Saturday, October 31, 2009

Ini Incubation Period~

Sah!!!!

" Memang anak mami semua demam bola," mak saya memulakan bicara.

" Sebenarnya bukan baru-baru je kamu semua ni minat sangat dengan bola sepak Kelantan, nuh..arwah Cik (tok sebelah Mak) tahun 70an dulu sanggup lepas solat Maghrib di masjid terus ke stadium Kota Bharu dengan kain pelikatnya. Ketika itu bak kata orang, sampaikan Tuan Imam Besar Masjid Kota Bharu, Tn Hj. Aziz pun sanggup bagi syarat kepada orang yang nak buat majlis akad kahwin dengan dia. Kalau nak buat malam ada game bola, tak boleh nak guna dia selaku Tok Kadi untuk malam tu," mak saya menerangkan kepada saya.





Sempat pulang ke ' Albaiti ' hujung minggu ini. Bertemu muka dengan orang yang akan dan selalu kita sayang. Mak dan abah saya. Adik-adik. Cuma kali ini, tiada isu lain cuma bercakap tentang bola sepak Kelantan.


Saya tak mahu mencetuskan apa-apa isu, cuma mahu mengulas bahawa isu bola sepak bukan sahaja demam sekarang, cuma ia sudah lama ada di Kelantan. Bak kata istilah medikal, ia ibarat dalam incubation period.Ia duduk memeram lama sehinggakan pada masa sesuai, ia akan muncul. Untuk kes ini masa yang sesuai adalah sekarang. Dalam tempoh kali ke berapa saya tak tahu, ia meletup lagi!!~


Dari si Kijang bertukar menjadi pahlawan Merah, walaupun ia nama tapi masih lagi tercalit semangat seorang pejuang di situ. Malam ini, penentu adakah pejuang-pejuang ini berjaya atau tidak, Perlis yang akan mengesahkan keputusannya. Apa-apa pun, kalau Allah dah buat keputusan satu-satu pasukan itu menang, kita dah tak boleh buat apa dah kan,huhu..


Lama dipendam

Sudah 40 tahun. Kalau kena gaya, dapat menang satu Piala kali ini barangkali bak kata istilah orang Kelantan, 'belarok' satu Kota Bharu barangkali. Tapi, apa-apa pun saya sendiri dengan penuh rasa takzim untuk melihat ia berjaya kali ini. Semangat mereka sudah ada di tempatnya, cuma tuah pula akan menentukan.

All the best Pahlawan Merah!!!~

Thursday, October 29, 2009

This Is Facts~Maybe..

" Eh kau ni, kenapa macam malu-malu pula nak cakap dengan staff perempuan?," sapa kawan aku di sini.

sekolah rendah

sekolah menengah..



" Mana ada malu la. Aku hormat dia. Cakap kena lemah lembut. Lagi pun nanti kita nak berurusan lama dengan dia," saya mem back up kan diri,hehe.

" Ye ke kau. Badan je besar, tapi malu dan segan pulaakk...Apa macam ni," sambil gelak kawan saya ni.


" Hehehe..kau tak tahu, aku ni 11 tahun hidup tanpa perempuan," aku memberitahu fakta.


" 11 tahun?? Habis tu mak kau tu apa? Mana ada orang boleh tak hidup bersama perempuan,hehe...," lagi kawan saya mengejek,hehe.



" Ye la. Aku dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah, belajar sama-sama geng lelaki. Masa matrikulasi dan Universiti sampai sekarang je baru boleh hidup sekeliling bersama orang perempuan. Sebab tu aku nak cakap dengan orang perempuan ada malu-malu sikit. Walaupun badan aku besar," aku gelak besar...



" Mak tu lain kira. Cakap dengan mak lain nak cakap dengan orang perempuan sekeliling kita kan. Tapi mungkin kesan bercakap dengan mak selama ini dengan adab dan hormat letak kat depan. Cakap dengan penuh humor mempengaruhi kalau saya bercakap dengan orang sekarang. Lagi-lagi apabila berurusan dengan orang perempuan sekarang"



" Pastu macam mana la kau nak komunikasi baik dengan orang perempuan nanti,?" tanya kawan pula.


" Tak baik lagi ke sekarang ni??," tanya saya pula.



" Hehe..baik.Tapi nampak macam tak smooth..hehe," kawan saya menegur.



" Smooth tak smooth. Tu pun dah bergetar lutut aku nak bercakap,hehe.. Takpe la, nanti aku belajar dengan bakal isteri aku nanti," sambil gelak besar lagi saya berbicara.


...................................................

Selesai berurusan dan berbicara, kami ke cafe berdekatan. Macam biasa dalam kepala saya, tak habis-habis dengan isu ini. Tak betul lagi ke aku berkomunikasi dengan orang perempuan. Kasar sangatkah? Rasanya dengan urusan kerja, dah cukup baik dah. Apa-apa pun, mungkin ada kena perbaikinya lagi untuk urusan masa hadapan. Apa-apa pun, maaf saya dahulukan pada staff yang merasakan saya ada bercakap agak kasar sikit ye. Wa'llahu alam.!!~


p/s-rasa macam dah cukup lembutnya bercakap,hehehe..

Tuesday, October 27, 2009

Kelantan Go More!!

Dulu Kelantan bernasib baik ketika perlawanan separuh akhir Piala FA. Kalah 0-1 kepada Negri Sembilan, tapi akhirnya menang 1-2 di Seremban, berjaya mengikat dengan agregat 2-2 tetapi layak ke peringkat akhir dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. Dan ketika itulah sudah berlakunya kejadian yang tidak disenangi dengan insiden segelintir penyokong pasukan Kelantan membakar trak polis. Harap ia jadi pengajaran buat semua..


Malam ini~


Sejarah harus dibuat lagi. Pasukan bola sepak Kelantan menerima kunjungan khas YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perlawanan separuh akhir pertama malam ini. Dijangkakan kehadiran ramai penyokong malam ini amat menggusarkan semua kerana kalau kalah malam ini, ramai yang beranggapan tak tahu lah apa yang akan dibakar nanti. Tapi, diharapkan dengan kehadiran Tuan Guru semoga semua penyokong Kelantan selaku rakyat di bawah naungan MB dapat menjaga tingkah dan juga laku masing-masing.


Lawan dan lawan!!~
Pertembungan klasik antara Kelantan dan Perlis mempertemukan dua orang penggempur berbisa buat masa ini Indra dan juga Nizar. Ibarat pertembungan Utara-Pantai Timur, sejujurnya ia harus dilihat dan dipandang positif oleh semua. Positif kepada semangat kesukanan dan juga positif kepada isu pembangunan sukan dalam negara kita yang menuntut terlalu banyak perubahan dalam minda dan mentaliti kita. Lebih-lebih lagi sukan sebegini. Bagi saya, ada sebab kenapa MB Kelantan turut sama dalam perlawanan malam ini. Untuk memberi sokongan satu hal, akan tetapi untuk menunjukkan betapa sukan sebenarnya amat digalakkan dalam Agama cuma ada beberapa syarat sepatutnya dipatuhi.


-aurat


-masa yang tidak terbuang sebegitu sahaja


-paling penting isu solat!!



Mungkin MB Kelantan tidak dapat mengubah semuanya malam ini, tapi saya difahamkan dengan kehadiran MB Kelantan malam ini mungkin akan mengubah beberapa persepsi masyarakat kepada keterbukaan Islam terhadap sukan. Mungkin akan ada pemain yang tidak menutup aurat tapi kita jangan lupa, Kerajaan Negeri Kelantan sudah hampir setiap tahun menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Menteri Besar Kelantan yang antara syarat kejohanan adalah pemain wajib menutup aurat dan juga menjaga waktu-waktu solat. Dan ia berlangsung dengan lancarnya walaupun tidak mendapat banyak tajaan besar. Jadi dengan hadirnya MB malam ini, dengan jujur saya melihat ia sebagai membawa mesej besar iaitu sukan Bola Sepak boleh dikembangkan dengan baik dengan mengikut syarat-syaratnya. Mungkin malam ini MB Kelantan boleh melanjutkan perbincangan bersama Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa dalam isu ini. Selamat maju jaya nanti!!~


Sengit dan berdisplin

Itu sepatutnya yang berlaku malam ini. Sengit dan bermain dengan penuh displin untuk pemain dan penyokong. Cuma satu yang diharapkan, semoga Kelantan dapat ke Finale Piala Malaysia untuk kali ke tiga barangkali setelah terakhir pada tahun 1965 barangkali (saya pun tak pasti,hehe).

Yang pasti, berilah sokongan yang terbaik untuk setiap pasukan masing-masing!!~


p/s-nak balik ke tak malam ni??hehe..

Monday, October 26, 2009

Antara Kereta, Bajet dan Perancangan..

Semalam, kereta saya rosak lagi buat sekian kali setelah terlibat dengan kemalangan kecil semasa bulan Ramadhan yang lalu. Dalam kepala, saya hanya memikirkan berapa banyak lagi duit yang akan dikeluarkan. Sedangkan upah untuk kerja saya bagi November nanti di hujungnya baru dibayar. Walaupun sekarang ada lagi duit berbaki, tetapi disebabkan tidak tahu berapa nilai yang dikeluarkan nanti selepas di baiki, saya menjadi sedikit terkedu dengan hal ini.



Tiara saya selepas dilanggar


" Mami, nanti weng nak hantar balik semula la kereta nanti, banyak rosak la pula kereta ini. kadang-kadang weng rasa tak dan nak support pula kalau selalu rosak begini," mengadu saya dua hari lepas pada mak tersayang saya.


" Ye ke. Takpe lah. Nanti balik, kita bincang semula," mak saya mematikan ayat saya di situ. Saya rasa macam ada yang tak kena pula.


Tiara dan Kami

Kereta Tiara yang saya naiki sekarang adalah warisan dari abah saya dan dibawa kepada abang kedua saya dan kemudian saya. Kereta ini adalah amat bernilai sebenanya. Banyak usaha membesarkan adik-beradik saya dengan kereta ini. Sehinggakan abang Fais yang menggunakannya tidak pernah pun untuk mengeluh menggunakan kereta ini waima ketika itu abang Fais saya mampu untuk menggunakan kereta yang lagi baik dengan gajinya ketika itu. Mungkin nilainya yang agak sentimental dan meng'ajar' erti susah itu amat berharga untuk abang Fais.


Tapi, apabila kereta itu dengan saya tak sampai 3 minggu dah kena langgar dek orang. Nasib baik saya dan orang yang langgar itu alhamdulillah tidak ada apa-apa. Tapi masa tu saya pun dah lari bajet juga la,hehe..Ada juga yang kena baiki kerosakannya. Macam-macam redhuan ni!!~


Abang Hilmi

Seorang yang amat dedikasi dalam hal merancang bajet dan aliran duit. Begitu cermat menggunakannya pada yang perlu. Bukan pada yang hendak. Bukan yang terlebih mahu. Pernah ditegur masa kecil-kecil dulu dengan abang Hilmi;


" Weng, jangan ambil ikan dalam pinggan banyak-banyak sangat..orang lain ramai lagi kat belakang...dan ambil guna sudu. Nanti orang belakang kita nak makan, macam mana nanti..??," tegur abang Hilmi pada saya..


..dan abang Hilmi tak pernah merungut atau mengeluh tentang bajetnya yang saya rasa sentiasa cukup malah boleh menyimpan walaupun kakak ipar saya masih lagi menjadi suri rumah buat masa ini. Tapi kakak ipar saya begitu sekali pandai dengan kemahiran menjahit dan memasak. Kemahiran itu digunakan sepenuhnya...dan rezeki Allah bagi lagi untuk sekian kalinya dengan kedatangan Nurul Huda Maisarah..alhamdulillah!!~



Nurul Huda Maisarah bersama Mami Tok nya..


Saya, kereta, bajet dan perancangan



Sempat berbual dengan staf saya di makmal, dia memberi beberapa penyelesaian kepada saya dalam hal ini. Dia pesan, lebih baik saya belajar dengan kereta yang ada sekarang yakni kereta Tiara. Ini kerana kereta macam ini akan mengajar kita betapa kita perlu sentiasa bersedia dengan bajet-bajet yang ada, di samping lebih mengajar kita erti TAHU susah dan senang. Walaupun kita berduit, tapi jangan ajar untuk berMEWAH (maksudnya jangan fikir lagi nak ambil kereta baru!!~,hehe)


Saya terKESIMA yang amat sekali. Teguran bermakna,huhu..Patutlah mak saya macam lain je bila saya beritahu mahu pulangkan semula kereta Tiara. Sedangkan abang saya boleh je gunakan dengan baik selama bertahun-tahun, saya baru sekejap je dah tak boleh tahan??







Saya mengambil ianya dengan penuh iktibar atas apa yang berlaku. Disamping bajet 2010, bonus untuk kakitangan kerajaan tiada, hanya duit hadiah RM500 sahaja; jadi saya perlu bersyukur dan merancang dengan apa yang ada. Dicampur dengan ada sedikit perangai saya yang tidak mampu lagi mengawal aliran keluar masuk duit dengan sempurna (maksudnya boros juga lah sedikit,huhu...), perancangan bajet memang sudah patut ada dari sekarang. Untuk kereta, untuk bajet diri sendiri, dan paling penting untuk masa depan nanti..Wallahu a'alam.

p/s-masa hadapan, dah macam nak kena kahwin ni,hehe..Ameennn!!!~

Saturday, October 24, 2009

Kalah juga..

Dua hari berlangsung sukan staff bagi sepak takraw, badminton,bola tampar pantai dan juga bola jaring lelaki dan juga wanita kali ini amat menuntut semangat kesukanan yang tinggi dan juga kekuatan menahan marah. Alhamdulillah, pasukan kami terutama bola tampar pantai dan juga bola jaring LELAKI(main penat juga ye,hehe) sempat menjengah ke semi final. Dalam kepanasan pagi dan juga petang, kami bertarung dan juga hampir benar-benar bertarung dalam semi final sebentar tadi. Akibat marah dan juga amarah yang ada, lebih-lebih lagi LELAKI yang main memang tunggu masa nak angkat kaki je la kalau marah. Tapi, alhamdulillah tak pula jadi sedemikian rupa..

Nampaknya blog saya dah jadi macam diari pula. Apa-apa pun,buat masa sekarang ini sahaja yang boleh saya update kan.Tidak idea sangat dah sekarang. Penat dah dengan kerja yang bertimbun-timbun(banyak???hehe..)

Akhirnya, tahniah saya ucapkan kepada yang berjuang hingga ke akhirnya walaupun kalah sebentar tadi. All the best!!!~

Wednesday, October 21, 2009

Sihatkan Diri dan Akal

Masa sihat, pasti kita selalu terlupa akan mahu menjaganya lagi. Tapi bila sakit je, gelabah kita mahu mencari ubat sana dan sini. Saya sendiri pun sama. Sakit gastrik saya kadang-kadang memuncak juga. Bila sudah memuncak, baru nak tersedar yang saya ini selalu makan pedas-pedas juga (walaupun dah selalu dipesan!!!~huhu), dan ubat selalu juga jarang makan sejak Idulfitri ini.


Sihatkan Diri dan juga Akal

Mari kita sama-sama ambil langkah untuk menjaga dua kesihatan yang amat bermakna ini. Akal yang sihat pasti mendapatkan tubuh badan yang lagi sihat.Paling penting, Allah suka kan kepada mereka; mukmin yang kuat dan sihat.

Tapi saya kadang-kadang agak terkejut apabila kita yang terlalu begitu memudahkan syarat-syarat dalam bersukan ini. Sehinggakan pergaulan kita antara lelaki perempuan diper'mudah'kan dengan alasan hanya untuk 'fun' semata, betapa itu membawa kepada satu perkara yang lagi besar lagi; mungkin ketidak sukaan Allah terhadap sesuatu yang sepatutnya mendapat berkat ini.

Bersukan atau apa-apa aktiviti pun tak salah selagi kita ikut syarat-syarat yang ditetapkan agama, cuma kalau melanggar syarat itu, jadilah ia HUKUM sebaliknya.


Sukan Staf~Bola Jaring


Saya lagi terKESIMA apabila tersenarai dalam pasukan bola jaring LELAKI untuk sukan staf di Universiti Malaysia Terengganu hujung minggu ini. Semua rata-rata staf lelaki tidak pernah main selama ini, sekali main macam banyak sangat pula rules and roles nya. Makin susah pun ada. Patutlah orang kata game ini sesuai untuk golongan Hawa sebab ia hanya guna sedikit sahaja tenaga berbanding sukan-sukan yang menggunakan lagi banyak tenaga. Sesuai dengan kelembutan dan keAYUan kaum Hawa itu sendiri.


Tapi, saya kadang-kadang ada juga rasa terkilan apabila kami staf Lelaki dipaksa bermain bersama staf wanita untuk atas nama 'latihan'. Sejauh mana saya betul-betul terkilan dan juga marah sehinggakan sudah banyak kali saya tidak turun latihan (baru je 3 kali,huhu) sehinggalah akhirnya kami kena juga bermain sesama sendiri staf lelaki. Yang jadi masalah pula, kami staf lelaki bajet macam hebat pula sebab bila latihan, 3 hingga 4 orang sahaja yang datang. Kesian,hehe..Apa-apa pun, menang atau tidak, itu semua bergantung kepada perancangan dan strategi masing-masing. Dicampur dengan stamina yang ada, mungkin dia adalah juara!!!~


Sihatkan Diri dan Akal KeranaNya


Tiada kompromi dalam hal ini. Kalau mahukan ia jadi ibadah, set up kan segalanya dari niat sehingga apa yang kita pakai dan lakukan ketika bersukan seiring dan sama dengan syarat menjadi IBADAH. Agar ia selari, Allah pun pasti redhai, semua orang akan senang hati dan menang serta Juara itu PASTI!!!~insyaAllah..

p/s-sukan betul-betul!!

Sunday, October 18, 2009

Maksiat Besar Yang Biasa

Beberapa masa dulu, saya ada membaca satu artikel tentang masalah seorang kakak yang tidak-tidak sudah berusaha untuk mendapatkan zuriat namun Allah s.w.t masih lagi belum kurniakan padanya rezeki itu. Namun tidak mengapalah kata kakak itu; mungkin belum sampai masanya lagi. Tapi yang menjadi kebimbangan dan kerisauan kakak itu adalah tentang begitu senang sekali anak-anak muda sekarang tanpa rasa segan dan malu pada masyarakat(kalau kita tidak malu pada Allah s.w.t sangat pun) melahirkan anak-anak luar nikah. Dan yang paling teruk, kalau takut malu depa buang sahaja bayi itu.

Pada saya, kalau begini lah keadaannya tak pelik Masyarakat Malaysia yang muslim akan totally berubah hidupnya mahu jadi ala-ala mat salleh yang buruk perilaku dan perangainya dalam hal-hal sebegini.

Saya hanya mahu salin dan tampalkan di sini apa yang ditulis dalam Harian Metro tentang hal ini.


Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.


“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang dikendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun”


“Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah


Subhannallah!!~begitu sekali hebat cabaran masa kini Allah berikan kepada kita semua. Sehinggakan ia dianggap biasa, saya tidak tahu lah apa lagi yang maksiat-maksiat besar ini akan dipandang BIASA lagi..Mahu kata salah wanita,salah juga lelaki yang membuatnya. Mahu kata salah siapa lagi??

Tatkala tiada iman di hati, maksiat berani dilakukan bertepi, tibalah saat menanti~Kiamat Allah jua akan tiba nanti!!!!

p/s-tepuk dada tanya iman kita..

Friday, October 16, 2009

Selamat Datang!!~


Nurul Huda Maisarah


Alhamdulillah, kami menerima kedatangan ahli keluarga baru legasi Mohd Noor dengan begitu gembira dan penuh kesyukuran. Dengan mencukupkan bilangan cucu abah dan mami kepada 5 orang, dengan bertambah seorang lagi kaum Hawa pada bilangan cucu-cucu ini.

Tidak mahu menulis panjang, selamat datang bapak sedara kamu ini ucapkan kepada Nurul Huda Maisarah bt Mohd Hilmi ke dunia yang indah ini. Semoga kamu sihat-sihat selalu ya!!!~

Friday, October 09, 2009

Selamat Ulang Tahun Redhuan~


saya dan kedua ibu bapa..

Selamat ulang tahun saya ucapkan pada diri sendiri~sudah 24 tahun kiraan matematiknya umur saya. Secara fizikalnya, mesti ramai tak percaya,heeeee.......Tapi tak mengapalah, yang penting umur yang bertambah bukan untuk dirai, tapi untuk dihisabi~andai banyak salah dan silap, kesempatan masa yang Allah s.w.t berikan lagi, sama-sama kita cucikannya dengan kalimat taubat dan muhasabah...

Selamat ulang tahun Redhuan!!~

10/10/2009.

p/s-penat,tak mahu menulis panjang,hehee

Thursday, October 08, 2009

Pilihan Di Tangan Anda!!!~



ISLAM PEACE atau 1 Malaysia??

Rakyat Bagan Pinang yang akan memilih nanti tentu sudah pandai dan bijakSANA dalam membuat pilihan. Terserah pada mereka. Apa-apa pun, semoga semuanya berjalan lancar nanti. Siiru a'la barakatillah!!~

Wednesday, October 07, 2009

Kesian Jadi Orang...

Cerita ini saya dapat daripada kawan saya dan kawan-kawan saya lagi. Berapa kali kawan saya tak tahu daa..tapi bila mereka bercerita cerita ini, saya rasakan begitu kesian sekali. Ada juga orang sebegini atas muka bumi Allah s.w.t yang indah ini..


Ceritanya ringkas, beberapa minggu yang lalu pinangannya ditolak setelah mak dan abah perempuan itu tahu kawan kepada kawan saya ini ada asal dan salasilahnya dari orang Kelantan. Tanpa segan silu, pinangan yang datang dari jauh dan berniatkan sesuatu yang baik dari asalnya terpaksa bertukar menjadi sumpah seranah barangkali. Mahu menahan agar tak mahu keluar sumpah seranah itu tapi dek kerana ammarah yang berlaku kerana asalnya datang dari negeri yang satu ini, kadang-kadang terlepas juga butang PAUSE nya..dan marah terus meletup..


Saya bila mendengar cerita ini, pertamanya nauzubillah!!!! saya ucapkan. Betapa agak besar juga Allah mahu uji dia dan keluarganya. Nasib baik, belum lagi ke majlis kahwinnya. Kalau tidak, saya rasa lagi besar ammarahnya yang boleh berlaku. Dan saya merasakan betapa ada lagi orang berfikir sedemikian..


Mentaliti yang Digarap


Ini lah satu usaha tidak henti oleh orang yang saya rasakan tidak bertanggungjawab atas dasar kemanusiaan. Digarapkan dalam media orang Kelantan begini, orang Kelantan jumud, orang Kelantan lagak alim, orang Kelantan tak mahu maju!!!~kenapa sampai begini ya??


Lagi-lagi apabila Timbalan Perdana Menteri kita dengan begitu senang membuat satu kenyataan " lihatlah Kelantan, contoh negeri yang tidak pernah mahu maju". Mungkin, benarnya ada. Dari Kota Bharu ke Gua Musang, apa yang ada. Kami mungkin tidak ada highway yang luas barangkali, jadi mungkin kami ini tidak nampak moden. Kami mungkin tidak ada prasarana yang baik barangkali, jadi kami mungkin tidak mahu maju ke-hadapan. Tidak macam negeri-negeri lain. Mungkin ada benarnya kan. Dan lagi besarnya mungkin Rakyatnya yang tidak memilih dengan baik semasa pilihan raya umum, maka itu lah yang mereka dapat.


Besar sungguh saya rasa dosa mereka-mereka ini yang meletakkan mentaliti orang lain untuk memikirkan Kelantan sampai sebegini. Kalau benar sangat pun, janganlah lebih-lebih, nanti sampai tak cukup kaki tangan nak menjawab di SANA nanti.


Dengan Nada Agak Sedih..

Saya menulis kerana ada orang yang sampai sekarang termakan isu sebegini. Saya ingat masa saya belajar dulu, orang tanya saya belajar di mana? Saya jawab USM Kelantan. Dengan senang hati mereka gelak dan menjawab kenapa lah pilih tempat macam tu. Tak mahu keluar kepompong ke kata mereka..dan saya buatlah muka macam-macam innocent..tahan sabar barangkali..

Lagi-lagi dengan isu yang saya ceritakan dari awal, lagi la saya merasakan begitu besarnya SALAH orang yang telah meletakkan label orang Kelantan sedemikian rupa..MASYAALLAH!!!~


Akhirnya

Saya tidak apa yang mahu diperkatakan lagi. Tapi sinis orang menyindir Tuan Guru Nik Aziz bila disuruhnya Perdana Menteri datang ke Kelantan untuk melihat kemajuan dengan ada itu dan ini (baca=BANGUNAN-BANGUNAN besar) adalah tidak betul. Ini kerana mereka melihat pembangunan dengan fizikal, jadi perbandingan Nik Aziz adalah paling tepat dengan orang yang memandang sebegitu adalah kemajuan~itu sahaja..

p/s-Kesian jadi orang Kelantan kan???

Monday, October 05, 2009

Falahiah Selamanya~!!!!

Kali ini berita bergambar.Tiada yang menarik sangat, cuma kadang-kadang rasa gembira pun ada bila tengok gambar-gambar lama. Sememangnya, setiap pelajar asrama di Falahiah akan melalui detik-detik iaitu dengan nasyid, dakwah fardiyyah a.k.a adik angkat la kot, kawan-kawan lelaki yang memang sekepala dan usrah pada adik-adik tingkatan 1,2 dan 3. Kalau dibuka semua ceritanya, pasti meruntun kenangan indah.



nasyid MADANI Falahiah~kalau Falahian's tak kenal,malu lar,hehe...




saya bersama anak dakwah fardiyyah; ridhzuan



kawan-kawan lelaki~FALAHIAN's





geng SPM 2002~falahian's




saya dan anak usrah's tercinta selamanya..


Dan yang paling nak tergelak, saiz saya yang agak mengecut dulu kalau nak dibandingkan dengan sekarang. Sekarang dah agak mengembang,hehehe...

Apa-apa pun, layan...

p/s-Falahiah selamanya~PEACE!!!

Saturday, October 03, 2009

Bersantai Di Rumbia Resort Villa~

Alhamdulillah, kesempatan yang ada minggu ini saya diberikan peluang olehNya untuk turun merehatkan minda dan tubuh badan yang agak letih bekerja (letih ke??hehe....).Ini adalah kesempatan yang amat berharga sekali. Sebenarnya saya terlibat secara langsung menjadi AJK untuk bengkel Kerjaya pelajar saya di Universiti Malaysia Terengganu kali ini.





Rumbia Resort Villa

Hanya 110 km dari UMT, kami bergerak Khamis pagi 1 oktober 2009. Dan baru sahaja sampai ke UMT pada 3 oktober 2009 tadi. Penat, letih, kuat makan,kuat main riadah dan aktiviti, kuat melayan songeh pelajar-pelajar yang tak reti nak turun program, semuanya masih lagi terasa.



tempat tidur ku,hehe


Tapi, oleh kerana fasiliti dan kemudahan yang disediakan begitu baik sekali, kadang-kadang keletihan itu hilang seketika. Bak kata orang, kita perlu untuk rehat santai di tempat-tempat begini untuk refresh kan semula apa yang telah badan kita penat bekerja selama ini. Yang pasti, saya tak keluarkan duit sesen pun untuk program kali ini,hehehe...


Bengkel Kerjaya

Sejumlah wang yang agak besar dikeluarkan oleh pihak Universiti untuk anak-anak pelajar ini. Tidak lain dan tidak bukan hanya mahu mendedahkan dengan persediaan mahu ke temuduga bagi mendapatkan sesuatu pekerjaan.



Bengkel Kerjaya 2009


Kadang-kadang saya agak sedih apabila ada pelajar yang memberi komen yang agak berbeza sekali dengan apa yang kami AJK harapkan di akhir program. Ia berbunyi begini barangkali..



" Program ini bersifat memaksa. Dan program ini membazirkan duit. Program ini membazirkan masa. Program ini membazirkan tenaga saya. Lain kali, kalau nak buat, fikirkan dulu kepentingan pelajar..."



Kadang-kadang rasa macam nak pula 'bagi' sesuatu je kat pelajar macam ini. Tapi tak mengapa lah, dia ada pendapat sendiri. Tapi kalau mahu diikutkan di tempat saya belajar untuk ijazah pertama dulu pun tidak diberikan peluang yang sebegini rupa dengan bajet yang sebegini banyak. Lagi-lagi tempat yang sebegini selesa untuk berbengkel, subhanallah...Kadang-kadang syukur itu kita selalu lupa, tapi kalau selalu lupa ada baiknya kita kena selalu peringatkan.




makan dan terus makan~


Kesimpulannya


Alhamdulillah, semuanya selamat pergi dan pulang. Cuma menunggu untuk masuk kerja dan belajar pula esok dalam keadaan sihat tubuh badan barangkali,insyaallah!!!~dan jangan lupa untuk berpuasa enam semua ye..

p/s-tapi jamuan raya banyakkkkk sangat,hehee...

Thursday, October 01, 2009

Fokus Semua!!!!!

Saya sedang berehat ketika gambar ini di ambil. Rehat daripada kekenyangan makanan Raya barangkali. Sambil berehat di atas kerusi, saya melihat Irham anak saudara saya yang keempat sedang merangkak-rangkak ke sana dan ke sini. Memang mak dan abahnya tak sempat untuk pegang dengan baik. Begitu lincah sekali pergerakannya. Katanya abang saya mungkin sebab dia baru seminggu dapat merangkak, jadi mahu qadha' habis perjalanannya kali ini. Mahu dijelajah semua. Kalau dipegang, menangis,hehe..

Amir pula sedang disuap makan oleh bibiknya. Amir memang selalu juga makan. Bila makan, memang tak boleh kacau lah. Nak pegang memang tak boleh. Lagi-lagi kalau mamanya yang suapkan,hehe..


Tiba-tiba


Dalam keadaan semua tak boleh dipegang dan dihalang, mereka berdua serentak berpaling ke televisyen yang memang sudah lama dibuka rancangan kartun oleh mak saudaranya untuk anak saudara yang dua orang lagi, Aisya dan Hadi.


"Ooooo....diorang memang kaki iklan ni," saya berkata dalam hati.


Patutlah dulu abang Fais dan abang Rafiqie beritahu kalau iklan TV, tak perlu buat apa dengan depa. Biarkan depa berdua macam itu. Confirm depa akan fokus betul-betul walaupun tak faham. Bila dah tamat iklan semua, baru lah boleh diganggu sikit..


Saya a.k.a pak saudaranya yang suka usik-usik anak saudara ini; apa lagi. Usik la anak saudara masa depa ada ni. Saya sengaja pergi halang mereka tengok iklan. Dengan tubuh saya yang sudah membesar ini, saya cuba halang mereka tengok iklan di TV kami yang baru.


Alamak!!!!


Rupa-rupanya mereka berdua ini memang betul-betul FOKUS. Siap berdiri tuh!!!!!!~huhuu...mata pun tak tengok pun Pak saudaranya yang besar ni,hehehe....







Halangan kali pertama~Amir yang tak nampak,jadi dia kena berdiri dalam walker.




Halangan kali kedua, Irham pula yang tak nampak. Jadi dia pula terpaksa bangun,hehe



Masalah kita semua..



Beginilah masalah kita sekarang. Nak suruh senyap, berikan depa tengok TV. Tapi nak kata salah depa tak boleh juga kan. Nak kata salah ibu-bapa tak boleh juga. Jadi salah siapa?? Salah TV? Salah rancangan-rancangan menarik di TV??


Pada saya, itu lah cabaran utama membesarkan anak-anak sekarang. TV ibarat kehidupan mereka. TV itu perlu selagi mana ia perlu. Tapi bila sudah tahap tepu dengan maksiat melata, rasanya sudah tiba masa kita ambil remote yang ada untuk ditutupkan TV itu dengan baik..


Mungkin benarlah kata-kata seorang Tok Guru dulu kala...


" Nanti bila sudah nak dekat akhir zaman, setiap rumah akan ada taghut yang nyata dan jelas senang untuk diperolehi.."


Taghut itu saya permudahkan maksudnya seperti TV lah. Banyak lagi benda lain. Itu anda fikir sendiri ye!!!


Akhirnya

Saya tak marahkan anak-anak saudara saya ye. Sebab depa tengok iklan je,hehe. Jangan marah ye Abe Qie dan Abe Fais pada adik mu yang besar ini,hehe. Adik mu ini pun kalau ada anak sebesar dan berumur macam itu akan beri dulu kebebasan padanya untuk dia nak tengok apa kan. Yang penting kita kawal bila depa dah meningkat besar nanti. Jangan tak kawal sudah. Ibu bapa pun kena FOKUS. FOKUSkan kepada mencari cara kawalan yang terbaik~agar anak membesar dengan info yang baik dan berguna untuk dunia dan selamanya kepada akhirat.PEACE!!!!!


p/s-TV yang selalu menjadi agenda baik atau buruk,kita yang tentukan..