Sunday, August 30, 2009

Wuchereria bancrofti!!!

Melihatkan kad ini, saya selalu akan teringatkan pelajar-pelajar saya di Kolej PTPL KB dahulu. Betapa mereka lah antara orang-orang yang akan sentiasa memberikan saya semangat untuk terus kuat bekerja dan mengajar di sini.


PARASIT no satu??

Pada nama kad ini, saya diberikan nama En. Wuchereria bancrofti. Semasa menerima kad ini dahulu tak tahu pun kenapa diberikan nama ini. Lama-kelamaan barulah saya tahu kenapa diberikan nama ini. Sebab saya mengajar depa subjek Parasitologi II yang kebanyakannya berkisar tentang spesis Nematoda dan Sestoda. Dan mungkin parasit jenis ini besar agaknya (sebab tu dirujuk kepada saya,huhu)


kad jemputan..


Tak kisahlah apa pun depa mahu sebut melainkan mereka dapat hormat dan respek kita secara jelas. Mungkin nama itu mahu bergurau agaknya. Jemputan ini dibuat untuk ke majlis kesyukuran anaknya yang baru lahir. Dia ini ibu muda sebab baru berumur 20 tahun ketika itu kalau tak salah. Memang cekal lah mereka ini,hehe..


Cacing spesis ini apa-apa pun adalah sejenis parasit. Saya juga setelah sekian lama mengambil juga iktibar dari nama sebegini. Maksud lagi luas adalah mahukah kita menjadi PARASIT kepada orang lain? Menumpang mengambil kebaikan dan selepas mendapat kebaikan itu kita lari sebegitu sahaja. Dengan tubuh badan yang kita menumpang itu ditinggalkan sebegitu sahaja, ia boleh rosak dan mati.



Wuchereria bancrofti


PARASIT agama??



Paling jelas, janganlah kita menjadi PARASIT kepada agama Allah yang indah ini. Kita mengaku sebagai Muslim, mengambil sisi indah sebagai seorang Mukmin, akan tetapi lama-kelamaan kita merosakkan nama-nama ini. Dengan amalan-amalan yang merosakkan amal islami kita, segalanya menjadi buruk kepada orang yang belum lagi dapat menikmati ISLAM yang indah ini.


Isu sebatan kepada Kartika, isu kepala lembu berdarah diarak di hadapan Pejabat Kerajaan Negeri Selangor dan pelbagai lagi menuntut untuk kita jangan menjadi sebegini kepada agama ISLAM kita. Nanti orang yang dah faham menjadi lagi tak faham dengan kerja-kerja sebegini.


Akhlaknya


Jagalah diri kita agar jangan jadi PARASIT kepada agama Allah ini. Sempena Ramadhan ini, persiapkan diri sebaik mungkin. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Insyaalah, anjakan Ramadhan ini akan memberikan hasil yang baik untuk diri kita selaku Muslim yang Mukmin bagi berbaki masa-masa yang ada lagi nanti.



tuntutlah ilmu!!!!

p/s-Selamat berpuasa kepada semua!!!

Saturday, August 29, 2009

Kerana Nilai UkhwahMu Sungguh Berharga..

Dalam kepala saya, tidak ada langsung perancangan secara jelas macam mana penempatan saya di Mengabang Telipot nanti. Kerja pertama saya di dalam sektor kerajaan memberikan saya ruang dan peluang untuk mengenal negeri Terengganu dengan lebih luas nanti, insyaallah. Tapi, antara beberapa perkara penting semasa pendaftaran masuk kerja nanti belum saya selesaikan dengan baik lagi. Cuma, saya amat berterima kasih kepada sahabat saya, Cik Awan yang sudi memberikan tempat tumpang terlebih dahulu di rumah sewanya. Namun, bermain di fikiran saya pula macam mana dengan kawan-kawan rumah sewanya yang lain pula? Dianggarkan seramai 12 orang di dalam rumah ini ditambah dengan barang-barang saya yang di bawa bagaikan satu rumah(hehehe) ke sini mengundang pelbagai soalan lagi.


" Amre, ana akan sampai di sana petang Sabtu nanti," saya memberitahu Cik Awan.

" Beres. Nanti dah nak sampai, beritahu lah. Senang nanti nak angkat apa-apa barang," Cik Awan membalasnya.




Saya dan Adik Arwah Yie

Saya sampai dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu tepat jam 5.30 petang Sabtu, 1/8/2009. Dan seterusnya pergi hantar adik ke UiTM Dungun. Balik dari Dungun, saya terus di hantar ke rumah sewa yang tadi. Mak dan abah saya terus ke resort yang disewanya. Boleh tahan juga resort Dara Inn ini. Cantik dan sungguh selesa suasananya. Mak dan abah bagai sedang berbulan madu semula,hehe.

Terkejut

Pulang saya dari sana, setibanya di rumah sewa tadi amat terkejut saya dengan bilangan seramai ini saya akan turut menumpang sekali. Bukan kerana bilangannya sangat tapi apa yang terlintas di kepala saya;


"ok ke nanti saya berada di sini dengan macam-macam barang saya nanti?"

Tapi..



Syahril dan saya

"Abang Due, nanti dok sini lama-lama lagi ye, kalau boleh stay sini pun takpe," beritahu seorang ahli dalam rumah ini.

Ikhlas saya beritahu, saya hanya kenal rapat hanya beberapa orang sahaja dalam rumah sewa ini sebelumnya. Lagi-lagi, adik arwah kawan saya dahulu, Bro Yie juga ada sekali dalam rumah ini. Dia turut sekali sewa rumah ini.


"Insyaallah, kalau tiada apa-apa aral melintang," saya membalas semula.


Sudah Sebulan

Kini, hampir sebulan saya di rumah sewa ini (mereka menggelarkan DS, mungkin Darul Salam), semuanya begitu indah dan seronok. Seolah-olah saya kenal mereka sudah beberapa tahun. Mereka semua bersahabat dengan penuh nilai sahabat yang tinggi.





Namun saya harus juga mencari rumah sewa yang lain bagi menempatkan barang saya yang terlalu dan begitu macam banyak ini. Insyaallah, mulai September ini, saya akan masuk rumah sewa baru itu tapi saya rasa mungkin kebanyakan masa saya akan habis juga di DS ini,hehe..


Saya memang merasakan nilai ukhwahMu semua amat berharga pada diriku..kerana kalau kita bersahabat keranaNya, semuanya akan jadi indah. Walau anda dalam susah kita pasti akan sama-sama tolong dan membantu dengan sebaiknya..

Kesimpulan

Setakat itu sahaja dan sekarang saya berada di rumah(bercuti,yahhoooo!!!!,hehe). Dan saya mahu mengucapkan selamat mulakan pembelajaran pada mereka yang akan memulakan pengajian nanti ya!!!


p/s-ukhwah itu amat berharga..

Friday, August 28, 2009

Kenangan Masa Lalu~

Sudah lama tak update,hehe. Sebelum terlupa, tahniah pada mereka yang bertungkus lumus memPAStikan kemenangan di Permatang Pasir tempoh hari. Insyaallah, dengan niat ikhlas kalian Allah akan membayarnya dengan bayaran yang tinggi. Saya amat yakin. Tapi pastikan ikhlas kena letakkan di hadapan ya!!!!


Di sini saya letakkan sedikit video show yang saya buat sudah lama~tapi begitu meninggalkan kesan pada saya. Bukan kerana gambarnya tetapi kepada program ini. Saya sudah tuliskan dahulu di sini, cuma video ini diletakkan agar sama-sama kita dengarkan lagu dari filem Sang Murabbi. Betapa hidup berjuang pada jalan Allah sungguh memerlukan orang yang sabar, ikhlas dan seumpamanya.

Ayuh, sama mendengar yaa!!!!




p/s-teruskan..

Saturday, August 22, 2009

Jihad~Ramadhan dan Semuanya..

Tiba lagi Pilihan Raya Kecil. Sudah beberapa kali ia berlangsung semenjak PRU 2008 dahulu. Kali ini di Permatang Pasir, Penang pula. Tahniah kepada mereka yang sedang dan akan men'tumas' kan diri di sana. Lagi-lagi, sekarang ini pada bulan Ramadhan. Tentu banyak dugaan dan cabaran dihadapan. Bagi mereka yang berkesempatan di sana, saya mengucapkan selamat berjuang semua!!!~ambillah peluang selagi boleh, kerana kita tak akan dapat pengalaman seperti ini lagi jika tidak dengan PRU yang ke seterusnya nanti.


Semuanya Barang JIHAD!!


Jihad, satu perkataan semua orang mahukan. Kalau ditanyakan pada siapa pun, pasti kita mahukan jihad. Tapi berapa ramai antara kita yang selalu dan bersedia untuknya. Kalau diikutkan, jihad perlulah diikhlaskan hanya keranaNya. Bimbang nanti di SANA ia hanya dilemparkan begitu sahaja ke muka kita atas apa amalan yang kita rasakan JIHAD akan tetapi tiada gunanya kerana IKHLAS tiada di depan.


Tuan Guru Nik Aziz mengulas tentang isu IMAN, ISLAM dan IKHLAS. Seseorang yang hanya ada ISLAM tapi tidak berIMAN, tiada gunanya. Macam mana mahu wujudkan IMAN ini?? Ditegaskan lahirkan perasaan IKHLAS, insyaallah IMAN akan hadir. Sediakah kita untuk hadirkan IKHLAS dalam memburu IMAN semantapnya mereka yang sudah merasai nikmat JIHAD sebenarnya??


Ramadhan Kareem muncul dan tiba lagi. Pelbagai pesanan dan nasihat agama kita terima daripada SMS. Perkara penting Allah nilaikan Ramadhan adalah dengan begitu sekali tinggi nilainya. Perang BADAR di dalamnya. Nuzul Al Quran juga di dalamnya. Pelbagai lagi kisah-kisah yang Allah mahu tunjuk dan gambarkan kepada kita satu tentang JIHAD, ISLAM, IMAN dan juga IKHLAS.


PRK Permatang Pasir


Saya doakan mereka yang sedang bertungkus lumus di sana agar sentiasa sihat hendaknya dengan cabaran dan dugaan yang ada. Insyaallah, mereka-mereka ini sudah mengambil roh semangat tentera Muslim BADAR yang sudi dan sanggup untuk turun dalam JIHAD itu walaupun Ramadhan sedang berlangsung. Pasti mereka sudah menetapkan IKHLAS di depan keranaNya dalam mencari dan memburu IMAN yang semantapnya dalam masa yang sama mahu menegakkan ISLAM yang tercinta ini di tempat sepatutnya~INSYAALLAH!!!


Buat saya dan siapa-siapa yang tidak berkelapangan kali ini, saya tuliskan maksud ayat Allah s.w.t ini untuk semua. Agar kita sentiasa muhasabah dan mengambil pengajaran kepada kita.




Katakanlah: " Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, ISTERI-ISTERI kamu, keluargamu, HARTA KEKAYAAN YANG KAMU USAHAKAN, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiaannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari ALLAH dan RASULNYA dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai ALLAH mendatangkan keputusanNya. Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang Fasiq"

At-Taubah:24





Insyaallah!!!...



p/s-Selamat Berpuasa dan Semoga Menang nanti hanya untuk KEMENANGAN ISLAM!!

Saturday, August 15, 2009

Wah~Besarnya!!

Minggu lepas, saya tertarik dengan beberapa artikel mengenai orang G.E.M.U.K. Dalam akhbar mahupun televisyen, ia terus dipertontonkan agar ada keSEDARan sepatutnya diambil bagi mengatasi hal ini.


Ikhlas saya menulis bukan mahu mengkritik sesiapa kerana saya pun dalam kalangan mereka juga(hehe..) tapi beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam hal ini. Pelbagai perkara boleh dibuat untuk mengatasinya. Paling terbaru saya pernah menonton rancangan ini yang mereka di US sana buat. Mereka ada macam-macam idea giller tapi for sake of health mereka yang digelar GEMUK atau OBES ini, saya rasa setuju sangat lah,hehe..




emm...ramai juga tuh,hee..



Akhlaknya



Saya tak mahu tulis panjang. Jagalah diri kita masing-masing dengan sebaiknya. Mana yang rasa tuan/puan dalam golongan ini ambillah peringatan segera kalau masih lagi di waktu muda. Jangan lupa juga pada yang kurus-kurus, sama-sama juga jaga kesihatan.


Pesan Nabi, antara 5 nikmat yang perlu selalu diambil cakna adalah nikmat SIHAT sebelum datangnya SAKIT. Jadi, ayuh sama-sama menjaga kesihatan diri!!!


p/s-semoga dengan BESAR ini ada rahmat dan kasihNya..

Friday, August 14, 2009

Kanser Hati

Kanser selalu dikaitkan dengan pengakhirannya mati. Sepanjang pengajian saya di Universiti Sains Malaysia dalam Bioperubatan, istilah-istilah begini dipelajari dalam dua subjek yang secara khususnya menekankan begitu mendalam; Subjek Patologi dan Patologi Lanjutan. Dengan kata lain ia merujuk kepada kajian tisu-tisu, sel-sel, organ-organ dalam badan manusia la. Bagi jurusan Forensik, mereka memang fasih benda-benda macam ni. Sekarang pun, roommate saya selama 2 tahun semasa di USM dulu, Asrul Fahmi sedang bertugas selaku Pegawai Sains Forensik di Hospital JB. Mencabar juga katanya kerana berhari-hari akan terus bermain dengan dead body. Dah nama kerja kan..insyaallah, besar juga khidmatnya itu.



(dari kiri; duduk) saya, Edd dan Asrul


Namun, dalam bidang saya ia tidaklah perlu diaplikasikan secara mendalam sangat. Tapi, dengan istilah kanser ini siapa-siapa pun pasti tahu kan. Kanser dengan kata lain merujuk kepada...........................(angkat tangan siapa boleh jawab!!!!hehe..). Secara spesifik dalam kepala saya tidaklah hafal sangat. Cuma dengan kata mudah, lebih banyak sel yang terus hidup berbanding sel yang mati. Dan yang hidup ini terus bergerak dan membiak secara tidak normal sehinggakan boleh menyebabkan tisu, dan sel tubuh badan manusia menjadi tidak normal. Sebab itu, terjadinya ia kita tidak sedari. Kadang-kadang, bila sedar ia sudah ke tahap PARAH!!!


Namun dalam kajian sekarang, kita boleh mengkaji ia dalam sudut molekular atau pandangan genetik. Dengan kata lain, kita melihat kenapa kanser ini berlaku pada sudut yang lagi asas pada badan manusia. Dengan kajian yang terus menerus dilakukan sekarang, tidak pelik satu hari nanti kita boleh merawat kanser ini hanya dengan menukar gen-gen dan DNA yang rosak sahaja. Dan alhamdulillah, kita akan SELAMAT


Kanser 'Hati'

Begitu juga dengan kita sebagai seorang hamba bergelar muslim (insyaallah!!!). Seringkali, kita leka dan alpa untuk melihat dari asas kenapa Hati kita boleh menjadi parah atau tidak. Bila terlambat, kalau tidak kena gaya Hati kita sudah tahap rosak dan akan terus mati dari menerima Nur Allah.


Kalau dulu-dulu, kita sering diberitahu Hati kita lagak kertas A4 kosong yang putih bersih dibentangkan. Kemudian, satu titik hitam ( pen PILOT STABILLO hitam) dititikkan pada kertas itu. Dan seterusnya untuk 3 hingga 5 titik. Maka, dengan 5 titik itu sedar lagikah kita betapa putih lagi kertas itu kan? Tidak sedar pun titik hitam itu sudah ada kerana ia sedikit. Lama kelamaan, ia bertambah sehingga tiada lagi ruang PUTIH itu!!!


Apabila tahap begini, kita mahu warnakan dengan pensel warna LUNA pun sudah tidak boleh kerana warna hitam itu sudah memenuhinya. Dengan kata lain, kita akan koyak dan buang kertas itu. Sudah tidak ada guna lagi.


Begitu juga Hati manusia ini. Lama kelamaan dibiarkan maksiat(terangan atau berselindung) titik hitam itu akan terus bernoda dalam Hati ini. Jangan biarkan ia terus menerus bertambah atau kita mengambil LIQUID paper a.k.a segerakan TAUBAT sebelum hati kita terus menerus terkena KANSER HATI ini..nauzubillah!!!

p/s-JAGALAH HATI!!!!

Hati dan Hati-Hati

Monday, August 10, 2009

Aku~Obses

Saya begitu obses sekiranya melibatkan DNA dan juga tentang genetik. Secara ikhlas, saya tidaklah begitu hebat sangat tetapi kalau melibatkan hal ini, saya begitu tertarik untuk membaca dan mengetahuinya. Mungkin kesan ini saya dapat ketika melayani cerita-cerita seperti CSI dan seangkatan dengannya. Malah, ia lebih memberikan minat kepada saya setelah saya secara berturut-turut membuat Latihan Industri di Pusat Genome Manusia di Universiti Sains Malaysia. Dari awal hingga ke projek tahun akhir, semua di situ. Tapi, nasib tidak menyebelahi saya ketika itu. Tidak seperti dijangkakan bagi keputusan subjek itu. Sedih itu pasti. Tapi kesan daripada projek DNA pada orang Asli itu begitu berkesan hampir setahun.


Hari Ini

Kalau dilihatkan, ramai pelajar postgraduate sekarang membuat kajian dalam mana-mana lapangan sekalipun melibatkan diagnosis dan juga bahagian klinikal, pasti tidak akan lupa untuk mengkaji dari sudut DNA, molekular ataupun genetiknya. Tidak sah kalau tidak ada kajian dari sudut ini. Malahan, saya berani mengatakan mereka yang menceburi bidang ini tak rugi walaupun mereka sekarang lah antara orang yang sedang susah payah mahu menghabiskan pengajian Master dan juga dalam PhD masing-masing.



DNA


Memang DNA adalah bukan segala-galanya lagi. Masih ada banyak lagi kajian boleh dilihat. Namun, di Malaysia sendiri pun sudah banyak aktiviti yang menggunakan DNA sebagai bahan bukti seperti kes inkues Teoh Beng Hock, dan juga seperti kes pengecaman pembunuhan Nordin Mat Top semalam. Dengan kata lain ia sudah berkembang.


Saya lagi tertarik apabila satu isu yang dipaparkan dalam Facebook kakak ipar saya yang sulung, Kak Rinie tentang gambar bayi yang lahir dan dibuang sehinggakan hampir 70 peratus dimakan oleh biawak. Satu keluhan keras olehnya yang pasti sebagai seorang ibu juga amat bersedih dalam hal ini. Kak Rinie dengan marah memberitahu ambil DNA bayi ini dan buat pengecaman dan hadap ke mahkamah!!!~begitu marah sekali dibuatnya..


CODIS


Ini adalah satu sistem yang belum ada secara jelas di Malaysia kita. Combine DNA Index System (CODIS) adalah salah satu perisian yang digunakan oleh FBI secara menyeluruh untuk mengesan jenayah. Ala-ala CSI juga la. Tapi negara kita masih lagi tidak berjaya dalam hal ini. Lagipun, rang undang-undang Malaysia tentang penggunaan DNA sebagai pengecaman jenayah baru sahaja di peringat bacaan kedua di Parlimen. Nanti apabila sudah memasuki bacaan ketiga mungkin rang undang-undang baru tentang penggunaan DNA secara pesifik akan menjadi realiti di Malaysia nanti. Cuma jangan pula ia disalah guna untuk memerangkap orang yang tidak bersalah pula!!!!

Macam-macam kajian dibuat sekarang. Yang terbaru di Barat sana mereka menawarkan khidmat DNA untuk mencari salasilah keturunan mereka. Hanya dengan US dolar 79.00, mereka boleh mencari dan menemui pedegree mereka. Malah, Emma Watson pelakon Harry Potter dikatakan ada salah silah keturunan ahli sihir dalam abad ke-14!!!~macam-macam,hehe..


Genetik


Tentang genetik juga, saya sampai sekarang terfikir kenapa Saidina Umar r.a sanggup untuk mencari seorang wanita a.k.a muslimah yang seorang berasal dari kampung biasa namun mempunyai keperibadian yang tinggi apabila menegur dengan tegas tapi hikmah pada maknya untuk tidak menipu dalam perniagaan. Bukan kerana takutkan Umar r.a tapi takutkan Allah s.w.t. Begitu sekali teguran anaknya itu kepada maknya.


Lantas, Umar r.a. mencadang anaknya untuk meminang dan berkahwin dengan wanita itu. Alhamdulillah, seperti yang kita ketahui, hasil dari keturunan itu jugalah yang melahirkan khalifah yang terhebat juga didalam zaman kegemilangan Islam iaitu Umar Al-Aziz.


Memang benar Iman tidak dapat diwarisi secara luaran dan fizikal tapi GENETIK KEIMANAN itu saya yakin boleh diambil kira dan juga perlu diberi kan perhatian. Kalau tidak kenapa Rasulullah memberikan kepercayaan kepada satu Generasi (saya lupa..) sehingga sekarang untuk menjaga kunci pintu Ka'abah..


Bagi saya ianya semua kerana generasi. Ini adalah generasi yang mempunyai keturunan yang baik. Kalau tidak semua pun, insyaallah pasti ada satu atau dua di kalangan itu. Jadi berusahalah sedikit untuk mencari dan memilih pasangan yang mempunyai genetik yang baik (baca=AGAMA) ye pada pasangan yang mahu kahwin itu!!!hehe..


Akhlaknya??


Tidak ada secara jelas sangat pun,hehe. Saya menulis post ini semalam setelah saya diberi tugas secara tidak menyeluruh untuk menguruskan tentang DNA dan Genetik dalam tumbuhan dan sedikit pasal haiwan. Memang lari jauh juga dalam lapangan pengajian saya, namun macam saya katakan sebelum ini sekiranya melibatkan DNA saya akan begitu obses dan mula untuk mencari satu-satu tentangnya. Dan yang pasti saya akan bermula daripada zero untuk tumbuhan!!hehe...


Dan yang pasti, jangan lupa untuk meletakkan perihal genetik kalau-kalau ada perihal zaman keruntuhan akhlak yang berlaku 10 tahun akan datang adalah kerana genetik kita yang mempunyai akhlak yang tidak baik~fikir-fikirkan!!


p/s- Genetik~fuuhh....