Wednesday, February 17, 2010

Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat


Saya : Kushairi, boleh kita jumpa nanti di KB Mall? Kita jumpa geng-geng kita sambil ada forum bersama senior hebat kita. Abang Amin Idris Besi Berani,hehee..

Kushairi: Beres. Kita jumpa di sana nanti. Lama tak jumpa abang Amin Idris Besi Berani,hehe..










Dialog diatas saya ubah sedikit untuk senang saya menulis. Sebab sebenarnya ia ditulis dalam bentuk SMS, jadi saya ubah dalam gaya percakapan dalam saffmukmin. Alhamdulillah, cuti selama 4 hari bersamaan Cuti Tahun Baru Cina sungguh memberi peluang untuk siapa pun menjenguh dan pulang ke kampung. Dari jauh sanggup juga balik. Yang dekat apatah lagi.


Cuti kali ini, siapa yang terperasan Tahun Baru Cina disambut kebetulan dengan tarikh mereka yang begitu mendambakan sambutan Hari Valentines. Kepada yang mahu menyambutnya, banyak-banyakan beristighfar dan mencari serta dapatkan kebenaran yang sebenar di sebaliknya.


14 Februari 2010.


Bersamaan Ahad, dan juga cuti alhamdulillah diisi juga dengan beberapa aktiviti yang boleh diisi. Kebetulan, Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Hari Hiburan Islam dengan aktivitinya tayangan filem Ketika Cinta Bertasbih, Forum ' Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat' dan pelbagai lagi. Bagi rakyat Kelantan yang pulang, sebetulnya tidak boleh mensiakan peluang sebegini.


Kami, alhamdulillah berkesempatan bersua muka. Ada yang pulang dari jauh. Dekat. Sederhana dekat. Dan macam-macam lagi. Makan-berbual-gurau senda-sakat orang yang dah nak kahwin,hehehe...harapnya semua terus kita kekalkan, sahabat..


Forum BEST.!!~


Wardina ditanya oleh seorang penonton di dalam forum ini.

" Apa yang membuatkan Kak Wardina dapat ISTIQAMAH dalam hiburan dengan mengekalkan imej bertudung?," tanya seorang wanita..


" Saya alhamdulillah dapat mengekalkannya kerana setakat ini saya sentiasa berusaha menambah ILMU tentang AGAMA. Kalau sekadar dengan ilmu yang ada sekarang dan tidak bertambah, pasti kalau kita mahu kekalkan sesuatu perkara yang baik amatlah sukar..cabarannya besar. Tapi kalau kita berusaha ke arah itu, insyaallah ada jalan yang pasti kita ketemui..," balas Wardina, artis pertama Malaysia yang membawa imej bertudung di Malaysia.


Habiburrahman juga ditanya oleh moderator Amin Idris.


" Apa yang bisa ustaz jelaskan kenapa keterlibatan Ustaz sepenuhnya dalam film Ketika Cinta Bertasbih akan tetapi dalam Ayat-Ayat Cinta itu tidak?," soal moderator.


" Jawabannya mudah saja, film ini saya tidak bisa mahu menjadikan watak-watak dalam novel dan film itu tidak sama. Masakan seorang graduan Al-Azhar dalam filmnya bertudung, akan tetapi dalam kehidupan luarnya tidak bertudung. Paling kurang, saya mahu berusaha untuk menyamakan watak dalam novel dengan filmnya. Kami menetapkan beberapa syarat untuk watak kami. Pandai baca Qur'an, bisa menghafal surah-surah. Namun ada yang menanyakan kenapa watak Alice Norin sebagai Elyana itu saya berikan kepada yang tidak bertudung. Harus saya bilang di sini Alice itu baru saja masuk Islam. Dia tidak bisa lagi pandai membaca Al-Quran. Akan tetapi, demi menjayakan watak dalam film KCB ini, dia sanggup dan berjanji pada saya untuk belajar Qur'an, mahu hafal surah-surah yang senang dihafal. Itu satu usaha yang patut dipuji.






Jadi, karna itu saya terlibat hampir sepenuhnya dalam film ini. Kita tahu di Indonesia saja hampir keseluruhan hidup mereka di tonton kan dengan hiburan. Dengan berpuluh-puluh channel televisen, hiburan menjadi makanan dan santapan mereka. Jadi, kalaulah dengan selebriti yang saya pilih ini menjadi turutan mereka, bukankah dengan berpuluh-puluh channel ini akan dapat terus rakyat Indonesia menurutinya? Bukankah satu kebaikan kalau nanti televisen itu melaporkan, "Alice Norin mahu belajar Qur'an". "Alice Norin itu mahu menghafal Qur'an" Bagi saya, itu satu usaha dakwah yang dalam dalam tak sedar, kita berjaya menarik mereka yang selalu dan sangat suka kepada hiburan untuk sama-sama berubah.


Insyaallah, mas. Saya yakin di Malaysia juga boleh begitu. Film Ketika Cinta Bertasbih setakat ini memecah rekod baru di cinema. Seramai (5 atau 6.8 juta @ 50 atau 68 juta orang penonton) menonton film ini. Alhamdulillah..," jawapan panjang yang saya ringkaskan.


Jelas, menunjukkan usaha Kang Abik harus diletakkan sedikit penghargaan atas usahanya untuk membawa Islam pada setiap keadaan waima dalam filem sebegini. Malah, selebriti atau artis juga menjadi sandaran dan pilihan. Kalau di Malaysia, masih ada artis yang boleh dijadikan sandaran dan ikutan atau ikon remaja sekarang? Sama-sama kita nantikan..


Sampai Petang..







Alhamdulillah, jam 5 forum ini tamat. Semua beransur pulang. Masing-masing sudah ada kerja sendiri barangkali. Tapi tidak mengapa, paling kurang kita sudah mendapat beberapa nilai yang berharga hari ini. Ukhwah-mendengar forum yang BEST-makan-makan-dan pelbagai lagi..

Insyaallah, kita jumpa lagi nanti.


p/s-tak sabar untuk ke Cameron nanti bersama kalian,hehe..

No comments: