Friday, February 19, 2010

Tadhiyyah



Bercakap tentang tadhiyyah, bukan selayaknya saya untuk menulis dan berbicara. Pen'tadhiyyah'an saya tidak lagi mencapai tahap sehebat-hebat orang yang pernah diiuji untuk tadhiyyah. Ada orang yang tadhiyyah untuk keluarga, untuk sanak saudara, dan bermacam-macam lagi. Dan tadhiyyah lagi hebat adalah mereka yang sanggup ikhlas untuk ISLAM itu sendiri.


Tadhiyyah


Ini satu istilah pada saya, kalau orang yang biasa dengan istilah-istilah Arab pasti kenal dan tahu maksudnya. Saya mula mengenali maksudnya sekitar saya tingkatan empat yakni berumur 16 tahun. Senang cerita, tadhiyyah ini juga membawa maksud kepada pengorbanan. Tapi, untuk mudah memahami lagi pengorbanan yang mahu dimaksudkan di sini adalah pengorbanan yang dibuat atas satu-satunya barang atau keperluan yang kita ada saat itu.


Ini membawa maksud sekiranya ketika itu, saat itu Islam memerlukan tadhiyyah daripada kita. Dan ketika itu juga, sekiranya kita hanya mempunyai wang untuk di tadhiyyah kan, maka saat itu tadhiyyah ke atas wang itu amat dituntut dan diperlukan. Dan dengan bersifat dan bersikap tadhiyyah, maka ia boleh melatih jiwa-jiwa muslim yang ada sekarang untuk terus menerus sayangkan agama yang ada biarpun dalam keadaan macam mana sekali pun.


Bagaimana kalau ketika itu, kita mempunyai sepenuh tenaga untuk disumbangkan kepada agama? Maka, tadhiyyah ketika itu menggunakan sepenuh tenaga adalah sangat-sangat dituntut. Bukan balasan dan duitnya dapat di sini, tapi kalau benar ikhlas, balasan dan 'duit' nya nanti kita sama-sama tuntut di SANA.




Anda Mahu Tadhiyyah?


Dalam mahu membawa agama Islam yang tercinta ini, duit tidak ditabur. Pangkat tidak ditawar. Kedudukan tidak pernah dibentangkan. Menjadi terkenal lebih-lebih lagi tidak. Masa bekerja tidak menentu. Tapi kalau kita benar-benar yakin dan ikhlas, bayaran mahal ada di SANA. Tapi ia sangat-sangat memerlukan elemen tadhiyyah dalam mahu membawa agama Allah ini.


Tadhiyyah masa-tadhiyyah tenaga-tadhiyyah kewangan-tadhiyyah kehendak diri-tadhiyyah masa untuk berkeluarga-dan tadhiyyah dalam pelbagai konteks lagi. Ianya dituntut semata untuk meletakkan agama Islam pada kedudukan yang sebenar.


Dan, ia menjadikan persoalan kepada kita semua. Adakah anda mahu tadhiyyah?


Kalau jawapannya YA, maka anda sudah bersedia dan selangkah untuk membantu agama Allah ini dalam keadaan yang mencabar di hadapan sana. Tapi kalau jawapannya belum lagi YA, maka ayuh sama-sama kita menambahkan ilmu yang ada pada kita untuk menjadikan kita mahu tadhiyyahkan pada agama Islam yang indah ini.


Akhlaknya

Islam payah untuk ditegakkan kalau masing-masing mahu mengambil hal dan keperluan diri masing-masing. Duit aku, duit aku. Duit kau, duit kau. Masa aku, masa aku. Masa kau, masa kau. Oleh itu, sekiranya kita tidak mahu untuk menyokong dan membawa Tadhiyyah untuk agama, siapa lagi? Kita kan muslim, kita juga Insyaallah mukmin yang akan turut sama mendokong perkara ini sehingga akhir hayat, Insyaallah.


p/s-Tadhiyyah..!!~

No comments: