Monday, January 24, 2011

Hari Ini Mesti Lebih Baik Dari Semalam~




Dalam sebulan ini, makmal kami begitu galak digunakan pelajarnya. Terutama apabila kelas harian sudah bermula. Dan bagi pelajar tahun akhir, penyelidikan tahun akhirnya sudah mahu mencapai tarik akhirnya. Gelagat merka mengingatkan saya kepada gelagat dn perangai saya ketika mahu menyiapkan tugasan penyelidikan tahun akhir 3 tahun lepas. Sungguh mengusik jiwa. Sungguh sekejap masanya berlalu. Namun kesannya sampai sekarang terasa. Penat, tertekan, cepat mengalah, hidup dan makan tidak teratur dan macam-macam lagi. Namun, yang pentingnya suasana di makmal sudah meriah kembali.


Sebulan Ini..


Pelbagai perkara yang berlaku sebulan ini. Sama ada ia menjurus kepada perkara yang lebih baik atau tidak, ia harus menjadi persoalan. Yang terbaru, Tenang menjadi tempat bertarung sekali lagi. Akan menyusul Merlimau dan tentunya Klang yang akan menjadi medan terakhir sebelum pertarungan besar yang pastinya akan tiba nanti.


Dan juga, pertarungan Piala Sumbangsih antara Selangor dan Kelantan akan menanti tiba 29 Januari 2011 di Shah Alam nanti. Kepada penyokong, sila menyokong dengan baik.


Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam


Begitulah dalam Islam. Kuncinya adalah hari ini nak atau tidak harus lebih baik dari semalam. Walaupun sedikit sahaja perubahan kebaikannya,itu tidak mengapa yang penting ada perubahan kebaikan hari ini berbanding semalam. Kalau semalam tidak solat Zohor berjemaah, hari ini solat Zohor berjemaah. Dan esok insyaallah solat zohor berjemaah pada awal waktunya. Dan lusa pula solat zohor berjemaah pada awal waktu di masjid pula,insyaallah. Begitulah dari hari ke hari. Ingat, hari ini lebih baik dari semalam!!!


p/s-lama tidak mengemaskini kan blog..huhuu..