Tuesday, June 15, 2010

Membunuh Iman Dalam Diri

Kebelakangan ini, saya dilanda kebimbangan yang amat jelas. Bimbang bukan kerana saya tidak cukup duit atau kerja berlambak-lambak. Cuma yang menjadikan kebimbangan saya itu jelas adalah mengenai situasi sosial di Malaysia kita sekarang.


Ibarat Dibunuh Iman



Orang Islam bernama Melayu paling sensitif kalau kita memberitahu mereka secara realitinya mereka ini sudah lagi tidak beriman, mereka tidak ada agama, mereka kalau dengan kata lain boleh jadi kuffur atau boleh jatuh syahadahnya dengan segala tindakan mereka. Memang sensitif. Semua. Saya pun sama sebab saya pun Melayu.



Namun tindakan yang dilakukan hari ini sebenarnya sudah menonjolkan siapa kita sebenarnya. Waima Islam itu hanya dijadikan pakaian, pada petangnya mungkin ditukarkan kepada pakaian lain. Paling bimbang kalau pakaiannya itu ditukarkan kepada pakaian yang kita semua tidak mahu tapi dibuat dalam keadaan tidak sedar. Pakaian 'IBLIS', ' SYAITAN'..pasti itu yang kita tidak mahu.



Siapa yang tak sedar tentang 47 anak zina yang dilahirkan setiap hari( baca= ini secara rasmi yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Malaysia) sememangnya perlu disedarkan. Kalau orang yang mengajak kepada kebaikan yakni membawa pesanan Allah supaya menjauhi ZINA diabaikan, dimarahi, diherdik, betapa Allah mendatangkan BALA dan TEGURAN ataupun semacam satu KEMALUAN yang besar kepada umat Islam Malaysia.





Manusia sekarang( saya pun turut sama) digolongkan dalam golongan yang sentiasa terdedah kepada zina yang boleh didapati secara jelas dan juga secara 'sembunyi'. Kedua-duanya dengan kata lain senang didapati kalau mahu. Tiada halangan. Kalau tidak masakan ada kedai yang secara terang-terangan menjual gajet seks yang diperlukan oleh orang ramai yang mahu menggunakannya.






Yang secara 'sembunyi', pernah diberitahu oleh kawan saya di internet sahaja pelbagai laman web porno yang di dalam web itu kesemuanya orang Melayu sebagai 'aktor' dan aktress' nya..Subhanallah...Apa sudah jadi. Dengan mudah di dapati, ia tiada halangan. Cuma dalam keadaan tersembunyi..




Sekecil-kecil Iman



Nabi s.a.w. pernah bersabda dari maksud hadisnya, sekecil-kecil dan selemah iman adalah apabila maksiat yang dilakukan di depan mata kita yang tidak dicegah dengan tangan dan juga lisan..tapi cuba juga dicegah dengan HATI.Tapi itu selepas kita tahu kita benar-benar tidak mampu untuk mencegah dengan TANGAN dan juga LISAN.


Kalau saya dan anda semua, masih ada ke selemah-lemah IMAN itu kalau situasinya berlaku di atas kepada kita? Adakah kita juga mahu membunuh IMAN dalam diri kita? Iman umat Islam yang ada sekarang pun sudah ibarat buih-buih di laut jika dibandingkan dengan iman seorang Umar r.a.,apatah lagi kalau dalam keadaan sebegitu rupa.



Harap Saya Tidak Pandai Berkata-kata Sahaja..



Bercakap, orang kata kena realistik, bukan idealistik. Kalau tak, ia akan jadi ibarat tin yang kosong. Bunyinya kuat menegur sana sini, tapi bila ditanya apa yang dah dibuat, tiada apa-apa, kosong. Jadi, untuk nasihat dan peringatan untuk diri ini dan semua ayuh sama-sama kita suburkan kembali iman kita dan rakan sekeliling kita. Cuba dan terus berusaha untuk ke arah menjaga iman. Lebih-lebih lagi dalam kalangan keluarga kita kalau kita tak sanggup mahu lakukan untuk kalangan orang yang lagi luas dan besar.

Ibarat sudah membunuh iman, tiada apa lagi yang boleh diselitkan nur Allah. Bagaimana kalau betul-betul sudah tiada iman, bersedialah kita untuk ke'marah'an Allah yang lebih besar, nauzubillah..

p/s-baca dalam nada serius deh!!!huhuhu..

Monday, June 14, 2010

Barakallah Semua~


Mahadi dan Kasma( USM)




Cikgu Fikri dan Infazah




Abe Aje dan Kak Rathmawati (tak sampai lagi masa ni,hehe)




Saikhul dan Hanan




Zakuan dan zaujahnya..


Bulan Jun tahun 2010 ini, berbeza dengan Jun tahun lepas. Kalau tak silap, tahun lepas tak ramai di kalangan kawan-kawan rapat yang ber-walimah. Tahun ini, alhamdulillah mereka sudah menyelesaikan separuh dari imannya. Cuma tunggu untuk melengkapkan separuhnya lagi. Kalau kena cara apa yang agama ajar, berjayalah kita. Sama-sama mendoakan ye!!


Pelbagai saranan dari Nabi kita, Muhammad s.a.w. untuk menyegerakan pernikahan sekiranya benar-benar anda mahukan. Diangkat darjat-darjat pahala seperti solatnya orang bujang dan solat orang kahwin itu sendiri sudah berbeza darjatnya. Apatah lagi ibadat-ibadat khusus yang lain.


Tapi tak mengapa kepada yang belum berkahwin walaupun sunnah ini satu tuntutan. Ada yang sudah bersedia untuk ke arah itu cuma belum masanya lagi kan. Apa-apa pun, saya doakan semua sahabat-sahabat saya yang melangsungkan walimah tahun ini sentiasa dalam keberkatanNya.



Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fi khair.

Friday, June 04, 2010

Bola oh Bola..~



Sedikit tazkirah untuk hari Jumaat ini. Bersempena dengan bulan Jun ini. Semua sedia maklum, bulan ini adalah bulan yang memasuki fasa keghairahan umat manusia yang hobinya adalah berteraskan bola. Kemuncaknya ada di sini. Piala Dunia untuk tahun 2010 edisi ke berapa saya sendiri tidak pasti. Tetapi, dengan tempoh sebulan dari 11 Jun 2010 sehingga 11 Julai 2010, sememangnya memberikan kepuasan kepada yang meminati.


Apa Pandangan Anda Tentang Bola?


Bola. Ia sfera. Pemain dapat bola tendang ke sana dan ke sini. Yang mana matlamatnya satu iaitu untuk menjaringkan gol. Pemain seramai 11 orang untuk sebuah pasukan dan ditambah dengan pengadil perlawanan, pengadil garisan dua orang, menjumlahkan seramai 25 orang akan berada di dalam padang pada setiap kali pertandingan.

Secara jujur, saya sendiri menyokong bola dengan semangat kesukanan yang ada. Saya bermain bola(tapi tidak la mewakili mana-mana pasukan,hehe), dan yang pasti aurat setakat ini masih sama-sama dijaga, saya menyokong bola sehinggakan sanggup kalau berkelapangan untuk ke stadium utama, dan kalau ada masa yang berkelapangan saya menonton bola di televisyen. Itu seharusnya saya akui saya meminati bola sebagai salah satu hobi.


Bola oh Bola


Dan begitulah, begitu sekali dititik beratkan bola sehingga sedemikan rupa. Mungkin saya berpendapat apabila mula musim bola Piala Dunia, pasti sudah 'hilang' ingatan umat Islam terhadap keganasan regim Israel pada mereka yang menghantar bantuan baru-baru ini. Tidak ambil kira lagi yang rakyat Palestine yang setiap masa dihimpit dan ditekan, dengan tekanan dari regim Zionis laknatullah.


Saya sentiasa mendoakan untuk diri saya khasnya dan semua amnya untuk tidak akan melupakan dalam doa masing-masing supaya ditunjukkan Allah s.w.t kekuatan rakyat Muslim Palestin dan dunia disamping menutup kelemahan-kelemahan yang ada untuk ditunjukkan kepada musuh-musuh Allah ini.


Kesimpulan


Apa pandangan anda pada bola kali ini bergantunglah macam mana pun. Ia sama seperti mana-mana riadah yang sekiranya dijaga dan dipatuhi syarat-syarat beragama, silakan!! Namun, pesanan untuk diri saya dan semua jangan pula kita lupakan isu-isu seperti yang dilontarkan tadi.


Pesan Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud lebih kurang tidak mengaku umatku (Muhammad s.a.w.) kalau dia tidak ambil tahu dan ambil kisah tentang umat Islam yang lain. Semoga maksud hadis ini ada panduannya buat kita.


Wallahu a'alam.


p/s-Bola oh Bola...

Thursday, June 03, 2010

Sakitnya Endoskopi...


alat untuk melakukan endoskopi


Semalam, buat pertama kali saya di'lakukan' satu teknik dikenali dengan nama 'teropong' perut oleh orang sekitar hospital di sini. Atau dengan nama saintifiknya teknik endoskopi.


Alkisahnya..

Saya mengadu kepada doktor tentang sakit gastrik yang selalu menyebabkan saya berada dalam keadaan tak selesa sebelum atau selepas makan. Jadi, dengan inisiatif doktor dan jururawat yang baik di Pusat Kesihatan Universiti, saya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di bandaraya Kuala Terengganu.

Nak dijadikan cerita, satu tarikh endoskopi ditetapkan. Pada 2 Jun 2010, ia digezekan tarikhnya.

Alkisah..Toyyiiibbb...


Aduh, mendaftarkan diri jam 8.45am lagi, tapi dipanggil untuk endoskopi jam 12.15pm. Mahu penat den menunggu,huhu...Tapi tak mengapa, untuk perut yang sihat!!!(cewahhh,hehee). Masuk punya masuk, rupa-rupanya doktor dan jururawat yang membantu pandai depa me'realease' kan tension yang ada pada saya. Mungkin disebabkan muka saya sentiasa nampak serius, jadi apabila masuk ke bilik endoskopi; memang mereka pandai buat lawak pula. Tengok-tengok saya pula yang pelik. Betul ke depa ni? Tapi tak mengapa, yang penting saya memang tak rasa apa dah kat dalam bilik tu. Berbanding masa kat luar, dub dab dub dab je kerjanya,huhu...


Sebelum melakukan endoskopi, doktor pakar ada memberi pilihan sama ada mahu dapatkan bius secara penuh(maksudnya terus tidur la,hehe) atau bius di kawasan tekak sahaja. Jadi saya tanya mana yang lagi baik? Depa jawab, mana-mana pun sama je la, tapi tak jantan la kalau orang lelaki guna ubat bius penuh.


Wah, nampaknya Doktor psiko saya ini. Ke ubat bius dah nak habis dok psiko macm ini,hehe. Apa-apa pun, dengan penuh JANTAN dan COOL saya memilih untuk menggunakan ubat bius yang hanya letak pada kawasan tekak je. Sekali dia punya rasa kebah daa...hehe.


Saatnya...

Doktor pakar ini memang begitu tenang melakukan tugasnya. Dari bahagian mulut, saya dijolok dengan satu tiub yang agak panjang berdiameter berapa saya tak pasti.(gambar di atas sekali) Tetapi sesuai dengan mulut dan esophagus yang akan dijolok nanti. Ditambah dengan kamera pada tiub tadi, ia dijolok dengan penuh rasa tenang. Tapi saya pula yang tidak tenang!!!huhu..Rasa macam diberi makan kayu dan sedang melekat pada kawasan tekak je. Nak telan tak boleh, nak luah pun tak boleh. Sakitnya weh,huhuhu..tapi apa-apapun, masih JANTAN dan COOL lagi,hehe


Dalam masa 5 minit, prosesnya selesai. Semua doktor dan jururawat memberi bantuan sewajarnya. Dan alhamdulillah doktor beritahu tidak ada apa-apa yang teruk. Cuma adalah satu perkataan diberitahu kepada saya; reflux esophagatis ataupun GERD.


Alhamdulillah nampaknya untuk kali ini semuanya telah selesai...


Kesimpulan

Kenapa saya menceritakan detik-detik ini kerana ini pertama kali saya merasakan jika sesuatu benda yang menjolok ke kawasan mulut saya ini menyebabkan sakit sebegitu rupa di DUNIA ini, alangkah saya tidak dapat membayangkan sakitnya kita di azab Allah di SANA nanti oleh kerana beberapa perbuatan yang tak sepatutnya kita lakukan seperti meninggalkan solat, tidak berpuasa di bulan Ramadhan, dan sebagainya. Yang mana setiap satu ada 'denda'nya oleh Allah di SANA nanti yang akan lebih menyentuh tubuh badan kita nanti. Nau'zubillah..


Semoga saya dan kalian akan terus sihat, sihat di SINI dan juga merancang untuk sihat di SANA juga,insyaallah..~


p/s-ooohhh....sakitnya endoskopi..tapi sakit lagi orang Palestine sana..

Turki..anda lantang!!!


Terkejut seantero dunia, apabila kapal misi kemanusiaan ke Gaza diserang 'khas' oleh tentera laknatullah Israel. Dengan menghantar kapasiti seolah-olah mahu menawan sebuah kawasan yang luas, mereka tentera Israel mengepung, membunuh serta menahan mereka di atas kapal tersebut. Misi kemanusiaan ini telah menjadi misi yang tidak sepatutnya berlaku; tapi jelas menunjukkan kekejaman Israel.


Mungkin kerana 12 orang rakyat Malaysia berada dalam kapal tersebut, seluruh 'kita' mengambil cakna isu ini. Alhamdulillah, mereka semua dijamin selamat oleh Wisma Putra. Dan sekarang berada di Amman, Jordan. Sejauh mana kita akan kekalkan perasaan marah dan sedih ini kepada Israel,hanya masa yang yang akan menjawab.


OIC, PBB dan bla,bla,bla..


Pertubuhan yang sememangnya menaungi negara-negara Islam di dunia(OIC) dan PBB. Keduanya sememangnya amat penting ketika ini. Namun, tidak ada perilaku yang menunjukkan mereka bertindak, sama seperti PBB yang mahukan Iran memberhentikan projek Nuklear mereka sedang ia jelas hanya mahu digunakan untuk penjanaa tenaga mereka. Tapi, ini jelas berlakunya penjenayah di perairan antarabangsa, namun mereka senyap. OIC lagi la..just ooooo,i seee...


Isu Palestin sememangnya menjadi isu semua. Lebih-lebih lagi Muslim. Saya berasa sedih dan terkilan dengan rakyat Islam di sana yang menderita malah lebih sedih lagi apabila ada membaca komen seorang rakyat Malaysia yang mengatakan buat apa nak ambil kisah orang Palestin sana, itu hal mereka. Biar mereka je yang selesaikan. Oh, sedih den,huhuhuhu..



Turki..anda lantang!!


Namun, sebuah negara ini tidak senyap. Buat pertama kali dalam sejarah setelah kejatuhan Khalifah Othmaniyyah seluruh rakyat Turki bangkit mengecam Israel yang jelas membunuh mereka yang tidak berdosa. Mereka bangkit. Sehinggakan Perdana Menterinya terpaksa membatalkan lawatan ke Chile, ketua turus Tenteranya juga begitu juga, dan semua rakyatnya turut sama bangkit. Memandangkan kapal Turki juga terlibat sama dengan misi kemanusiaan, ia lebih-lebih lagi membangkitkan kebangkitan umat Islam di sana.


Dengan jelas, sudah beberapa kali Perdana Menterinya melontarkan dan menongkah apa yang Israel lakukan. Dan kali ini, beberapa ucapannya telah lantang sekali mengajak semua dunia amnya dan muslim khasnya untuk bersatu dalam hal Israel ini.

Antara lantangan ucapannya..

"Israel mesti dihukum untuk kejadian berdarah yang dilakukan ke atas bantuan kemanusiaan ke Gaza ini..!!!,"


" Keganasan, serangan yang tidak bertanggungjawab sekali lagi mengatasi undang-undang yang ada, seharusnya Israel dihukum!!, "


" Jangan mencabar kesabaran Turki!!!,"


Dengan 4 orang rakyat Turki yang syahid dalam serangan itu, sememangnya kita sebagai muslim harus turut sama bangun mengecam tindakan Israel ini. Apatah lagi, keganasan regim Israel terhadap rakyat Muslim Palestin di sana. Harus mengecam, membuat perubahan dan kekalkannya dengan ilmu. Bukan minggu depan, kita sudah hilang kecaman terhadap Israel kerana dek kefahaman yang kurang tetapi semangat sahaja yang lebih..


Kita Mahu Lantang!!!?


Siapa yang tidak mahu. Apa-apa pun, yang ada kuasa silakan. Kita ada posisi masing-masing. Teruskan mengecam dan membuat perubahan bak kata Ustaz Hasrizal di sini. Viva Palestina!!!!


p/s-
khaibar khaibar Ya Yahud, Jaisyu Muhammad Safwa Ya'udd!!!!