Tuesday, February 03, 2009

Reformist Yang Menunggu Reformasi

Setiap yang mengundi pada 9 Mac 2008 pada pandangan aku merupakan seorang reformist yang sedang menunggu berlaku satu reformasi yang sebenar. Reformasi dalam erti kata lain membawa keadilan dan kebenaran.


Namun setelah hampir setahun berlalu, kita masih lagi dalam proses merangkak dan sudahla merangkak kena pula marah sebab merangkak dengan cara yang tidak betul dan tidak tentu arah. Menolak Kelantan yang sudah mula untuk berjalan dengan kaki sendiri, negeri-negeri pakatan rakyat yang lain ibarat mahu merangkak dan terus merangkak. Mahu berdiri tidak boleh lagi dan bila cuba untuk berdiri ada pula kes yang akan dimomokan oleh pihak sebelah sana.Akhirnya ditangguh pula usaha untuk berdiri dengan kaki sendiri.


Sudah bosan ke jadi reformist??

Islam sahaja jawapannya kalau anda sudah bosan untuk menunggu berlaku reformasi mahupun dalam Malaysia atau dunia amnya. Islam mengajar kita untuk sedar dan tahu bahawa untuk mengajak seseorang dalam membawa kebenaran dan menentang kebatilan, tidak mudah dan tidak senang malah mungkin mengambil masa yang lama.


Aku sering ditanya adik dan mak mengapa terus terjadi hal seperti di Perak sekarang?? Mahu kata aku ini seorang yang cakna sangat tidaklah dan aku bukanlah seorang yang well known tentang gangguan-gangguan ini seperti di Perak atau Kedah kerana kadang- kadang cerita saja yang lebih tapi sebenarnya tiada apa. Namun kali ini apabila melibatkan YB Speaker DUN Perak yang telah mengeluarkan notis dua kerusi ADUN PKR Perak kosong sunggu menarik minat aku. Bak kata bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid mengikut undang-undang Pilihan Raya, bila YB Speaker Dewan keluarkan notis semacam ini, Perak memang perlu dan patut untuk diadakan pilihanraya kecil bagi dua kawasan ini.Aduh….kali ini memang tidak mahu kisah sangat tapi kalau betul sudah melalui perundangan begini, nampaknya bertempur lagi la selepas ni. Banyak lagi la janji yang akan terus ditabur. Duit pun sudah pasti. Reformist, kita sudah bersedia ke sekali lagi??


Pilihan Raya...


Aku mahu terus berjuang!!!!

Aku menyimpan impian untuk terus menyumbang selagi mana yang boleh. Walaupun aku tahu sumbangan tidaklah sebesar mana, semoga dengan sedikit kerja yang dibuat sebelum ini akan dinilai olehNya. Pasti mereka yang selalu dan sentiasa berjuang untuk memenangkan agama Allah di Malaysia amnya dan dunia khasnya akan diangkat dengan darjat yang sepatutnya jika kita benar-benar ikhlas,insyaalllah..

p/s- Reformist, terus menunggu dan berjuang keranaNya..

No comments: