Wednesday, July 30, 2008

Berjuanglah Pada Saffnya



"Apa yang penting tidak pernah berbangkit hendak bergabung atau berkongsi kuasa dengannya malah bersedia untuk kekal dalam Pakatan Rakyat," satu penegasan setelah sekian lama antara yang menyokong dan mendokong menunggu. Malah ada juga yang ‘menyibuk’ memberikan suara yang tidak sedap didengar. Penegasan ini membuatkan mana-mana yang tidur tak lena, makan tak rasa kenyang selesai semuanya.


Sebenarnya..


Sekiranya kita terus diuji macam ini, sejauh mana kita akan terus bersama dalam kepimpinan islam yang kita julang-julangkan. Yang resah t
erus resah. Ada yang teruk sehingga membuat cerita yang tidak sedap didengar. Boleh dikatakan ada yang mula untuk menjadi pewaris Abdullah bin Ubay, nauzubillah. Sirah akan terus mengajar kita.


Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Al-Hujurat: 6

Di dalam sirah, Nabi kita Muhammad s.a.w sentiasa menunjukkan teladan dalam hal semacam ini. Dikisahkan pabila Nabi Muhammad s.a.w membuka Madinah, Abdullah bin Ubay sering mencela dan mencemuh baginda.

"Wahai Muhammad! Tidak adakah kata-kata yang lebih bag
us dari kata-kata mu itu? Lebih baik engkau duduk di rumahmu. Jika ada yang datang sampaikan kata-katamu itu. Jangan beratkan dirimu dengan mendatangi orang lain dan menyampaikan apa yang mereka tidak sukai,” cemuh Abdullah bin Ubay. Beginilah setiap kali sehingga keimanan dan keyakinan pengikut Rasullullah s.a.w sempat goyang dan mulai bergabung dengan Abdullah bapa munafik ini. Tindakan Abdullah ini menyebabkan banyak pihak hilang fokus sebenar iaitu dalam menentang kafir Quraisy. Hinggakan kaum Ansar dan Muhajirin yang keimanannya sudah kukuh juga ikut terpancing dan hampir melakukan serangan terhadap Abdullah bin Ubay dan teman-temannya.



Inilah matangnya Rasul junjungan kita dalam berpolitik. Seraya Muhammad s.a.w menegaskan "Telah sampai kepadaku ancaman daripada kafir Quraisy. Ternyata rancangan jahat mereka tidak sebesar rancangan jahat kalian terhadap diri kamu sendiri. Kamu ingin memerangi saudara dan anak kamu sendiri." Penegas
an ini menunjukkan Rasulullah s.a.w berjaya mengawal semuanya dengan memadamkan emosi mereka yang meluap-luap. Rasulullah berjaya menumpukan kembali tumpuan para sahabatnya pada satu titik iaitu untuk melawan ancaman dari kafir Quraisy. Nampaknya fokus telah dikembalikan setelah diganggu gugat oleh Abdullah bin Ubay.


Ayuh!!


Ayuh pejuang Islam. Jangan hilang fokus. Mana-mana yang sedang memberikan kata yang tidak sepatutnya dalam perjuangan Islam ini, gunakanlah saluran yang betul. Muktamar nanti muhasabah lah pimpinan ini. Tidak perlu menggunakan tempat tidak sepatutnya kerana bukan ini masanya. Paling penting jangan hilangkan fokus untuk mendaulahkan Islam di negara tercinta ini.

Ayuhlah umat Islam semua. Kita rapatkan kembali saff perjuangan kerana kita hanya perlu berjuang pada saffnya!!





Tuesday, July 29, 2008

Peringatan Buat Insan Hidup-Siri 1

Pabila majalah rasmi badan dakwah sekolah mukmin dulu dikeluarkan buat kali ke-8, ada satu cerita yang sememangnya memberi kesan pada mukmin sehingga sekarang. Ikhlas. Memang tidak main-main sedikit pun.Kali ini, mukmin ingin berkongsi bersama semua. Cerita ini adalah nukilan sahabat mukmin yang jujurnya setiap pertuturan, tulisan, perilaku adalah antara mukmin kagumi. Bukan memuji semata tapi menghargai kerana menyediakan teladan kepada mukmin untuk dikuti dan dicontohi. Terima kasih sahabat..

p/s: Cerita yang akan dituliskan ini ada sedikit kaitannya dengan tema blog mukmin; berjuanglah pada saffnya. Semoga cerita ini dapat memberi sedikit teladan dan contoh buat kita semua.


Peringatan Buat Insan Hidup

Monitor komputer induk masih tidak menunjukkan apa-apa perubahan yang mencurigakan. Kegelapan alam yang dihiasi dengan serpihan- serpihan bintang benar-benar membuatkan ku terasa kagum. Kagum dengan keindahan alam sarwajagat miliki Ilahi. Mataku bagaikan terkesima hanya mampu melihat dan merasai kehambaan ku pada yang Khaliq. Di hadapan monitor induk terdapat beberapa tentera petugas sibuk membuat analisa yang aku sendiri tidak memahaminya. Aku menyedari menghadapi sesuatu peperangan memberi dua jawapan yang harus dipilih samada hancur ataupun menang. Aku mengerti dengan suasana yang mencabar ini walaupun aku bukan seorang perajurit. Namun aku bersyukur kerana diberi kesempatan oleh kerajaan Al-Khauthar untuk menyertai satu misi yang berjaya ini.

" Perhatian kepada semua skuad, sila hadir ke pusat angkasa,"
Nampaknya Mejar muda, Mejar Hairul telah mengeluarkan arahan. Aku dapat merasakan ada perkara penting yang ingin dibicarakannya. Walaupun dia mempunyai suara yang parau dan menggerunkan, namun hubungannya denganku sangat intim.

Aku masih teringat saat remaja ku bersama Mejar Hairul, Bazl, Fard dan rakan-rakan yang seangkatan denganku. Namun kisah manisnya bermula semasa aku dan rakan-rakan ini berada di tingkatan empat di Madrasah Tarbiyyah Dinniah Islamiah. Walaupun semasa berada di tahun tiga di sana kami berpecah belah, namun seribu kesyukuran yang mampu ku panjatkan pada Ilahi kerana menyatukan kami pada jalan yang diredhaiNya. masih segar terbayang-bayang peristiwa hitamini. Tepat jam 10.00 malam sebagaimana yang dirancang oleh puakku dan puak Mejar hairul. Pada masa itu pelajar-pelajar lain sedang sibuk belajar. kami telah berjanji dan bersumpah setia untuk

Saturday, July 26, 2008

Nikmatnya Ada Kawan

“Sedih hati ini bila memikirkan. Pejam celik dah nak habis kita rupanya. Baru je nak kenal antara satu sama lain,” kata Amili kepada kami masa matrik dulu. Nasib kami baik. Kami semua berasal dari negeri yang sama, negeri yang masih setia dan komited untuk Membangun Bersama Ad-Din, dengan harapan bila masing-masing sudah balik dapat jumpa di negeri sendiri nanti. Namun bila usia bertambah seiring masa hampir 4 tahun sudah tak jumpa. Kalau jumpa pun ada la seorang dua. Tidak tahu kenapa tapi itulah hakikatnya.

Belajar sekali, main petang pun sekali. Kadang-kadang hampir tak pergi ke kuliah sekali. Satu pengalaman yang sukar dilupakan. Setahun seolah rasa sekejap. Tambahan lagi dengan pensyarah yang semuanya baik-baik. Kehidupan di matrik boleh dikatakan amat seronok.

Tapi itu semua dulu-dulu. Kawan ada yang pergi dan datang. Selagi mana mereka sanggup untuk berkawan, selagi itulah Mukmin sudi berkawan. Tidak ada langsung niat untuk melupakan kawan namun dengan keterbatasan masa, ruang dan sebagainya menyebabkan kami semua jarang berhubung. Kenangan akan sentiasa menjadi kenangan.



Kawan?

Kawan ada macam jenis kawan. Kata orang, ada dua jenis kawan yang utama. Kawan waktu senang dan kawan pada waktu senang dan susah. Sukar untuk menilainya kalau tidak kena gaya. Tapi senang untuk menilai kalau kena masanya.

Kini hampir dua bulan meninggalkan kawan dari IPTA setelah 4 tahun belajar bersama. Yang matrik masih lagi tak hilang sedihnya ditambah lagi dengan kawan IPTA. Sedih bila ingin meninggalkan semua. Kali ini tak dapat digambarkan dengan kata-kata waima dengan riak muka. Hingga sekarang terasa kekosongan diri bila tidak ada kawan di sisi.



Insyaallah Kita Jumpa Lagi

Begitulah sentiasa harapannya. Tidak pernah hilang. Malah semua pun macam itu. Siapa tak nak jumpa kawan yang sudah lama tak jumpa. Kerana pasti itulah Nikmatnya Ada Kawan!!

Salam rindu buat kawan semua..

Friday, July 25, 2008

Hadi Dah Besar, Aisya Sudah Pasti

Gembira dalam hati lebih kurang setahun yang lepas. Mukmin sudah jadi bapak sedara dalam sedar tidak sedar. Malah, dua orang anak saudara dalam satu tempoh masa yang singkat membuatkan masa rasa diri sudah tua. Dalam dua minggu, dua anak saudara yang sentiasa menjadi tempat kerinduan dan kesayangan walaupun jauh dari tempat Mukmin lahir ke bumi Tuhan ini. Memang tiada yang dapat diterjemahkan dengan kata-kata saat itu melainkan dengan riak wajah sahaja. Gembira bukan kepalang. Syukur memang pasti. Alhamdulillah kedua-dua kakak ipar Mukmin selamat. Abang-abang Mukmin sememangnya lagi selamat.





Aisya Safia


Selamat dilahirkan pada 26 Ogos 2007 pada hari Ahad. Sememangnya Aisya adalah cucu pertama pada kedua ibu bapa Mukmin. Gembira dan syukur sentiasa dipanjatkan. Kini hampir setahun Aisya sudah boleh bermain-main dan bergurau senda dengan semua orang. Kadang-kadang sampai semua orang dikenakannya. Hmm..mungkin datang sifatnya dari ayahnya. Siapa tahu la kan..




Hadi Marzuqi

Pada 9 September 2007, anak saudara Mukmin yang kedua lahir ke bumi Tuhan ini. Kelahiran kali ini pasti membuahkan rasa syukur kepada kami semua kerana rezeki dari Allah tiba lagi. Abang Mukmin dan ayah pada Hadi yang seorang cikgu tidak putus-putus mengucapkan rasa syukur menerima rezeki dan anugerah dari Allah ini. Sampai makan pun tak lalu,hehe..


Inilah perasaan masing-masing setahun yang lepas. Kini hampir setahun semuanya sudah besar. Hadi dah besar, Aisya sudah pasti besarnya. Menunggu geng-geng yang lain dalam prosesNya. Insyaallah hujung tahun ini Mukmin akan menerima dua orang lagi anak saudara. Semakin bertambah kuantiti keluarga.

Tiada yang lebih gembira melainkan datang dariNya



Salam rindu buat Hadi dan Aisya!!



Thursday, July 24, 2008

Sebelum Bertindak,Tetapkan Perancangan

"Farid, macam mana soalan kita hari ni, sempat siap ke tidak ni," sapa Mukmin pada kawan sepejabat. Sapaan tadi dijawab dengan gerakan bahu semata. Maksudnya mungkin tak sempat siap hari ini. Beginilah suasana dan keadaan dalam dua tiga hari di tempat Mukmin mencari rezeki. Hendak dikatakan sibuk, ramai lagi orang atas muka bumi Tuhan ini sibuk. Hendak kata masa tidak cukup, rasa-rasanya semua kita ada masa yang sama sahaja.

"Pengumuman buat semua tenaga pengajar, sebelum petang nanti kamu semua mesti siapkan juga soalan yang diminta. Tidak ada kompromi dalam hal ini dan sekiranya tidak dapat siap akan ada manifestasi untuk kerja-kerja lain," tegas ketua program Mukmin. Mendengar kali ini, Mukmin dan Farid lagi menelan rasa air liur. Pahit pun terpaksa ditelan,kesian...

Mukmin terpaksa menyiapkannya dengan semampu mungkin. Tiada sebab untuk tidak hantar. Begitulah hakikat yang terpaksa di hadapi. Hendak dikisahkan, arahan sudah dikeluarkan hampir dua minggu yang lalu. Jadi, sekiranya terpaksa untuk menyiapkannya petang ini juga sememangnya adalah kesan dari silap dan salah dari Mukmin sendiri.

Perancangan?

Hampir dikatakan setiap kerja yang Mukmin lakukan sekarang adalah berlainan dengan sikap dan sifat Mukmin semasa belajar dulu-dulu. Dulu tidaklah sesempurna sangat tetapi ada juga perancangannya. Namun sejak memulakan kerja seolah-olah Mukmin mengharapkan perancangan datang semasa sedang melaksanakan kerja ini.

Too bad for the muslim if they cannot provide their own management for what they doing. Teringat kata-kata seorang ustaz di tempat Mukmin kerja. Tertusuk di sanubari. Dahulu selalu Mukmin ingatkan kawan-kawan, kawan- kawan ingatkan Mukmin bahawasanya di dalam membuat kerja tetapkan perancangan. Sekarang lain pula jadinya. Bimbang diri ini dimurkai Allah sebagaimana di dalam maksud kata-kata Allah ini.


"Amat besar kemurkaan di sisi Allah pada mereka yang berkata tetapi tidak melakukannya"
Surah As-saff:3
Ya,perancangan.

Setelah melihat maksud ayat di atas sememangnya perlu untuk Mukmin kembali pada keadaan asal. Tetapkan perancangan dan segera bertindak dalam merealisasikan kualiti dan kuantiti kerja. Tiada kompromi. Tiada alasan. Semoga Allah sentiasa berikan kekuatan kepada diri ini.

*tepat jam 530 PM, Mukmin sempat hantar jua akhirnya untuk segala yang dipinta. Syukur pada Allah.










Bila masanya sudah sampai...


" Abang, jom la kita main game bola. Dah lama tak main ni. Dah la rosak PS dua tiga bulan ni,bila siap tak nak main pula,"rungut adik kesayangan yang baru balik dari asrama yang hanya ber'kilometer' sahaja dari rumah.

Penat?

Nak kata penat tiada pula penat seteruk yang disangka cuma bila memikirkan banyak kerja kena buat terpaksa untuk mukmin buat-buat tak dengar rungutan adik tadi. Siapa tak sayang adik tapi bila badan mula berasa sedikit penat, button game pun macam malas nak picit. Sudah lama tak main game PS. Kalau nak dikira mukmin ni macam 'hantu' game juga. Tapi sejak rosak hampir dua tiga bulan ini rasa minat dan 'hantu' sikit-sikit dah mula hilang.


Tapi inilah fitrah kehidupan. Hilang yang lama, tumbuh yang baru. Dalam saat bermula hilang rasa minat dan penat pada main game PS, ada minat baru yang boleh untuk diterokai. Mukmin bukan bermaksud benda baru sangat cuma benda lama yang baru tumbuh tunasnya. Minat baru ini biasa saja cuma untuk cuba menulis di sisi dan ruang yang ada sekarang seperti blog yang kebanyakan orang hampir menggunakannya. Dalam masa yang sama, mukmin boleh sama-sama memeriahkan dan menyeronokkan(baca=buat-buat seronok) 'industri' blog ini. Seronok sekiranya kena masa dan gayanya tapi hancur jika salah menggunakannya.


Harapan


Bila masanya sudah tiba, banyak yang akan kita buat untuk mencapai yang dihajati atau yang dirancang. Mungkin ini masanya untuk mukmin menulis di sisi dan ruang yang ada dalam saffmukmin ini. Bukan untuk berlebih-lebih cuma harapan dapat mencuba yang terbaik di dalam mengisi ruang yang ada.


Akhirnya juga mukmin berharap dapat kembali main game PS dengan adik kesayangan. Tak ada niat lain cuma untuk gembirakan dia. Penat pun penat la. Tak 'hantu' pun tak apa la. Tapi rasa-rasanya skill tu ada lagi kot,hehe..


Tahun ini dia SPM, semoga dengan bermain game PS ini dapat meningkatkan semangatnya. Harap-harap la...



Buah cempedak di luar pagar
ambil galah sama-sama kita jolokkan
salah dan silap sila tunjuk ajar
kalau banyak salah lagi tolong tunjukkan



p/s-ingin berazam menjadi mukmin sebenar dan memohon sentiasa berada di jalanNya di dalam menuju kearah kehidupan berakhirat.