Friday, June 04, 2010

Bola oh Bola..~



Sedikit tazkirah untuk hari Jumaat ini. Bersempena dengan bulan Jun ini. Semua sedia maklum, bulan ini adalah bulan yang memasuki fasa keghairahan umat manusia yang hobinya adalah berteraskan bola. Kemuncaknya ada di sini. Piala Dunia untuk tahun 2010 edisi ke berapa saya sendiri tidak pasti. Tetapi, dengan tempoh sebulan dari 11 Jun 2010 sehingga 11 Julai 2010, sememangnya memberikan kepuasan kepada yang meminati.


Apa Pandangan Anda Tentang Bola?


Bola. Ia sfera. Pemain dapat bola tendang ke sana dan ke sini. Yang mana matlamatnya satu iaitu untuk menjaringkan gol. Pemain seramai 11 orang untuk sebuah pasukan dan ditambah dengan pengadil perlawanan, pengadil garisan dua orang, menjumlahkan seramai 25 orang akan berada di dalam padang pada setiap kali pertandingan.

Secara jujur, saya sendiri menyokong bola dengan semangat kesukanan yang ada. Saya bermain bola(tapi tidak la mewakili mana-mana pasukan,hehe), dan yang pasti aurat setakat ini masih sama-sama dijaga, saya menyokong bola sehinggakan sanggup kalau berkelapangan untuk ke stadium utama, dan kalau ada masa yang berkelapangan saya menonton bola di televisyen. Itu seharusnya saya akui saya meminati bola sebagai salah satu hobi.


Bola oh Bola


Dan begitulah, begitu sekali dititik beratkan bola sehingga sedemikan rupa. Mungkin saya berpendapat apabila mula musim bola Piala Dunia, pasti sudah 'hilang' ingatan umat Islam terhadap keganasan regim Israel pada mereka yang menghantar bantuan baru-baru ini. Tidak ambil kira lagi yang rakyat Palestine yang setiap masa dihimpit dan ditekan, dengan tekanan dari regim Zionis laknatullah.


Saya sentiasa mendoakan untuk diri saya khasnya dan semua amnya untuk tidak akan melupakan dalam doa masing-masing supaya ditunjukkan Allah s.w.t kekuatan rakyat Muslim Palestin dan dunia disamping menutup kelemahan-kelemahan yang ada untuk ditunjukkan kepada musuh-musuh Allah ini.


Kesimpulan


Apa pandangan anda pada bola kali ini bergantunglah macam mana pun. Ia sama seperti mana-mana riadah yang sekiranya dijaga dan dipatuhi syarat-syarat beragama, silakan!! Namun, pesanan untuk diri saya dan semua jangan pula kita lupakan isu-isu seperti yang dilontarkan tadi.


Pesan Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud lebih kurang tidak mengaku umatku (Muhammad s.a.w.) kalau dia tidak ambil tahu dan ambil kisah tentang umat Islam yang lain. Semoga maksud hadis ini ada panduannya buat kita.


Wallahu a'alam.


p/s-Bola oh Bola...

No comments: