Tuesday, February 23, 2010

Berapa Banyak Dah?

Seketika masa bekerja begini, terimbau kenangan dilatih masa di Falahiah dulu. Dengan pelbagai latihan yang dibentuk dan difikirkan oleh senior-senior dulu, sehinggakan diteruskan oleh adik-adik sekarang, semuanya begitu menggamit jiwa dan memori saya. Dari seharian, dari pagi, hingga tengah hari, dari petang hingga ke malam, dari malam hingga ke bilik asrama untuk tidur, semuanya ada latihan yang perlu diikut, perlu dituruti sehinggakan kadang-kadang menimbulkan ketidakpuashatian pada mereka yang tak dapat menerimanya.


Hidupkan Selawat

Hari ini, sudah masuk 9 Rabiul Awal. Namun, secara peribadi apa yang saya lakukan sekarang jika mahu dibandingkan dengan masa di sekolah dulu sungguh berbeza. Dengan selalu dihidupkan berselawat, sekarang sekadar begitu sahaja saya dalam mengucapkan salam dan selawat ke atas Nabi junjungan kita.

Ini juga salah satu latihan pada saya dahulu. Setiap kali solat jemaah Maghrib sepanjang Rabiul Awal, kami akan sama-sama berselawat. Dengan pelbagai alunan, saya merasa suasana ketika itu. Biarpun mungkin ada yang berpendapat itu bukan sunnah, tapi manifestasinya ketika itu dengan pelajar-pelajar ber'asrama', saya berpendapat itu yang terbaik. Yang mahu berselawat bersendirian itu, ikut lah. Itu lagi baik.


Tapi, begitu lah. Apabila berdiri seorang-seorang, banyak yang tak jadi berbanding jadi. Sebab itu, saya harus muhasabah diri. Rugi rasanya melepaskan peluang mahu berselawat ini. Tidak kira bulan ini, atau mana-mana bulan, rugi rasanya tidak berselawat kepada Rasul kita...


Berapa Banyak Dah Hari Ini?


Ha..dah berapa banyak hari ini kita berselawat kepada Baginda? Dalam solat, itu mungkin dah selalu. Dalam luar solat? Saya juga tujukan soalan ini kepada diri saya. Tidak mahukah kita mengambil fadhilatnya berselawat. Dengan Rasulullah S.A.W akan membalas dengan 10 selawat untuk setiap selawat daripada umatnya ke atas Baginda, kena kita fikirkan lagi? Tepuk dada, tanya iman kita...


p/s-jangan lupa kita berSELAWAT!!!~

Friday, February 19, 2010

Tadhiyyah



Bercakap tentang tadhiyyah, bukan selayaknya saya untuk menulis dan berbicara. Pen'tadhiyyah'an saya tidak lagi mencapai tahap sehebat-hebat orang yang pernah diiuji untuk tadhiyyah. Ada orang yang tadhiyyah untuk keluarga, untuk sanak saudara, dan bermacam-macam lagi. Dan tadhiyyah lagi hebat adalah mereka yang sanggup ikhlas untuk ISLAM itu sendiri.


Tadhiyyah


Ini satu istilah pada saya, kalau orang yang biasa dengan istilah-istilah Arab pasti kenal dan tahu maksudnya. Saya mula mengenali maksudnya sekitar saya tingkatan empat yakni berumur 16 tahun. Senang cerita, tadhiyyah ini juga membawa maksud kepada pengorbanan. Tapi, untuk mudah memahami lagi pengorbanan yang mahu dimaksudkan di sini adalah pengorbanan yang dibuat atas satu-satunya barang atau keperluan yang kita ada saat itu.


Ini membawa maksud sekiranya ketika itu, saat itu Islam memerlukan tadhiyyah daripada kita. Dan ketika itu juga, sekiranya kita hanya mempunyai wang untuk di tadhiyyah kan, maka saat itu tadhiyyah ke atas wang itu amat dituntut dan diperlukan. Dan dengan bersifat dan bersikap tadhiyyah, maka ia boleh melatih jiwa-jiwa muslim yang ada sekarang untuk terus menerus sayangkan agama yang ada biarpun dalam keadaan macam mana sekali pun.


Bagaimana kalau ketika itu, kita mempunyai sepenuh tenaga untuk disumbangkan kepada agama? Maka, tadhiyyah ketika itu menggunakan sepenuh tenaga adalah sangat-sangat dituntut. Bukan balasan dan duitnya dapat di sini, tapi kalau benar ikhlas, balasan dan 'duit' nya nanti kita sama-sama tuntut di SANA.




Anda Mahu Tadhiyyah?


Dalam mahu membawa agama Islam yang tercinta ini, duit tidak ditabur. Pangkat tidak ditawar. Kedudukan tidak pernah dibentangkan. Menjadi terkenal lebih-lebih lagi tidak. Masa bekerja tidak menentu. Tapi kalau kita benar-benar yakin dan ikhlas, bayaran mahal ada di SANA. Tapi ia sangat-sangat memerlukan elemen tadhiyyah dalam mahu membawa agama Allah ini.


Tadhiyyah masa-tadhiyyah tenaga-tadhiyyah kewangan-tadhiyyah kehendak diri-tadhiyyah masa untuk berkeluarga-dan tadhiyyah dalam pelbagai konteks lagi. Ianya dituntut semata untuk meletakkan agama Islam pada kedudukan yang sebenar.


Dan, ia menjadikan persoalan kepada kita semua. Adakah anda mahu tadhiyyah?


Kalau jawapannya YA, maka anda sudah bersedia dan selangkah untuk membantu agama Allah ini dalam keadaan yang mencabar di hadapan sana. Tapi kalau jawapannya belum lagi YA, maka ayuh sama-sama kita menambahkan ilmu yang ada pada kita untuk menjadikan kita mahu tadhiyyahkan pada agama Islam yang indah ini.


Akhlaknya

Islam payah untuk ditegakkan kalau masing-masing mahu mengambil hal dan keperluan diri masing-masing. Duit aku, duit aku. Duit kau, duit kau. Masa aku, masa aku. Masa kau, masa kau. Oleh itu, sekiranya kita tidak mahu untuk menyokong dan membawa Tadhiyyah untuk agama, siapa lagi? Kita kan muslim, kita juga Insyaallah mukmin yang akan turut sama mendokong perkara ini sehingga akhir hayat, Insyaallah.


p/s-Tadhiyyah..!!~

Wednesday, February 17, 2010

Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat


Saya : Kushairi, boleh kita jumpa nanti di KB Mall? Kita jumpa geng-geng kita sambil ada forum bersama senior hebat kita. Abang Amin Idris Besi Berani,hehee..

Kushairi: Beres. Kita jumpa di sana nanti. Lama tak jumpa abang Amin Idris Besi Berani,hehe..










Dialog diatas saya ubah sedikit untuk senang saya menulis. Sebab sebenarnya ia ditulis dalam bentuk SMS, jadi saya ubah dalam gaya percakapan dalam saffmukmin. Alhamdulillah, cuti selama 4 hari bersamaan Cuti Tahun Baru Cina sungguh memberi peluang untuk siapa pun menjenguh dan pulang ke kampung. Dari jauh sanggup juga balik. Yang dekat apatah lagi.


Cuti kali ini, siapa yang terperasan Tahun Baru Cina disambut kebetulan dengan tarikh mereka yang begitu mendambakan sambutan Hari Valentines. Kepada yang mahu menyambutnya, banyak-banyakan beristighfar dan mencari serta dapatkan kebenaran yang sebenar di sebaliknya.


14 Februari 2010.


Bersamaan Ahad, dan juga cuti alhamdulillah diisi juga dengan beberapa aktiviti yang boleh diisi. Kebetulan, Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Hari Hiburan Islam dengan aktivitinya tayangan filem Ketika Cinta Bertasbih, Forum ' Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat' dan pelbagai lagi. Bagi rakyat Kelantan yang pulang, sebetulnya tidak boleh mensiakan peluang sebegini.


Kami, alhamdulillah berkesempatan bersua muka. Ada yang pulang dari jauh. Dekat. Sederhana dekat. Dan macam-macam lagi. Makan-berbual-gurau senda-sakat orang yang dah nak kahwin,hehehe...harapnya semua terus kita kekalkan, sahabat..


Forum BEST.!!~


Wardina ditanya oleh seorang penonton di dalam forum ini.

" Apa yang membuatkan Kak Wardina dapat ISTIQAMAH dalam hiburan dengan mengekalkan imej bertudung?," tanya seorang wanita..


" Saya alhamdulillah dapat mengekalkannya kerana setakat ini saya sentiasa berusaha menambah ILMU tentang AGAMA. Kalau sekadar dengan ilmu yang ada sekarang dan tidak bertambah, pasti kalau kita mahu kekalkan sesuatu perkara yang baik amatlah sukar..cabarannya besar. Tapi kalau kita berusaha ke arah itu, insyaallah ada jalan yang pasti kita ketemui..," balas Wardina, artis pertama Malaysia yang membawa imej bertudung di Malaysia.


Habiburrahman juga ditanya oleh moderator Amin Idris.


" Apa yang bisa ustaz jelaskan kenapa keterlibatan Ustaz sepenuhnya dalam film Ketika Cinta Bertasbih akan tetapi dalam Ayat-Ayat Cinta itu tidak?," soal moderator.


" Jawabannya mudah saja, film ini saya tidak bisa mahu menjadikan watak-watak dalam novel dan film itu tidak sama. Masakan seorang graduan Al-Azhar dalam filmnya bertudung, akan tetapi dalam kehidupan luarnya tidak bertudung. Paling kurang, saya mahu berusaha untuk menyamakan watak dalam novel dengan filmnya. Kami menetapkan beberapa syarat untuk watak kami. Pandai baca Qur'an, bisa menghafal surah-surah. Namun ada yang menanyakan kenapa watak Alice Norin sebagai Elyana itu saya berikan kepada yang tidak bertudung. Harus saya bilang di sini Alice itu baru saja masuk Islam. Dia tidak bisa lagi pandai membaca Al-Quran. Akan tetapi, demi menjayakan watak dalam film KCB ini, dia sanggup dan berjanji pada saya untuk belajar Qur'an, mahu hafal surah-surah yang senang dihafal. Itu satu usaha yang patut dipuji.






Jadi, karna itu saya terlibat hampir sepenuhnya dalam film ini. Kita tahu di Indonesia saja hampir keseluruhan hidup mereka di tonton kan dengan hiburan. Dengan berpuluh-puluh channel televisen, hiburan menjadi makanan dan santapan mereka. Jadi, kalaulah dengan selebriti yang saya pilih ini menjadi turutan mereka, bukankah dengan berpuluh-puluh channel ini akan dapat terus rakyat Indonesia menurutinya? Bukankah satu kebaikan kalau nanti televisen itu melaporkan, "Alice Norin mahu belajar Qur'an". "Alice Norin itu mahu menghafal Qur'an" Bagi saya, itu satu usaha dakwah yang dalam dalam tak sedar, kita berjaya menarik mereka yang selalu dan sangat suka kepada hiburan untuk sama-sama berubah.


Insyaallah, mas. Saya yakin di Malaysia juga boleh begitu. Film Ketika Cinta Bertasbih setakat ini memecah rekod baru di cinema. Seramai (5 atau 6.8 juta @ 50 atau 68 juta orang penonton) menonton film ini. Alhamdulillah..," jawapan panjang yang saya ringkaskan.


Jelas, menunjukkan usaha Kang Abik harus diletakkan sedikit penghargaan atas usahanya untuk membawa Islam pada setiap keadaan waima dalam filem sebegini. Malah, selebriti atau artis juga menjadi sandaran dan pilihan. Kalau di Malaysia, masih ada artis yang boleh dijadikan sandaran dan ikutan atau ikon remaja sekarang? Sama-sama kita nantikan..


Sampai Petang..







Alhamdulillah, jam 5 forum ini tamat. Semua beransur pulang. Masing-masing sudah ada kerja sendiri barangkali. Tapi tidak mengapa, paling kurang kita sudah mendapat beberapa nilai yang berharga hari ini. Ukhwah-mendengar forum yang BEST-makan-makan-dan pelbagai lagi..

Insyaallah, kita jumpa lagi nanti.


p/s-tak sabar untuk ke Cameron nanti bersama kalian,hehe..

Thursday, February 04, 2010

Barakallahu Lakuma~



Alhamdulillah, kesempatan yang ada; saya dan kawan-kawan yang lain diberikan sedikit masa olehNya untuk bersama menghadiri jemputan majlis perkahwinan sahabat saya sejak pengajian matrikulasi lagi. Tak lupa juga, terima kasih kepada En PTD kita, En Fairuz yang sudi memberi tumpang rumahnya yng sergam indah dan juga kepada En Yusran a.k.a Cele, yang juga sudi memberi tumpang bilik di Universiti Putra Malaysia di Serdang.


Jalan-Jalan


Saya pasti, antara kalian pasti sudah berjalan-jalan ke tempat yang lagi jauh di dalam dunia ini. Alhamdulillah, sambutlah seruan Allah dalam kitabnya untuk mengembara luas ke serata dunia ini bagi melihat keseragaman dan kebijaksaan Allah dalam mencipta dan membentuk dunia yang indah ini. Amatlah rugi sekiranya semakin jauh kita mengembara dan mengenal dunia yang luas ini, semakin jauh dan semakin kufur kita ke atas nikmat yang diberikanNya.














Ada sahabat saya yang berkesempatan melawat tempat-tempat Nabi dan sahabat-sahabatnya, ada juga yang berkesempatan mengunjungi tempat yang dikatakan agak kebaratan tapi kalau pandai diambil iktibar dan teladan dari mengunjungi tempat-tempat ini, tiada salahnya. Malah lebih berguna lagi.


Alhamdulillah, saya juga berkesempatan berjalan-jalan secara simple, melihat bumi Malaysia yang indah ini, yang belum saya terokai sepenuhnya lagi. Jadual asalnya hanya sekadar menghadiri majlis perkahwinan sahabat saya, tapi saya mengambil cuti untuk lebih daripada itu.



Penat + Demam


Allah s.w.t masih lagi bagi sihat. Tapi sihat cara orang demam. Rasa macam tak larat tapi sebenarnya boleh buat kerja. Penat pun masih ada lagi. Mungkin cuti hujung minggu ini, saya perlu betul-betul rehatkan diri. Cara macam mana, haaa..itu yang kita tak tahu,hehee..



Akhirnya


Tak lupa, saya terus menerus mahu mengucapkan tahniah dan mendoakan "barakallahu laka wabaraka alaik wajama'a bainakuma fi khair" kepada sahabat saya ini. Dan tak lupa juga kepada mereka yang dah berkahwin dan saya tak sempat hadiri. Insyaallah, lain kali pasti saya datang!!~


p/s-mode rehat dan cuti lagi ni,huhu..