Thursday, February 24, 2011

Kita Ini Hamba..~

Kita ini HambaNya
Bukannya seorang pekerja sekadar kepada tuan saja.
Dan kerana kita seorang hamba tentunya patuh dan akur pada setiap masa
Patuh yang tidak pernah berbelah bahagi dan segala kudrat tenaga..


Kita ini HambaNya
Allah menyuruh buat apa yang disuruh; tinggal apa yang dilarang semua
Tapi oleh kerana jiwa hamba itu kita tiada atau buat-buat tiada
Manusia dan kita suka mencari alasan bagaimana untuk menjawab dengan Allah nanti di SANA


Kita ini HambaNya
Rasul Allah itu kekasih sejati tiada tandingan padaNya
kalau Sayang Allah pasti kita akan sayangkan Baginda
kalau Sayang Rasul Allah pasti Allah juga sayangkan kita


Kita ini HambaNya
Tapi dengan ujian Duit, harta, kecintaan dan rindu pada dunia
Adakah benar akan menjadi sandaran dan taruhan kita untuk bertemu Yang Maha Esa
Bimbang jika kesemuanya itu membantu kita untuk lagi jauh menjadi seorang Hamba...


Kita ini HambaNya...

Wednesday, February 23, 2011

Lelaki..~

Buah fikiran dan kematangan dalam membuat keputusan adalah melambangkan kelakian seseorang. Itu pada pandangan saya. Ditambah dengan dapat mengawal segala sikap panas kepada sabar, semestinya itu lah yang menjadi kekuatan seseorang bernama lelaki. Kenapa saya membawa hal ini di dalam saffmukmin?


Saya amat terkedu dan terkejut dengan suasana di mana-mana sekarang. Lelaki sudah tidak seperti lelaki. Gaya pemikiran dan pandangn seolah-olah menunjukkan dia bukan lelaki. Kalau lelaki pun lebih kepada lelaki yang kebudak-budakan. Alhamdulillah, Allah sentiasa membenarkan saya berada di kalangan golongan pendidik, bermula dengan bekerja di Kolej swasta sehingga kepadaa sebuah IPTA di Pantai Timur; pastinya berdepan dengan pelbagai perangai dan karenah seorang bernama lelaki di semua tempat ini.


Baru-baru ini, saya lagi terkejut dengan seorang lelaki yang saya kenal yang bertindak dengan kurang dari pemikiran seorang lelaki. Gaya 'frust' bercinta melebihi tindakan seorang bernama lelaki. Mahu sedih sekalipun jangan sehinggakan mahu menamatkan nyawa sendiri. Ada juga seorang lelaki kenalan saya yang tidak menggunakan akal seorang lelaki yang waras apabila senang dan tanpa segan silu merosakkan 'dara' seorang wanita. Sesungguhnya perkara zina itu terjatuhnya dosa yang amat besar pada sisi Allah. Adakah kita benar-benar sudah tiada lelaki yang sebenar?


Saya selalu memandang kualiti lelaki dulu-dulu. Ayah kita sendiri. Bapa saudara. Sepupu yang sudah berumur orangnya. Mereka amat menjadi seorang lelaki yang berkualiti dengan perangai dn sifatnya. Di kala umur 20an sudah pandai untuk menilai mana yang baik harus dibuat, mana yang nampak 'baik' tapi tidak boleh dibuat serta mana yang betul tak baik memang nya kena tinggalkan. Adakah kerana kekurangan hormon testosteron dalam diri lelaki sekarang?heheheee...

Suasana


Satu kajian dibuat, suasana sekarang membantu di dalam pemikiran orang lelaki sekarang. Didikan,pengaruh cerita yang melambatkan pemikiran orang lelaki menjadi lebih matang dan kelakiannya. Amat besar pengaruhnya. Saya sudah memerhatikan banyak di sini,tempat saya bekerja..

Jadi, kalau anda yakin mahu jadi benar-benar lelaki,jadi lah benar lelaki!!!~

p/s-makin ramai lelaki yang fikirnya selapis..

Tuesday, February 15, 2011

RasulAllah Sudah Lama Merindui Kita..Kita?





Satu hadis dikisahkan.

Baginda tengah duduk berkumpul bersama sahabat-sahabat.di antara sahabat; ada Saidina Umar,Usman, Ali, Abu bakar dan yang lain.

Lalu baginda bertanya pada sahabat-sahabatnya.
" Wahai sahabatku, tahukah kalian siapakah hamba Allah yang mulia di sisi Allah?,"

sahabat terdiam

dan ada salah seorang sahabat berkata,

"Para malaikat, Ya Rasul Allah.Merekalah yang mulia,"

Baginda berkata."ya. para malaikat itu mulia. mereka dekat dengan Allah. mereka sentiasa bertasbih, beribadat kepada Allah.tentulah mereka mulia.tapi bukan itu yang ku maksudkan,".

Lalu kemudian sahabat kembali terdiam. Lalu salah seorang sahabat kembali berkata.tentulah para Nabi.merekalah yang mulia itu.

Nabi Muhammad tersenyum.Baginda berkata," Ya.Para Nabi itu mulia.Mereka adalah utusan Allah di muka bumi.Bagaimana mungkin mereka tidak mulia.Mereka mulia, tapi ada lagi yang mulia,".

para sahabat terdiam.tertanya.siapa lagi orang yang mulia.

Sahabat lain berkata. " Ya rasulAllah apakah kami sahabat mu Ya Rasul Allah.Apakah kami yang mulia itu Rasul ALlah,".

Bayangkan tuan-tuan, Baginda memandang setiap satu persatu wajah sahabat dan tersenyum.

"Tentulah kalian mulia.kalian dekat denganku. kalian membantu perjuangan ku. bagaimana mungkin kalian tidak. Tentulah kalian mulia.Tapi ada lagi yang mulia.

Para sahabat terdiam semua.sahabat tidak mampu berkata apa-apa lagi.

Lalu bayangkan.Tiba-tiba baginda Nabi Muhammad menunduk kan wajahnya.bayangkan tiba-tiba baginda Nabi Muhammad menangis di depan sahabat-sahabatnya.

para sahabat pun tertanya,

" Mengapa engkau menangis Ya Rasul Allah?"

Lalu bayangkan baginda mengangkat wajahnya.Memperlihatkan air mata membasahi muka dan janggutnya.

" Wahai saudaraku sahabatku. Tahukah kalian siapa yang mulia itu. Mereka adalah manusia-manusia. mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti. mereka begitu mencintai Allah. Dan tahukah kalian, mereka tak pernah memandangku, mereka tak pernah melihat wajahku. mereka tidak hidup dekat dengan ku seperti kalian. Tapi mereka begitu rindu padaku. Saksikanlah sahabatku sekalian.Aku pun rindu pada mereka..mereka yang mulia itu. merekalah umatku..

-diambil daripada nukilan di dalam video di atas.

p/s-rindu ku pada Rasul Allah..