Wednesday, September 30, 2009

SATU Malaysia!!!!

Balik berpuasa dua tiga hari yang lepas sebelum raya 1430 H, saya ada satu cerita agak terkejut tentang SATU ini. Sebab negara Malaysia sekarang, nak bercakap ke, nak buat slogan ke, nak apa-apa ke, kena letak istilah SATU , baru lah nampak hebat sikit. Orang cakap kita akan mengikut perkembangan semasa. Tak gitu?hehe

SATU...

Cerita ini diceritakan oleh abah saya ketika dalam bulan puasa tempoh hari. Mungkin ketika itu saya belum pulang berpuasa di kampung barangkali. Abah bila bercerita memang pandai juga. Kadang-kadang penuh emosi dan penceritaan. Humor pun banyak,hehe..


Nak dijadikan cerita, masa waktu tengahari pada satu hari yang suam-suam kuku...


Abah dan jemaah solat mahu masuk saff dan barisan untuk solat. Tika itu ada la seorang Pak Cik ini. Kami panggil dia Pak Cik P je la. Pak Cik P dengan anak-anak dan kanak-kanak di masjid Huda, memang ramai gerun dengannya. Dia tidak lah garang sangat tapi kalau sekali dia bagi teguran, alamak berderau juga la,huhu..


Jadi, waktu Zohor ketika bulan puasa hari itu selepas Pak Cik P ini mengalunkan azan dan iqamahkannya, semua ahli jemaah solat bersedia untuk solat. Barisan diatur dan disusun..


Sebab mungkin hari itu Tuan Imam datang lambat, jadi Pak Cik P terpaksa pula mengambil pakej terus dengan menjadi Imam. Memang hebat dan bravo lah Pak Cik P ini,hehe..Tapi bagus juga, sebab dia yang paling berpengalaman dan berkelayakan.


Bila Pak Cik P naik jadi Imam, maka semua ahli jemaah bersedia juga untuk solat. Pak Cik P pun juga nampak bersedia. Maka Pak Cik P ini menyebut beberapa perkataan biasa sebelum mahu Imamkan solat..


" Betulkan saff"

" Betulkan saff"

" Rapatkan saff"

" SATU kan saff"


Alamak!! Tiba-tiba abah terperasan perkataan SATU kan saff ini. Abah terpaksa buat relaks je sebab nanti kalau ramai perasan jemaah lain ni ada pula yang merungut salah sebut ke apa ke..


Jadi solat pun berjalan seperti biasa. Jadi bila kami pulang beraya itu hari, abah ceritakan kepada kami. Kami adik beradik lelaki bila dengar abah bercerita tentang ini, memang tergelak besar. Sejak bila la pula ada SATU kan saff ini. Tapi takpe, mungkin maksudnya bagus juga kan..


Akhirnya, bukan mahu diceritakan keburukan Pak Cik P cuma mahu diketengahkan istilah SATU ini memang hebat betul penangannya.


SATU Malaysia, SATU formula One, SATU asrama, SATU dan SATU lagi dan lagi....


p/s-SATU ummah~PEACE!!!!

Saturday, September 26, 2009

Sebelum Terlupa..

Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w berpesan supaya kita sentiasa beringat tentang 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Kenapa selalu kita diperingatkan sedemikian dari kuliah-kuliah, nasyid tentang ini??


Hidup- sebelum mati
Sihat- sebelum sakit
Miskin- sebelum kaya
Lapang- sebelum sibuk
Muda- sebelum tua


Ini kerana kelima-limanya adalah nikmat. Nikmat yang kita dapat sebelum dan selepasnya. Bagaimana kita diajar dan disuruh oleh baginda Muhammad s.a.w untuk mengambil peringatan supaya sentiasa bersyukur dan dalam masa yang sama mengambil langkah-langkah proaktif di dalam menjaga dan mengawalnya agar tidak berlebihan atau berkurangan.



Sebagai contoh nikmat sihat sebelum sakit. Saya sendiri terkesan setelah gastrik menyinggah di perut saya pada bulan Jun 2009 baru-baru ini. Alhamdulillah, ada seorang memberi saya tips berharga untuk berpuasa Ramadhan dalam keadaan ada gastrik. Alhamdulillah dan sangat berterima kasih padanya dari dulu hingga selamanya. Tapi, oleh kerana nikmat sihat sebelum gastrik datang tidak pernah disyukuri, makan dengan tak tentu hala jenis pemakanannya, minum dengan segala jenis air ber-gasnya menjadikan saya LUPA. Kadang-kadang kita lupa untuk mengambil perhatian pasti bila Nabi kita pesan ada sesuatu hikmah di sebaliknya.



Pada saya, cuba lah untuk mengambil langkah-langkah proaktif untuk cuba kekalkan kelima-lima perkara sebelumnya. Cuba sehabis baik. Tapi bagaimana pula kalau sesorang itu memang dari kecil-kecil lagi sudah ditarik nikmatnya? Sebagai contoh hari pertama lahir terus ada penyakit kronik?? Bukan mahu pertikaikan kerja Allah s.w.t cuma mahu kita sama-sama mengambil ikitbar kalau kita yang sihat ini tidak peduli dengan peringatan Nabi kita.



Hadi, Amir dan Aisya

Adik Amir Safwan

Lelah, jantung berdegup agak laju a.k.a tachycardia. Senang berpeluh. Tercungap-cungap. Umurnya akan genap setahun minggu depan. Saya pernah menulis tentang Amir di sini dahulu.


Saya ini jenis senang untuk rasa hiba (bukan menangis yee!!!!hehe) pada keadaan yang menyumbang kepada hiba. Tapi akan tengok keadaan sekeliling juga la. Kalau ada ramai orang, relakssss dulu la,hehe..


Tapi, sejak seminggu Adik Amir balik kampung untuk beraya buat pertama kali; setiap kali kalau dengar suaranya, perlakuannya, senyumannya, lagak dan gayanya, akan menyebabkan saya dengan tanpa segan silu menjadi hiba (sekali lagi bukan menangis ye!!!,hehee). Memikirkan tentang masalah jantungnya, saya memang agak senang terasa hiba. Anak saudaraku yang ini Allah telah tarik nikmat sihatnya dari kecil lagi. Tapi dia sentiasa berusaha untuk menunjukkan dia sihat dan aktif orangnya. Kalau orang yang tidak bertanya lebih mendalam tentang Amir, pasti ramai tidak akan tahu betapa masalah jantungnya yang tertukar ventrikel kanan dan kiri disamping ketidakwujudan arteri pulmunori, injap bikuspid dan trikuspid juga tertukar kedudukannya menyebabkan semuanya menjadi sukar untuknya.



Amir dan Papanya


Alhamdulillah, Allah s.w.t mudahkan lagi keluarga abang saya untuk meneruskan kehidupan walaupun diuji sebegini. Sehinggakan abang saya berhenti bekerja kerana majikan lamanya tidak membenarkan abang saya hadirkan diri ke bilik bersalin ketika mahu melahirkan Amir setahun yang lepas. Selama 6 bulan menjaga Amir, dengan pembedahan di IJN dilakukan semuanya senang meruntun hiba saya.


Kita macam mana?

Bercakap tentang nikmat, saya sendiri akan tersedar hal-hal sebegini. Mungkin ramai lagi orang di luar sana Allah s.w.t telah menguji mereka. Malah mungkin lagi hebat. Bak kata orang kita diuji Allah untuk Allah memberikan kita sesuatu yang lagi baik.


~Akhlaknya

Saya cuma simpulkan, Kalau kita benar-benar percaya pada Allah, apa yang terjadi kita redha dan ambil ia sebagai cabaran kehidupan. Yang penting jangan kita sesekali lupa akan segala nikmat-nikmat yang ditekankan Nabi dalam maksud hadis Nabi di atas.

Saya teringat kata-kata ibunya Amir Safwan kepada mak saya tentang hal Amir..

"Kami (abang saya dan Kak Farah) akan jaga Amir betul-betul sampai lah Allah betul-betul nak ambil dia. Tak kisah lah macam mana pun kami akan usahakan. Kadang-kadang baby yang sihat dan segar bugar pun Allah boleh nak ambil bila-bila masa. Jangan nak tunggu sakit macam Amir kita dah mula mahu mengalah dan berputus asa.."



selamat hari Raya!!

p/s- hargailah nikmat yang Allah berikan..

Thursday, September 17, 2009

Salam Idul Fitri~1430.

Assalammualaikum kepada semua pembaca setia Saffmukmin dan juga tak lupa kepada mereka yang datang untuk view je. Yang penting, mereka sampai juga kat saffmukmin punya page ni kan??hehe... Apa-apa pun, dengan kesempatan Ramadhan berbaki sedikit sahaja lagi, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga kepada semua untuk sama-sama kita nilaikan sejauh mana Ramadhan kita kali ini. Adakah keputusannya TAQWA atau sekadar melepaskan batuk di tangga?? Dan sejauh mana latihan kita dalam sekolah Ramadhan kali ini berjaya dan dapat membolehkan kita untuk membuat Latihan Industri untuk sebelas bulan lagi sebelum tibanya sesi sekolah Ramadhan 2010 nanti.



Semua soalan-soalan ini, hanya kita yang mampu menjawabnya. Bak kata orang, tepuk dada kita dan terus tanya iman dan kefahaman kita masing-masing.


29+6= 365??


Ini formula matematik Allah yang hebat. Satu jangkauan bilangan hari yang diberikan kepada kita sebagai hambanya. 29 hari berpuasa Ramadhan dicampur dengan 6 hari berpuasa sunat dalam bulan Syawal, Allah gandakan ia seperti amalan berpuasa setahun. Tak mahukah kita??


Ini juga hanya kita yang boleh menjawabnya..


Saya (baju hitam) bersama staff's terhebat di Makmal UMT.



Salam Idul Fitri


Saya mengambil kesempatan mahu mengucapkan salam idulfitri kepada semua. Saya mohon maaf andai ada bahasa saya sepanjang menulis dalam page saya ini terkasar dan mengguris hati anda semua.

Semoga kita dapat beRAYA dengan penuh gembira dan betul-betul CERIA, tiada sedih-sedih ye..!!!

Pada yang jauh dari keluarga, saya doakan anda sentiasa senyum-senyum sokmo. Nanti pengorbanan anda berada di kejauhan Allah s.w.t. akan membalasnya dengan hasil yang lagi tinggi nilai di sisiNya~yang penting kita ikhlas keranaNya.


p/s-selamat HARI RAYA!!

Thursday, September 10, 2009

09/09/09~


Hadi bersama abah dan keknya..


Ada apa dengan 09/09/09?? Untuk diri saya sendiri sememangnya tiada pun. Cuma saya melihatkan ia tarikh yang begitu cantik. Tapi, untuk keseleruhan ahli keluarga kami, semalam tarikh itu adalah tarikh kelahiran anak saudara kedua saya, Hadi Marzuqi bin Mohd Hilmi. Sudah dua tahun rupanya dia. Cepat sungguh masa berlalu ye..




Irham Razin




Aisya Safia




Amir Safwan




4 serangkai,bergabung!!!hehe..



Tiba-tiba teringatkan kepada keempat-empat anak saudara. Yang penting, mereka akan pulang beraya nanti. Ni, uncle kamu sudah bersedia menyambut kamu semua. Nak berapa duit raya nanti semua ni???(macam banyak duit je ni,hehe)..


p/s-semoga dapat beraya dengan elok nanti

Wednesday, September 09, 2009

Maksimumkan!!!




" Maksimumkan? Mahu maksimumkan apa ye setelah saat begini? Duduk berfikir, termenung, dan mengambil masa yang ada ini.." seorang hamba bermonolog sendirian...


Maksiat Kepada Allah


Ramadhan tinggal berbaki sedikit lagi. 10 hari yang akhir ibarat seorang pelari balapan yang walaupun mungkin bermula perlahan (kalau yang 800 meter la,hehe), tetapi pada saat akhir begini dia lah yang dapat memecut dengan konsistensi dan mencapai kemenangan. Kemenangan yang kita mahukan ialah medal TAQWA seperti yang Allah s.w.t gambarkan dalam KitabNya.


"Wahai orang-orang yang berIMAN, DiWAJIBkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang yang berTAQWA"



Akan tetapi, walaupun Ramadhan berbaki begini kita juga mungkin berkadar terus dengan amalan-amalan yang boleh menyebabkan Allah tidak suka kepada kita. Amalan-amalan lama kita yang kita tahu sememangnya tidak patut dilakukan lagi akan tetapi mula bercambah semula setelah Ramadhan hampir tiba ke akhirnya.


Maksiat kepada Allah adalah satu perkara yang tidak boleh kita elakkan sebagai seorang bernama manusia. Tapi Allah berikan kita cara bagaimana boleh hapuskan dosa-dosa ini. Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah adalah setiap maksiat kepada Allah yang kita lakukan pasti dibekalkan dosa. Itu sifir mudah. Tidak kira lah sehebat mana pangkat kita, setinggi mana kedudukan kita dalam masyarakat, itulah formulanya.


Namun, dengan berpuasa pun sebenarnya sudah boleh mencegah kita dari melakukan dosa padaNya. Berkata Rasulullah s.a.w;


" Puasa itu perisai daripada api seperti perisai seorang kamu dari pembunuhan (perang) dan sedekah itu pula memadamkan kesalahan atau dosa samalah seperti air memadamkan api yang sedang bernyala membakar"









Kesempatan Ramadhan



Ramadhan sudah hampir ke akhirnya untuk ke sekian kali. Adakah kita masih sempat atau tidak bersama Ramadhan tahun depan, hanya DIA yang tahu. Dalam Ramadhan yang masih ada, sama-sama kita bersihkan dosa-dosa yang kita selalu lakukan kepadaNya (kalau masih ada) dan dosa-dosa kita yang sudah lama kita lakukan.


Sesungguhnya, Ramadhan ini kita boleh meMAKSIMUMKAN amalan Taubat. Dan yang pasti, ISTIQAMAHkan ia adalah sepatutnya menjadi agenda kita.

p/s- ayuh sama-sama usahakan ye, insyaallah!!!

Tuesday, September 08, 2009

Kerja versi Ramadhan 2




Alhamdulillah, tahun ini saya masih diberi kesempatan olehNya untuk menyambut Ramadhan dalam suasana yang sama seperti tahun lepas; iaitu dengan bekerja. Sebenarnya, tiada beza sedikit pun bekerja dalam Ramadhan kali ini dengan sebelumnya. Cuma tahun ini saya berpuasa di Terengganu pula. Sememangnya suasana berpuasa di sini amat berbeza jika mahu dibandingkan.


Suasana



Kawan-kawan baru dan suasana tempat kerja baru boleh memberikan kita kekuatan dan kemahuan untuk bekerja dengan lebih baik. Hampir sebulan lebih di sini, saya dengan diberi sedikit jawatan dalam tempat bekerja, terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah dan perangai masing-masing (termasuk saya juga la,hehe). Ada yang jadikan tempat kerja sebagai tempat luah perasaan, tempat menceritakan kisah-kisah yang menceriakan dalam keluarga masing-masing, dan yang paling saya terkejut ia dijadikan tempat meluahkan cerita-cerita yang tak sepatutnya diceritakan dalam kisah dan hidup dalam rumah tangga. Subhanallah, seolah-olah membuka pekung pada diri sendiri.


Saya bertindak mendengar dan kadang-kadang naik gelak juga apabila masing-masing ada ceritera masing-masing. Si suami macam ini, si isteri begitu. Si anak begini, si bapa buat hal macam ini. Si isteri masak tak berapa best, si suami merajuk tak tentu pasal..pening-pening(sambil tahan gelak,hehe)


Suasana Kerja Versi Ramadhan


Alhamdulillah, Ramadhan yang sudah hampir 2 minggu ini merubah sedikit sebanyak rutin harian tempat kerja saya. Masing-masing bertindak lebih banyak berdiam diri daripada menceritakan seperti sebelum ini.


Mungkin teringatkan kuliah Ramadhan yang disampaikan tempoh hari oleh pihak Universiti kepada semua staf, yang menekankan berpuasa mungkin hanya dapat lapar dan dahaga kalau mulut dan tingkah laku menunjukkan seolah-olah tidak berpuasa. Bercakap mengarut sana, bergerak melalut sini, akhirnya tiba waktu berbuka, hanya lapar dan dahaga sahaja yang diperolehi.


Peringatan ini untuk semua. Saya-anda-kamu-dan kami. Bekerja versi Ramadhan sepatutnya lebih efektif. Kalau tak efektif sangat pun, biarlah ada gunanya seharian kita bekerja. Paling kurang, kita ada sebab kenapa kita dibayar gaji sebulan. Bukan untuk datang dan duduk sia-sia.


Akhlaknya

Saya teringatkan suasana ketika bekerja di tempat lama dahulu. Setiap masa digerakkan dengan kerja. Lagi-lagi apabila Ramadhan tiba. Bekerja bagai tidak cukup dengan masa yang diberikan. Malam terawih pun dibantainya kelas!


Ketika kali ini saya merasakan kerja versi Ramadhan 2 memberikan saya peluang untuk menilai diri dan prestasi kerja supaya lebih baik, saya merindui kenangan-kenangan lama itu. Tapi, pasti saya tak akan kembali lagi ke sana,hehe...



kawan's kerja lama..


Bekerjalah dengan lebih baik untuk versi Ramadhan kali ini ye!!!!


p/s-Kerja dan terus kerja....(^_^)V.

Saturday, September 05, 2009

Bidadari

Bidadari...sungguh layan lagu ini saya dengar. Mungkin kerana melodinya barangkali. Anda pengunjung saffmukmin boleh mendengarnya di sebelah kiri atas blog ini. Tunggu loading habis dengan baik, dengarkan lagu ini. Fuhh...layan juga la,hehe

Saya bukannya penggemar sangat lagu-lagu yang cintan-cintun begini, tapi mungkin lama dah tak dengar lagu macam ini, terasa lain la pula,huhu. Betapa bidadari~yang dicari dan dipilih biarlah dariNya. Kerana betapa bidadari ini lah yang akan membantu sesiapa pun selama mana dia berjuang di dunia ini. Semoga dapat ketemu bidadari sebegini, insyaallah (perghhh...saya pula yang jiwang,hehe)

Apa-apa pun, lepas raya ini ramai orang akan melangsungkan perkahwinan lagi. Junior-junior saya di USM dulu pun dah mendahului saya (boleh naik marah ni,hehe)..semoga pilihan masing-masing bertemu dengan bidadari dan bidadara (ada ke???) yang sentiasa diredhaiNya.


Saya mengajak anda mendengar bersama saya ye..jangan feeling lebih-lebih sudah..huhu.


p/s-Bidadari~sungguh besar maknanya..


Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku

Bidadari..Bidadari..
Tenangkan-lah Jiwaku

Sumpah Setia
Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

chorus
Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga

Ulang chorus

Hijjaz-Munif Ahmad.

Friday, September 04, 2009

Inni Sooi'imm!!!

Minggu lepas, saya sempat balik ke Kelantan a.k.a my hometown setelah dua minggu berada di Terengganu. Dalam kesempatan mengambil cuti sempena Merdeka, dan paling penting mahu menyambut Ramadhan bersama keluarga, perasaan ini begitu gembira.

Berpuasa di rumah dan di halaman sendiri memang berbeza jika mahu dibandingkan berpuasa di mana-mana selainnya. Saya rasa semua orang setuju kan? Kalau yang berada jaaauuuhhhhh dari Malaysia lagi la kan (sabar-sabar,hehe...). Namun, begitulah Ramadhan sepatutnya mengajar kita sabar dan juga boleh TAHAN marah.


MARAH

Saya memang mewarisi juga serba sedikit perangai marah dari sebelah mana saya tak tahu. Tapi macam saya tuliskan sebelum ini, saya bisa marah kalau bila keadaan itu memang betul-betul memaksa saya menjadi begitu.


Abang kedua saya, Fais memang seorang lagi anak En.Mohd Noor yang mewarisi perangai macam ni. Tapi dia pun sama, garang-garang bertempat juga la,hehe..Tapi hati baiiiikk wooo....Dia lah antara anak yang mak saya sayang sangat,hehe..


Dan juga, cucu pertama mak dan abah saya datang dari abang yang ini. Lagi la dia sayang kat cucunya. Tapi jangan marah abang-abangku yang lain ye. Mak pun sayang juga kamu,hehe..


abang Fais bersama Aisya dan Amir

Eh apa ni..lari topik pula,huhu. Sebenarnya saya mahu beritahu saya ini ada juga perangai marah yang bengang juga la. Tak sempat mahu tekan butang PAUSE bak kata Saifulislam kali ini. Lagi-lagi Ramadhan sepatutnya mengajar kita begitu..Allah akbar!!!


MARAH + LAPAR....

Sempat berbuka di Kelantan, saya bersama 3 orang lagi kawan mengambil keptusan mahu berbuka bersama. Dan tempat yang dipilih adalah satu restoran ala-ala Arab di sini. Namanya......(takpe laarr...,nanti tak best pula beritahu,huhu). Tapi mahu dijadikan cerita, kami datang rasanya dah awal la (baca=6.50pm) sebelum berbuka. Kami dengan tanpa segan silu menempah la menu yang best-best orang puteh kata. Nasi nama apa kami tak ingat dan dicampur dengan ayam madu (perggghhhh....), memang betul merangsang pembentukan air liur kami yang sememangnya sudah ada di kalenjar-kalenjar air liur ini.


Ditambah dengan air koktail Tarbush (alamak terrberitahu pula nama kedai,hehe) memang kami dengan tak sabarnya mahu makan dengan tanpa sedar diri waktu berbuka nanti(masyAllah,huhu..)


Tunggu punya tunggu,jam sudah hampir sangat dengan waktu berbuka. Satu-satu makanan sampai kepada orang yang sudah membuat tempahan awal. Kami boleh terima ia sebab memang nampak mereka sudah tempah awal. Bilangan mereka lagi ramai daripada kami. Kami berempat je.

Akhirnya datang la air yang dipesan tadi bersama kurma. Alhamdulillah....lega rasanya. Maksudnya makanan kami pun dah tak lama nak sampai la..




sepatutnya beginila kot makanan kami,huhu..

MAAFKAN KAMI..

Tunggu punya tunggu, azan berbuka dialunkan dengan begitu indah di radio Manis FM. Kami berbuka masa itu sudah dengan muka bengis la (makanan tak sampai lagiii....!!!). Nasib baik ada kurma dengan air koktail itu. Boleh hilang la sedikit keresahan ini,hehe..Dalam 7.45 pm (selepas 30 minit berbuka) datang la godek-godek adik seorang ini mahu memberitahu..


" Abang, ayam kami sudah habis. Ada daging kambing je. Nanti kami bawa nasi tadi dengan daging kambing ye," dengan selamba mukanya memberitahu.

Buuuuuuuusssssshhhhh......................booooommmmmmmmmmmmmm....gedebooooommmmmmmmmmmmmm..................
(rasa meletup gunung berapi dalam badan kami ini dengan kata-kata adik ini,hehe)

Bukan apa, sebab kami tengok orang sekitar kami yang datang lambat dan buat tempahan lagi lewat daripada kami pun dapat apa yang ditempahnya. Tiba turn kami boleh pula jadi macam ni. Daging kambing memang kami tak makan, disebabkan sebab-sebab tertentu. Memang betul-betul marah ini.

" Tok payoh la dik. Aku kenye doh minum air," kawan saya yang sorang lagi menjawab adik tadi.

" Sama la. Batalkan sume tempehe tadi. Kenye jugok doh aku ni. Nok gi semaye pulok," saya pula menambah perisa marah yang dicampur dengan lapar(dah la ada gastrik saya ini,huhu..)

Kesian juga tengok muka adik tadi. Dah la dengan muka kawan saya dan saya ni memang ala-ala tak makan dua hari kot,hehe..lagi la dia nampak takut. Kami bayar apa yang kami makan dan terus pergi solat Maghrib berdekatan.

.........

“Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa”


Hadis ini benar-benar mendiamkan saya ketika saya membacanya di blog Dr Ummi tempoh hari. Betapa saya tidak pandai dan tidak ingat ketika saat marah menular dalam diri. Syaitan besar-besar sudah dugari, apa lagi yang mendorong saya jadi begitu...


YA Allah..ampunkan dosa ini. Nampaknya jika pulang ke Kelantan nanti kami kena minta maaf dengan adik tadi. Itu pun kalau adik yang melayan kami masih lagi bekerja di situ. Kerana dia pun beritahu kami baru sebulan dia bekerja di situ,huhu...


Maaflkan kami....

p/s-Inni Sooi'imm!!!