Sunday, March 22, 2009

Ingatlah Sentiasa..

Sesungguhnya, hanya mati lah peringatan yang jelas dan nyata mendidik kita untuk menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya.


Mati sentiasa menjadi peringatan buat semua muslim.


Mati sentiasa menjadi tanda aras bahawa seseorang itu cerdik orangnya.


Mati sentiasa memberikan keyakinan bahawa azab ALLAH itu benar dan SYURGA ALLAH itu betul.


Tapi berapa ramai antara kita yang mengingati MATI?


Kalau Kita Pergi Dulu..



Maafkanlah segala silap dan salahnya. Tapi ini tidak akan membuatkan kita berputus asa sekiranya kita pergi dulu namun terus berusaha untuk mengejar jannatun ALLAH. Semoga kita juga bersama mengejar cita-cita yang sama.

p/s-MATI itu BENAR!!!

Saturday, March 21, 2009

1,2,3 Lekuk..

1,2,3 lekuk!!!

Sang Kancil melompat-lompat di atas badan Sang Buaya yang tersusun membentuk seperti jambatan. Maka Sang Kancil pun bolehlah menyeberangi sungai tersebut dengan selamat dan jayanya.



Lompat, jangan tak lompat!!

Kenapa??

Tiba-tiba lak cerita pasal Sang Kancil yang melompat-lompat ni. Pengajaran dari kisah yang kita semua tahu ini adalah kepandaian dan tipu helah yang digunakannya untuk menyeberangi sungai tersebut.

Pedomannya boleh diambil. Bukan untuk mengajar supaya menipu dan bermadah helah. Tapi melihat situasi yang politik semasa yang berlaku sekarang di Malaysia membuatkan akan ada yang menjadi Sang Kancil di mana akan mengambil kesempatan dan membuat helah untuk kepentingan dirinya sendiri. Maka, siapakah yang akan jadi Sang Buaya yang kalau dikira amat gagah dan kuat namun senang pula ditipu oleh Sang Kancil?

Pada sangkaan dan analisa mukmin, Perhimpunan Agung Umno (PAU?) 2009 akan terus dilihatkan siapa yang akan jadi Sang Kancil dan Sang Buaya. Beberapa Sang Buaya sudah pun terjerat apabila diberikan tindakan displin oleh Lembaganya.(Lembaga...takut je bunyinya,hehe)

Arakian masa berlalu, Sang Kancil akan terus memperlihatkan ke'cerdik'annya setelah banyak yang telah berlaku di Malaysia sekarang direncanakan olehnya jua. Kalau kita menyorot kisah-kisah pedoman cerita Sang Kancil, memang ramai mangsa Sang Kancil ditipu dan diperbodohkannya. Malahan, semua mangsanya hebat dan kuat. Persoalannya sekarang dengan melihat realiti politik Malaysia, siapa pula mangsa Sang Kancil seterusnya??

P. Ramlee

" Sang Kancil datang beramai-ramai menghadap sultan firaun........" lawak jenaka Ajis dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

Sekali fikir, barangkali dialog ini untuk membuat jenaka semata-mata apa. Selalu diperkatakan, P.Ramlee sering mendahului zaman dari segi dialog dan lakonannya seperti dialog dalam filem ini juga (dengar ejaan betul-betul!!!). Tak pelik dalam mencapaikan segala usaha dan cita-citanya, Sang Kancil akan datang beramai-ramai menghadap sultan untuk menolongnya. Mungkin akan ada sultan menolak. Tetapi tidak pelik juga kalau ada sultan yang menerima. Mungkin inilah kot sultan firaun!!!!!!!....(geram dibuatnya seperti berlaku di sebuah negeri di Utara!!!!)

Bersedialah Sang Kancil!!!!

p/s-Timbalan Ketua Menteri P.Pinang pula mengundurkan diri. Adakah ini strategi Sang Kancil atau strategi kita untuk memerangkap Sang Kancil?? Sama-sama kita nantikan..

Saturday, March 14, 2009

Selamat Walimatul Urus

Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Di zaman Rasulullah saw, kami adalah pemuda-pemuda yang tidak memiliki apa-apa. Rasulullah saw. berkata kepada kami: "Hai para pemuda! Siapa yang mampu berumah-tangga, kahwinlah! Perkahwinan itu melindungi pandangan mata dan memelihara kehormatan. Tetapi siapa yang tidak sanggup kahwin, berpuasalah, kerana puasa itu merupakan perisai baginya."

Musim Kahwin


Entri kali ini tidak mahu panjang-panjang sangat. Cuma kali ini, cuti sekolah datang kembali di Malaysia. Maka bila cuti sebegini, meriahlah rumah-rumah dengan kad jemputan kahwin. Berbondong-bondonglah kita meraikan merka yang menjadi raja dan permaisuri sehari.


Pengajaran dari hadis nabi, maka terlalu banyak intipati dan nasihat yang ingin diajar dan dipandukan kepada kita selaku ummat Muhammad. Ambillah iktibar atas apa yang sudah berlaku sekarang. Jenayah yang berlaku diatas kebejatan dan keruntuhan akhlak meruntun jiwa anak-anak muda sekarang menjadikan amalan seks bebas sebagai amalan biasa malah mungkin lagi teruk berbanding apa yang berlaku di negara Barat.


Kahwinilah jika itu pilihan terbaik. Kalau tidak, kawal lah nafsu kalian dengan puasa. Puasa itu mungkin satu manifestasi dari apa yang Rasul kita ingin sampaikan tapi pada maksud lebih luas yang ingin disampaikan adalah perbanyakkanlah diri kita denganNya apabila kita tidak mampu untuk berhadapan amukan dan desakan nafsu yang tidak baik.



cincin kahwin


Mari raikan!!!


Jadi, mana-mana sahabat-sahabiah, kawan-kawan yang menerima jemputan kahwin raikanlah mereka selagi mana kita mampu. Penuhilah jemputan mereka selagi tidak melanggar syariatnya majlis tersebut dengan muka yang ceria sokmo,hehe..

p/s-selamat walimatul urus pada mereka yang akan, sedang dan yang dah merancang nak kahwin, amin....

Tuesday, March 10, 2009

Selamat Hari Lahir Abah..

Minggu ini, banyak sungguh berita gembira dan sedih yang datang bersama. Pasukan bola yang mukmin minati, Kelantan Red Warriors dan Manchester United FC memenangi perlawanan yang sepatutnya kena menang dan kepulangan abang yang kedua dari Puchong bersama anak saudara mukmin menggamit suasana rumah walaupun Aisya masih lagi tak dapat cam muka pak sedara dia yang besar ni,hehe..(tu part yang sedihnya,huhu)


Amir Safwan


Lama sungguh tak ku temui Amir Safwan sejak Oktober dan Disember 2008 lepas. Didiagnosiskan dengan masalah jantung semasa kelahiran namun dengan semangat dan kekentalannya ku dipersembahkan wajah yang ceria dan sungguh melegakan hati seolah-olah Amir tiada apa-apa masalah berkaitan jantungnya.



Amir 1



Amir 2




Amir 3


Selamat Hari Lahir Abah..

10 Mac 2009. Yang ke- 57 tahun, masih lagi dengan kegagahan dan kesabaran yang dikurniaNya, abah masih meneruskan bakti pada keluarga dan masyarakat dengan penuh kesungguhan. Sungguh ku ingin mengikuti dan mencontohi segala yang baik dari mu. Semoga umur abah sentiasa dipanjangkan dan diberkati olehNya.

Tapi kali ini kami sambut dengan kek yang boleh tahan best juga la,hehe..


Kek bersama lilinnya yang terpadam awal..

p/s- selamat hari lahir juga atas kemenangan PAKATAN RAKYAT, genap setahun semalam!!!!

Friday, March 06, 2009

Kuliah Pagi Yang Begitu Terkesan...

Kuliah pagi jumaat Tuan Guru Nik Aziz macam biasa. Penuh dengan sempoi, penuh dengan ilmu mantiqnya dan paling penting penuh, sarat dengan teguran dan ajakan yang sinis tetapi dalam bahasa yang sewajarnya.


Kuliah pagi di dataran ilmu


Ahli syurg
a dan Ahli neraka..

Tuan Guru memberikan analogi mudah bila ada orang tanya macam mana kah ahli syurga dan ahli neraka. Macam mana??

" Ambo bagi satu cerito di mana biar semua kita faham. Ada seorang fakir yang bertongkat datang ke rumah kita dan seorang lagi datang kawan kita untuk memberikan buah durian pada kita. Kalau kita rasa dengan melayan kawan kita yang nak berikan buah durian itu lebih baik daripada kita melayan seorang fakir yang mahu menuntut untuk memberi sesuatu padanya, maka itulah dengan sendirinya boleh menunjukkan kita ini adalah ahli syurga ke atau sebaliknya. Ambo nak pesan memberi itu lebih baik daripada menerima. Orang fakir itu nak bagi kita pahala. Pahala macam mana? Pahala iaitu dengan kita memberi sedikit sedekah dari harta kita padanya. Kita pun tahu macam mana seorang fakir. Kalau pun dia nak tipu kita, masih lagi di kira sedekah kalau kita beri sekali pun. Bukankah itu satu pahala dan itu sendiri menunjukkan kita mempunyai perangai ahli syurga.."

" Kalau kita lebih melayan orang yang hendak beri kita durian, maka orang yang beri durian itulah yg dapat banyak pahala. Kita hanya menerima. Mungkin sedikit sahaja ganjaran yang kita dapat. Biasanya perangai ini boleh menjurus untuk jadi ahli neraka kalau semakin teruk. seperti yang berlaku sekarang. Maka, jadilah seorang yang banyak memberi daripada seorang yang menerima. Kerana itu juga adalah salah satu perangai ahli syurga" demikian kata tuan guru.

Betul juga kan. Semua mengangguk tanda setuju.


Sambil mendengar kuliah ilmu,sambil berniaga..tiada salahnya kan.


Aku pun berpaling kiri dan kanan, rupa-rupanya betapa ramai pakcik makcik yang berteleku di bawah tanah dan bersila. Meminta sedikit bantuan dari orang ramai yang hadir. Bukan tak mahu berusaha namun dengan halangan kekurangan bentuk fizikal, mereka meminta bantuan sebegitu.

Maka bila tuan guru sebut macam tu, ramailah lagi yang menghulurkan sedekah.

" Memang pandai tuan guru menegur orang ramai yang datang untuk sekali menderma pada yang perlu. Kalau tak sebut macam tu tak ramai yang menderma," pinta aku.

Begitulah Tuan Guru nak mengajak orang ramai yang datang untuk menderma. Dalam bahasa yang tak menyakiti sesiapa, namun mengajak untuk semua membuat pahala. Kalau kita boleh ke belajar nak jadi macam ini. Hanya masa menentukan..

p/s-tergerak juga tangan untuk berbuat begitu setelah kena penangan tuan guru,hehe



Thursday, March 05, 2009

Profesional ISME dan Profesional ISLAM

Bunyi macam sama. Tapi keperluan mungkin berbeza. Berbeza dari segi tuntutan untuk melaksanakannya. Antara memilih profesional ISME iaitu semangat untuk bekerja secara profesional dalam Islam atau menjadi profesional ISLAM dengan mengangkat gerak kerja Islam melalui menjadi seorang yang mempunyai kerjaya profesional.

Ini menjadi persoalan kepada mereka yang merasainya. Kerja secara profesional ke atau kena jadi pekerja profesional baru dapat bergerak dalam gerakan Islam??


PAPISMA

"Ana sebenarnya malu..."
Itulah kata-kata yang dilafazkan seorang ahli Papisma (bukan doktor) kepada kami apabila ditanya kenapa dia tak join doktor-doktor dan sahabat-sahabat lain yang pada waktu itu sedang bermain bola sama-sama di tengah padang USM. Kata-kata tersebut menyebabkan ana terdiam, tak tahu nak jawab macam mana. Dia malu sebab semuanya doktor, dia seorang-sorang je bukan doktor waktu tu. Doktor-doktor pula tak entertainnya sebagaimana ahli Papisma yang lain.

Teringat akan sahabat-sahabat ana yang dulu sewaktu di kampus, ada di kalangan mereka yang pernah pegang jawatan-jawatan penting . Ada yang bergelar YB, ada juga yang pernah bergelar YDP, namun apabila keluar dari alam kampus mereka seolah-olah hilang fungsi tak tahu macam mana nak berbakti.


Dalam liqa' final year beberapa hari yang lepas, di kumpulkan semua final year (termasuk bukan dari fakulti perubatan). Apabila ana bagitahu yang masa depan kami semua (daripada aliran perubatan & kesihatan) adalah bersama-sama Papisma, alhamdulillah mereka faham, cuma apabila diajukan persoalan apa peranan mereka yang bukan doktor dalam Papisma, ana tak tahu macam mana nak jawab.

Apabila ditanya kepada mana-mana ahli Papisma,
"Kenal tak Syukran @ Khazran?"
Ana yakin yang kebanyakan dikalangan mereka akan menjawab
"Ya, ana kenal..Syukran HO di HRPZ2, Khazran HO di HUSM"

Tapi apabila ditanya,
"Kenal tak akhi D atau akhi F?"

Ana yakin yang ramai dikalangan doktor-doktor (kalau tak semua) yang tak kenal siapa mereka. Sedangkan mereka semua adalah ahli Papisma Klntn yang dah berdaftar!.

Walaubagaimanapun, jika tanya pula kepada ahli tentang siapa akhi D & F, ana yakin kebanyakan tahu dan akan menyatakan mereka sangat mengenali mereka & menyebut-nyebut tentang mereka ketika di kampus suatu masa dahulu. Akhi D adalah mantan YDP Persatuan Sains Kesihatan, dah akhi F (kami panggil YB Fadhli) pula adalah bekas MPP yang pernah menggegarkan suatu ketika dahulu.

Dulu isu ini pernah di bangkitkan dalam egroup ini. Namun mungkin disebabkan masalah-masalah tertentu yang lebih memerlukan perhatian doktor-doktor, maka ianya seakan-akan dilupakan. Bila kita berbincang masalah kelesuan ahli Papisma yang bukan doktor, tidak bererti ianya berpunca daripada ketidakcaknaan pimpinan Papisma terhadap isu ini. Dalam AGM Papisma yang lepas pun ana dimaklumkan telah diadakan satu bangkel khusus untuk bincang perananan ahli bukan doktor (perbincangan dikalangan doktor2 muslimat?).

Dalam meeting batch final year baru-baru ni, kami bincang sedikit sebanyak berkenaan dengan bagaimana nak aktifkan sahabat2 kami (yg bukan doktor) yang dah grad atau akan grad dalam papisma. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah...

Doktor-doktor yang dah berada di dalam mesti membuka pintu, manakala "mereka" yang berada di luar mesti masuk ke dalam.

Dengan kata lain, dua-dua perlu memainkan peranan untuk merapatkan jurang yang ada...

Emmm....

Satu kisah yang amat dirasai apabila sahabat baik mukmin membuka cerita ini dalam satu webnya. Sejak dulu lagi selalu sahaja ada sedikit rasa yang tidak enak bila berbicara tentang hal ini. Ada satu respon dari apa yang diceritakan ini iaitu ada juga Doktor yang tercicir waima sudah menyertai PAPISMA. Persoalan yang diberikan doktor itu adalah rasa tanggungjawab orang yang bukan dari kalangan doktor itu sendiri yang mana mahu atau tidak ia menyertai dan mengimarahkan program PAPISMA dengan ukhwah yang sedia ada terjalin.

Sekali imbas dan memerhati memang betul apa yang diungkapkan. Dengan kata lain dua-dua kena memainkan peranan. Mukmin tidak mahu menongkah apa-apa. Cuma, apa yang ingin dinukilkan di sini agar biarlah kalau seseorang itu tidak dapat menyertai pertubuhan ini sekalipun marilah kita bersama mendoakan agar mereka dapat menggerakkan Islam dengan wadah yang lagi luas, yang mana mungkin platformnya lagi luas dan berprofesional gerak kerja Islamnya walaupun ia tidak profesional kerjayanya!!

itu sahaja..

profesional ISME atau profesional ISLAM..???

p/s-mungkin sekarang ahli bukan aliran perubatan sedang giat bekerja untuk 3 Bukit mendatang!!!

Salurkan Ia Pada Sesuatu Yang Lagi Baik

"Maaf ingin menegur, cuma mahu menunjukkan sedikit panduan. Janganlah lagi terlalu marah atas apa yang berlaku. Janganlah menambahkan lagi pahala kepada orang yang dibenci dengan berkata-kata belakang. Salurkanlah marah itu untuk sesuatu yang lebih baik. Supaya nanti dapat ditunjukkan dia tidak tersilap dengan menegur dan memberikan sedikit marah untuk kamu," pesan seorang kawan kepadaku.

Allah berpesan pada semua umatnya untuk menerima segala yang berlaku sama ada baik atau buruk penuh dengan meletakkan sangka baik padaNya. Segala yang diberi adalah bersesuaian dengan kadar kita sebagai hambaNya.


terima kasih kawan,sampai mengantuk tu..hehe


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjakannya....

Al-Baqarah:286



Betul kawan. Aku setuju seratus peratus dengan kata-katamu. Syukran. Terima kasih. Namaste..dan very-very thank YOU!!!!!!!!

p/s-sentiasa bersangka baik padaNya..

Sunday, March 01, 2009

Ayuh...Mari Kita Beriadah!!!

Salam takziah mukmin ucapkan pada seorang staff di tempat kerja, yang meninggal dunia semalam a.k.a petang Sabtu 28/2/09. Lebih dikenali dengan nama Kak Ani, seorang yang memang dikenali sebagai baik hati dan memang tidak menyusahkan orang lain. Pada pagi Sabtu, Kak Ani macam biasa sahaja ke pejabat dengan menjalankan tugasan harian. Namun, tengahari nya Kak Ani mengadu sakit dan sesak nafas pada bahagian dadanya. Kawan sekerja a.k.a Kak Ti terus membawanya ke hospital. Namun, kuasa Allah dan sayangNya pada Kak Ani melebihi dari apa yang kita jangkakan. Doktor mengesahkan Kak Ani diserang serangan jantung dan segalanya 50-50 apabila dibawa ke hospital..

Dan petang Sabtu..

Al-Fatihah untuk Kak Ani..

Ayuh!!!

Namun, sesuatu harus diambil iktibar. Ya. Memang itulah takdirnya atas apa yang berlaku. Ramai sahabat di tempat kerja terus rungsing dan risau termasuklah mukmin, huhu. Terus ditanyakan pada mukmin (macam la mukmin ni ambil full dalam bidang kedokteran..)

" Ada ke cara nok check sakit jantung nih??" pertanyaan Pok Chu (bukan nama sebenar) dengan penuh kerungsingan.

" Ada, insyaallah..cuma kita perlu kesan dan cegahnya dari sekarang," jawab mukmin dengan penuh bersahaja kononnya,hehe..




Hadi dan Aisya pun nak beriadah ni,hehe

" Ok, Selasa malam ni set kito main semula futsal. Tiap-tiap minggu macam biaso. Kawe pon doh lama tok main ni," tegas Pok Chu.

Wah..semangat untuk ber'peluh' kembali semula setelah lama ditinggalkan. Insyaallah, dengan cara sukan dan riadah yang betul membawa kita kepada penjagaaan tubuh badan yang sihat. Malah Nabi kita pun berpesan agar seorang pemimpin (kita la tu orang Islam!!!) mesti ada salah satu kriterianya iaitu sihat tubuh badan a.k.a kuat!!!

Semoga selamat Di SANA..

Akhirnya, sekali lagi. Ku mengajak semua pembaca saffmukmin untuk sama-sama sedekahkan Al-Fatihah pada Kak Ani waima kalian tak mengenalinya namun tiada salahnya untuk berbuat demikian. Agar rohmu tenang dan sentiasa tergolong di kalangan para solehin dan mujahidah.

Al - Fatihah...