Monday, March 29, 2010

Terengganu Sensitif Dengan Runtuh..

Masakan tidak sensitif, sebaik sahaja kejadian berlaku pada jam 5.15 pm, terus Menteri Besarnya datang ke tempat kejadian. Mungkin memikirkan kesan-kesan teruk yang berlaku, tapi saya berpendapat MB Terengganu ada agenda lagi besar. SeBESAR mana, itu yang saya tak tahu. Yang pasti, MALU mungkin berlegar lagi dalam fikirannya. Sebab ini pun RUNTUH lagi..huhu..


Universiti Malaysia Terengganu


Kali ini ia berlaku di tempat saya bekerja. Secara tepat lagi, memang betul-betul bersebelahan Makmal saya. Baru saja pagi tadi saya melihat mereka bekerja dan saya terkesima disebabkan mereka berjaya memasuki fasa ke tingkat 4 bangunan dalam masa yang ringkas. Serta, mereka baru sahaja dalam proses simen dan membuat rangka asas tadi.


Setakat yang saya dengar, ada seorang yang kematian. Dan dia adalah pekerja kontrak dari Bangladesh. Yang penting, kalau dia MUSLIM, pasti besar pahalanya. Sebab dipanggilNya ketika mencari rezeki yang halal dan jauh dari rumahnya.


Dan pihak bomba pula memberitahu sebentar tadi, ia disebabkan oleh penggunaan simen yang masih basah dan ianya menyebabkan struktur tidak stabil, maka runtuhlah ia daripadatingkat 4. Maka, MB Terengganu juga memberi komen secara ringkas "ia adalah kecuaian pekerja."


Mana-mana pun komen, yang penting, Terengganu runtuh lagi kali ini. Walaupun kecil, ia begitu sensitif. Saya tak boleh bayangkan apa lagi pandangan mereka terhadap isu ini. Semoga ia dapat ditangani dengan baik nanti.


Gambar-Gambar

Sama-sama saksikan gambar ini. Ia masih segar. Diambil dari sini.

Ayuh sama saksikan..


MB terus ke tempat kejadian




runtuhan...

p/s-bangunan BARU saya pun sedang dibuat..semoga tiada apa-apa nanti..AMEEENN~

Friday, March 26, 2010

Individu Muslim~




Assalammualaikum untuk semua saya ucapkan. Hampir berminggu tidak menulis, namun alang-alang sudah ada blog, rugi pula kalau tidak mengasah minda dengan menulis. Biarpun sedikit, agar ada manfaatnya. Kebetulan, semalam sempat saya pulang ke Kota Bharu atas beberapa urusan. Balik untuk usrah, tukar kereta SAGA, dan macam-macam lagi la.


Usrah

Sempat bersama kawan-kawan untuk usrah atau dengan kata lain perkongsian ilmu. Kesempatan yang ada, dibincangkan tajuk yang amat berkait rapat dengan kehidupan seorang muslim. Alhamdulillah, saya diberikan bersama ahli kumpulan yang proaktif untuk membincangkan tajuk ini. Ditambah dengan saudara penyampai yang memang betul-betul berpengalaman, semuanya menjadi mudah.


Tajuk yang dibawa dalam usrah kali ini adalah luas tapi saya mahu mengecilkan sedikit skop tentang KE ARAH PEMBENTUKAN INDIVIDU MUSLIM. Dari segi tajuk, pasti saya rasa anda sudah tahu sedikit sebanyak kandungannya.


Saya tak mahu sebut satu-satu apa pengisian semalam, akan tetapi ada dua perkara besar yang mahu saya berkongsi di sini.



a) Apabila bercakap tentang KE ARAH PEMBENTUKAN INDIVIDU MUSLIM, kita tidak boleh lari daripada mendalami dan mempunyai ilmu. Ilmu yang dimaksudkan adalah luas, tapi sering dikecilkan oleh penggerak amal Islami. Bukan sekadar ilmu AGAMA yang dituntut semata, tapi ilmu hal ehwal semasa dan sekeliling kita juga menjadi keutamaan. Mana mungkin seorang individu muslim mahu mengajak kepada dakwah tapi tidak tahu apa isu semasa di sekitarnya. Kalau sekadar semborono, boleh dimarah orang nanti pendakwah itu,huhuhu..



Alkisahnya seperti yang sedang berlaku di Kelantan sekarang, Jom Heboh dengan pertama kalinya sudah berjaya menembusi Kelantan. Haa..mesti pelik kan? Tapi tiada yang pelik kalau Islam yang mengawalnya. Malahan, Media Prima bersetuju mengikut segala enakmen hiburan Kelantan 1998 untuk melaksanakan Jom Heboh kali ini. Dan yang pasti, Jom Heboh cuba untuk dibawa mengikut landasan yang betul di Kelantan. agar ia menjadi ikutan di negeri-negeri lain, insyaAllah~


Tapi menjadi persoalan macam mana kalau kita selaku pendakwah dengan senang mahu melenting tentang perkara ini tanpa terlebih dahulu mengetahui betapa kerajaan Negeri Kelantan mengawal Jom Heboh dengan enakmen hiburan yang ada? Dan dengan senang kita pula memarahi orang yang membawa masuk Jom Heboh ke Kelantan yang terkenal dengan serambi Mekah?


Hey!!!~ Untuk makluman, sudah banyak kali Kerajaan Kelantan menunggu peluang mereka yang mahu melakukan pelbagai hiburan di Kelantan asalkan sudi mengikut enakmen-enakmen yang sudah ditetapkan. Bukan setakat Jom Heboh semata.


banyak sembang, tak jadi juga kan..

Semua orang tahu, tidak salah untuk berhibur asalkan menepati syariatNya. Dan hiburan itu juga fitrah kepada mereka yang bernama manusia. Cuma perlu ada seliaannya. Akan tetapi kepada mereka yang tidak berminat, dipersilakan untuk tidak turut sama mendengar dan menghadiri Jom Heboh ini. Tiada masalah.


Nabi s.a.w ketika satu masa pernah dijemput sahabat-sahabat untuk turut sama ke satu majlis yang ada sedikit hiburan. Nabi berhasrat untuk turut serta. Akan tetapi Allah s.w.t tidurkan Nabi di sepohon pokok sehingga subuh sebelum sampai di tempat itu. Haa...Sesiapa yang tidak berminat dengan hiburan yang sudah kita kawal dan selia dengan Agama ini, anda boleh ambil ibrah ini dengan tidak menghadirinya. Tapi jangan pula anda pula yang di belakang-belakang ini menidakkan usaha mereka yang sanggup dan berusaha mahu menunjukkan betapa dalam Islam itu tidak salah berhibur, tidak salah mahu bergembira asalkan tidak lari dari syariat yang ditetapkan.


Panjang pula penerangannya, cuma apa-apa pun kembali kepada ILMU. Kalau tidak ada ilmu semasa, banyak yang tidak boleh bergerak dalam dakwah ini. Jadi, mahu jadi INDIVIDU MUSLIM, perlu ambil peluang untuk mendalami semua ilmu ye!!!~


b) keduanya secara ringkas, semalam dihuraikan sekiranya PEMBENTUKAN INDIVIDU MUSLIM itu sudah berjaya, insyaallah KEBANGKITAN ISLAM pasti sudah sampai masanya. Diulaskan lagi oleh senior saya dalam hal ini, di bawa kisah Bilal Bin Rabah yang hanya sempat diajarkan Nabi s.a.w kalimah " Allahu Ahad", namun dengan segala seksaan yang dikenakan selepas itu, melangkaui dan melebih segala apa yang diajarkan. Dan kalimah " Allahu Ahad" terus menjadi sandaran Bilal Bin Rabah sehingga dibeli oleh sahabat Nabi dan bebas sebagai hamba.


Ketika ini, individu Muslim yang dicipta Nabi s.a.w kepada generasi-generasi seperti Bilal , Ali r.a, Umar Al-Khattab dan sahabat-sahabat yang lain memangkinkan kepada kebangkitan ISLAM yang tidak boleh digambarkan. Sehingga menakluki 2/3 dunia , semuanya hampir dikuasai ISLAM. Namun, dengan era sekarang, adakah KEBANGKITAN ISLAM sudah sampai masanya? Mahu tunggu saja INDIVIDU MUSLIM kita sempurna, tapi sampai bila ye? Sama-sama kita usaha ke arah itu ye!!~


Akhlaknya

Akhirnya, usrah disudahi dengan bermain futsal. Harap tak hilang semua apa yang saya dapat semalam,hehehe..Peringatan untuk diri ini dan semua agar jangan terus lupa untuk BERSAMA menuju KEARAH PEMBENTUKAN INDIVIDU MUSLIM, insyaallah!!!~

Monday, March 01, 2010

Kursus Juruacara



Sebab dan kenapa saya tak tahu secara spesifik; nama saya disenaraikan untuk ke Kursus Juruacara selama sehari(1 Mac 2010). Seingat saya, setakat saya di USM dan UMT ini, baru sekali menjadi juruacara majlis rasmi. Takkan sekali dah panggil nama kot,hehehehe.. Dalam surat yang dilampirkan, tujuan kursus ini adalah untuk melatih bakal-bakal juruacara bagi majlis rasmi di UMT nanti. Adusss!!!!(saya kembali pening kepala..huhu)


Merasakan untuk ke kursus ini, berat sekali kakinya. Tapi, alang-alang nama dah dinaikkan oleh Jabatan Pendaftar UMT, jadi saya dengan beratnya (memang dah berat pun,hehee) menuju juga ke tempat kursus ini. Alhamdulillah, saya sampai awal. Agak 10KM juga la tempat kursus ini dari UMT.


Aziz Desa


Waaahh....saya terkejut!!! Rupanya, kehadiran penceramah kali ini untuk memberikan dan berkongsi pengalaman tentang juruacara adalah Aziz Desa!!.

Kalau dulu, tagline yang terfamousnya


" Yang jauh kita dekatkan, Yang dekat kita mesrakan, Yang mesra kita serasikan"

" Malaysia Hari Ini, Hi.., Hi.., Hi..,..Cermin-cermin kan diri anda!!!"

" Jejak Kasih..."


Kedatangannya benar, memberikan banyak pengalaman untuk dikongsi. Dari juruacara istana-kenduri kahwin orang-orang kenamaan-pelbagai majlis rasmi-TV3-ke kerajaan negeri Kedah-TV9-dan pelbagai lagi nanti, Aziz Desa sememangnya ikon bagi mereka yang mahu serius terlibat dengan juruacara. Saya? Saya selepas seharian mendengar dan berkongsi pengalaman bersamanya, rasa macam seronok juga,hehee..


Dakwah

Saya masih tetap merasakan, sebagai juruacara-atau yang seumpamanya seperti motivator kalau benar digerakkan kepada usaha dakwah, banyak yang boleh dicapai dengan baik. Aziz Desa seumpamanya boleh dikatakan agak 'ok' berbanding pengacara yang lain dari segi nak ajak orang kepada agama. Paling kurang, walaupun dia nampak sedikit 'ego' tapi dia lah juga yang menerbitkan rancangan Al-Kuliyyah yang menjadi rancangan tetap TV3 walaupun dia tidak bersama TV3 lagi.


Bukan mahu memuji lebih,akan tetapi dia berusaha ke arah itu. Saya juga memasang impian kalau-kalau senior saya, Amin Idris boleh ke tahap itu. Pasti banyak yang boleh dilakukannya. Saya? sekadar dalam UMT boleh la,heheehe...


Akhlaknya?

Mungkin tiada secara khusus, cuma secara umumnya saya mahu berkongsi supaya mereka yang mempunyai bakat dan rupa serta perangai yang baik, dan berminat menjadi juruacara, teruskanlah menjadi juruacara, atau motivator ke..atau mana-mana yang seumpamanya, sebab kalau dia seorang muslim sebenar, banyak kerja DAKWAH yang boleh dibuat di situ. Sama ada mahu atau tidak saja. YOSH!!!!


p/s-cermin-cermin kan diri anda!!!!!