Wednesday, June 15, 2011

Cerita Tentang Tina-Siri IV

Satu bangunan digeledah untuk mencari Tina. Semua pelajar asrama wanita dikumpulkan dan dibuat pengesahan siapa ada dan tiada.Memandangkan ia hujung minggu yang pagi, maka hampir semua ada. Namun, Tina masih tiada dalam senarai. Tina masih tidak dijumpai.


" Baik.Saya En.Khairul akan mempastikan semua ada juga nanti. Apa yang berlaku pada Tina, kawan kamu semua akan kami semua cari nanti. Kebakaran yang kami sangkakan di blok bersebelahan tapi yang berlaku lebih teruk adalah di blok yang sebelahnya pula. apa pun,saya minta yang berugama, mohon doanya agar Tina kita jumpai. Saya yakin Tina masih ada di dalam sini," tegas fellow asrama yang tegas selama ini.


Khurunnisa dan Aminah masih lagi tidak percaya apa yang berlaku pada Tina.Dia cuma orang biasa yang kadang-kadang tidak pernah dibuat apa-apa salah pun.Tapi apa yang berlaku padanya??

.....................

" Aminah, ini makcik. Boleh makcik masuk ke dalam asrama?," tanya mak Timah kepada Aminah.


" Ye makcik, boleh. Kami tunggu di depan asrama. Dah ramai pelajar ada kumpul di sini. Tina masih tak dijumpai," Aminah membalas.


Sungguh pantas mak Timah datang ke asrama anaknya ini. Jarak rumah Tina dengan asrama tidak jauh tapi masih memerlukan untuk Tina berada di asrama. Kejadian yang berlaku keluarganya dengan yang terjadi pada ayahnya,abangnya amat mengganggu kehidupan Tina. Datang ke asrama sepatutnya menjadikan pengubat untuknya.


Tina cuma sempat sekejap berjumpa dengan ayahnya pada hari kejadian.Ia berlaku setahun yang lepas.


14 Januari 2010

"Ahmad , ini yang kau main?," tekak ayahnya.


" Haa..memang ini yang aku main! Apa yang kau nak bising sangat?," balas anak sulungnya.


" Ingat Ahmad, ini salah. Kau pun tahu, ayah ni kan AJK JKKK. Malu besar ayah nanti ni!!," berbalas tekak mereka berdua.


"Ahhhh......jangan lah kau nak rasa malu. Aku pun hilang rasa malu pada kau!," tinggi lagi suaranya.


Malam terus bergerak dengan tekak mereka berdua.Rupanya, dadah yang disimpan dalam bilik Ahmad dijumpai ayahnya.Ia kerana Tina yang nampak.Tina yang buat laporan pada ayahnya.Tina yang ketika itu masih lagi awal Tingkatan Lima amat terkejut dengan tindakan abang sulungnya.Tina tahu segalanya.


Tina berdiam di dalam biliknya menangis keseorangan.Menangis kerana abangnya bercakap sedemikian dengan ayahnya.Tina menangis tak berhenti!!


"Argghhhhh.......," pekikan salah seorang dari bilik abangnya.


Dubbbbbb......bunyi seorang jatuh ke lantai. Dan bunyi bertempiaran seorang keluar dari tingkap. Mak Timah dan Tina yang dari bilik segera bingkas berlari ke bilik abang sulungnya.


" Ayah...........," Tina terkejut dengan ayahnya yang terbaring di lantai. Berlumuran. Tina cuma mampu menahan air mata lagi. Tina cuma mampu berdiri tanpa bergerak ke ayahnya. Mak Timah yang terus menerus ke pangkuan suaminya. Ayahnya sudah tidak bernadi..


...................


Tina baru tersedar sekali lagi. Dia tidak sedar kenapa dia berada di sini. Mulutnya ditutup. Tangannya diikat.Kakinya juga sama. Dia berada dalam satu bilik yang kecil tapi nampak luas kerana tiada barang di dalamnya. Di hujung sebelah kirinya ada seorang lelaki yang dikenali gaya tubuh badannya. Kepala botak. Berbaju T-shirt putih. berbelang hijau hitam. Menghadap ke dinding dan tidak dinampaki mukanya oleh Tina. Tapi Tina amat kenal tuannya dari susuk tubuh itu.


Pisau digenggam di sebelah tangan kanan lelaki itu. Lelaki itu memalingkan 45 darjah ke sebelah kanan menunjukkan sisi separuh mukanya.Sambil tersenyum sinis seraya berkata,


" Kita jumpa lagi Tina,"......


Tina amat terkejut. Bukan lagi kepalang. Dia cuma mahu bergelut. Tiada lagi penghalang. Kalau tidak, ini sememangnya balasan untuknya...Semua, selamatkan aku!!!

Wednesday, June 08, 2011

Cerita Tentang Tina-Siri III

Kring........Kring......Kring........

Bunyi loceng pusat tahanan sementara berbunyi. Ia bertujuan untuk menggerakkan banduan dan juga tahanan sementara untuk makan tengah hari.Setiap sel memuatkan 3 orang dan setiap makanan akan dibahagikan kepada kumpulan.Jika tidak cukup,bermakna setiap orang dalam kumpulan harus tunggu dan mempastikan semua ada.Jika tiada juga,mereka akan kelaparan.


Berbaris mereka yang ditahan di sini.Ada yang baju merah,ada yang baju hijau,ada juga yang baju oren.Semuanya mengikut tahap displin yang baik semenjak berada di dalam pusat tahanan ini.Ada yang sudah boleh dibiarkan bersendirian tanpa di kawal selia.Ada yang tidak boleh langsung.Dan semuanya berbaris untuk mendapatkannya.


" Bilik 4!!!," jerit pengawal pusat tahanan ini.


" Ya kami.Emm....tapi kami tak cukup sorang.Ahmad tiada tadi masa perjalanan ke sini.Kami ingat dia ada berjumpa dengan doktor di bawah seliaan tuan tadi," jawab kawan satu sel dengan Ahmad.


"Pengawal..pergi cari.Aku mahu dia ada di sini sekarang!!!,"perintah ketua pengawal yang bertugas hari itu.


Sekian lama dicari,tidak dijumpai Ahmad.Hilang.Siren dibunyikan.Rupanya,semua sudah diaturkan Ahmad.Dia culas untuk kali pertama.Kem tahanan ini bocor lagi!


....................


" Kinah, aku rasa aku kena bergegas ke tempat anak aku belajar. Aku ada hal yang harus aku berada di sana. Ada kecelakaan," Mak Timah sedih cuma.Tidak menunjukkan perasaan cemas.Mungkin kerana sudah banyak ujian dihadapinya selama ini.


"Baik..baik Timah.Aku baru nak mulakan cerita,kau dah kena pergi.Nanti aku sambung lagi ye," meleret Mak Kinah.sedihnya juga kerana gosip cerita anak ketua kampung tak sempat dihabiskan.


Tudung diambil.Beg duit disisip.Kereta siap untuk dipandu oleh jiran sebelah rumah untuk dihantar ke stesen bas.Doa dibacakan.Mak Timah cuma berharap semuanya selamat.Angin mendung pagi bercerita supaya ia juga harus aman sebegitu..Bas menuju ke destinasinya...


...................


" Kau ada nampak Tina di bawah ni?," tanya Khurunnisa pada Aminah setelah puas mencari di tapak berkumpul.


" Tak jumpa," ringkas Aminah menjawab.Mungkin sedih.


"Aku akan laporkan pada fellow.Apa pun,aku yakin Tina masih ada di dalam sekitar kawasan asrama kita ni.Sebab telefonnya masih berdering,"Khurunnisa meyakinkan Aminah lagi.


" Betul.Aku ikut je.Aku sedih ni.Sebab aku baru je berseloroh tentangnya pasal air milo.Baru nak belajar dengannya," Aminah bernada sedih lagi.


Khurunnisa terus membuat laporan mengendahkan Aminah yang sedang bersedih...hari ini benar meruntun banyak jiwa..!!


....................

" Tuan, pasukan bomba sudah berjaya menghalang kebakaran merebak ke blok bersebelahan.Tapi ada sesuautu yang mencurigakan kami," laporan dibuat oleh penolong penguasa bomba kepada Pegawai Penguasanya.


"Apa yang mencurigakan?," tanya Pegawainya.


"Ini kebakaran yang dibuat, bukan terjadi secara sendiri," laporan ringkas yang dibuat tetapi amat memberikan banyak pertanyaan.


"Dibuat? Siapa? Rasanya apa punca yang membolehkan awak keluarkan pernyataan begitu?," berbalas soalan mereka.


" Ini Tuan," sambil menunjukkan buktinya.


Tuan Pegawai Penguasa amat terkejut.Tapi ia disembunyikan oleh susuk tubuh dan rupa seorang Pegawai yang mahu berkuasa dengan jawatannya.Ia ibarat tiada apa berlaku tapi ia benar mengejutkan.Memang mengejutkan.


" Buat laporan segera ke balai.Saya akan mengesahkan berita ini nanti.Segera!!," terus arahan diberikan.Bertebaran lari penolong penguasa itu.Pasti dia pun sedar ia sesuatu yang harus disegerakan.Kerana ia melibatkan pihak yang tidak di sangkakan..


Hari yang mendung bertukar kalut dengan kebakaran ini.Semua selamat walaupun ada yang kekalutan kerana berkeliaran turun lari meninggalkan bilik.Ada yang berbaju simple dan ada yang cuma sempat dengan menutup apa yang boleh ditutup.Kebakaran di ara ke empat blok Al-Kindi sememangnya mengejutkan pelajar asrama ini.


Tina,yang pasti tidak dijumpai.Tina,yang pasti dicari-cari.Tina....ke mana kamu lagi????....

Tuesday, June 07, 2011

Cerita Tentang Tina-Siri II

" Tina, datang ke depan. Ambil latihan tutorial ini. Tahniah, kamu dapat agak bagus markahnya. Kekalkan prestasi yang baik. Minggu depan kita ada Ujian Pertengahan Semester. Buat yang terbaik lagi ya!!," bersemangat tenaga pengajar Tina dan kawan-kawan satu kelas memberikan nasihat dan motivasi kepada Tina dan semua.


Pembelajaran di sini amat mengujakan. Seminggu mereka akan belajar bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Cuma diselangi dengan waktu yang kosong cuma 2 hingga 3 jam. Petang pun disukai ramai. Pelajar-pelajar beriadah untuk membuang keletihan seharian belajar. Berlari, bergolek, bersantai semuanya dilakukan dalam kawasan pembelajaran ini.


Sudah hampir dua bulan setengah mereka di sini. Dan kebakaran yang berlaku kali ini benar merubah mereka.

....................


" Tina..ke mana kamu??," bisik hati Aminah yang gusar setelah dicarinya tidak terjumpa di dalam bilik.


" Aminah, ini memang aras 5 kan?," tanya Khurunnisa pada Aminah.


" Ya," jawab Aminah pantas.


" Dan memang bilik kita dah kan?," tanya Khurunnisa lagi.


" Ya!!," jawab pantas lagi Aminah.


" Memang kita dah tak salah bilik dah. Cuba kau pergi tengok di tandas atau di mana-mana sudut dalam aras ni. Nanti aku nak call dia sekali lagi.Mana tahu dia dah turun ke bawah juga," cadangan Khurunnisa kepada Aminah.


Pencarian di tandas dan di mana sudut dalam aras 5 tidak memberikan keputusan yang baik. Tina tiada di situ. Sama juga dengan panggilan yang dibuat Khurunnisa. Tina tidak menjawab. Dan yang pasti, panggilan itu masuk tapi tidak diangkat. Muzik caller ringtones nya berbunyi tapi sekadar menghabiskan muziknya semata..


"Di mana kamu ni Tina," getus lagi hati Khurunnisa dalam keadaan cemas yang disembunyikan.


" Nisa, aku rasa kita kena turun di tempat berkumpul dah ni. Apa-apa pun, kita turun dan cari Tina kat sana.Aku yakin ada Tina kat sana dah. Kalau tiada juga,kita tunggu dan terus buat call. Kalau tiada juga, kita buat laporan pada fellow asrama. Aku pun dah naik pelik ke mana si budak Tina ni pergi," Aminah pun dah mula sedia untuk turun pada tempat berkumpul kebakaran tadi. Khurunnisa cuma mengiyakan dan mahu juga mencari Tina di bawah.


Mereka turun. Berlari menuruni anak tangga. Dilangkau tiga sekali gus anak tangga untuk turun.Dengan harapan dan yakin Tina ada di bawah pula.Tina, pasti ada!!!


....................


" Emm..best nya tidur. Baru jam 9.00 pagi. Siapa la yang call pagi-pagi tadi. Aminah??," pelik si Tina dengan panggilan bertubi dari Aminah.


" Apa pasal Amina call aku. Ke sebab tak turun gotong royong?," pintas hati nya rungsing kalau didenda sebab tak turun gotong royong.


"Second call...siapa pula ni?," Tina lagi bertambah rungsing.


Tiba-tiba raut mukanya berubah berkerut, mata membulat dan dirasakan angin luar pagi bertambah sejuk. Sesejuk tidak seperti yang biasa. Tina tercengang seribu bahasa dengan pemanggil panggilan kedua yang tidak diangkat.Dan juga kerana ia disusuli dengan mesej ringkas dek kerana panggilan yang tidak diangkat. Sesuatu berlaku.


.....................


Pagi yang dingin di hujung minggu amat memberikan ketenangan pada jiwa Mak Timah. Keseorangan di rumah bukan pilihannya tapi itulah ketentuan takdir Ilahi. Pak Abas dijemputNya tahun lalu. Anak-anaknya pula cuma tiga. Si abang terperuk dalam penjara dek kerana dadah. Si tengah pula kakaknya sudah berkahwin dan mengikut suami ke bandar. Si bongsu baru melanjutkan pelajarannya. Tinggal berseorangan memang bukan pilihan.


" Timah ooiii...Timah!!," jerit suara dari luar.


"Ye..ye..aku kat sini ni. Aku tengah asingkan daun pisang dengan batangnya. Meh datang sini Kinah nya," rupanya Mak Timah sudah tahu siapa yang hadir. Mungkin gaya panggilan atau mungkin waktu sebegini tentatifnya ada pada Mak Kinah bertandang ke rumahnya.


" Kat sini kau. Kau tahu cerita semalam? Aduh, sakit hati aku dengar. Anak ketua kampung kahwin lari. Punya susah anak aku nak masuk meminang, rupanya dah ada yang punya. Siap kahwin lari lagi," Mak Kinah galak memulakan cerita.


Teeeett...Teeettt...Teeettt.....


Bunyi mesej masuk. Mak Timah memang meletakkan telefon bimbitnya berdekatan. Mak Timah mengambilnya dan seraya mahu melihat siapa yang menghantar. Tangan kanan diangkat untuk memberikan isyarat pada Mak Kinah tunggu sebentar.


Muncul nama yang dikenali di skrin telefon bimbit. Aminah, kawan anaknya. Sekali lagi, mesej ini merubah riak muka Mak Timah. Memang berubah. Terlintas di benaknya.


" Kenapa berlaku??..."....






Monday, June 06, 2011

Cerita Tentang Tina- Siri I

Bunyi panggilan memasuki ruang bilik tidur. Mungkin amat mengganggu. Tina masih mahu mengantuk sebab ini hujung minggu. Hujung minggu memang masa sesuai untuk Tina berehat dan mengambil sisi masa yang panjang. Tapi bunyi panggilan ini amat benar mengganggunya. Amat sangat.

" Siapa la pagi begini call. Aku nak tidur. Tiada yang lebih best dari jawab call berkali-kali ni," keluh Tina sambil memgang erat bantal dan menarik selimutnya.

Pagi hari minggu itu diteruskan juga dengan tanpa disahutnya panggilan. Dan semuanya berlalu dengan tenang dan aman dalam biliknya..


...............................


" Sedap air milo ni. Aku memang bab air milo, kamu jangan lawan,hehehe," bangga Tina dengan kawan satu bilik dengannya, Aminah.


" Ala..setakat air milo je.Aku boleh buat lebih lagi dari air milo kau. Aku boleh buaaatt..................air suam best,hehehehe," Aminah pula yang tambah loyar buruk.


"Hehehehe..macam-macam la kau. Aku bukan apa, air milo ni je la yang aku boleh buat dengan penuh bergaya. Yang lain tak reti lagi. Dah nasib orang perempuan sekarang. Belajar masa sekolah menenganh, semua mak buatkan. Masuk asrama, lagi la jarang di dapur. Akhirnya habis belajar nak kahwin. Nak masak masa tu pun masih tak tahu apa benda lagi,hehe," sedar pula pada diri Tina tentang ilmu masakannya, tapi ibarat masuk telinga kanan keluar selaju mungkin ke telinga kiri dan mulut sekali.


" Betul juga kan...nasib baik aku punya mak dan ayah ada orang gaji. Nanti balik cuti semester ni aku nak belajar lah dengan orang gaji tu. Aku nak belajar masak nasi dan telur goreng. Dan air milo yang best macam kau Tina??,hehehe," gelak Aminah sambil ada nampak niat bersungguh.


"Bagus juga tu kan.Baik,lepas ni kau tak payah belajar buat air milo dengan orang gaji kau,belajar dengan aku cukup.Aku ajar kau dan nanti boleh kau tolong buatkan sama untuk aku.Boleh jadi orang gaji aku sekejap.Kan bagus tuuuu..,"sambil mencuit Aminah pada sisi bahunya dengan jari telunjuk Tina.


Aminah cuma tersenyum nipis dan buat-buat tak dengar.


Dan air milo terus diminum dan satu-satu biskut dicelupnya.Pastinya suasana hujung minggu Sabtu ini memang menarik serta aman. Cuma menunggu keadaan yang tak bisa tak dijangka..


...................................


Kebakaran di blok Al-Kindi, disebelah blok kediaman Tina amat mengejutkan Aminah dan kawan sebiliknya juga, Khurunnisa. Setahunya, pagi Ahad sebegini Tina selalu bangun lambat dan bertambah lena kalau waktu pagi yang mendung sebegini. Aminah dan Khurunnisa turun awal untuk memulakan riadah pagi dan disambung dengan aktiviti gotong royong kumpulan mentee mereka. Tina mengambil keputusan untuk tidak menyertai keduanya. Katanya,tidur dan rehat lebih baik.


" Aminah, cuba kau telefon lagi si budak Tina ni. Loceng kecemasan dah dibunyikan. Takkan dia tak sedar lagi. Semua pelajar di blok berdekatan di arah untuk turun. Kalau tak sedar juga, jom kita pergi juga gerakkan dia," tegas Khurunnisa pada Aminah biarpun fellow asrama sudah melarang untuk pelajar di kolej Al-Kindi dan di sebelahnya untuk naik ke asrama. Bimbang ada penularan kebakaran kerana bangunan Al-Kindi dan blok kediaman mereka cuma dipisahkan satu longkang yang besar cuma.


" Jom!!!," sahut Aminah.


Dengan berbekal semangat mahu menyegerakan penyelesaian masalah, mereka berdua terus ke aras 5 lima untuk mempastikan Tina sudah turun. Apa yang terjadi, mereka sanggup menanggungnya!!


.........................


" Tina...!!!..Tina...!!!Tina...!!!," sahut Aminah dan Khurunnisa dari luar.


"Cepatlah buka pintu. Kau ada kuncinya kan. Aku tertinggal kat meja gotong royong tadi," Aminah mahu tergesa-gesa.


" Aku ada. Tunggu kejap,"Khurunnisa pun sama menjadi kalut.


Seraya terus pintu dibuka mereka. Kasut bersepah. Selipar pun sama. Katil empatnya kosong. Tingkap semua terbuka. Langsir menghurai layu. Air milo kebiasaan Tina tiada yang disiapkan di sisi mejanya. Katil tidak kemas dirapi. Dan pastinya Tina tiada di dalam bilik.Tina, kemana kamu????.........