Tuesday, June 07, 2011

Cerita Tentang Tina-Siri II

" Tina, datang ke depan. Ambil latihan tutorial ini. Tahniah, kamu dapat agak bagus markahnya. Kekalkan prestasi yang baik. Minggu depan kita ada Ujian Pertengahan Semester. Buat yang terbaik lagi ya!!," bersemangat tenaga pengajar Tina dan kawan-kawan satu kelas memberikan nasihat dan motivasi kepada Tina dan semua.


Pembelajaran di sini amat mengujakan. Seminggu mereka akan belajar bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Cuma diselangi dengan waktu yang kosong cuma 2 hingga 3 jam. Petang pun disukai ramai. Pelajar-pelajar beriadah untuk membuang keletihan seharian belajar. Berlari, bergolek, bersantai semuanya dilakukan dalam kawasan pembelajaran ini.


Sudah hampir dua bulan setengah mereka di sini. Dan kebakaran yang berlaku kali ini benar merubah mereka.

....................


" Tina..ke mana kamu??," bisik hati Aminah yang gusar setelah dicarinya tidak terjumpa di dalam bilik.


" Aminah, ini memang aras 5 kan?," tanya Khurunnisa pada Aminah.


" Ya," jawab Aminah pantas.


" Dan memang bilik kita dah kan?," tanya Khurunnisa lagi.


" Ya!!," jawab pantas lagi Aminah.


" Memang kita dah tak salah bilik dah. Cuba kau pergi tengok di tandas atau di mana-mana sudut dalam aras ni. Nanti aku nak call dia sekali lagi.Mana tahu dia dah turun ke bawah juga," cadangan Khurunnisa kepada Aminah.


Pencarian di tandas dan di mana sudut dalam aras 5 tidak memberikan keputusan yang baik. Tina tiada di situ. Sama juga dengan panggilan yang dibuat Khurunnisa. Tina tidak menjawab. Dan yang pasti, panggilan itu masuk tapi tidak diangkat. Muzik caller ringtones nya berbunyi tapi sekadar menghabiskan muziknya semata..


"Di mana kamu ni Tina," getus lagi hati Khurunnisa dalam keadaan cemas yang disembunyikan.


" Nisa, aku rasa kita kena turun di tempat berkumpul dah ni. Apa-apa pun, kita turun dan cari Tina kat sana.Aku yakin ada Tina kat sana dah. Kalau tiada juga,kita tunggu dan terus buat call. Kalau tiada juga, kita buat laporan pada fellow asrama. Aku pun dah naik pelik ke mana si budak Tina ni pergi," Aminah pun dah mula sedia untuk turun pada tempat berkumpul kebakaran tadi. Khurunnisa cuma mengiyakan dan mahu juga mencari Tina di bawah.


Mereka turun. Berlari menuruni anak tangga. Dilangkau tiga sekali gus anak tangga untuk turun.Dengan harapan dan yakin Tina ada di bawah pula.Tina, pasti ada!!!


....................


" Emm..best nya tidur. Baru jam 9.00 pagi. Siapa la yang call pagi-pagi tadi. Aminah??," pelik si Tina dengan panggilan bertubi dari Aminah.


" Apa pasal Amina call aku. Ke sebab tak turun gotong royong?," pintas hati nya rungsing kalau didenda sebab tak turun gotong royong.


"Second call...siapa pula ni?," Tina lagi bertambah rungsing.


Tiba-tiba raut mukanya berubah berkerut, mata membulat dan dirasakan angin luar pagi bertambah sejuk. Sesejuk tidak seperti yang biasa. Tina tercengang seribu bahasa dengan pemanggil panggilan kedua yang tidak diangkat.Dan juga kerana ia disusuli dengan mesej ringkas dek kerana panggilan yang tidak diangkat. Sesuatu berlaku.


.....................


Pagi yang dingin di hujung minggu amat memberikan ketenangan pada jiwa Mak Timah. Keseorangan di rumah bukan pilihannya tapi itulah ketentuan takdir Ilahi. Pak Abas dijemputNya tahun lalu. Anak-anaknya pula cuma tiga. Si abang terperuk dalam penjara dek kerana dadah. Si tengah pula kakaknya sudah berkahwin dan mengikut suami ke bandar. Si bongsu baru melanjutkan pelajarannya. Tinggal berseorangan memang bukan pilihan.


" Timah ooiii...Timah!!," jerit suara dari luar.


"Ye..ye..aku kat sini ni. Aku tengah asingkan daun pisang dengan batangnya. Meh datang sini Kinah nya," rupanya Mak Timah sudah tahu siapa yang hadir. Mungkin gaya panggilan atau mungkin waktu sebegini tentatifnya ada pada Mak Kinah bertandang ke rumahnya.


" Kat sini kau. Kau tahu cerita semalam? Aduh, sakit hati aku dengar. Anak ketua kampung kahwin lari. Punya susah anak aku nak masuk meminang, rupanya dah ada yang punya. Siap kahwin lari lagi," Mak Kinah galak memulakan cerita.


Teeeett...Teeettt...Teeettt.....


Bunyi mesej masuk. Mak Timah memang meletakkan telefon bimbitnya berdekatan. Mak Timah mengambilnya dan seraya mahu melihat siapa yang menghantar. Tangan kanan diangkat untuk memberikan isyarat pada Mak Kinah tunggu sebentar.


Muncul nama yang dikenali di skrin telefon bimbit. Aminah, kawan anaknya. Sekali lagi, mesej ini merubah riak muka Mak Timah. Memang berubah. Terlintas di benaknya.


" Kenapa berlaku??..."....






No comments: