Friday, January 30, 2009

Hati Ini Rindu-2

Sekali masa free, tengok semula gambar-gambar last event bersama kawan-kawan USM. Bermacam-macam ragam dan perangai serta tingkah laku yang boleh dikenali selama ini. Akhirnya masing-masing membawa haluan dan tujuan hidup dalam menempuh ombak kehidupan yang masih dan sentiasa mencabar.




Kawan-kawan satu batch..
Iman

Sempat mendengar kuliah pagi jumaat di dataran ilmu(akhirnya,huhu), banyak sangat intipati dapat diambil. Namun satu perkara menarik perhatian adalah tentang bagaimana kita dalam menempuh kehidupan sebagai muslim yang akan sentiasa diuji dan dilawan oleh beberapa musuh yang akan dan sentiasa menentang.

Ustaz Mad a.ka. YB Adun Demit merungkaikan beberapa musuh yang perlu diambil perhatian iaitu orang kafir, munafik dan juga syaitan. Sungguh panjang lebar penerangan diberinya namun kita sudah bisa mendengar nama-nama musuh ini. Akan tetapi sejauh manakah kita dapat mengatasi, meghindari dan menjauhi musuh-musuh ini, semuanya bergantung pada kita. IMAN kita. Sejauh mana kita berpegang pada syariatnya. Sedalam mana ikhlas kita padaNya.Fuh..sungguh mencabar dan menakutkan untuk berdepan musuh-musuh ini.



Hati Ini Sentiasa Rindu..


Hati ini sentiasa rindu pada kawan-kawan kalian. Semoga bila jumpa nanti ingin kulihat agar kita tidak senang dan tidak ampuh dengan musuh-musuh ini.Insyaallah..

Tiba-tiba pula teringat pada Hadi..




Hadi..

Monday, January 26, 2009

Hati Ini Rindu..

Sungguh gembira hati ini bila dapat bertemu dengan sahabat-sahabat musim cuti raya cina ini. Ada yang jauh, yang dekat malah juga yang di antara keduanya dapat mukmin temui. Teringat zaman masa belajar dulu-dulu bila bertemu kalian.

Hati ini Rindu

Memang benar hati ini sungguh rindu pada kalian. Sahabat-sahabat masa sekolah sudah sememangnya, kawan-kawan USM dan malah kawan-kawan matrik pasti mungkin lebih lagi.



Mukmin bersama sahabat sekolah dulu..

Kesempatan yang ada, sempat juga bertandang ke rumah kawan mukmin yang melangsungkan majlis walimatulurusnya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga Allah sentiasa pandu hati-hati kalian dan juga kami untuk terus berada di jalanNya.




Majlis kahwin, alhamdulillah..


Bila hati rasa rindu,
labuhkanlah jua rindu terus padaNya..
Amin...

Sunday, January 25, 2009

Semuanya Tentang Istiqamah

Dua minggu terakhir ini merupakan tahap paling kritikal buat mukmin. Marking paper, marking assignment, kuiz dan macam-macam tutorial serta amali memberikan sedikit tekanan di samping gangguan-gangguan lain.



Kawan-kawan yang mungkin lagi hebat,huhu

Kerja yang diberikan tentulah menuntut untuk disiapkan pada masa dan ruang yang sepatutnya. Bila melihat carta kerja yang diberikan, semuanya telah disusun dengan baik malah kalaulah seorang tutor itu dapat mengikut sepenuhnya seperti yang disusun, tentulah tutor ini diberikan status kerjanya beyond expectation..fuh..bila la dapat jadi macam tu..




Student+tutor = ????

Semuanya tentang istiqamah


Istiqamah. Ya. Sangat setuju bila kerja yang diberikan untuk disiapkan akhirnya tertimbun jua walaupun sudah ada niat mahu buat. Tapi bila ada orang istiqamah untuk buat sikit-sikit, pasti tidak bertimbun macam sekarang.

ISTIQAMAH!!!!




Thursday, January 15, 2009

Teruskan Berjuang Muslim!!!!

Hampir lebih 20 hari Israil membedil dan membunuh muslim Palestin. Sudah ramai yang gugur syahid mempertahankan buminya sendiri. Pelbagai pihak telah cuba untuk mengecam Yahudi dan sekutu-sekutunya. Namun mereka di sana terus dan masih lagi berjuang.




Teruskan berjuang muslim di dunia untuk terus membantu muslim Palestin. Teruskan mengecam,mencegah dan merubah semampu mungkin bak kata saifulislam.

Lagu dari Raihan ini tiba-tiba teringat di minda mukmin...




Tuesday, January 06, 2009

Seketika ke Cameron..

Awal tahun baru, kami mula untuk meneruskan perancangan kami ke Cameron Highlands, Pahang. Dari KB ke Gua Musang, kami singgah untuk berehat di sana. Menginap di tempat Tan Sri Annuar Musa, Kesedar Inn dengan bayaran yang amat berpatutan selama satu malam.


Hijau


Pagi Jumaat, 2 Januari kami mula bertolak ke Cameron Highlands dengan mengikut jalan baru dari Gua Musang. Alhamdulillah, dalam masa 2 jam, kami sampai dengan selamat. Syukur tak terhingga Allah berikan kesempatan dan ruang untuk ke tempat ini buat kali ketiga. Setiap kali pergi, mesti bersama kawan-kawan yang berbeza. Kali ini bersama rakan-rakan sekerja. Subhanallah, Maha hebat ciptaan Allah dengan susunan bukit yang telah ditanamkan dengan daun-daun teh yang menghijau, sayur-sayuran yang baik dan juga udara yang sejuk serta segar sekali rasanya.Alhamdulillah...

Waktu sebelum tengahari Jumaat, kami didatangi panggilan telefon dari ketua tempat kerja kami. Mereka bertanya dengan penuh rasa kebimbangan , dimana kami? macam mana kami? ada apa-apa kecederaan ke pada kami? dan macam-macam lagi persoalan yang ditanya....

Tiba-tiba pula kami jadi naik kebimbangan..kenapa sampai macam ini..???



kami sembilan + seorang ambil gambar

Rupa-rupanya pagi jumaat 2 januari 2009, satu kemalangan di Bukit Sejuk, Jalan Kuala Krai-Gua Musang berlaku satu kemalangan yang boleh dikatakan ngeri dan jumlah kematian di tempat kejadian seramai 10 orang. Jumlah ini sama dengan kami yang ke Cameron seramai 10 orang juga!! Subhanallah..terima kasih pada ketua kami yang amat concern orang putih kata,huhu..


Aku keseorangan pula,hehe..

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai ke rumah masing-masing pada jam 1030 malam. Penat, gembira dan juga sedih semuanya ada. Takziah kepada keluarga yang terlibat dalam kemalangan. Sesungguhnya ini semua sudah ditakdirkan Allah. Semoga kita sentiasa dalam rahmatNya..

Monday, January 05, 2009

Sepetang bersama hadi..

Bukan sepetang bersama Tuan Guru Hj. Hadi..tapi bersama Hadi Marzuqi, anak buahku yang antara ku sayang. Boleh gembira dan ceria bila bersama dengan anak buah seorang ini. Sekarang Hadi dah balik ke negeri kelahirannya..














Saturday, January 03, 2009

Selamat untuk semua

Bila dihitung, sudah besar bangat sudah diri ini. Umur pun sudah bertambah, berat pun mungkin,hehe..

Selamat untuk semua. Semoga tahun baru hijri 1430 yang sentiasa dirai, masihi 2009 yang dinanti memberikan banyak perubahan yang bermakna pada kita. Berubahlah untukNya kerana itulah yang paling penting.

Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah".

(Hadis Sahih Bukhari )