Thursday, December 31, 2009

Sesi Koreksi Diri..Warna-Warni 2009~



Alhamdulillah, kita semua masih lagi sehingga ke saat ini, tempat ini, ketika ini, Allah subhanahu wata'ala tetap memberikan kita sebanyak mungkin nikmat yang ada padaNya untuk kita sama-sama nikmati dan syukuri. Lebih-lebih lagi ketika ini, IMAN dan ISLAM masih lagi kukuh di dalam diri kita ini, insyaAllah yang harus dan selalu kita mengucapkan kesyukuran padaNya.


Beberapa jam lagi, (kiraan waktu Malaysia) kita akan bersama menerima kedatangan satu tempoh masa yang sememangnya tidak boleh kita elakkan. Kerana ini adalah fitrah alam. Hidup terus bergerak. Masa terus berlalu. Dan yang hidup terus hidup selagi Allah tidak menjemput mereka.


2009


Masing-masing tentu ada cerita sendiri. Bak dalam lagu ' Cerita Kedai Kopi'. Sama ada manis, anda lah yang merasanya. Sama ada pahit, tetap anda juga. Apa-apa rasa pun, anda jua lah yang tahu bagaimana rasa dan juga tahu macam mana mahu mengatasinya.


Pada saya, tahun ini 2009 begitu mengajar saya erti kehidupan yang sememangnya tidak indah-indah belaka. Dengan umur yang diberikanNya berangka 24, saya merasakan saya sudah melalui tahap awal dalam proses hidup saya. Iaitu tahap yang dipanggil tahap MENGHADAPI CABARAN HIDUP. Kadang-kadang, bunyi macam poyo sebab pada saya Al-Fateh ketika umur 19 sudah menggantikan ayahnya sebagai Sultan dan pada berUMUR 21 tahun, beliau sudah berjaya menawan Kota Konstantinopel (Instanbul, Turki)...tapi saya umur 24, baru je nak kenal erti CABARAN HIDUP. Lewat sungguh!!~


Apa-apa pun, cabaran yang saya panggil " CABARAN HIDUP " ini benar-benar membantu dalam mematangkan saya. Terutama apabila saya di'buang' kerja di satu tempat yang banyak mengajar saya erti kehidupan bekerja. Ketika itu, hanya DIA menjadi saat mengadu. Seolah-olah tiada harga diri, diguna bila mahu dan dicampak bila merasakan tidak ada faedah,fuuuhh..sungguh mencabar minda dan mentaliti. Mak dan abah, juara di dalam membantu saya untuk meningkatkan motivasi ketika ini.


Yang pasti, saya tertarik dengan idea satu kolumnis di dalam surat khabar KOSMO tempoh hari. Dia menekankan konsep KENA HENTAM dulu sebelum BERJAYA. Di katakan, pasukan bola sepak Malaysia kena aniaya oleh pasukan Vietnam ketika di dalam peringkat kumpulan. Pertamanya kena aniaya oleh pengadil ketika itu yang berbangsa Korea (maaf saya lupa dan tak ingat namanya) sehinggakan Aidil (penyerang) dan juga Farizal Marlias ( penjaga gol) digantung beberapa perlawanan. Dan ketika itu, pasukan Malaysia seolah-olah terdesak. Tiada penjaga gol utama dan tiada penyerang utama. Tapi, begitulah ada rahmat di sebalikNya. Muncul beberapa nama yang tidak pernah disedari kehebatannya dan menonjol. Nor Shahrul Idlan Talaha, Syarbinee Ali dan mereka yang lain..dan akhirnya Malaysia menamatkan 20 tahun untuk emas bagi Sukan Sea (fuuhhh, panjang sungguh nak terangkan)




Begitulah saya juga merasakan. Lebih kurang sama. Ketika saya KENA HENTAM dulu dengan orang yang rasa dia hebat, saya merasakan "Wah, teruknya saya..".itu dan begini. Begitu dan begini. Macam-macam lagi lah. Tapi alhamdulillah, ketika itu DIA tetap ada kan? Dan peluang dan rezeki yang datang selepas itu, yang tidak pernah kita terfikir pun datang. Dan Allah itu tetap maha ADIL. Nak kata saya berjaya sekarang, rasanya tak lagi kot. Tapi, insyaAllah selepas apa yang mereka HENTAM saya dulu dan sehingga sekarang saya dah set kan niat saya, apa-apa pun saya mahu capai sesuatu sehingga BERJAYA!!! Malah, nak lebih lagi orang yang bajet hebat masa HENTAM saya dulu ( boleh ke niat macam ni??,huhuhu)


Itu baru satu ceritanya dalam 2009 pada saya. Dan pasti anda pun banyak ceritanya kan. Dan sebab ini bukan diari, jadi cukup sekadar itu untuk berkongsi. Dan sekarang masa untuk koreksi diri 2009.


Koreksi Diri


Ketibaan 2010 harus kita nantikan. Muharram 1431 sudah kita raikan sebenarnya. Semuanya adalah masa. Yang menunjukkan kita terus tua. Kita terus kurangnya masa untuk berAMAL padaNya kalau banyak main-main lagi. Koreksi lah diri kita. Sejauh mana tahun sebelum ini, memberikan kita pengajaran dan tauladan serta panduan untuk kita gunakan dalam tahun 2010 dan seterusnya. Dan pasti, kalau ada yang buruk itu, jadikan sempadan kerana orang mukmin tak sepatutnya masuk lubang yang sama dua kali, jadi fikir-fikirkan lah!!~


Ada apa-apa masalah, kembalilah pada agama. Ketika tiada masalah pun, lagi lah kena kembali pada agama. Jangan hanya menurut hawa nafsu. Allah menegaskan bermaksud;


Kemudian kami jadikan kamu berada di atas satu syariat tentang urusan itu(agama). Maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui..
Al-Jathiyah:18


Akhirnya


Warna warni 2009 terus mewarnai kita. 2010 akan pula menyambung warnanya. Pasti segala hal yang akan berlaku nanti dalam keadaan kita sedar atau pun tidak. Jangan tinggal untuk berdoa ye agar sentiasa ditetapkan hati dengan agama walau apa pun yang berlaku nanti deh!!~

p/s-10/10/2010!!~

Wednesday, December 23, 2009

Mahu Kena Potong?

Sekarang, kita dan dunia umumnya masih lagi merasa kesan ekonomi secara global. Siapa yang menafikannya, saya berpendapat mereka belum lagi berbelanja dengan duit sendiri secara sepenuhnya. Saya yang walaupun belum berkahwin dan bekerja sekadarnya, sudah merasai tempias ini. Pernah diwar-warkan ekonomi global sudah kembali stabil, namun anda boleh fikir sendiri sebenarnya.


Kursus Induksi


Semasa saya berkursus tempoh hari, seorang Pegawai Kanan tempat saya bekerja mengeluarkan kenyataan berani dan berbentuk fakta tentang belanjawan hampir kepada mana-mana agensi kerajaan untuk tahun hadapan, 2010. Bahkan kita tahu, bajet 2010 yang baru sahaja diluluskan tempoh hari diluluskan dengan majoriti yang kecil, sememangnya membawa kita kepada isu dan hal yang tidak berapa baik untuk didengar dan dikongsi.


Masih lagi saya mengingati kata-katanya. Lebih kurang begini saya rumuskan, dikatakan hampir 70 peratus, bajet dari KPT kepada mana-mana Universiti di Malaysia terutama yang bergelar IPT Awam, akan diPOTONG berbanding tahun lepas. Maksudnya, segala aktiviti tahun depan pasti akan berkurang sebanyak 70 peratus juga (kalau ikut logik akal matematik la kan..), saya berfikir sedemikian..


Mendengarkan hal ini, apabila berlaku hal yang disebutkan dan digegerkan tentang lulusnya bajet 2010 hanya dengan majoriti amat kecil, sememangnya mungkin ada suara-suara ketidakpuashatian kecil dari kalangan mereka yang memegang autoriti di Parlimen sekarang. ini baru satu sudut Pengajian Tinggi, belum lagi di mana-mana agensi kerajaan lain. Saya fikir, mungkin tahun depan kesannya akan dapat diperhatikan secara jelas dan nyata berbanding tahun 1997 dahulu sekiranya GST pula diluluskan setelah tiga kali bacaan di parlimen nanti. Harapnya ketika itu, ahli Parlimen banyak tak hadir lagi, dan ramai pula yang tidak menyokong dan melulus GST, berGEMBIRAlah kita semua!!~


Dalam berita hari ini pun depa nak POTONG lagi. KBS mahu memotong peruntukan untuk mana-mana persatuan sukan yang tidak perform untuk sukan SEA di LAOS baru-baru ini, dengan alasan supaya mereka lebih perform nanti. Lagi mahu POTONG maa...



POTONG lagi?



Anda mahu kena potong? Saya jawab atas dasar kakitangan kerajaan, kalau itu hak kita tak patut kena potong. Tapi kalau bukan hak, apa salahnya kan. Ada satu tempat kerja kawan saya dikeluarkan arahan untuk tidak ke klinik panel lagi dalam waktu kerja, hanya boleh ke Klinik di dalam tempat kerja. Tapi sedangkan tempat kerja dia diberi peruntuk sejumlah yang amat besar untuk staff dan kakitangan untuk menerima di klinik panel yang mungkin lebih berkualiti perawatannya dan menerima sejumlah pesakit yang ramai?? Sekali kalau hak yang patut dinafikan begini diPOTONG, saya merasakan dan berpendapat, kita buat kerja TAK PATUT..


Sekarang, isunya bukan sekadar potong sahaja. Ketika inilah, siapa-siapa pun harus disedarkan, betapa kita( baca=rakyat) harus disedarkan dari lamunan bahawa kita masih berada dalam situasi keadaan ekonomi gawat. Kita boleh diberikan lebih dan lebih kesedaran dari pihak berwajib dalam hal ini. Jangan-jangan apabila sesuatu hak kita kena POTONG, baru lah kita mahu gegerkan di sana dan sini. Baru lah nak sedar itu dan ini TAK PATUT. Mungkin iklan P1 Wymax tentang POTONG boleh menyedarkan ramai orang barangkali,huhuhu..


Akhlaknya??


Tak tahu secara spesifik pula nak kongsi akhlaknya. Tapi tegas saya mahu beritahu, kalau semua dah bercakap mahu potong bajet sana sini, nampaknya nampaklah kita tidak pandai urus bajet, sebab semua ini telah diberikan dan diluluskan. Tapi tiba-tiba pula nak tarik. Patutlah kita boleh hilang enjit jet 2 butir; sebab semua dah kena POTONG kepala, masing-masing berebut nak duit lebih!!~


p/s-macam-macam, anda mahu kena POTONG lagi?

Monday, December 21, 2009

Anda Mahu Jadi Hebat?



Pernah kita terfikir kenapa Allah s.w.t hanya sediakan syurga untuk orang yang seperti Umar r.a, Ali r.a, Saidatina Aisyah r.a dan sesiapa pun lagi yang kita kenal mereka yang sehabis dan sepenat berjuang untuk agama Allah s.w.t? Jawapannya mudah, ini kerana syurga itu hanya untuk orang yang HEBAT; waima dalam sudut mana pun mereka yang saya sebutkan tadi, mereka menyumbang kepada agama dengan sebenar-benarnya. Sentiasa ada dan berada dalam situasi ketika semua umat Islam tidak mahu berjuang untuk agama Allah tercinta ini masa itu.


Boleh ke tidak rasanya untuk kita turut sama menjadi HEBAT?


Saya masa bersekolah dulu, semasa tinggal di asrama ingin berkongsi satu kisah yang sampai sekarang saya azamkan dan semat dalam hati saya. Yang saya mahu jadi HEBAT seperti ini dalam hidup beragama.


Ketika itu, kami semua baru seusai solat maghrib secara berjemaah. Dan kebiasaan, waktu ini hampir semua pelajar asrama sekolah kami akan tetap di masjid bagi mengikuti sebarang program masjid di antara Maghrib dan Isya'. Akan tetapi, ditakdirkan malam itu masjid dan hampir keseluruhan asrama kami terjadinya blackout..dan kami semua terpaksa bergelap dan masih lagi tetap berada di dalam masjid. Memandangkan ketika itu saya masih lagi dalam tingkatan 2, menulis tazkirah yang diberikan di dalam buku tazkirah amatlah WAJIB ketika itu ibarat kalau tidak menulis, teruklah KAMU!!(sekarang saya tidak pasti pula bagaimana,huhu..)


Namun, dalam keadaan bergelap macam mana kami mahu menulis?? Jadi, kami dengar je la tazkirah yang akan diberikan nanti. Lama juga kami menunggu untuk senior-senior naik ke hadapan dan memberikan pengisian..dan kami terus menunggu...tunggu dan tunggu....tunggu....





Idea HEBAT



Tunggu punya tunggu, naik la seorang senior kami ini. Memang ditunggu juga senior ini naik bercakap dan berkongsi tazkirahnya. Selalu ada makna disebalik tazkirahnya.


Macam biasa, bermula tazkirahnya. Dalam keadaan bergelap, angin sepoi-sepoi bahasa, lampu jalanan sebelah memberikan cahaya kami yang di dalam masjid yang bergelapan..satu-satu point tazkirah kami dengar..dan yang satunya ini saya amat tertarik dan akan ingat sampai sekarang..



"..........kita hidup atas muka bumi Allah ini, biarlah kita yang sentiasa terpilih. Biarlah kita yang sentiasa berjaya disaring oleh Allah dalam apa jua kerja dan lapangan yang kita buat. Lebih-lebih lagi dalam kerja dakwah Allah s.w.t. Kalaulah dalam 100 orang yang mahu berjuang, sekiranya 50 orang yang terpilih, biarlah kita ada sama dalam 50 orang itu. Kalaulah dalam 50 orang ini, hanya tinggal 25 orang, biarlah kita ada sama dalam bilangan 25 orang itu. Dan kalaulah dalam 25 orang itu nanti, tinggal 10 orang sahaja, biarlah kita juga ada dalam bilangan 10 orang itu..dan sekiranya akan ada tinggal seorang sahaja nanti dalam misi mahu berjuang dalam jalan Allah ini, biarlah seorang itu adalah KITA..inilah kerja orang-orang hebat..dan dia yang hebat inilah..akan menuju ke SYURGA Allah s.w.t yang juga HEBAT!!...."



Saya ketika itu dalam keadaan bergelap, satu-satu dapat mengingat ayat-ayat ini. Tapi kantoi sebab bila balik ke dorm, saya tak salin semula ke dalam buku tazkirah saya. Dan paling kantoi sebab bila kena check dengan AJK Tazkirah, tak siap dan kena denda!!!hehee...Nampaknya saringan tak berjaya ini,huhu..


Saringan dan Tapisan Allah


Kalau kita melihat kepada sunnah Rasul, begitulah Allah s.w.t akan sentiasa memilih hamba-hambanya yang terbaik dan terHEBAT untuk masuk syurgaNya. Malah orang yang masuk syurga kerana rahmatNya juga adalah orang yang terpilih, bukan orang main-main. Jadilah orang yang selalu terpilih dan kekal dalam ujian Allah. Mohonlah padaNya sentiasa. Ini kerana kita sememangnya mahu jadi HEBAT untuk masuk syurga Allah yang HEBAT ini!!~


Namun, selagi tidak diujiNya, jangan bilang kita sudah bersedia dan lulus dalam tapisan Allah s.w.t. Sampai bila-bila pun, saringan Allah s.w.t akan sentiasa berjalan dan bergerak. Malah, orang yang lagi faham AGAMA lah akan lagi banyak diuji dan disaring Allah s.w.t. Berjaya atau tidak, jom sekali lagi kita sama-sama memohon padaNya untuk diberikan kekuatan dan keupayaan..dan anda bagaiman, mahu jadi orang HEBAT???


p/s-saya MAHU!!~

Tuesday, December 15, 2009

Setahun Sudaa.....


Genap sudah setahun ketika saya menjenguh ke Selangor tempoh hari. Biarpun masa saya jumpa, si dia ini masih lagi tidak dapat kenal saya dengan begitu baik pada mulanya, tapi melihatkan karenahnya yang pasti mencuit hati, lama-lama ia jadi senang pada saya. Gelak ketawa-pandai senyum sokmo-aksi-aksi 'hebat' mengalahkan sepupunya yang sama umur(heheee) dan macam-macam lagi. Yang pasti, cukup genapnya umur dia setahun lebih-lebih, dia sudah boleh berjalan..tahniah!!!!


Tahniah Irham!!!


Si dia ini adalah anak saudara saya yang ke-empat, Ahmad Irham Razin. Ni anak kesayangan abang sulung saya ni. Lagi-lagi maknya. Dan lebih-lebih lagi nenek-neneknya,hehe..Bak kata, semua sayang la. Pak saudara dia yang ini pun terlebih sayang biar jarang jumpa.



Tahniah Irham sebab dah dapat berjalan dengan baik. Terokailah, berjalanlah di dunia yang serba nan indah ini, nanti pasti lagi susah mak dan abahnya nak berjaga-jaga,hehee..Apa-apa pun, kita tunggu adik Amir Safwan pula berjalan nanti. Senang sikit nak berurusan Irham ni.


Hujung minggu ni, jumpa ye Irham. Pak Weng nak tengok skill berjalan. Ke ada tambahan skill baru pula?? Dulu dah ada satu skill yang sempat Pak Weng rakam,hehee...Harap ada skill baru ye!!!~hehe..




Irham!!!!~hehee...

p/s-sudah setahun baa..ke Irham dah nak dapat adik baru???hehee

Monday, December 14, 2009

Apa Bukti Cinta Anda??



" Sayang, abang nak tanya la, apa bukti cinta pada abang," tanya si pemuda ini kepada kekasihnya.


" Bukti cinta? Apa yang abang mahu? Apa yang abang mahu pada diri ini, sudi saya serahkan, menunjukkan bukti cinta pada abang," dengan jelas dan terang jawapannya membuktikan CINTA kekasihnya ini.


Dan, pem'bukti'an kepada bukti CINTA mereka berlangsung tanpa segan silu....

............................................

Maaf. Saya mohon maaf kalau dialog di atas ada merangsang apa-apa. Cuma itu yang pernah saya baca dalam satu majalah terkemuka Malaysia, yang pernah melariskan jualannya dengan berita dan cerita sebegini. Saya rasa kalian dapat menangkap maksud saya ini.


Saya sebenarnya tidak dan jarang ambil kisah tentang hal ini. Pada saya, surrounding saya semuanya sekitar 'baik-baik'. Saya berpendapat saya, sekeliling dan semuanya sudah baik malah saya sendiri merasakan tak perlu fikir panjang. Dari sekolah rendah dan menengah terus langsung ke Matrikulasi dan Universiti..alhamdulillah, saya dikelilingi kawan-kawan yang agak baik. Dan saya pun berlagak macam baik juga barangkali..


Tapi saya silap. Sebenarnya sekeliling kita tidak begitu sebenarnya. Waima yang 'baik-baik' ini kita rasakan sudah cukup, sebenarnya lagi banyak yang harus kita bersama lakukan dalam hal ini kerana gejala sosial yang berlaku sekarang, sudah tidak mengira tempat dan posisi anda bekerja. Yang professional, yang separa professional, semuanya sudah berani melakukan masalah dan jenayah sosial ini.


Apa Bukti Cinta Anda??


Saya pernah membaca dalam akhbar Metro dan ada menulis tentangnya baru-baru ini; berkisar mengenai salah satu masalah dan kesan sosial yang amat teruk sekarang di sekeliling kita. Salah satunya mungkin akan ada dialog seperti di atas. Berlaku seks bebas (barangkali) kerana mahu membuktikan CINTA mereka..yang konon-kononnya nampak perlu dibuktikan segera!!~


Alih-alih, ramai yang MERANA..ramai yang MENDERITA, ramai yang menerima kesannya.Saya masih ingat kata-kata kawan saya tentang hal ini:

"apa kesalahan jenayah sosial yang berlaku sekarang adalah dari kesan yang dibuat 20, 30 tahun dulu-dulu..macam mana ye kesalahan jenayah sosial 20,30 tahun akan datang dengan masalah sosial yang berlaku sekarang yang dengan senang mengGADAI maruah diri tanpa segan silu dan MALU...semoga Allah s.w.t mengAMPUNI dosa-dosa saya dan sesiapa pun.."


Kalau benar mahu buktikan CINTA anda, kahwinlah!!! Nanti selesai masalah..bukan main-main jual maruah macam ini. Senang-senang kita dapat MALU di Dunia lagi kalau kita berkelakuan sebegini..bimbang, MALU di depan Allah s.w.t tak tahu dah nak cakap apa..nauzubillah..


Sekarang, ANDA juga boleh jawab Apa Bukti Cinta Anda?? kalau benar-benar kita faham kan..Lebih-lebih lagi Apa Bukti Cinta Anda PadaNya?? tepuk dada, tanya iman...wallah 'alam.



p/s-Buktikan!!~

Wednesday, December 09, 2009

Al-Farabi Band

Pernah semasa saya menyertai satu pertandingan nasyid peringkat negeri semasa tahun 2001 dahulu di Dewan Besar UiTM Machang, kami pasukan Madani diberi tentangan hebat oleh pasukan nasyid dari sekolah Sekolah Menengah Sains Faris Petra yang membawa kelainan dalam persembahannya. Pasukan mereka kali ini membawa bukan sekadar perkusi ala-ala padang pasir, tapi perkusi yang ala-ala moden, yakni dengan gitar, organ (barangkali) dan juga drumset. Saya ketika itu yakin, kami akan kalah teruk kali ini. Ditambah lagi dengan pasukan senior, pasukan nasyid dari Kolej Jaiputra amat mengusik sanubari kami dengan lagu-lagunya sebelum ini.

Kami; Madani..


Pertandingan


Sememangnya, persembahan Farisian dengan nasyidnya begitu mengasyikkan sambil diiringi musik-musik instrumental dan suara yang merdu. Lagi-lagi,mereka membawa lagu famous Hijjaz ketika itu, Rumahku Syurgaku. Habis penonton-penonton ketika itu (terutama pelajar UiTM Machang perempuan) lentok habis,huhu..Malah,mereka berjaya menarik minat pemuda-pemudi ketika itu untuk sama-sama mendengar nasyid dengan alunan gitar dan seumpamanya.


Kami?? Kami ketika itu masih menggunakan simple alat perkusi. Cuma kami membawa lagu baru kami ketika itu yang sehingga kini masih ber'hantu' lagunya; Sesuci Hati. Sejak dari tahun 2001 sehingga sekarang, ada je lagu ini dibawa ke pertandingan yang tinggi atau pun rendah oleh pasukan kami. Yang menang pun ada. Yang kalah pun ada. Siap ada yang mengaku dari sekolah lain yang mencipta lagu ini. Apa-apa pun, tribute lagu ini kepada arwah kawan saya, Khairul Azri yang bersama mereka yang lain mencipta lagu ini.


Dan alhamdulillah, sangkaan kami meleset. Kami di tempat kedua pertandingan ini. Senior dari Kolej Jaiputra tempat pertama, dan Farisian di tempat ketiga. Ketika itu saya cuma yakin mengatakan, kalau mereka kekalkan stail macam ini, saya yakin musik-musik nasyid sebegini boleh pergi jauh.




Sekarang

Hmm..namun lain pula jadinya. Oleh kerana ketika itu (2001) hingga beberapa tahun lepas, musik nasyid ala-ala jiwang yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini. Maka, ramailah syarikat-syarikat musik nasyid terpaksa mengalih genre mereka ke arah itu. Tapi sekarang, saya rasa genre macam ini sudah berkurangan. Mungkin kerana ada unsur indie pula yang naik, menenggelamkan irama nasyid yang indah ini.


Tapi, saya akan terus salute kepada kumpulan Nasyid yang satu ini; Al-Farabi. Mereka terus menerus bergerak seiring dengan massa. Supaya iramanya takkan hilang, mesejnya takkan lari, mereka terus bergerak. Biarpun perlahan, namun mereka terus bergerak. Atas dasar indie band pula yang semakin popular, mereka mengambil ini sebagai salah satu method untuk bergerak atas namanya nasyid dan membawa Kalimah Allah, insyaAllah!!~



Album pertama mereka


Dan tak pelik, mereka diundang tempoh hari ke Karnival GEMS yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa yang menyaksikan persembahan live sulung mereka kepada anak-anak muda mudi sekarang. Dan mereka pun sudah menerjah ke konti-konti radio terpilih, dan saya yakin mereka akan terus bergerak ke hadapan lagi. Bak kata Dr Fadzli; bukan setakat Jangan Undur Belakang sahaja, malah Jangan Pandang Belakang lagi !!!!~


persembahan di GEMS



persembahan di Al-Kuliyyah


Dan, mereka akan ke Berlin Jerman dalam awal tahun hadapan barangkali. Membawa misi yang besar; saya mengharapkan hasilnya pun besar nanti. Semoga kalian sentiasa diberkatiNya..


"berjuang; mesti berKORBAN dan pasti terKORBAN..dalam apa jua kerja anda lakukan, andalah PEJUANG, cuma kalau ia betul-betul disandarkan padaNya, jadilah ANDA pejuangNya,insyaAllah!!"



p/s-selamat maju jaya musik Nasyid!!

Wednesday, December 02, 2009

Amanah, Bukan Barang Main-Main!!!

Peserta Induksi UMT 17-23/11/2009
"Belajar lah untuk setia dan jangan leraikan amanah yang diberi," kata trainer saya kali ini, En Engku Ezri.


Alhamdulillah, ketika ini saya sudah selesai mengikuti Kursus Induksi modul khusus yang diadakan di PAKA Residence Resort yang masih lagi dinaiki air hujan yang tak henti-henti dari hari pertama. Apa-apa pun, alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar.



Saya amat seronok dengan seorang trainer kali ini, En. Engku Ezri yang banyak membantu dari segi permainan dan modul-modul yang berkaitan dan berkualiti. Saya mahu berkongsi tentang pengalaman bermain satu modul yang amat saya terkesan sehingga sekarang. Permainannya ala-ala main perniagaan la. Tapi hasil akhir pengajarannya amat boleh dijadikan iktibar untuk semua.

Main X dan Y



Game ini nilainya adalah pada nilai X dan Y yang hanya ditentukan setelah beberapa kumpulan mengesahkannya. Kami ada 5 kumpulan. Dan setiap kumpulan harus menentukan nilai mana yang kami mahukan tanpa mengetahui nilai yang dipilih oleh kumpulan 4 yang lain. Semuanya ada 12 bulan dan dengan modal RM 200,000 kami dibenarkan memulakan permainan saham ini dan diharuskan untuk mencari untung dari duit yang diberi di 'atas' kertas ini. Di samping itu, setiap 5 bulan ketua kumpulan ataupun mana-mana wakil akan bersidang dan ia seolah-olah mesyuarat khas la... Ini penting ye bagi menyelaraskan apa yang patut bagi menjamin keuntungan bersama..dan al kisahnya pun bermula..


X Y Siapa X Siapa Y
5 0 +5000 -1000
4 1 -4000 +1000
3 2 -3000 +2000
2 3 -2000 +3000
1 4 -1000 +4000
0 5 +1000 -5000



Kami bermula untuk bulan Januari 2010 dengan tak tahu macam mana cara permainannya. Kami beranggapan mungkin permainan ini hanya untuk suka-suka sahaja. Jadi kami setuju memilih X. Bila diserahkan kepada urusetia, kami masih lagi tak tahu apa signifikan permainan ini. Jadi, apabila dibaca oleh En. Engku tentang bilangan X atau Y ini, barulah kami faham. Untuk bulan pertama, sebanyak 3 X dan 2 Y di pilih. Jadi berdasarkan carta yang diberi, kami telah rugi sebanyak RM 3000. Masa itulah baru kami bersama menyebut,



" OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO....macam tu mainnya," serentak menyebut agaknya,hehee..



Alhamdulillah, kami sudah agak faham. Sebenarnya kami perlu bersatu dan percaya satu sama lain untuk untung bersama. Tak gitu yang saudara faham????



Sepatutnya begitulah yang patut semua faham. Tapi, ini lah modul permainan yang kadang-kadang apabila difikirkan sebenarnya adalah realiti. Dari bulan pertama sehingga bulan ke-4 kami hanya meneka mahu pilih X atau Y tanpa ada meeting apa-apa pun lagi bersama 5 kumpulan. Jadi kami ada yang rugi dan adaa yang untung. Tapi masuk bulan ke-5, kami dibenarkan untuk meeting bersama. Tapi kali ini hanya ketua pasukan sahaja berbincang. Jadi semua bersepakat untuk memilih X selama 5 bulan seterusnya. Dan untuk menghangatkan lagi, urusetia bank (Engku Ezri) menggandakan siapa-siapa yang untung didarab dengan 10 dan rugi pun begitu. Jadi suasana sudah mula sedikit panas. Apabila bulan ke-5 masuk, kami sekumpulan sepakat memilih X dan dengan harapan semua pun begitu. Untung sama-sama untung, rugi sama-sama rugi. Tapi, apabila dibaca akhirnya oleh urusetia..alamak!!!!!!!!!!~lain jadinya, keputusannya menjadi 3Y 2 X....kenapa begini???Mana janji pada meeting yang lepas??? Jadi kami ahli kumpulan rugi lagi...



Tapi kami terus dengan janji kami untuk kekal dengan nilai X selama 4 bulan lagi. Tapi rupa-rupanya kami dibetray lagi untuk selama 4 bulan berturut-turut. Kami sahaja yang X, tapi yang 4 lagi semua Y. 4Y 1 X......rugi lagi kami dengan nilai yang sangat banyak..Masa tu berfikir juga, macam mana kalau kami buat Y satu, merana semua..sebab 5Y semua orang akan rugi. Dan sehinggalah ke akhir, beberapa meeting dibuat, kami je yang terus dikhianati (walaupun dalam permainan sebegini,hehe). Sehinggakan saya terkejut dengan meeting terakhir yang dihadiri saya, yang mana ada yang hampir sanggup bersumpah dengan nama Allah kena pilih X semua, tapi bila masuk tetap juga 4 Y 1 X..apa kes ni??? Harap tak makan sumpah nanti,huhu...


Rugi


Kami defisit RM 6.6 juta..satu kekalahan yang amat teruk sekali. Mugkin kalau benar-benar berniaga, kamilah yang memang akan mati dulu kot,sebab terkejut rugi banyak,hehee..Dan kami diisytiharkan kalah, dan hati saya ketika itu amat membara juga la..sebab pedih juga rasa diKHIANATI dan DITIKAM BELAKANG walaupun ia cuma satu permainan ketika modul induksi khusus,hehe..



Dan saya yakin, mereka yang benar-benar diTIKAM BELAKANG dan juga diKHIANATI dalam situasi sebenar akan lebih sakit dan terasa yang amat. Cuma membezakan adalah cara kita menangani. Kalau tak sabar, boleh dibawa ke tahap yang lebih teruk. Kalau bagus, mungkin sehari dua boleh lupa.



Saya cuma berdoa, kalau benar jadi perkara ini kepada saya agar saya sentiasa diberikan keKUATAN..sama juga dengan kalian sahabat-sahabatku. Waima dalam kerja, kehidupan, kawan-kawan, keluarga dan kepada pasangan-pasangan yang konon-konon hot dan panas itu,huhu..


Akhlaknya



Dari Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis kebaikan sebagai mana api makan kayu." Malah juga disebut dalam satu hadis juga yang bermaksud,



“Tidak ada keimanan bagi orang yang tidak memiliki amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak pandai memeliharanya” (HR Imam Ahmad bin Hambal).



Tambahan lagi, ianya dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Shallalhu Alaihi wa Sallam, beliau bersabda: “Tunaikanlah amanat kepada orang yang mempercayakan kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).



Kesemua ini menjelaskan betapa besar untuk berAMANAH dalam segala hal. Jangan pula kerana sesuatu benda yang tidak jelas matlamat, kita pecahkan amanah yang diberi. Tidak kisah dalam lapangan mana sekalipun. Kerana ianya sangat besar signifikan kepada kita selaku Muslim. Amanah itu termasuk tanda iman, dan khianat pula termasuk tanda munafiq. Sama-sama kita muhasabah diri kita ye!!~


p/s-rasa macam nak main lagi game ini,hehee...

Tuesday, December 01, 2009

Oh Selipar~

Alhamdulillah, semua dapat menyambut Hari Raya Idul Adha dengan baik sekali. Berbekalkan semangat ingin berkorban, ramai yang turut sama merealisasikan ibadah ini dengan baik. Waima mereka yang menuju Allah (Al-Hajj) dan juga yang meraikannya di sini, di bumi selain Tanah Suci semuanya berperanan dengan baik.




Dalam ibrah (pengajaran)yang boleh diambil dari Idul Adha ini adalah semangatnya Siti Hajar di dalam berkorban membesarkan anaknya, tetap teguh di dalam mengharungi rintangan walaupun di tinggalkan suaminya atas urusan yang diredhaiNya, dan bermacam-macam lagi. Harapnya kita tidak sengajakan berlalu ibrah sebegini.





Lagi-lagi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia (terutama di rumah saya,hehe) hujan yang sebelumnya begitu merisaukan. Tapi alhamdulilah Allah Maha menentukan takdirnya. Kita merancang kan?? Alhamdulillah, hujan reda untuk selama enam hari. Semalam baru bermula semula hujannya..





Hilang Selipar





Ibrah saya di pagi Idul Adha, lain dari yang lain. Mesti semua orang pernah alaminya kan,hehe..Pagi raya lepas solat, kami adik beradik turun dari masjid. Sekali selipar adik lelaki saya hilang. Dengan tanpa segan silu saya gelakkan dia dan sambil berkata
" Tu la, letok(letak) selipar kok ser (merata-rata), " kata saya pada adik.




Sekali lepas Jumaat tengah hari tu, selipar saya pula yang hilang. Nasib baik adik saya tiada sekali masa tu. Kalau tak, tahan kena gelak je la. Tapi tidak apa, saya berkorban kan selipar saya untuk sesiapa yang nak ambil hari tu ( bajet cover selipar hilang,hehee..)




Akhlaknya





Selamat menghayati ibrah Idul Adha untuk bila-bila. Jangan sekadar bulan ini saja ye. Jumpa lagi untuk tahun depan, Insyaallah!!!~
p/s-satu lagi, makan daging kenyang-kenyang...jangan sampai anda terlebih DAGING pula nanti,huhu...