Monday, August 25, 2008

Masanya Kian Hampir

" Redhuan, kamu pergi tak Permatang Pauh nanti," tanya seorang doktor dengan mimik muka mahu berjenaka. Jelas itu soalan jenis gurauan semata-mata. Nak ke sana untuk masa ini memang mustahil. Mana mungkin. Tetapi, bukan kerana tak mahu bagi sumbangan namun sumbangan yang mahu diberi dengan masa dan ruang yang ada buat masa ini banyak perlu dilihat kesesuaiannya. Dengan senang jawapan pada doktor tadi mukmin beritahu "Insyaallah kita semua akan membantu semampu mungkin doktor walaupun tak dapat pergi," penuh dengan ’slumber’ nya,hehe..


Hampir

Benar-benar sudah hampir. 26 Ogos 2008 segala-galanya akan ditentukan. Adakah benar Datuk Seri dapat mengotakan apa yang dikatakannya ataupun hanya 'angan-angan' mat jenin seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Hj Hadi baru-baru ini bila ditanya siapa yang akan jadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya nanti. Namun persoalan sebenar adakah peranan ulama’ dan umara’ akan dijulang fungsinya sekiranya pakatan rakyat dapat memenangi seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri. Ulama’ dan umara’ yang bertatih hati dan jiwanya pada pencipta khaliqNya. Bukan kerana kedudukan dan peribadi semata-semata.

" Dua jenis manusia, bila dua jenis manusia ini baik maka baiklah manusia sekalian. Kalau dua jenis manusia ini jahat maka semua manusia itu jadi buruk( dua golongan yang dimaksudkan) iaitulah ulama’ dan umara’-ulama’ ialah orang yang berilmu dan umara’ ialah pemimpin-pemimpin"

(Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim)



Terkesima apabila Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sanggup turun ke Permatang Pauh dengan harapan untuk merealisasikan perkara ini. Pabila melihat umurnya sepatut bukan kerja Tuan Guru lagi tapi kerja kita semua selaku pemuda dan pemudi Islam. Namun itulah Tuan Guru. Tuan Guru sudah menunjukkan contoh di negeri kelahirannya betapa ulama’ dan umara’ yang betul banyak perkara yang sepatutnya boleh dilakukan selari dengan kehendakNya. Sekarang tibalah masanya untuk dilaksanakan di peringkat yang lebih tinggi, insyaallah!!!

Teruskan!!

Semoga 'angan-angan' mat jenin dapat ditukar kepada cita-cita yang sebenarnya. Jangan lemah sekiranya berlaku seperti yang tidak dirancang nanti. Jangan lemah sekiranya Pakatan Rakyat tidak berjaya selepas 26 Ogos nanti. Teruskan mujahid dan mujahidah. Perjuangan Islam tetap dan mesti diteruskan.

Berkata Sayyid Qutb " Kekalahan itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah dan kemenangan itu bermula apabila kita merasai tidak kalah"


Ulama' dan umara' terus dinanti
Selamat mengundi!!

Monday, August 18, 2008

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.


Alhamdulillah segala pujian ditujukan kepada Tuhan sekalian alam, selawat dan salam pada Kekasih Allah,Muhammad s.a.w. Terlebih dahulu, gembira untuk menyampaikan salam konvokesyen ke 38 pada semua kawan-kawan BIOPERUBATAN generasi ke 5 keluaran USM yang baru dikeluarkan beberapa hari yang lalu. Semoga ukhwah yang terjalin walaupun kenal dalam satu tempoh yang sudah lama ataupun sekejap sentiasa kukuh hendaknya. Sekarang masing-masing sudah ada pekerjaan waima menyambung belajar juga adalah satu pekerjaan yang amat dituntut. Namun setakat ini kita sentiasa lihat setiap generasi BIOPERUBATAN baru dikeluarkan banyak impian dilahirkan atas semangat yang ada. Namun sejauh mana ia berjaya direalisasikan bergantung kepada kita semua. Sama-sama kita berdoa agar generasi yang dilahirkan tidak hanya menjadi sebuah GENERASI semata-mata. Semoga pengisian kepada generasi akan lebih direalisasikan. Mukmin doakan kita berUKHWAH sampai ke mati,Insyaalllah..


dua tiga kucing berlari,
mana nak sama dengan si kucing belang,

dua tiga sahabat boleh kucari,

tapi mana nak sama dengan generasi yang ku sayang..


semoga generasi tidak hanya menjadi sebuah 'GENERASI'...


Monday, August 11, 2008

Kepimpinan Islam Mesti Ada

"Assalammualaikum w.b.t kepada sahabat. Perjumpaan ini adalah kali terakhir yang kita buat sebelum kita bertolak dari kampus kita untuk meneruskan Kembara Ukhwah ini. Objektif masih tak berubah iaitu dengan harapan kita dapat mengenali sahabat-sahabat dari kampus kesihatan Universiti lain. Namun di sini kita mesti melantik seorang ketua. Sirah terus mengajar kita waima Nabi ada bersabda sehinggakan tiga orang keluar musafir pun perlukan seorang ketua,"tegas seorang sahabat Mukmin. Sahabat ini akan terus Mukmin kagumi. Pemilihan dibuat dan sahabat mukmin dilantik dan dipilih sebagai ketua untuk Kembara Ukhwah kali pertama ini.


Kenangan

Masih teringat setahun yang lepas kami mengembara hampir separuh semenanjung Malaysia dalam mengeratkan ukhwah antara kampus kesihatan yang ada. Satu perkara yang ingin Mukmin berkongsi adalah kembara ini tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya tidak ada perancangan dan Kepimpinan yang sebaiknya di dalam merancang.

Merancang ramai yang boleh tapi merancang dan melaksana ramai yang kecundang.



Sahabat Mukmin, sememangnya merancang dengan begitu teliti sehinggakan dengan tepat kehadiran ke satu-satu tempat berada dalam perancangannya. Alhamdulillah semuanya berjaya dilaksanakan dengan izin Allah s.w.t.


Tidak ramai yang dapat merancang dan m
elaksanakan dengan baik. Tidak lain tidak bukan adalah kerana Kepimpinan yang ada tidak diasah dan dibimbing. Tidak digilap dan ditimbulkan. Kepimpinan selalu disembunyikan dan disenyapkan.Siapa lagi yang harus untuk memimpin kalau bukan kita selaku orang Islam.

Forum Islam?

Di sini jelas kerana ada antara kepimpinan tidak dibimbing oleh Islam.Pelbagai perkara berlaku tidak dalam caraNya. Tidak di dalam peraturanNya. Semalam sebuah persatuan yang mewakili satu jawatan profesional menganjurkan forum untuk membincangkan masalah mengenai memeluk Islam. Tidak dapat ditunding siapa yang salah kerana tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa namun kita umat Islam harus untuk koreksi diri. Disinilah peri penting kepimpinan Islam. Kalau bukan kita siapa lagi untuk menguasai persatuan seperti ini. Berapa kali lagi kita mahu tengok berlaku perkara seperti semalam. Masing-masing menunjukkan juara. Kalau betul-betul mahu juara untuk menegakkan Islam mukmin kagumi tapi kalau semata-mata untuk menunjuk-nunjuk, kembali muhasabah diri.



Jadilah Pemimpin!!

Ayuh kawan, ayuh sahabat, ayuh umat Islam marilah kita sama-sama mahu untuk jadi pemimpin. Tidak dapat dalam masyarakat dengan harapan dapat jadi untuk diri sendiri. Yang penting kepimpinan perlu dibimbing untuk menjamin kita sentiasa pada landasanNya.

Siiru a’la barakatillah!!!

Gembira,Teruja Atau Apa..

Perasaan gembira pasti setiap orang pernah dan akan melaluinya. Tiada orang yang tidak mahukan dirinya dalam kegembiraan. Jika sedih menguasai, banyak kerja tidak dapat dibuat. Kini, hampir dua bulan berada di dalam ruang dan medan kerja. Gembira, teruja dan sedih sudah macam lauk mukmin untuk dua bulan ni.



Bolehkah Diuruskan..

Tanggungjawab yang terlalu banyak atau pun sedikit mengundang rasa gembira dan sedih. Teringat masa mula-mula menerima panggilan kerja. Boleh dikatakan tidak ada apa perasaan ketika itu.Mahu diterima atau macam mana. Bukan apa kerana masyarakat meletakkan mentaliti bahawa kerja itu memenatkan. Cuma yang bestnya dapat gajinya bulan-bulan. Namun disebabkan tuntutan lain yang lebih berhak, kerja ini diterima.


Gembira dan sedih telah menjadi lauk untuk dua bulan ini. Kadang-kadang sedih lagi banyak. Atau dalam mudah katanya stress mula untuk mengganggu waima perancangan dah ada.


16 Ogos!!!

Tarikh keramat ini memberikan semangat dan dapat kurangkan stress meneruskan kerja dua bulan ini. Majlis Konvokesyen USM yang dijangka akan berlangsung 14 Ogos hingga 17 Ogos mestinya sentiasa dan setia untuk ditunggu. Bukan kerana lamanya tarikh konvo itu dan bukan kerana hebatnya konvo namun kerana pengisian belajar 4 tahun ini rasa terbalas jua akhirnya. Bila tengah bersedih dalam kerja, tarikh ini memberikan kekuatan.

Gembira, teruja dan sedih sebenarnya menuntut untuk mukmin teringat kepada makna ayat-ayat semangat dari Allah s.w.t. ini.

'Terimalah apa-apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu daripada kalangan yang bersyukur'

(Surah Al-A’raf:144)

p/s-jadikanlah mukmin hamba yang bersyukur sentiasa hendaknya. doakan majlis konvo mukmin berjalan dengan lancar. selamat jumpa semua kawan nanti..


Saturday, August 09, 2008

Siapa Yang Tahu..

SIAPA YANG TAHU…..

Kawan sorang ni sangat baik pada semua..

Betul,mukmin setuju sangat..

SIAPA YANG TAHU.....

Kawan ni sangat suka pada nasyid..

Betul tu sampai boleh cipta satu lagu baru untuk kumpulannya..

SIAPA YANG TAHU.....

Kawan ni memang suka dengan makanan bersama lauknya ayam

emm..benar sangat tu.sampai mukmin pun tumpang sekali ngan kawan ni:)

SIAPA YANG TAHU.....

Kawan ni memang pandai main bola..

mukmin sendiri bagi two thumbs up!!!...memang respek gilerr….

SIAPA YANG TAHU…..

Kawan ni bagus sangat bila bersahabat..

Sampaikan kita malu dengan cara bersahabatnya..


SIAPA YANG TAHU.....

Kawan ni komitmennya pada kerja-kerja Islam tidak dapat dipertikaikan

Malah perginya dalam keadaan sedang melunaskan kerja-kerja tersebut..

SIAPA YANG TAHU.....

Kawan ni pergi dulu menghadap Ilahi..

Sudah 2 tahun lebih kawan ni meninggalkan kami..

17 Ogos nanti genap umurnya 23 tahun sekiranya masih bersama kami

Al-fatihah untuk sahabat dan kawan tersayang..

Semoga rohmu Khairul Azri sentiasa tenang dan bersama rahmatNya

SIAPA YANG TAHU,

MUKMIN SANGAT-SANGAT RINDUKAN MU....