Tuesday, January 06, 2009

Seketika ke Cameron..

Awal tahun baru, kami mula untuk meneruskan perancangan kami ke Cameron Highlands, Pahang. Dari KB ke Gua Musang, kami singgah untuk berehat di sana. Menginap di tempat Tan Sri Annuar Musa, Kesedar Inn dengan bayaran yang amat berpatutan selama satu malam.


Hijau


Pagi Jumaat, 2 Januari kami mula bertolak ke Cameron Highlands dengan mengikut jalan baru dari Gua Musang. Alhamdulillah, dalam masa 2 jam, kami sampai dengan selamat. Syukur tak terhingga Allah berikan kesempatan dan ruang untuk ke tempat ini buat kali ketiga. Setiap kali pergi, mesti bersama kawan-kawan yang berbeza. Kali ini bersama rakan-rakan sekerja. Subhanallah, Maha hebat ciptaan Allah dengan susunan bukit yang telah ditanamkan dengan daun-daun teh yang menghijau, sayur-sayuran yang baik dan juga udara yang sejuk serta segar sekali rasanya.Alhamdulillah...

Waktu sebelum tengahari Jumaat, kami didatangi panggilan telefon dari ketua tempat kerja kami. Mereka bertanya dengan penuh rasa kebimbangan , dimana kami? macam mana kami? ada apa-apa kecederaan ke pada kami? dan macam-macam lagi persoalan yang ditanya....

Tiba-tiba pula kami jadi naik kebimbangan..kenapa sampai macam ini..???



kami sembilan + seorang ambil gambar

Rupa-rupanya pagi jumaat 2 januari 2009, satu kemalangan di Bukit Sejuk, Jalan Kuala Krai-Gua Musang berlaku satu kemalangan yang boleh dikatakan ngeri dan jumlah kematian di tempat kejadian seramai 10 orang. Jumlah ini sama dengan kami yang ke Cameron seramai 10 orang juga!! Subhanallah..terima kasih pada ketua kami yang amat concern orang putih kata,huhu..


Aku keseorangan pula,hehe..

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai ke rumah masing-masing pada jam 1030 malam. Penat, gembira dan juga sedih semuanya ada. Takziah kepada keluarga yang terlibat dalam kemalangan. Sesungguhnya ini semua sudah ditakdirkan Allah. Semoga kita sentiasa dalam rahmatNya..

2 comments:

hambaNya said...

Alhamdulillah walaupun sekejap & dekat perjalanannya mesti mmbw seribu makna buat mukmin & teman2 sekerja..bukti2 Kebesaran & Kekuasaan Allah ada dimana2..smkin kt bjln smkin bertambah..x prnh kurang..
Alhamdulillah mukmin & rakan2 selamat pergi & pulang ke destinasi..suspen juge cara mukmin cite tu..blh la lps ni tulis buku suspense pule (^_^) msti risau sgt ketua mukmin tu ye(^_^) x kt tahu seseorg tu concern smpai ditunjukkan..lmhnya hamba2Nya..tp Allah mesti lbh mgetahui hati hamba2Nya kan..sbnrnye sekeliling kt dikelilingi sdr2 Islam yg sgt caring & concern kan..x ditunjukkan mungkin drp doa2 mrk (^_^) Segala puji & syukur hanya padaNya..

smga roh saudara2 kita yg terkorban ditempatkn bersama golongan para solihin. Smga Allah memberi perkampungan, keluarga & teman hidup yg lbh baik dr yg pernah ada & menempatkan mrk dlm jannahNya & jauhkn mrk dr azab neraka..Ameen

saffmukmin said...

boleh2..hehe.nnt kena cr st cerita nk kn buat..
memang btl2 concern sgt..huhu