkan mereka.


Tapi tidak mengapa lah kerana kita tidak boleh melatah dengan isu-isu kecil begini. Yang penting, jangan lupa pula apa yang sepatutnya kita highlight kan dalam ucapan dasar ini iaitu ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN. Terlalu banyak yang harus kita halusi ucapan ini. Anda semua boleh melihat dan membacanya di sini. Ayuh, ISLAM sememangnya memimpin perubahan. Maka, selarilah prinsip kita selama ini, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.



Tahniah!!!




saff kepimpinan baru



Saya mahu kalungkan sebanyak mungkin tahniah kepada saff kepimpinan baru. Tiada harapan yang lagi besar yang mahu disandarkan. Cuma mahu untuk melihat ISLAM benar-benar MEMIMPIN PERUBAHAN di Malaysia nanti di dalam menuju 50 tahun yang akan datang menurut cara yang sepatutnya.


Malah, satu perkara yang dititik beratkan oleh salah seorang wakil dari Kedah yang membahas tentang ucapan dasar ini. Iaitu beliau menegaskan ayuh lah kita terus merapatkan saff perjuangan dengan memahami konsep wala' dan juga taat pada pimpinan. Maka nanti, barulah kita boleh melihat ISLAM benar-benar boleh MEMIMPIN PERUBAHAN!!



Tahniah juga..


Beberapa minggu lepas, saya sempat juga bersama sahabat-sahabiah ke satu perkampungan orang asli di Bera dengan mengikuti bersama pasukan Islamic Outreach Abim (IOA) yang diketuai kali ini oleh Tn Hj. Arrifin.



Tn Hj Ariffin


Tiada kata lain yang mahu digambarkan iaitu betapa banyak lagi usaha yang boleh dilakukan dalam membawa ISLAM memimpin perubahan disini. Betapa golongan pendakyah Kristian terus menerus turun ke sini, namun dengan kita yang hanya tiga kali dalam setahun??


Namun sekalung tahniah juga pada mereka yang sanggup pergi ke sana. Bakal-bakal Doktor yang akan bertugas awal Julai nanti serta saya yang non medical doctor turut serta merasakan amat bertuah dapat bersama mereka di perkampungan orang asli.


Dalam kepala saya semasa belum sampai ke sana, ikhlas saya beritahu. Seolah-olah nanti kami akan pergi dan ziarah dari rumah ke rumah. Bagi salam dan beri sedikit tazkirah. Dan mereka akan sama-sama mendengar. Kita gembira. Kita senang hati. Tambahan lagi, kita buat program solat dan ajar mereka solat. Kita perkemaskan bacaan Quran mereka. Dan macam-macam lagi..


Namun semuanya silap!!!



Silap kita..



Apabila sampai di sana, sememangnya semua bukan apa yang terfikir dalam fikiran saya. Jadi apa yang dibuat oleh kami disana? Senang sahaja. Method dakwah terus 100% diubah kerana kali terakhir datang adalah pada tahun lepas barangkali. Mungkin ada yang masih mereka ingat lagi dan juga tidak.


Cara senang dibuat. Makan-makan, sukaneka, bagi hadiah dan makan-makan lagi. Makan dan terus makan. Dan mereka dikumpulkan pada satu dewan yang dibuat khas oleh IOA untuk orang asli di sini. Dengan niat mereka semua dapat datang berkumpul di dewan ini dan kami dapat ajar mereka secara tidak langsung seperti berdoa sebelum makan dan lain-lain.




jom sumpit,hehe


Dulu pernah juga buat projek tahun akhir pasal orang asli. Kajian dibuat untuk melihat penanda mikrosatelit ataupun Short Tandem Repeat (STR) pada kaum Mendriq, Jahai dan juga Bateq . STR ialah satu unit di dalam DeoxyRibonucleic Acid (DNA) yang juga boleh menentukan asal usul orang asli dengan menggunakan kajian biostatistik. Namun yang saya pergi kali ini amat berbeza. Paling terkejut, kami dinasihatkan tidak boleh langsung sebut tentang Islam secara langsung. Alhamdulillah, di perkampungan ini ada juga 3 orang muslim. Dan yang penting, tok batin nya perempuan dan juga muslim.


Tok Batin, Kak Jun


Alhamdulillah juga, perjalanan kami selamat sampai ke rumah masing-masing setelah selesai program ini. Dan masing-masing saya merasakan terus berfikir adakah kami akan dapat datang lagi ke sini. Jika tak dapat datang lagi, itulah silap kita..(Ayuh tekadkan niat!!)


Silap yang terus menjadikan mereka bukan tidak dapat kenal islam yang indah ini, namun jauh sekali untuk mereka melihat ISLAM boleh memimpin mereka. Ada juga pernah memberitahu kita apakah signifikan mahu dakwah orang asli? Bukan ada kesan pun pada Islam di Malaysia?




last sebelum balik


Kita silap. Ketika Nabi Muhammad ke Taif, Nabi kita tidak berfikiran sebegitu ketika Malaikat ingin memusnahkan perkampungan mereka setelah mereka membaling dan melontarkan batu kepada Nabi untuk memberi tanda bahawa mereka menolak dakwah Nabi. Namun, Nabi kita bersikap optimis dengan mengatakan generasi mereka akan datang yang akan lahir dari dakwah yang berterusan akan memartabatkan Islam pada satu masa nanti dan ia memang terbukti. Begitu juga dengan orang asli ini. Tidak pelik satu masa nanti pimpinan KITA adalah daripada kalangan mereka yang lagi tawadhu' padaNya..Insyaallah.



Akhirnya



Temanya satu. Islam harus disebarkan. Harus digerakkan dakwahnya. Biarpun kita dalam lapangan politik, atau mana-mana lapangan jangan pula kita lupakan mereka yang jauh di sana. Dan paling penting, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak serta mereka di sekeliling kita, jangan juga kita lupa untuk mengajak mereka berdakwah bersama..



insyaallah jumpa lagi!!



p/s-Tahniah dan salam dakwah

Friday, June 05, 2009

Alam-Belajar-Kenal-Allah!!!

Masa Februari lalu, saya sekali lagi diberikan kesempatan oleh Allah taala untuk ke satu tempat yang begitu mengujakan saya. Tambahan lagi, saya sendiri pun tidak pula tahu ada tempat ini di Pulau Pinang. Taman Negara Pulau Pinang. Mungkin ada anda yang pernah dengar kan? Kalau saya, sebelum ke tempat ini, tidak pernah langsung tahu ada kewujudannya di sini. Dok tahu pun ada Taman Negara di Pahang dan juga dekat Sabah dan Sarawak sana.


Kami pergi berempat, dengan tujuan untuk hiking. Aduh, dalam kepala saya sudah terbayang kepenatan sebab saya dengan badan sebegini memang betul-betul cepat pancitnya jika mahu dibandingkan dengan tiga yang lain,hehe..


Namun, janji sudah ditepati saya pergi jua..



Jom Hiking!!!



Pertama sampai, semua macam blur. Saya lagi la. Nasib baik ada kawan kepada kawan saya yang kerjanya seorang askar. Nampaknya dengan pengalaman yang ada, kami rasa ok sikit. Dengan tidak membuang masa, kami mulakan hiking dengan perjalanan yang begitu relaks pada awalnya. Namun...



..................................................................




penat-penat


Namun, nampaknya hiking kami semakin menaik dan mendaki. Dan saya, adusssss.....tercungap-cungap dibuat-buatnya..


Mat Salleh

Dalam perjalanan, kami terserempak mat salleh seramai empat orang yang rata-rata umur mereka 55-an hingga 60-an. Dua dari United States dan dua lagi dari Aussie. Sempat berborak dengan bahasa omputeh ringkas yang boleh depa faham (ditambah dengan gerak gaya bahasa tangan..)



mat salleh di depan


" We want tiger, tiger," seorang mat salleh macam meminta sesuatu.


" Aduh, boleh pulak dia mintak tiger dalam hutan ni. Kan datang lintang pukang mahu lari ni," pinta saya dalam hati.


" Ooo..dont misunderstand. He just joke. He wants beer ( jenama Tiger)," macam faham-faham pula mat salleh perempuan ini.


" Ok sir. We go first. See you all in next at the beach. There, have a lot of turtles and nice beach sand sir," jawab seorang kawan saya dari Pulau Pinang ini.


Kami teruskan bergerak. Dan dengan kepenatan, kami sampai ke pantai yang dimaksudkan iaitu Pantai Kerachut. Di sini, terdapat juga banyak penyu yang mendarat. Tapi kami kurang bernasib baik hari ini. Yang ada apa?? Hanya anak-anak penyu...huhu.




anak penyu menari-nari





kerangka bapak penyu ada,hehe



Yang best juga disini, ada keajaiban dunia juga la..Iaitu tasik meromiktik. Boleh dibaca disini apakah tasik meromiktik ini. Tapi apa yang saya boleh ringkaskan, ia ada dua lapisan air yang tidak bercampur tetapi berada pada satu tasik yang sama. Air masin dan juga tawar tidak bercampur sama. Pelik kan?? Tak pelik, buat-buat la pelik ye,hehe..




tasik ajaib!!!



Tiga jam sudah berlalu di sini, kami memang tak boleh nak patah balik ke tempat asal dengan hiking lagi. Tenaga sudah habis. Tengok air 100 Plus dah habis saya teguk tadi. Kesian mereka yang lain,hehe.. Apa-apa pun, di sini ada perkhidmatan bot. Bot ini akan terus ke jeti asal. Tapi yang tak tahannya naik bot tapi tiada life jacket. Bahaya ni!!!( biar saya pakai lagi tenggelam ada,huhu..)



sempat lagi ambil gambar atas bot..



Aaaa..sebelum tu, lupa. Ingat lagi mat salleh tadi?? Jangan lupa ye sebab ada akhlak yang mahu diambil dan dikutip dari cerita mat salleh tadi. Apa ye? Sebenarnya masa kami sampai di pantai adalah setelah kami tinggalkan mat salleh berempat jauh sangat di belakang sana dalam hutan tadi. Tetapi, bila kami sampai di pantai, duduk rehat dalam sepuluh minit, tup-tup depa sampai dengan muka selamba. Tiada penat, tiada letih. Relaks je nampak.


" Patutla mat salleh main bola sepak boleh menang Piala Dunia. Tengok depa hiking masa tua-tua ni relaks je. Cool mat salleh kata. Kita?? Kita yang muda ni pun dah kantoi penatnya,hehe..," saya ketawa lagi dengan kawan saya yang dari Kelantan juga, si Khai.




saya dan Khai


Akhlaknya, diri seorang muslim itu perlu juga ada kekuatan fizikal yang mantap. Jangan rohani semata-mata ye!!

Tapi saya tak tahulah kalau dalam hutan sana mereka mat salleh ini terjumpa Tiger dan jadi kuat tiba-tiba,hehe..


Akhirnya..


Baik-baik. Kami dah selamat pulang ke tempat asal. Alhamdulillah, semua selamat. Tiada cedera apa-apa pun. Tapi yang kami dapat adalah pengalaman berharga iaitu dapat menikmati alam ciptaanNya yang begitu indah tersusun dan tercipta. Orang bijak pandai kata, belajarlah dari Alam. Saffmukmin pun nak juga kata (hehe..), belajarlah dari alam juga ye!!!




alhamdulillah, selamat..




p/s-alam-belajar-kenal-Allah!!!

Wednesday, June 03, 2009

Award??

" Saya dapat award laa..," monolog berseorangan,hehe..

Terima kasih sahabat-sahabiah..




saya juga awardkan pada sahabat-sahabat dan sahabiah yang lain. Atas dasar persahabatan yang tak nampak ini (ye la dalam internet je,hehe..), sama-sama kita bertukar award ni ye!!!






Yang ni pun sama. Award dari BalQis dari jauh sana. Syukran-syukran!!! Yang ada nama, sila datang ambil, tak nak takpe,hehe...

1) Dr Muha
2) Peng
3) Cik Awan
4) Adik Fadzli
5) Ja'a
6) Zakuan


dan semua yang lain...


p/s- teringat masa tukar-tukar hadiah dulu..semua akan merasa hadiah dan award kalau kena caranya:)

Semua Sudah Runtuh...

Kebimbangan tentang runtuh sememangnya merunsingkan. Siapa yang tidak bimbang tentang runtuh. Mungkin harga runtuh je yang best barangkali saya rasa.



Dari akhlak dan moral yang runtuh



remp-it!!


Dari segala pembangunan fizikal yang runtuh, ada yang mati..




rosak..



Tiada yang mati namun kerosakannya dianggar RM25 juta..




sebelum (1)





sebelum(2)





selepas..macam kena rempuh dengan raksasa,huhu


Mungkin kita tahu dan yakin semuanya telah ditetapkan atas apa yang berlaku, tetapi jika mahu dibandingkan dengan harga pembinaannya, saya yakin kita semua akan terkejut dengan keruntuhan bangunan ini yang bertahan hanya setahun. Datuk Shaziman sendiri berasa malu dengan apa yang berlaku. Jabatan Kerja Raya Malaysia memang tertampar dengan insiden ini.


Runtuh Yang Ini?


Tiada apa lagi yang mahu ditunggu, saya cuma mahu harapkan runtuh yang ini pasti ramai antara kita akan sujud syukur. Ini juga antara runtuh yang best!!! Saya cuma mahu tunggu keruntuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang sememangnya sudah banyak terlibat dalam segala hasil dan duit rakyat yang sepatutnya disalurkan pada saluran yang betul tapi sudah jelas dan nyata bukan begitu yang diharapkan. Mungkin bahagian yang runtuh pada stadium ini adalah bahagian rakyat Terengganu barangkali..


p/s-runtuh ooo runtuh..