Friday, February 27, 2009

Pagi Yang Indah..

Alhamdulillah, setelah segala yang dihadapi seminggu ini bangun pagi jumaat kali ini paling nikmat rasanya. Kerna mungkin itulah hikmah sepatutnya untuk kita berehat dalam mana mengejar kesibukan (konon-konon sibuk mukmin ne,huhu). Sempat mengikuti sedikit program Jabatan Pembangunan Remaja Negeri Kelantan yang dihadiri adik-adik peserta tingkatan 5, peserta diuji dengan sedikit modul yang amat mencabar (mencabar ke??,hehe). Malah ia bersesuaian dengan nama program ini iaitu Qiadi Training Course.

Peserta diberi arahan untuk menyelamatkan sesuatu di satu tempat tetapi akan ada halangan yang akan ditimpa. Apa halangannya?? Kami selaku beberapa fasilitator ditugaskan untuk membaling bom-bom air (serang!!!!!) ke arah mereka bagi menghalangnya. Ada sebab kerana dibuat begini kerana mahu dilihat macam mana mereka dapat melakukan kerja berpasukan bagi menyelamatkan sesuatu dalam masa yang sama dapat mengelakan segala halangan ini. Terima kasih pada adik-adik fasilitator yang menyediakan modul sebegini dan juga bom-bom air,hehe..



Bom-bom air tersedia..hehe



Sungguh menceriakan..



Anak-anak sepupu..

Semalam mereka datang. Tak tahu kenapa. Kalau 6 orang anak sepupu mukmin yang ini datang ke rumah mukmin, bising dibuatnya. Alhamdulillah mukmin terhibur dan ceria dengan celoteh mereka..

Jadi, buat apa rungsing-rungsing lagi. Marah-marah lagi. Ceriakan dirimu dengan pagi yang indah ini!!!



Kami di Taman Negara Pulau Pinang!!!

Wednesday, February 25, 2009

Tali leher..

Aduh..sakit je telinga bila dengar orang marah ni. Boleh jadi bengang juga kalau hal yang dimarahkan ini bukannya satu hal yang besar, cuma saja mahu diperbesarkan untuk memburukkan seseorang.


Tali leher


tali leher??


Ada la sorang mamat ni, kena panggil ngan bosnya sebab dikatakan tak pakai tali leher masa kerjanya. Aduh, kesian dia. Kadang-kadang je tak pakai tapi jadi isu sebab dia ini dikatakan tak sehaluan dengan bosnya. Maka mula lah bosnya dengan kuncu-kuncunya bermain helah yang nyata dan jelas mahu menjatuhkan dia. Maka terimalah dia dengan hati yang sangat pedih. Kerana dikatakan tak pakai tali leher, semua jadi musnah harapannya untuk bekerja dengan lebih baik. Alaa...buat kerja baik-baik pun bila dah orang tak suka sama je katanya..


P.Ramlee dan ceritanya



Tiga Abdul the movie


Teringat dialog filem P.Ramlee yang mukmin minati dari dulu hingga sekarang. Tiga Abdul the movie. Dialog yang menjadi titik tolak ceritanya.

" Kerna kanda sebut hospital je, semua harta kena tarik...," sentak Abdul yang bongsunya.

Sehinggakan Abdul Wahub yang bongsu ditarik hartanya yang sepatut dikongsi bersama dua orang abangnya yang mahu dipersembahkan betapa seorang yang mempunyai hati yang busuk!!!, maka begitulah jua mukmin merasakan mamat ni, kerna tali leher, semua masalah jadi besar dan teruk sehinggakan dengan jelas dan nyata juga dapat dilihat betapa ada jua orang yang busuk hatinya di saat kini. Nauzubillah, maafkan kerna menulis begini.

Sabar


Mukmin pun menerima kesan yang nyata dari hal ini. Selalu ramai berpesan, sabar je la. Orang kata sabar waktu ini adalah yang terbaik. Betul ke tak, terletak pada seteguh mana percaya kita pada janjiNya yang memang sentiasa benar.


p/s-mula menerima realiti kehidupan.

Monday, February 23, 2009

KeranaMu Aku Masih Boleh Bertahan..

Begitu hina rasa diri ini kerna diperlakukan sedemikian rupa. Bagaikan aku ini berhempas pulas berbulan-bulan namun tiada apa yang sedikit pun boleh aku minta untuk melaksanakan hal yang datang secara terpaksa. Inilah kehidupan, semakin kita mengejar untuk bertekad ke hadapan, ada pula orang berusaha untuk menarik kita kembali ke belakang.


Masalah?


Memang inilah kali pertama aku merasakan begitu besar masalah aku. Sehinggakan program keluarga bulanan pun aku tak hadiri kerna disogokkan untuk bekerja keras. Namun satu habuk pun tarak hasil...Di samping masalah utama yang aku hadapi sekarang adalah aku makin kurang untuk bersama sahabat-sahabat keluargaku..yang bersama-sama aku semasa aku dalam proses melatih diri dulu..rindu hati ini.


Masalah kerja?


Masalah utama buat masa sekarang. Aku dikatakan datang lambat(dibaca rekod bulan 8 dan 9 dahulu), tak siap kerja, masalah perangai (baca=hanya disebabkan keluar awal ke tandas dalam satu program) begitu merendahkan semangat aku. Dikala semua orang pun mempunyai masalah yang sama seperti aku, tapi aku juga yang dilabel seorang yang sedemikian. Mungkin kerana aku ini besar sangat kot, senang orang nak tengok dan cam,hehe..

Aku boleh bertahan masih lagi kerna aku pasti Mu Ya Allah Maha Tahu segalanya. Betapa sudah penat aku melayan karenah orang macam ini, berikanlah aku kekuatan. Di saat aku merasakan betapa hinanya aku disisi orang sekarang, janganlah pula aku juga hina di sisiMu Ya Allah..semoga kau ampunkan dosa-dosa aku Ya Allah.

p/s-sedi, din, shy, padil, ust. asyraf, kerul mawar, kerul yahya....aku rindu sek2 mung belako.

Tuesday, February 17, 2009

Sedarkah kita....

Cerita 1

" Ibu bukan tak mahu orang luar lagi, cuma ibu dah banyak terbuka dan menerima menantu dari luar dah. Tengok abang kamu, ketiga-tiga orang luar menantunya. Kalau ibu nak tengok cucu-cucu ibu mesti kena pergi rumah diorang dulu, penat..kamu nak ke ibu selalu dok pergi mari sana sini dalam kaki pun sakit-sakit ni?? " luah ibu pada Ahmad tentang niatnya untuk mengambil orang dari negeri luar untuk dijadikan isterinya.

Kadang-kadang inilah jodoh. Kita merancang tapi Allah jua yang menentukan. Ahmad merasakan dan berfikir adakah dia yang bersalah dalam hal ini.

"Ibu, kalau begini Ahmad cuma meminta jasa baik ibu untuk menerima dan membuka hati untuk sekali lagi. Mungkin menantu ibu untuk seterusnya ini dapat memberikan sesuatu yang ibu dan Ahmad inginkan..mungkin cucu ibu kali ini dapat duduk dekat dengan ibu..." Ahmad cuba memujuk ibu dengan memberikan alternatif.

" Ahmad, ibu mana yang tidak dan tak mahu tengok anaknya bahagia. Ibu mana yang tak mahu anaknya gembira dalam kehidupan berumahtangga. Tapi berapa ramai anak yang ingin dan mahu untuk memikirkan hati dan perasaan seorang ibu dalam hal ini. Alih-alih hanya bawa berjumpa bakal menantu bila rasa dah nak kahwin..bila rasa anak sahaja yang bersedia, namun hati ibu...takpe, insyaallah ibu akan menerima semua menantu ibu dengan baik..Ahmad jangan rungsing.." rintihan ibu meruntun jiwa Ahmad yang selalu ingin dan berbakti pada ibu dan bapa hendaknya....


Cerita 2

Alhamdulillah, kali ini Pak Ya mendapat rezeki lebih sikit dari jualan tanahnya yang masih lagi berbaki sedikit sepeninggalan atuk-atuk dulu. Fikirnya, kali ini mahu digunakan duit ini sepenuhnya untuk menunaikan haji ke Mekah, insyaallah..

Namun tiba-tiba datang di fikiran Pak ya..

" Aku ni takde pulak fikirkan anak-anak aku. Macam mana diorang sekarang. Takpe, setiap orang anak aku yang dah berkeluarga aku ingin kongsi sedikit dengan mereka. Mesti mereka memerlukan duit sekarang dalam kehidupan yang semakin mencabar ni..

"Takpe-takpe, nanti aku bagitahu semua anak-anak aku..." tamat fikirannya tentang hal ini.

"Tapi cukup ke duit nanti untuk ke Mekah kalau aku kongsi sekali ni..baik. Insyaallah nanti aku top up semula dengan duit pencen aku." Pak Ya menambah pula kata-kata setelah tamat dari fikirannya sebentar tadi.

Maka, anak-anak Pak Ya menerima sedikit hadiah dari ayahnya..kita??


Cerita 3

Ingat pesanan ummi dan abi, habiskan dulu pengajian baru boleh adik fikirkan tentang masa depan adik ye.

"Aduh, dah la aku ni ada mamat seorang ni perkenan kat aku, macam mana ni..rugi kalau tak menyambut peluang yang ada ni," keluh Aida dalam hal ni.

"Baik, ummi pesan mungkin nak suruh aku belajar betul-betul je kot. Nak suruh tumpukan perhatian pada study. Tapi aku dah dapat dean list dua sem berturut-turut, tak salah rasanya. Ok je la..aku layan ngan mamat ni," tekad Aida dalam diam.

Ummi menunggu sesuatu dari adik setelah lama tidak berjumpa sejak adik ke kampus. Namun kelibat dari jauh ummi lihat adik bawa seorang lelaki yang ummi sendiri tak kenal, ummi pun tak tahu lagi macam mana orangnya,ummi tengok adik mesra sahaja..kenapa ni adik??

"Ummi, Aida bawa ni pun orangnya baik, hormat orang tua, takkan ibu tak suka.." seru Aida pada maknya.

"Bukan tak suka, suka tapi apa kata orang kampung nanti, ummi juga yang kena jawabnya nanti. Adik tak habis lagi belajar. Kahwin pun belum lagi. Nanti Abi juga yang kena tempiasnya kalau adik buat macam ni," rintih mak pada anak kesayangannya.

"Emm..nak dengar cakap orang tak hidup la kita ummi!!!," bentak anaknya.

Melihatkan anak kesayangannya begitu, ummi mengambil tudung dan pakaikannya dengan baik, mengajak Abi pula untuk bersama berkenalan dengan kawan anaknya bagi menjaga hati dan perasaan anak kesayangannya.....

Cerita 4

Takde dah...jadi korang fikir-fikirlah apa moral dan tauladan yang boleh diambil. Betapa ibu dan bapa selalu dan sentiasa memikirkan dan berlapang dada apabila mengetahui masalah anak-anaknya. Kita, sebagai anak-anaknya..macam mana???

p/s-Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihiku semasa aku kecil...

Monday, February 16, 2009

Tengok Apa tu....

Tiba-tiba ada rasa rindu kat seseorang. Rupanya rindu tu adalah rindu kepada dua orang anak saudara mukmin yang bila diberi untuk tengok gambar ni, diorang sume dah semakin membesar nampaknya. Lagi rindu dibuatnya,hehe

Tengok apa nih...



Khusyuk....

Macam khusyuk. Tapi tak tahu la apa spesifiknya yang ditengokkan. Ini satu-satunya gambar terbaru mereka berdua, my loving nephew; Hadi dan Aisya. Mereka dibawa oleh abang-abang mukmin ke Zoo Negara. Mungkin ini kali pertama mereka lihat binatang besar dan secara live kot,hehe..

Yang penting, semoga kalian sentiasa sihat dan bertambah sihat lagi. Semoga lawatan ke Zoo Negara menambahkan betapa Allah itu Maha Agung dan Maha Hebat ciptaanNya biarpun kalian masih lagi dalam umur yang muda. Semoga kalian menjadi orang-orang yang sentiasa menghargai nikmatNya suatu masa nanti..



Alhamdulillah, kami pulang dulu...

Thursday, February 12, 2009

Culik, Bunuh dan bla-bla......

Culik,bunuh dan macam- macam jenayah yang kita dengar tahun lepas dan juga tahun ini mengundang rasa gelisah pada setiap orang. Jenayah yang dilakukan oleh penjenayah- penjenayah yang mungkin tersepit dengan masalah kehidupan, ataupun mungkin memang perangai sendiri patut kita sama-sama tanganinya..


Namun, culik, rompak dan rasuah malah ugutan bunuh sudah jelas dan nyata menjadi asas kepada satu parti ini, yang mana selalu berkata dia lah yang terbaik dalam segenap menjaga keTUANan Melayu..


Pen'culik'kannya YB ADUN Perak yang sudah jelas dan nyata sehingga tertubuh kerajaan baru Perak dimana YB Dato Seri Nizar mempertahankannya atas beberapa asas yang kukuh, sekarang timbul pula kehilangan YB ADUN Kedah dan juga Selangor. Ni gila ke apa orang sana sampai mahu culik orang sampai macam ini!!!


Ancaman bunuh pula yang datang daripada Khairy.Emm...pelik-pelik.Ada juga orang macam ni kat Malaysia tercinta yang amat mencintai keamanan.


Tuan Guru Nik Aziz

Kenapa semua ini berlaku???


Satu je yang mukmin dapat lihat kenapa semua ini berlaku sedemikian rupa. Ini kerana Allah sedang berbicara dan sedang tunjukkan betapa kita masih lagi perlu untuk duduk belajar dan mengambil iktibar atas semua yang berlaku. Dan kerana kita sudah tidak lama lagi untuk meletakkan ISLAM pada pemerintahan Malaysia sekiranya inilah perangai dan sikap parti UMNO yang semakin teruk sedang memerintah Malaysia..

p/s-Ya Allah, bantulah kami dalam memperjuangkan agamaMu..

Sunday, February 08, 2009

Checkmate?

Pelbagai kisah yang menarik minat kali ini. Lain yang disangka setelah kemasukan YB Nasruddin ke dalam PKR dari UMNO, rupa-rupanya mungkin itu sebahagian trick yang dibuat oleh pihak sana untuk memastikan kita dalam keadaan selesa. Maka, kita juga begitu apabila dengan yakin mengatakan akan ada dua orang lagi akan menyertai PAKATAN. Namun lain pula jadinya!!!

Arakian, berbicaralah semua orang bahawasanya Nizar sudah jadi Jebat moden barangkali. Apabila dilihat sekarang dengan media massa yang dipegang oleh pihak sana yang begitu besar kesannya kepada minda masyarakat, maka kerajaan PAKATAN RAKYAT Perak dilihat memang sudah checkmate!!!

Mahu mengikut undang-undang yang dibuat di negeri sendiri tapi apakan daya kuasa SULTAN lagi hebat dari undang-undang yang dibuat oleh susur alur keturunannya sendiri.Pelik-pelik....



YB Dato Seri NIzar

Namun, ingatlah ini pasti memberikan satu anjakan kepada PAKATAN RAKYAT untuk duduk berbincang dan muhasabah tentang strastegi seterusnya. 10 Februari 2009 akan dinanti. Kita akan lihat macam mana nanti tindakan PAKATAN RAKYAT terhadap 2 orang ADUN lompat yang dituduh rasuah. Kalau kena gaya, kali ini mungkin checkmate boleh menjadi dam haji terbang. Yang mana biasanya boleh bergerak semula ke semua arah waima belakang, kiri, kanan serta hadapan dalam mencari kemenangan yang sepatutnya di sebelah pihak yang benar. ALLAHU AKBAR!!!

p.s- jangan lupa jua memohon padaNya..

Tuesday, February 03, 2009

Reformist Yang Menunggu Reformasi

Setiap yang mengundi pada 9 Mac 2008 pada pandangan aku merupakan seorang reformist yang sedang menunggu berlaku satu reformasi yang sebenar. Reformasi dalam erti kata lain membawa keadilan dan kebenaran.


Namun setelah hampir setahun berlalu, kita masih lagi dalam proses merangkak dan sudahla merangkak kena pula marah sebab merangkak dengan cara yang tidak betul dan tidak tentu arah. Menolak Kelantan yang sudah mula untuk berjalan dengan kaki sendiri, negeri-negeri pakatan rakyat yang lain ibarat mahu merangkak dan terus merangkak. Mahu berdiri tidak boleh lagi dan bila cuba untuk berdiri ada pula kes yang akan dimomokan oleh pihak sebelah sana.Akhirnya ditangguh pula usaha untuk berdiri dengan kaki sendiri.


Sudah bosan ke jadi reformist??

Islam sahaja jawapannya kalau anda sudah bosan untuk menunggu berlaku reformasi mahupun dalam Malaysia atau dunia amnya. Islam mengajar kita untuk sedar dan tahu bahawa untuk mengajak seseorang dalam membawa kebenaran dan menentang kebatilan, tidak mudah dan tidak senang malah mungkin mengambil masa yang lama.


Aku sering ditanya adik dan mak mengapa terus terjadi hal seperti di Perak sekarang?? Mahu kata aku ini seorang yang cakna sangat tidaklah dan aku bukanlah seorang yang well known tentang gangguan-gangguan ini seperti di Perak atau Kedah kerana kadang- kadang cerita saja yang lebih tapi sebenarnya tiada apa. Namun kali ini apabila melibatkan YB Speaker DUN Perak yang telah mengeluarkan notis dua kerusi ADUN PKR Perak kosong sunggu menarik minat aku. Bak kata bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid mengikut undang-undang Pilihan Raya, bila YB Speaker Dewan keluarkan notis semacam ini, Perak memang perlu dan patut untuk diadakan pilihanraya kecil bagi dua kawasan ini.Aduh….kali ini memang tidak mahu kisah sangat tapi kalau betul sudah melalui perundangan begini, nampaknya bertempur lagi la selepas ni. Banyak lagi la janji yang akan terus ditabur. Duit pun sudah pasti. Reformist, kita sudah bersedia ke sekali lagi??


Pilihan Raya...


Aku mahu terus berjuang!!!!

Aku menyimpan impian untuk terus menyumbang selagi mana yang boleh. Walaupun aku tahu sumbangan tidaklah sebesar mana, semoga dengan sedikit kerja yang dibuat sebelum ini akan dinilai olehNya. Pasti mereka yang selalu dan sentiasa berjuang untuk memenangkan agama Allah di Malaysia amnya dan dunia khasnya akan diangkat dengan darjat yang sepatutnya jika kita benar-benar ikhlas,insyaalllah..

p/s- Reformist, terus menunggu dan berjuang keranaNya..