Monday, August 11, 2008

Kepimpinan Islam Mesti Ada

"Assalammualaikum w.b.t kepada sahabat. Perjumpaan ini adalah kali terakhir yang kita buat sebelum kita bertolak dari kampus kita untuk meneruskan Kembara Ukhwah ini. Objektif masih tak berubah iaitu dengan harapan kita dapat mengenali sahabat-sahabat dari kampus kesihatan Universiti lain. Namun di sini kita mesti melantik seorang ketua. Sirah terus mengajar kita waima Nabi ada bersabda sehinggakan tiga orang keluar musafir pun perlukan seorang ketua,"tegas seorang sahabat Mukmin. Sahabat ini akan terus Mukmin kagumi. Pemilihan dibuat dan sahabat mukmin dilantik dan dipilih sebagai ketua untuk Kembara Ukhwah kali pertama ini.


Kenangan

Masih teringat setahun yang lepas kami mengembara hampir separuh semenanjung Malaysia dalam mengeratkan ukhwah antara kampus kesihatan yang ada. Satu perkara yang ingin Mukmin berkongsi adalah kembara ini tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya tidak ada perancangan dan Kepimpinan yang sebaiknya di dalam merancang.

Merancang ramai yang boleh tapi merancang dan melaksana ramai yang kecundang.



Sahabat Mukmin, sememangnya merancang dengan begitu teliti sehinggakan dengan tepat kehadiran ke satu-satu tempat berada dalam perancangannya. Alhamdulillah semuanya berjaya dilaksanakan dengan izin Allah s.w.t.


Tidak ramai yang dapat merancang dan m
elaksanakan dengan baik. Tidak lain tidak bukan adalah kerana Kepimpinan yang ada tidak diasah dan dibimbing. Tidak digilap dan ditimbulkan. Kepimpinan selalu disembunyikan dan disenyapkan.Siapa lagi yang harus untuk memimpin kalau bukan kita selaku orang Islam.

Forum Islam?

Di sini jelas kerana ada antara kepimpinan tidak dibimbing oleh Islam.Pelbagai perkara berlaku tidak dalam caraNya. Tidak di dalam peraturanNya. Semalam sebuah persatuan yang mewakili satu jawatan profesional menganjurkan forum untuk membincangkan masalah mengenai memeluk Islam. Tidak dapat ditunding siapa yang salah kerana tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa namun kita umat Islam harus untuk koreksi diri. Disinilah peri penting kepimpinan Islam. Kalau bukan kita siapa lagi untuk menguasai persatuan seperti ini. Berapa kali lagi kita mahu tengok berlaku perkara seperti semalam. Masing-masing menunjukkan juara. Kalau betul-betul mahu juara untuk menegakkan Islam mukmin kagumi tapi kalau semata-mata untuk menunjuk-nunjuk, kembali muhasabah diri.



Jadilah Pemimpin!!

Ayuh kawan, ayuh sahabat, ayuh umat Islam marilah kita sama-sama mahu untuk jadi pemimpin. Tidak dapat dalam masyarakat dengan harapan dapat jadi untuk diri sendiri. Yang penting kepimpinan perlu dibimbing untuk menjamin kita sentiasa pada landasanNya.

Siiru a’la barakatillah!!!

2 comments:

Abe Chik said...

due, dulu kembara ukhwah... kembara 'bina masjid' bilo pulok? enta tu koho lamo koho tuo tu...

saffmukmin said...

kembara tu nnt tunggu masa jah,hehe