Wednesday, April 29, 2009

Alhamdulillah..

Akhirnya,alhamdulillah..lulus juga. Lulus juga untuk dapatkan lesen kereta ni. Hari ini, genap setahun untuk menghabiskannya,hehe..

Nampaknya,hamba mahu berehat sudah..



Penat sih..

Semoga selamat semua.

Jumpa lagi..

Assalammualaikum w.b.t..

Tuesday, April 28, 2009

Semuanya Pertama Kali

Semuanya pertama kali. Dua perkara penting yang dapat mukmin sendiri alami dalam keadaan yang tidak dirancang secara jelas namun semuanya bergerak seperti yang ditulis dalam bukuNya. Mungkin ada hikmah yang patut diambil dalam meniti hari-hari mendatang.


20/4/2009



Perjalanan dari Kota Bharu ke Selangor dengan menumpang kereta kawan mukmin yang sekarang sudah jadi Pegawai Tadbir Diplomatik di Kementerian Kesihatan, Jumaat lalu; amat bermakna dan meninggalkan kesan. Pelbagai kisah berkawan hampir 5 tahun dibongkar dalam perjalanan selama 7 jam tanpa henti yang lama. Rupanya banyak juga rahsia kita ye!!hehe..

Tepat pagi Rabu, 22 April terdetik untuk ke PWTC. Pertama kali sampai, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini memang begitu mengujakan mukmin. Tak tahu hendak pilih buku apa. Terlalu banyak. Tapi beli juga mengikut kemampuan duit yang ada, alhamdulillah. Gaza Menangis, Rindu Bau Pohon Tin, Murtad; Jangan Pandang Sebelah Mata, Ketupat Cinta dan Saasatul Ibaad menjadi pemangsa kali ini kepada duit yang menjadi mangsanya,huhu..

Namun, berbuku adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Harap ada nilai pada sisiNya, insyaallah.


Petang, 25/4/200
9


Sememangnya ini lagi satu pengalaman pertama kali pada diri mukmin. Ye la,orang Kota Bharu ni mana ada pergi belajar jauh-jauh. Kerja pun dalam negeri sahaja. Rezeki dalam negeri sendiri katakan,hehe..Singgah di Bandar Tun Razak, kami beramai-ramai naik LRT bagi tidak mahu sesak dengan kenderaan di hadapan Stadium Bukit Jalil.

Sempat bersama abang-abang dan adik-adik ke perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Selangor;begitu memberikan suasana yang mengujakan. Dengan penyokong yang supportive bagi kedua-dua pasukan, perlawanan ini dirasakan begitu mencapai tahap antarabangsanya. Namun, jika dilihat melalui televisyen mungkin ramai yang kecewa. Shoot untuk live football di Malaysia tidak begitu arif jika hendak dibandingkan dengan negara Eropah mahupun Asia yang lain. Banyak yang perlu dipelajari lagi.

Tetapi, kredit kepada semua yang memberikan sokongan yang sepatutnya. Harap bertemu lagi di pentas Final tapi tak mahu dah dengan Selangor!!!!hehehe..

Akhirnya, tepat 27/4/2009 mukmin pulang ke Kota Bharu semula. Banyak lagi perjalanan kehidupan lain perlu dibuat. Menyusuri Julai 2009 akan kembali menjadi pelajar. Doakan hamba sentiasa sabar dan diberikan peluang untuk mencuba mana-mana yang pertama kali..agar dapat menjadi pengalaman berharga nanti.

Sedikit nukilan bergambar..



sampai juga..setelah hampir nak sesat,hehe..




Ust. Riduan Mohd Nor mengupas bukunya, Gaza Menangis




Tiba2 nak bergambar dengan Imuda, tapi mungkin sebab minat Pi Mai Pi Mai Tang Tu kot masa kecil2 dulu:)





Suasana fan yang hebat bangat sih




Salah seorang yang sibuk mengambil gambar,hehehe





menunggu masuk pemain




kami lima adik beradik..abang Fais tak datang sekali dengan kami.





menang dan kalah sahaja keputusannya

Sunday, April 19, 2009

Dari Bumi Serambi ke Old Trafford

Begitu teruja pada mereka yang benar-benar sanggup ke Stadium Paroi, Negeri Sembilan semalam. Kerana ia telah dibayar dengan kemenangan pasukan bola sepak Kelantan dan seterusnya diheret untuk ke saingan pentas akhir menentang pasukan Selangor Sabtu ini, 25 April 2009.


Fan Kelantan di Paroi


Kemenangan tidak lebih dari kepuasan dan kebanggaan pada mereka yang bergelar anak Kelantan kerana inilah pentas akhir kedua setelah yang pertama mencuba pada tahun 1970 yang lalu. Namun untuk mereka yang melihat track record Kelantan untuk mencapai saingan pentas akhir pasti sangat berbeza kerana bermacam-macam perkara berlaku seperti digantung bermain di tempat sendiri sehingga akhir tahun ini. Tapi jaringan pemain Pasukan Kelantan, IndraPutra mengesahkan lagi tempat ke sana. Syabas buat pasukan Kelantan kerana sanggup dan MAHU untuk mencuba hingga ke pentas akhir!!




Indra menjaringkan gol kemenangan


Old Trafford


Satu nama tidak asing bagi peminat bola sepak. Stadium home bagi pasukan Manchester United, memang begitu mengujakan setiap dari orang yang bergelar peminat bola sepak seantero dunia. Bukan kerana pasukan itu sendiri, tetapi lebih kepada kepuasan kerana dapat ke sana. Dapat melihat kualiti dan ketamadunan penyokong serta fasiliti yang bertaraf dunia, menjadi idaman.



Old Trafford

Post kali ini tidak lah mahu menyokong seratus peratus tentang pasukan bola sepak yang mukmin juga kagumi dan minati, namun satu perkara yang jadi taruhan kepada mereka (pemain) yang berjaya membawa piala FA ke Kelantan tahun ini akan dibawa ke Old Trafford untuk menyaksikan segala bentuk yang digambarkan tadi. Ia dijadikan hadiah dan semangat kepada mereka.


Pernah juga membayangkan, mungkin ada inisiatif lain untuk kemenangan mereka nanti sekiranya berjaya. Mungkin boleh dibuat Umrah percuma kepada mereka kerana rata-rata pemain Kelantan masa kini semuanya Islam dan mukmin yakin mereka tentu belum lagi sampai ke sana. Kerana untuk ke Old Trafford pada pandangan mukmin bagi pemain yang mendapat gaji RM 5,000 hingga RM 15,000 sebulan tidak pelik untuk melancong ke sana. Kalau umrah dengan niat diri sendiri untuk pergi..mahu ke? Mungkin ada yang mahu tapi rasanya inilah peluang Tan Sri Anuar Musa mahu berdakwah.

Mungkin tawaran boleh diubah..

Dari bumi serambi Mekah ke Mekah!!!!

p/s-semoga berjaya Red Warriors 25 April nanti!!!!

Thursday, April 16, 2009

Trend Baru??

Tiba lagi Khamis malam Jumaat. Itu tandanya esok adalah masuknya sayyidul ayyam bagi semua ummat Islam di muka bumi ini. Sambutannya haruslah meriah walaupun mungkin ada kekangan masa belajar, kerja atau sebagainya. Ahlan sayyidul ayyam!!!


Mungkin trend atau sekadar kebetulan



Tiada kaitan dengan Khamis malam Jumaat post kali ini. Cuma pulang kerja petang tadi sempat juga tengok sedutan episod akhir cerita Menantu vs Mentua yang ditayangkan dalam ASTRO Prima barangkali.




Cerita meletup katanya..



Adik bongsu sering mengikutnya. Satu trend yang sempat mukmin perasan bukanlah kerana pergaduhan antara mentua dan menantu kerana itu mungkin hal yang sudah lama berlaku akan tetapi ada babak yang ditunjuk mengenai watak Rosyam lakonan Aqasya berlaku curang pada isterinya lakonan Erra Fazira dengan berkasih semula dengan kekasih lama.


Aduh, sungguh dan amat dibimbangi keadaan ini. Seolah-olah merestui trend ini. Kadang-kadang ada terfikir, rasanya pengaruh media dan artis Malaysia sendiri juga memainkan peranan penting dalam membawa mentaliti keadaan sebegini seolah-olah tiada apa dan mungkin itu perkara biasa.


Seperti yang kita ketahui, perkahwinan ini adalah pentingnya untuk menjaga keturunan, menjamin ketenteraman dan keharmonian hidup manusia.



"...dijadikan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu juga supaya kamu rasa senang kepadanya dan dijadikan antara kamu perasaan CINTA dan KASIH SAYANG..."

(ar-Rum:21)





Masa abah kahwin..1978



Orang-Orang Dulu



Bercinta mungkin bukan macam sekarang. Mana ada berkenan, masuk merisik dan alhamdulillah terus kahwin. Malah, ada yang sampai sekarang boleh kekal hingga anak-anak besar dan bonusnya bahagia pula hidupnya. Adakah pasangan yang dari generasi sekarang boleh bertahan dan berakhir semacam ayah dan mak kita?? Mungkin YA pada mereka yang tahu untuk menilai erti perkahwinan dengan erti kata sebenar dalam Islam dan mungkin TIDAK kalau ramai yang beranggapan semacam watak Rosyam dalam cerita Mertua vs Menantu!!!


Mahu akhiri dengan maksud sepotong hadis dari Nabi tersayang, Muhammad s.aw..


" Tidak ada sesuatu yang lebih berfaedah kepada mukmin selepas beliau bertaqwa kepada Allah selain isteri solehah; Apabila disuruh pasti dipatuhinya dan apabila terpandang wajahnya, hati beliau menyenanginya dan apabila tiada bersamanya, beliau pasti memelihara dirinya dan harta suaminya."



Moga bagi pihak suami mahupun isteri, hayatilah pesanan Nabi ini. Dan juga pesanan kepada bakal-bakal pengantin baru nanti (Sab, Husna dan juga rahsia:).

p/s- mohon agar benar-benar terus dijauhi keadaan begini nanti.

Exora, Akhirnya...

Aduh..niat mahu pergi ambil adik tuisyen malam tapi tiba-tiba tengok macam ramai je orang kat depan ni. Rupa-rupanya malam ini adalah majlis pelancaran serentak untuk kereta baru nasional; Proton Exora. Patutla ramai kat kedai kereta HARIMA ni..

Tak mahu ulas panjang, cuma mukmin bagi two thumbs up pada orang yang mereka bentuknya. Mungkin ada la ciri-ciri daripada rekaan kereta dari syarikat lain tapi ia memang begitu cantik, sempoi dan besar juga la kereta ni. Mukmin banyak dibesarkan dan berjalan ke sana ke mari dengan kereta nasional sehingga kini.




Dari sudut belakang

Dari proton SAGA (1986) trade in kepada proton TIARA (1997) hinggalah tambah satu lagi kepada proton WAJA (2003) kerana bilangan adik beradik semakin ramai serta 'membesar', hehe..dan kemudian perodua MyVi (2006) dan akhir sekali tambah satu lagi kereta proton SAGA BLM (2008) untuk kesenangan berjalan menyebabkan lagi obses dengan kereta ini. Mungkin inilah rezeki family mukmin dengan kereta nasional. Yang penting kita cuba sokong buatan Malaysia biarpun ada stigma masyarakat " Kalau kereta Proton, mesti cepat rosak."

Emm..kadang-kadang bila tengok rasa macam nak je beli, biar tiada duit banyak pun dalam kantung,hehe..

Belum ke tidak ni??

Siap ada seorang pakcik yang datang macam nak beli je ni tanya, " Adik ni dah kahwin ke belum?"

Jawabla kita, " Belum lagi pakcik," dengan penuh yakin.





Tepi pula


" Kalau belum, boleh tengok saje je la kereta ni," balas pakcik tu. Macam nak perli pula ada. Tapi ok je kena macam tu, boleh tingkatkan lagi semangat untuk kumpul duit dan kahwin cepat-cepat ni,hehe..


p/s- teringatkan Exora,hehehe

Sunday, April 12, 2009

Tak Sabar Sih!!!!

Aduh..sungguh gembira hati ni sih. Sebab film KayCeeBee nanti akan ditayangkan Juni 2009. Tak sabar menunggu.waduh-waduh....

Apa Kena ni??

Hehehe..sekali nak juga taip bahasa Indonesia tapi tak jalan juga. Tapi memang diakui bahasa Indonesia adalah antara bahasa yang diakui penuh dengan nilai bahasa yang tinggi dan penuh kesasterawanan.

Entri dulu pernah menyebut tentang filem ini. Filem ini adalah salah satu filem yang ditunggu mukmin. Bukan kerana untuk melihat barisan pelakonnya tapi mahu melihat macam manakah hasil sendiri dan suntingan dari pengarang buku novel ini, Habiburrahman el Shirazi.

Habiburrahman tidak mahu berulang berlaku semacam Ayat-Ayat Cinta The Movie. Ditegaskan bahawa penonton sebelum ini harus melihat watak Fahri di dalam novel berbanding filem Ayat-Ayat Cinta The Movie kerana amat bertentangan dan berbeza. Jadi, diharap watak Kang Azzam di dalam filem ini diharap sama atau paling kurang menepati apa yang dimahukan oleh penulisnya sendiri kerana penulisnya sendiri telah terlibat secara langsung di dalam pemilihan pelakon, lakonan serta suntingannya. Semoga usaha ini dapat membantu memartabatkan perfileman Islam, insyaAllah.


"Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang,mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah..itulah cinta.."

Sama-sama kita saksikan sedikit sedutannya.

Saturday, April 11, 2009

Tahniah Akh

Sekalung ucapan tahniah pada akh sahabat ana. Seorang yang amat ana kagumi sejak dari dulu lagi. Sejak dari matrik hingga kini. Hingga sampai sekarang, tetap dengan pendirian yang kemas dan penuh karisma.

Semoga sentiasa di bawah naungan rahmatNya

Akhirnya, akh al-aarifin jua orang pertama batch ana yang laki kat USM kahwin dulu. Mungkin yang lain lepas ni akan menyusul kot,hehe. Selalu teringatkan masa kita mula-mula kenal di Kolej Matrikulasi Perak 2003 dahulu. Banyak betul kisah menarik antara kita semua. Dulu Akh Dzikri dah kahwin, sekarang time Akh Al pula. Nampaknya 2,3 tahun ni mungkin musim kahwin batch yang lahir tahun 1985 dah kot,hehe..


Aarifin(baju merah) dan sahabat-sahabat matrik
(mukmin pandang kat mana tuh,hehe)


Apa-apa pun, ana doakan sentiasa bahagia dan sentiasa juga di bawah rahmatNya. Suka dengan pesanan Akh, " Hargai Muslimat kita". Nampaknya memang Akh betul-betul aplikasi kali ni,hehe.


Insyaallah


Kalau tiada aral yang melintang, biiznillah ana akan sampai ke majlis kenduri akh. Jemputan harus ditunaikan. Kalau dijemputla,hehe.

p/s-tak sabar tunggu bakal Dr. Muha, Dr. Abu, Dr. Oden dan Dr. Jimin pula kahwin ni;p



Bakal doktor akhir bulan ini.
Dari kiri Dr.Muha, Dr Oden, mukmin(bukan Dr lagi), Dr. Al, Hamzi dan Dr Abu.

Friday, April 10, 2009

Bina Semangat Kesukanan

"'Aduh...dah lama kita tak jogging ni encik. Hampir seminggu dah. Apa cerita ni?" tanya student mukmin.

" Sekarang sibuk sikit. Nanti insyaallah kita sambung semula aktiviti kita," mukmin memberikan sedikit harapan.



Lepas jogging



Taufik dan Zaidan

Nikmat sihat

Nabi pernah berpesan, dari lima perkara yang selalu kita kena awasi dan hargai salah satunya adalah nikmat sihat sebelum sakit. Lagu nasyid Raihan pernah mengalunkannya.

Macam sekarang, mukmin tiadalah kuat sangat nak buat aktiviti untuk jaga kesihatan macam belajar dulu namun cukup dengan sedikit berlari-lari anak (lari kot,hehehe) dan main bola sikit-sikit, alhamdulillah banyak membantu.


Mukmin sedang berlari, yeah...hehehe

Dibantu dengan sokongan dua orang student mukmin yang amat dikasihi, kami menjadi terlalu obses untuk bersenam dan bersukan sekali. Selalu menjadi ghairah bila tiba waktu petang. Mesti frust kalau waktu petang hujan. Ye la tak dapat bersukan la katakan,hehehe. Kerana dengan bersukan dan bersenam, pasti kita akan senang untuk berpeluh dan sebagainya. Tapi.....


Semangat kesukanan




Stadium Kelantan

Maaf la untuk beritahu, mukmin ini peminat nombor satu bola sepak Kelantan tapi mukmin amat-amat malu dan menentang keras atas apa yang berlaku tempoh hari (7 April 2009) di Kelantan. Amat memalukan. Bak kata Tuan Guru Nik Aziz, tiada semangat kesukanan dan amat memalukan rakyat Kelantan!!!

Harap lepas ni jangan la orang luar Kelantan marah pula dengan sikap yang memalukan segelintir perusuh Kelantan ni. Kan nanti tak pasal-pasal orang luar tak nak kahwin dengan orang Kelantan pasal ini. Minta-minta dijauhkan,hehe..




p/s-jom Taufik dan Zaidan, kita jogging pula petang ni,hehe..

Wednesday, April 08, 2009

Rakyat Memang Cerdik

Keputusan 7 April 2009 memang begitu mengujakan. Bukan kerana kemenangan semata tapi lebih kepada penanda aras bahawa rakyat sudah boleh menilai dan kecerdikannya ditunjukkan setelah dua kali pilihan raya kecil berlangsung. Bukan juga kerana memilih Pakatan Rakyat semata tetapi rakyat tahu siapa yang lebih mengamalkan korupsi dan segala yang tidak disenangi oleh rakyat.



Sokongan padu rakyat

Dato Seri Hj. Ir Nizar


Sempat bersama sahabat di Bukit Gantang, ditunjukkan keprihatinan YB Dato Seri Nizar dalam meneruskan kempennya. Jadual hari Jumaat 3 April lalu menunjukkan betapa segenap pelusuk rakyat harus dituju dan harus di capai. Tidak pelik lah ada satu tempat dalam jadual Dato Seri tidak dikenali orang sekitar namun alhamdulillah dengan bantuan teknologi terkini, GPS kami sampai jua ke destinasi. Hebat juga teknologi ini..hehe.



Mencari bersama GPS

Sempat mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan. Kuliah maghrib yang disampaikan begitu mengujakan mukmin. Di kala menghuraikan ayat yang selalu di baca semasa doa iftitah, begitu meruntun dan terkesan hati ini:


Sesungguhnya Sembahyangku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.



Dato' Seri menghuraikannya dari segi lingkungan masa yang telah Allah taala kepung hambaNya supaya sentiasa bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa. Allah taala menyusun masa dengan begitu cantik dalam ayat ini sehinggakan kita akan merasakan betapa hidup ini kena menjadi muslim yang mukmin setiap saat. Bermula dengan Sembahyangku yang kebiasaan jika dihitung paling lama akan mengambil sehingga sejam dalam sehari dan kemudian diikuti pula dengan Ibadatku iaitu hampir merangkumi seharian aktiviti kehidupan kita. Ibadat boleh ditafsir dengan begitu luas yakni segala jua aktiviti dan usaha yang dilakukan selagi menepati syarak. Bukankah segala yang kita buat ini masih lagi hanya untuk Allah Semesta Alam?

Dan kemudian disusun pula Hidupku yakni selagi kita hidup paling lama selama 60 hingga 70 tahun pun semuanya kita tumpahkan hanya untukNya. Tapi yang selalu muslim lupa dan leka adalah tentang satu perjalanan dan kekangan masa yang lagi lama iaitu Matiku dan persoalannya bersediakah kita untuk persembahkan Matiku pada Allah Semesta Alam? Dato' Seri menjelaskan betapa kita tidak bersedia untuk menghadapi satu saat masa yang begitu panjang kerana kita akan hidup lagi lama selepas mati iaitu di Alam Barzakh nanti. Susunan masa yang disusun oleh Allah taala daripada satu masa yang sedikit (Sembahyangku) kepada kehidupan 24 jam(Ibadatku) serta Hidupku dan akhirnya saat Matiku menuntut untuk muslim lebih bersedia dalam beragama. Jadi untuk mengatasi segalanya, haruslah muslim sentiasa bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa hanya padaNya. Ingat, bukan taqwa sekadar melepaskan batuk di tangga!!


Sekali terfikir

Habis kuliah mukmin terfikir, kalau sampai tahap ini Dato Seri menunjukkan kepimpinannya bukan setakat cerdas dalam mentadbir namun dalam memberikan pengisian agama, siapa lagi yang layak untuk Bukit Gantang ini??

Namun, alhamdulillah rakyat memang betul-betul cerdik dalam menilai sekarang. Gula-gula pembangunan, kerja yang dijanji akan diberikan jika menang dan semacam sudah kurang dan tidak berapa dihiraukan lagi. Tidak sabar menanti PRU ke 13 nanti.



YB Dato' Seri Hj. Ir Nizar


Syabas Dato' Seri!!


Bak selalu kata orang bila menang;

"Mengisi kemenangan itu lebih susah berbanding untuk mencapai kemenangan semata"

Namun, mukmin percaya akan kepimpinan Dato' Seri dan jemaah pimpinan serta Pakatan Rakyat betapa cabaran di hadapan akan terus dituju dan diharungi dengan penuh hikmah dan himah serta bijaksana,insyaallah.

p/s- syabas juga untuk Bukit Selambau dan Batang Ai (dapat beri saingan juga)!!

Saturday, April 04, 2009

Sungguh Bermakna

Jam 9.00 pm, alhamdulillah kami sampai ke Kota Bharu. Alhamdulillah.

Perjalanan dari hari Khamis, membawa banyak pengalaman kepada mukmin dalam meniti dan mencari lagi banyak pengalaman hidup. Seharusnya ia dicari sekiranya ada ruang dan kesempatan diberi olehNya.

Bukit Gantang, memang sesuatu yang sungguh bermakna pada mukmin kali ini. Lagi bermakna pabila dapat bersua dengan kolumnis atau penulis Harakah, Siasah mahupun Hujjah; Hj Subky Latif yang amat mukmin kagumi sejak dulu lagi. Min Aina Ila Aina sentiasa menjadi tatapan bacaan. Alhamdulillah.

Subky Latif dan mukmin


Namun, amat tak ku lupa pada Akh Husairi kerna sudi memberikan kerjasama untuk mukmin kali ini. Syukran akh!!!!

Penat....nampaknya harus tidur awal untuk mengisi tenaga hilang walaupun tiadalah banyak sangat yang dibuat di sana. Makan mee udang lagi ada laaa......hehehe.

p/s-insyaAllah, Allah bersama kita dan Hj Ir. Nizar!!!


Nizar di Changkat Jering

Wednesday, April 01, 2009

Mahu Berjanji Lagi?

" Aku pelik kenapa kat Kelantan ni Hotel Renaissance famous je kat sini. Kat tempat aku Melaka takde orang pandang sangat pun,hehehe.."

Seorang member mukmin sempat kata macam tu bila kami berjalan-jalan pusing bandar Kota Bharu masa belajar dulu-dulu. Kadang-kadang ada juga rasa malu sebab macam perli je ayat tu. Tapi takpe, mukmin perlu letakkan rasa bangga juga bila orang berkata begitu.


Hotel Renaissance Kota Bharu

Bangga??


Tidaklah bangga sangat; cuma bila orang berkata macam tu memang nampak sangat la orang Kelantan ni tidak menunjukkan rasa mahu dan perlu lebih-lebih bangunan tinggi-tinggi ke, market besar-besar ke tapi cukup bila ada rasa sudah memadai. Mudah cerita, mukmin mahu mengucapkan banyak-banyak terima kasih pada yang sudi menjadikan pembangunan di sini. Bukan apa, selalu dimomokkan Kelantan ini orangnya tidak menerima kemajuan sangat. Kuno. Mahu hidup cara begitu je..

Teringat kata-kata YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan pabila orang-orang dok berkata Kelantan ini tidak menerima kemajuan.

" Ambo pelik orang-orang sana dok kata tempat kito ni takdo kemajue, cuba mari dulu Kota Bharu, berapa bangunan ada juga hok tinggi-tinggi, jalan cukup lengkap untuk menggerakkan perjalanan hidup dan macam-macam lagi. Adakah boleh lagi diorang kato kito tidak menerima kemajue?"

Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai

Sekali lagi, mungkin pembangunan akan jadi janji atau gula-gula dalam menarik dan memancing undi pada mereka yang selalu berbuat sedemikian walaupun DS Najib berjanji tidak akan ada lagi pembangunan mee segera di mana-mana pilhan raya kecil. Boleh percaya ke cakap Presiden UMNO baru ni? Sama-sama kita nantikan..

p/s-Jom ke Bukit Gantang!!!