Wednesday, July 28, 2010

Coretan Ringkas~

Betul juga orang cakap, kelebihan berFACEBOOK kadang-kadang mengatasi potensi blog yang ada. Dicampur dengan bahasa ringkas di Facebook membolehkan kita menyampaikan apa yang ter'buku' di minda kepala kita untuk dikongsi bersama. Namun, saya masih tetap berpegang kepada apa yang saya niatkan pada mula-mula saya menulis blog saffmukmin ini. Terus menulis!!


Tapi dengan idea penat dan kerja yang agak ada, kejap tiada,kemudian ada semula bertimbun-timbun, membuatkan saffmukmin tidak terisi.


Mahu menulis idea sendiri, tidak sehebat orang yang hebat lagi, mahu mengisi dengan isu-isu kerohanian diri ini biasa-biasa saja. Namun, saya akan terus mengharapkan dan berusaha untuk terus menulis dengan lagi baik untuk saffmukmin. Memasuki Ramadhan hampir dua minggu lagi, insyaallah ayuh kita garapkan sepenuh tenaga yang ada untuk persiapan ke arah itu.


Bulan Julai

Tamat sudah Piala Dunia 2010. Sepanyol juaranya. Bermula pula saingan pembelajaran di UMT yang penuh mencabar. Majlis konvokesyen ke-8, berlangsung dengan cemerlangnya. Dan penting juga, ada orang yang sudah berubah statusnya bulan Julai ini. Sama-sama kita tunggu berita baiknya nanti,hehee..Paling penting lagi, Ramadhan hampir tiba..


Akhirnya, saya mendoakan agar kita terus menerus jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan muslimin di seluruh dunia, terutamanya kepada umat Islam yang berada di kawasan yang terus ditekan oleh musuhnya; Palestin, selatan Thailand dan sebagainya.. ameeen.

p/s-selamat datang Ramadhan!!!~

Monday, July 05, 2010

Liga Super Menggantikan Piala Dunia 2010~

pasukan Kelantan


Dalam kehangatan Piala Dunia 2010 yang sudah menghampiri ke akhirnya, pihak bola sepak Malaysia yang sudah beberapa kali 'tertipu' dengan perlawanan bola sepak persahabatan yang konon-kononnya bersifat antarabangsa, telah menyebabkan jadual Liga Super Malaysia diawalkan kepada 6 julai 2010. Masih ingat lagi, dikhabarkan liga tidak akan diganggu sehingga tamat Piala Dunia, namun cakap selalu tak serupa bikin. Ini lah akibat mengagungkan sangat pasukan orang lain, sehinggakan profesional kita dalam menguruskan organisasi hancur entah ke mana.


Namun, apa nak di kata. Nasi dah jadi bubur. Liga Super akan terus dimeriahkan. Disebabkan ramai penyokong kipas-susah-mati Kelantan di sini, yang saya pun sama (sokong je,hehe) dengan perlawanan pertama menentang Negeri Sembilan di Kota Bharu; 6 Julai 2010. Tiada persoalan lagi, pasukan Kelantan harus memenangi perlawanan ini, untuk terus memberikan tentangan sengit kepada Selangor FC pada 10 Julai 2010 nanti di Shah Alam. Mereka memang pasti bersifat juara, tapi kita juga tak kurang hebatnya, juara yang sedang menuju sifatnya. Insyaallah, pasti lawan nanti!!!



p/s- orang Selangor, don't cry for Selangor deh,hehehe..(kalau Kelate menang la,hehee)

Sunday, July 04, 2010

Bulan Julai, Semarakkan Ilmu!!

Memasuki Julai 2010, benar-benar mengingatkan saya kepada berlalunya masa yang begitu pantas. Seusai setahun, saya mendaftarkan diri sebagai pelajar post-graduate di Universiti Sains Malaysia, Penang dalam jurusan Transfusion Science. Namun, rezeki Allah s.w.t., kita tidak pernah tahu bila ia akan diberikan. Kalau cepat, alhamdulillah. Kalau sedikit lambat, banyak yang kena bersabar. Dan alhamdulillah, 2 minggu selepas mendaftarkan diri di USM Allah s.w.t. memberikan saya peluang pekerjaan tetap dan berdekatan dengan negeri kelahiran, dan saya juga menerimanya dengan hati yang sedikit sedih kerana terpaksa meninggalkan pelajaran Ijazah Sarjana a.k.a Master; serta duit yuranku RM 2000,huhu..hangus begitu saja,hehe..


Bulan Julai, yang sinonim dengan kemasukan pelajar-pelajar baru harus sentiasa dijadikan satu tanda untuk sentiasa kita semarakkan ilmu yang sepatut kita junjungi. Hampir setahun di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), saya sentiasa suburkan niat untuk terus menyambung pelajaran. Dan, hari ini (4 Julai 2010) kehadiran adik-adik 'newbies' yang baru untuk Ijazah Pertama di UMT mendaftarkan diri, membuatkan saya begitu bersemangat dan teruja untuk menyambung semula pelajaran saya. Paling kurang, matlamat saya 10 tahun di sini harus saya membayarnya dengan sekeping PhD,insyaallah.


Disebabkan lama tidak menulis di sini (saya tengah memfokuskan untuk menyiapkan 'novel' pertama saya,hehe), dengan kehadiran Julai kali ini akan terus menyuburkan saya dengan menyemarakkan ilmu di kalangan saya dan rakan-rakan sekalian. Kalau boleh, tidak mahu berilmu sekadar untuk menaikkan gaji, tapi kalau dapat, alhamdulillah,hehe..




Azam+ Usaha!!


Bersesuaian dengan masa yang ada, saya tititpkan nasihat pada saya, adik-adik pelajar baru serta yang akan mendaftarkan sebagai pelajar senior nanti di UMT, teruskan berazam dan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang baik.


Orang cakap, untuk mencapai dan merealisasikan sesuatu impian, satu soalan sahaja harus kita jawab pada diri kita. Kalau kita boleh jawab, pasti kita boleh menjadikan impian itu satu kenyataan. Soalannya, sanggupkah kita atau tidak untuk buat? Kalau sanggup, dengan izin Allah, saya persilakan anda dan kita untuk berjaya. Wallahu a'alam~


p/s-lupa, pada yang baru bercuti dari kelas pengajian,selamat bercuti deh,hehe..