Thursday, June 03, 2010

Turki..anda lantang!!!


Terkejut seantero dunia, apabila kapal misi kemanusiaan ke Gaza diserang 'khas' oleh tentera laknatullah Israel. Dengan menghantar kapasiti seolah-olah mahu menawan sebuah kawasan yang luas, mereka tentera Israel mengepung, membunuh serta menahan mereka di atas kapal tersebut. Misi kemanusiaan ini telah menjadi misi yang tidak sepatutnya berlaku; tapi jelas menunjukkan kekejaman Israel.


Mungkin kerana 12 orang rakyat Malaysia berada dalam kapal tersebut, seluruh 'kita' mengambil cakna isu ini. Alhamdulillah, mereka semua dijamin selamat oleh Wisma Putra. Dan sekarang berada di Amman, Jordan. Sejauh mana kita akan kekalkan perasaan marah dan sedih ini kepada Israel,hanya masa yang yang akan menjawab.


OIC, PBB dan bla,bla,bla..


Pertubuhan yang sememangnya menaungi negara-negara Islam di dunia(OIC) dan PBB. Keduanya sememangnya amat penting ketika ini. Namun, tidak ada perilaku yang menunjukkan mereka bertindak, sama seperti PBB yang mahukan Iran memberhentikan projek Nuklear mereka sedang ia jelas hanya mahu digunakan untuk penjanaa tenaga mereka. Tapi, ini jelas berlakunya penjenayah di perairan antarabangsa, namun mereka senyap. OIC lagi la..just ooooo,i seee...


Isu Palestin sememangnya menjadi isu semua. Lebih-lebih lagi Muslim. Saya berasa sedih dan terkilan dengan rakyat Islam di sana yang menderita malah lebih sedih lagi apabila ada membaca komen seorang rakyat Malaysia yang mengatakan buat apa nak ambil kisah orang Palestin sana, itu hal mereka. Biar mereka je yang selesaikan. Oh, sedih den,huhuhuhu..



Turki..anda lantang!!


Namun, sebuah negara ini tidak senyap. Buat pertama kali dalam sejarah setelah kejatuhan Khalifah Othmaniyyah seluruh rakyat Turki bangkit mengecam Israel yang jelas membunuh mereka yang tidak berdosa. Mereka bangkit. Sehinggakan Perdana Menterinya terpaksa membatalkan lawatan ke Chile, ketua turus Tenteranya juga begitu juga, dan semua rakyatnya turut sama bangkit. Memandangkan kapal Turki juga terlibat sama dengan misi kemanusiaan, ia lebih-lebih lagi membangkitkan kebangkitan umat Islam di sana.


Dengan jelas, sudah beberapa kali Perdana Menterinya melontarkan dan menongkah apa yang Israel lakukan. Dan kali ini, beberapa ucapannya telah lantang sekali mengajak semua dunia amnya dan muslim khasnya untuk bersatu dalam hal Israel ini.

Antara lantangan ucapannya..

"Israel mesti dihukum untuk kejadian berdarah yang dilakukan ke atas bantuan kemanusiaan ke Gaza ini..!!!,"


" Keganasan, serangan yang tidak bertanggungjawab sekali lagi mengatasi undang-undang yang ada, seharusnya Israel dihukum!!, "


" Jangan mencabar kesabaran Turki!!!,"


Dengan 4 orang rakyat Turki yang syahid dalam serangan itu, sememangnya kita sebagai muslim harus turut sama bangun mengecam tindakan Israel ini. Apatah lagi, keganasan regim Israel terhadap rakyat Muslim Palestin di sana. Harus mengecam, membuat perubahan dan kekalkannya dengan ilmu. Bukan minggu depan, kita sudah hilang kecaman terhadap Israel kerana dek kefahaman yang kurang tetapi semangat sahaja yang lebih..


Kita Mahu Lantang!!!?


Siapa yang tidak mahu. Apa-apa pun, yang ada kuasa silakan. Kita ada posisi masing-masing. Teruskan mengecam dan membuat perubahan bak kata Ustaz Hasrizal di sini. Viva Palestina!!!!


p/s-
khaibar khaibar Ya Yahud, Jaisyu Muhammad Safwa Ya'udd!!!!


1 comment:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Mukmin,

Entry yang sangat bagus (^__^) Dengan kelantangan yg disuarakan oleh penduduk & presiden Turki tidak mustahil untuk kembali bermulanya kebangkitan Islam..

Jika dulu sejarah mencatatkan Turki dengan kejatuhan Turki Uthmaniahnya tidak mustahil untuk Turki kembali membangkitkan zaman kegemilangan Islam..Di mana ia jatuh, di situ ia kembali dibangkitkan..

Jika waktu itu benar2 berlaku Alhamdulillah tp sudahkah kt bersedia dgn iman & amal..

Ayuh sama2 renung2kan..