Tuesday, February 23, 2010

Berapa Banyak Dah?

Seketika masa bekerja begini, terimbau kenangan dilatih masa di Falahiah dulu. Dengan pelbagai latihan yang dibentuk dan difikirkan oleh senior-senior dulu, sehinggakan diteruskan oleh adik-adik sekarang, semuanya begitu menggamit jiwa dan memori saya. Dari seharian, dari pagi, hingga tengah hari, dari petang hingga ke malam, dari malam hingga ke bilik asrama untuk tidur, semuanya ada latihan yang perlu diikut, perlu dituruti sehinggakan kadang-kadang menimbulkan ketidakpuashatian pada mereka yang tak dapat menerimanya.


Hidupkan Selawat

Hari ini, sudah masuk 9 Rabiul Awal. Namun, secara peribadi apa yang saya lakukan sekarang jika mahu dibandingkan dengan masa di sekolah dulu sungguh berbeza. Dengan selalu dihidupkan berselawat, sekarang sekadar begitu sahaja saya dalam mengucapkan salam dan selawat ke atas Nabi junjungan kita.

Ini juga salah satu latihan pada saya dahulu. Setiap kali solat jemaah Maghrib sepanjang Rabiul Awal, kami akan sama-sama berselawat. Dengan pelbagai alunan, saya merasa suasana ketika itu. Biarpun mungkin ada yang berpendapat itu bukan sunnah, tapi manifestasinya ketika itu dengan pelajar-pelajar ber'asrama', saya berpendapat itu yang terbaik. Yang mahu berselawat bersendirian itu, ikut lah. Itu lagi baik.


Tapi, begitu lah. Apabila berdiri seorang-seorang, banyak yang tak jadi berbanding jadi. Sebab itu, saya harus muhasabah diri. Rugi rasanya melepaskan peluang mahu berselawat ini. Tidak kira bulan ini, atau mana-mana bulan, rugi rasanya tidak berselawat kepada Rasul kita...


Berapa Banyak Dah Hari Ini?


Ha..dah berapa banyak hari ini kita berselawat kepada Baginda? Dalam solat, itu mungkin dah selalu. Dalam luar solat? Saya juga tujukan soalan ini kepada diri saya. Tidak mahukah kita mengambil fadhilatnya berselawat. Dengan Rasulullah S.A.W akan membalas dengan 10 selawat untuk setiap selawat daripada umatnya ke atas Baginda, kena kita fikirkan lagi? Tepuk dada, tanya iman kita...


p/s-jangan lupa kita berSELAWAT!!!~

3 comments:

Ratu Syahadah said...

salam ziarah

Anonymous said...

ayuh berselawat!! (^_^)

saffmukmin said...

ratu syahadah:salam ziarah..syukran.

anon:ayuh...jgn sesekali lupa..:)