Thursday, July 30, 2009

Kenyataan Hidup Disebalik Permainan Ini.

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"





Murid muridnya pun mengerti dan meng
ikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.


Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.


"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..."


"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.


"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"


Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.


Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana ten! tu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.


"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."


"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "


"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.


"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".


"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

p/s-sama-sama fikirkan dan...??? dan muhasabahlah..

ISA~Terus Di Abolish kan!!!!

Rasa nak tergelak bila ada pula orang yang tiba-tiba mahu jadi pembodek negara dengan menjadi lawan kepada demo untuk mansuhkan ISA. Yang tak tahan lagi bila ada yang keluar dalam berita televisyen dengan megah berkata " ISA memang diperlukan untuk menyelamatkan bangsa..dan macam-macam lagi.."


Depa tak tahu ke berapa banyak kes yang sampai sekarang masih tak selesai. Kalau benar nak adili, gunalah polis yang sudah sedia ada. Kesian. Paling saya kesian ketika ada seorang bapa yang tak sempat melihat anaknya yang jatuh dari rumahnya dan meninggal beberapa hari kemudian. Hanya sempat terus ke jenazah dan ke perkuburan.Itu baru sedikit dari kesannya. Sedangkan bapanya sudah lama ditahan tanpa bicara.



mansuh!!!!


Macam mana kalau yang kena itu sedara mara mereka?


Macam mana kalau yang terlibat dengan tahanan tanpa bicara yang memang begitu lama itu adik atau abang kita?


Dan kalau bukan siapa-siapa pun, bukankah kalau yang muslim itu saudara kita juga?


Mansuhkan ISA bukan untuk terus menidakkan undang-undang cuma haruslah berlaku adil dalam membuat keputusan dan undang-undang!!!


1 Ogos 2009

Ayuh!!!...siapa yang berkelapangan untuk turun sama ber'demo' dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Kalau yang belum berkelapangan, sentiasalah berdoa dan memohon serta membantu segenap dan semampu yang mungkin. Mungkin usaha sedikit kita dari jauh membuahkan hasil yang sedikit-sedikit menjadi reformasi!!!



mansuh lagi!!!!



p/s-hapus dan mansuhkan ISA!!!!

Tuesday, July 28, 2009

Welcome to Terengganu!!!

Tiada apa yang boleh difikir-fikirkan lagi. selamat datang ke Terengganu (buat saya,hehe..). Terkenal dengan kepok gete, jalang-jalang gi Marang dan Merang, ayuh kita raikan suasana ini di sana pula. Selamat bekerja juga!!!



p/s-jom dengar lagu famous dulu-dulu,hehe


Wednesday, July 22, 2009

Pada Suatu Petang..

Satu petang, saya mendapat satu panggilan dari senior saya.


" Wae, malam ni free dok? Dalam pukul lepas Maghrib?," tanya senior ini.


Tiba-tiba saya jadi tertanya-tanya. Ada apa pula malam-malam macam ini dan telefon pula secara tiba-tiba. Dengan penuh keyakinan dan tanpa rasa segan silu saya menjawab,


" Boleh, free jah. Tidak ada apa-apa pun," yakin dan jelas jawapan itu.


" Baik. Jam sekian-sekian kumpul di sini dengan kenderaannya sekali. Baik. Jumpa nanti!!!," dengan begitu sahaja, tamat perbualan.


Duduk tersadai memikirkan. Ada apa malam ni?? Ada apa ye...


Malam nya..



Seramai 4 buah kereta berkonvoi. Dari Kota Bharu ke Pasir Putih kami bergerak. Jam 8.15 malam tepat bergerak. Saya hanya mengikut kereta mereka di hadapan. Perjalanan begitu jauh sekali. Menyusuri jalan-jalan yang bersifat jalan kecil, tidak berlampu, dengan keadaan sejuk-sejuk suam malam ini, ditambah dengan perut lapar (hehe..), saya dan dua orang lagi kawan sekereta semakin menunggu apakah kali ini rancangannya.


Tadi ada juga mendengar katanya mahu pergi mencuba sesuatu yang baru. Katanya puas hati benda baru ini. Tidak pernah ada komen yang buruk-buruk. Malah semua orang yang pergi tidak pernah berasa kesal. Apakah itu ye?? Semakin kami memikirkan...


Hampir 1 jam setengah perjalanan, kami sampai. Secara spesifik tempat adalah di Cherang Ruku. Atas sikit dari Jambatan Tok Bali. Aduuhh,perut kami semakin lapar. Harapnya agar ada makanan yang betul-betul best nanti!!!


Megi Ketam~Alhamdulillah!!



Hehe..sebenarnya tidak ada apa-apa pun. Senior saya sebenarnya mengajak untuk ke satu kedai ini. Kedai yang menawarkan menu Megi Ketam. Jauh sungguh perjalanan kami seramai 13 orang ini. Semata-mata mahu mencubanya. Tapi memang tidak akan menyesal la. Puas hati. Sekali lagi two thumbs up pada makcik dan pakcik kedai ni.



baru sampai..memang tertunggu-tunggu,huhu





selesai..hehe.



Mula-mula sampai, macam angker juga jalan mahu pergi ke sana. Sekali terfikir, betul ke ada kedai dalam kampung ini. Sekali betul ada daa..tepi sungai pula tuh,hehe. Apa yang best tentang Megi ketam ni, sebab kami kena menunggu hampir 45 minit baru dapat makanannya,huhu. Tapi,memang best sangat!! Ketam pula yang fresh, 3 ekor ketam dan ketam pula adalah jenis Ketam Nipah yang memang dikenali dengan banyak isinya; di samping dalam megi tu ada pula udang dan ayamnya. Berbaloi rasanya dengan harga RM10 semangkuk. Pergghhh..dan alhamdulillah, kenyang. Sangat berbeza semasa saya makan mee udang di Bukit Gantang tempoh hari yang cuma 4-5 udang sahaja dengan harga RM12 semangkuk.





mee udang di Bukit Gantang


Konklusinya


Tidak ada secara jelas konklusinya. Cuma berharap dapat datang lagi nanti. Sempat bercerita dengan abah tentang ini, nampaknya abah juga bersemangat mahu pergi juga nanti!!!hehe..

p/s-jom jalan-jalan cari makan lagi!!!

Tuesday, July 21, 2009

Muzik Pilihan Hati~Dekatkan Ilahi..

Saya secara ikhlas tidak pernah ada genre muzik yang benar-benar menjadi pilihan di hati sebelum ini Kalau mahu diikutkan dengan pelbagai jenis muzik yang ada sekarang, kita sudah boleh membuat pilihan. Masa kecil-kecil dulu, masih saya ingat hanya lagu-lagu Suria Baja Hitam, Ultraman, Maskman dan macam-macam lagu cerita diorang saya hafal dan nyanyikan. Tidak ada penetapan muzik khusus sebenarnya. Saya rasa mungkin kebanyakan kita begitu juga kan. Lain lah kalau kita ini Beetheoven yang dari kecil lagi sudah tahu menghargai muzik.


Lagipun, masa kecil-kecil dulu tiada lah sangat medium massa yang luas semacam sekarang untuk mencari muzik pilihan. Sekarang apa yang tiada? Internet sudah menjadi pilihan utama untuk mendapatkan lirik dan lagu-lagu terkini. Pasti pilihan sudah dibuat dari kecil lagi untuk budak zaman sekarang.


Muzik secara terus akan ke hati masing-masing. Kerana pada saya, muzik ini akan dapat membantu merawat hati dan selesa untuk halwa telinga masing-masing. Bimbang memilih muzik yang akan merosakkan hati, mungkin sebab itu ramai yang menolak muzik nasyid yang dirasakan dapat merawat hati namun ia sebaliknya. Mahu memilih rock, keras sangat. Tapi abang saya Cikgu Hilmi memang hantu rock!!!hehe...



Pilihan Terus Diproses



Muzik boleh terus dipilih. Jiwa saya telah dilatih di sekolah menengah dahulu untuk mendengar muzik-muzik ringkas dan bertepatan dengan maksudnya. Jarang untuk saya mendengar muzik mengarut di sekolah dahulu. Pagi-petang kami didengarkan muzik-muzik begini. Paling best bila masa tingkatan 4, saya dibenarkan untuk menyertai pasukan Nasyeed sekolah kami. Sebab sekolah kami tidak ada pasukan Dikir Barat, pancaragam, kelab Muzik atau apa-apa yang seumpamanya, maka ini je la paling praktikal buat saya masa itu,hehe...


Dua kali johan Negeri dalam minggu yang sama. Berjaya mengalahkan SMKA Naim Untuk Muslimah di peringkat Negeri (menangis diorang,hehe...) dan Hari Terbuka Nasyeed USM Kampus Kesihatan di peringkat negeri juga, membibitkan rasa bahawa mungkin ini lah muzik pilihan hati saya...sesuai dengan jiwa saya.



di HTD USMKK 2001


Sampai sekarang, muzik ini terus didendang untuk maniskan dan juga sedapkan halwa telinga saya. Disamping Qiraah Sab'ah ; lagu indah dalam pembacaan Al-Quran, semuanya menggamit jiwa dan hati saya. Malah saya juga layan lagu-lagu yang kena maksudnya. Bukan baik sangat pun saya ini untuk layan Nasyeed je,huhu..Tapi, dengan muziknya merdu, indah dan selesa..bagaimana anda?



semasa kalahkan sekolah Naim,hehe


Akhlaknya


Pilihlah muzik yang benar-benar sesuai untuk hati nurani. Jangan pilih sesuka hati. Nanti hati jadi tak suka pada diri sendiri. Paling penting, pilih muzik yang setiap hari boleh dekatkan kita Ilahi..

p/s-boleh klik tentang satu kumpulan nasyeed sahabat saya semasa matrik dulu di sini. juga sama-sama dengarkan lagu ini...




Layan ye..

Monday, July 20, 2009

NC Pun Kena Main FaceBook Kaa???

Pagi-pagi lagi, saya selalu dan agak terkejut juga dengan pelbagai berita di Malaysia sekarang. Ada yang bersifat seram dan juga ganas, ada yang bersifat menghiburkan malah ada juga bersifat yang kadang-kadang melucukan. Akan tetapi, sebelum terlupa, saya mahu rakamkan ucapan tahniah kepada mereka yang sudah dan akan melalui konvokesyen untuk sekian kalinya. Minggu lepas, saya sempat menghadirkan diri ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk sama-sama berkongsi kenangan indah bertemankan sahabat, Muizzuddin yang baru sahaja menamatkan pengajiannya. Semoga terus cemerlang nanti!!

saya, fadhil, Muizz, shy dan amre..(maaf beli bunga kecil je,huhu)


Ini mungkin sedikit melucukan. Dulu, saya pun pernah marah kalau orang-orang politik mahu guna FaceBook sebab saya yakin bukan mereka yang akan update. Mungkin depa akan bayarkan kepada orang lain untuk kerja itu. Tapi bagi saya ok juga la sebab mereka teramat sibuk dengan lapangan politik Malaysia yang mahu diperbetulkan ini. Tapi, kalau orang akademik yang tinggi-tinggi pun mahu main FaceBook, apa pandangan kamu semua?? Sesuai ke?


Bagi saya, apa-apa laman sosial sebenarnya kalau diikutkan dengan senang sahaja boleh terpesong dari niat asal. Garisan pemisahnya amat nipis. Bila-bila masa sahaja ia boleh menjadi duri dalam daging kepada mereka yang niat asalnya mahu mencari sahabat-sahabat lama tetapi bertukar pula mencari jodoh-jodoh yang baru.(????)



Kalau betul Naib Canselor disarankan menggunakan FaceBook oleh Kementerian Pengajian Tinggi, nampaknya setelah popular Twitter dan pelbagai jenis laman sosial di Malaysia nanti , akan ada pula tajuk berita begini;


" Naib Canselor(NC) disarankan menggunakan Twitter(atau laman sosial itu ini)"


..dan ia terus tidak berkesudahan. Saya tahu pengguna FaceBook sudah mencapai 50 juta orang tempoh hari. Saya juga tahu banyak kebaikannya FaceBook ini kalau kena caranya. Dan saya juga pengguna FaceBook (amat tegar juga la,huhu..), tetapi...tetapi banyak lagi akademik universiti boleh buat kerja..


p/s-Bukan memandang terlalu besar isu ini, tapi tak juga pandang ia terlalu kecil...


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial, Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian.

Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu.

"Dengan itu, ia akan memberi peluang kepada setiap mahasiswa berinteraksi dengan pimpinan universiti. Lazimnya yang lebih mudah berjumpa dengan pemimpin universiti ialah pemimpin mahasiswa sahaja," katanya.

-KOSMO,20 julai 2009.

Sunday, July 12, 2009

Yakin Ini Yang Terbaik

Sedang saya menyusuri pembelajaran peringkat Sarjana, saya didatangi satu panggilan telefon. Nama yang tertera di handphone saya tertulis nama Abahku. Saya menjadi begitu obses sekali kalau ia datang dari Abahku atau Mamiku(Mak le..hehe) seminggu ini. Sebelum saya datang ke sini, saya ada memesan kepada kedua ibubapaku. Pesan saya, kalau ada apa-apa perkhabaran dari Terengganu, beritahu segera ya!! Dapat atau tidak itu nombor dua, yang paling penting saya merasakan seharusnya saya patut tahu keputusan ini awal-awal supaya nanti tidak mengganggu lagi pembelajaran saya. Kalau dapat, alhamdulillah. Kalau tak pun, alhamdulillah kerana saya akan dapat meneruskan pengajian peringkat Sarjana ini.


hari-hari fikir tentang ini..

Petang Rabu

Panggilan ini saya angkatnya.

" Abah, weng ada kelas ni. Ada apa Abah? Kalau pasal motor, nanti weng telefon semula," jelas saya pada Abah selepas mengangkat telefon.

Sebenarnya, saya berada di USM Penang begitu penat sekali berbanding saya di USM Kubang Kerian. Kenapa penat?? Sebab bukan kerana pengajiannya sangat, tapi sebab kat sini saya kena berjalan hampir 5-6 kilometer satu hari. Berbanding di USM Kubang Kerian, saya bergerak dengan motor saya aje,hehe..Itu pasal,saya betul-betul mahu Abah kirimkan motor saya secepat mungkin.

" Baik. Ringkas je. Alhamdulillah, weng dapat berita baik tentang dari Terengganu itu. Weng berjaya lulus untuk kerja itu. Tahniah!!," abah menjawab ringkas.

Saya tergamam dan hampir merasakan mahu balik terus dari kelas. Kemas-kemas beg dan terus balik Kelantan kot,hehe. Sujud syukur terus dibuat. Berdekatan dengan kelas, saya melakukannya. Tiada apa yang mahu diungkapkan lagi, hanya Dia yang tahu. Berkat doa khas yang diajarkan dan directly dibacakan oleh ibuku khas kepada ku selama ini, alhamdulillah Allah mendengarnya.

Bukan kerana kerja itu mahu ditekankan sangat, cuma merasakan betapa sesudah apa yang berlaku kepada saya di Kolej PTPL tempoh hari begitu menyedihkan saya. Kadang-kadang saya merasakan saya ini useless apabila dengan senang hati dan gembiranya pihak pengurusan sana terminatekan kontrak saya.

Hari terakhir saya di kolej, sesorang beritahu saya tentang ini.

"Kadang-kadang kita berada dibawah, mereka di atas. Dan kadang-kadang kita di atas,mereka di bawah. Ketika kita di atas mahupun di bawah, janganlah kita terlalu bersedih sangat. Kerana hidup ini tetap seperti roda. Sekejap sahaja Allah boleh beri kita kedudukan yang baik dengan memberikan kedudukan kita di atas, dan juga sekejap sahaja Allah boleh beri kita kedudukan yang teruk dengan memberikan kita kedudukan di bawah. Sabar dan terus memohon kekuatan dari Allah ye.."


doa ibu kupohon sekali..


Ayuh,teruskan lagi!!


Beberapa hari lepas, saya menulis tentang kita perlu teruskan apa yang terus berlaku dalam hidup kita. Apa-apa yang berlaku, kita terus diajar dan berlatih untuk membuat keputusan terbaik. Dan dengan tawaran yang saya dapat kali ini, saya merasakan dengan pertimbangan lain yang dibuat saya teruskan dan yakin dengan mengambil tawaran kerja ini.

Saya sudah bersedia dengan apa yang terus berlaku dalam hidup saya. Saya rasa anda juga begitu kan?? Tributekan post ini kepada kawan saya Akmal, semoga dapat teruskan juga Master research anda. Jangan putus asa, kerana itu lah yang terbaik yang telah Allah berikan kepada anda. Insyaallah, kita jumpa lagi di UMT nanti!!

p/s- alhamdulillah!!!!!

Monday, July 06, 2009

Penyakit Ini Datang Lagi...

Aduh. Kasihan saya. Nampaknya, penyakit ini datang lagi kepada saya. Sudah pelbagai cara saya buat. Sudah pelbagai kaedah saya cuba kurangkannya. Namun apabila di saat memerlukan begini, ia datang. Bagaikan payah mahu dielak, ia tetap datang juga.


Kisah dulu-dulu..


Masa saya belajar di sekolah menengah dulu pun sama. Tak kira siang, malam pasti ia akan datang. Pernah saya dimarahi kerana penyakit ini datang. Ada kawan saya pun sama. Kadang-kadang, kami semua ada juga pernah didenda sama-sama.


Yang paling tak tahan, kalau di sekolah waktu kelas seorang ustaz ini. Namanya ustaz tuuuuuttt(tiba-tiba censor,hehe..) pasti saya akan datang penyakit ini. Yang tak tahan, baru aje 10 minit kelas itu berlangsung. Kadang-kadang sampai satu tahap, saya memang setiap minggu akan diejek oleh ustaz ini. Sebab dia dah tahu kalau waktu dia mengajar, penyakit ini pasti akan datang pada saya dulu. Pening-pening kepala den..huhu.


masa tingkatan 5~2002

Tapi kalau kelas subjek lain, tiada la pula macam ini. Penyakit tidak pula mahu datang. Kalau subjek kira-kira, subjek tambah tolak darab bahagi, sihat segar bugar sahaja saya. Aaa..lupa. Ada satu lagi subjek, subjek History orang puteh kata. Selalu juga datang penyakit begini.


Saya teringatkan kawan saya yang seorang ini. Dia pun sama ada penyakit ini. Bila datang penyakit ini, datanglah apa-apa pun tergolek ke, kamu menjerit ke, memang dia macam itu juga.
Masa matrik pun sama. Pernah juga datang penyakit ini. Bersama geng-geng Kelantan, pernah satu meja kuliah kami didatangi penyakit ini. Anda pernah rasa penyakit ini??



geng Kelantan~antara yang kuat kena penyakit,hehe..


Kelas pertama~6 Julai


"Are you sleepy...?," tanya seorang rakan baru saya, Sultan Aisy selepas kelas pertama.

" Not just sleepy, dreamie too, hehe...," saya menjawab dengan jawapan sambil gelak ringkas. Dia bertanya sebab dia pun tertidur juga masa kelas tadi. Kelas pertama saya, saya sudah buat onar dengan penyakit ini. Baru sahaja 20 minit, tengkuk ini sudah rasa mahu lentok. Tiba-tiba sahaja mahukan bantal.

Bantal,oooo...bantal,hehe...



Sultan Aisy



baru lepas terjaga,huhu..



Nasib baik di sebelah saya ada kawan yang sama macam saya juga. Azrul namanya. Dia punya tangan sekali karate atas tengkuk saya terjaga sampai habis kelas,hehe.Syukran jazilan Azrul. Tapi alhamdulillah, untuk kelas kedua dan seterusnya saya dapat berjaga dengan baik. Mungkin sebab kesan saya berehat dan tidur serta makan sahaja dalam dua bulan sebelum ini saya senang mengantuk dalam kelas. Harap esok tidak begini lagi. Kalau masih begini, teruk saya!!!huhu..



Tip-tips elak tidur dalam kelas?


Masa jadi tutor, selalu juga marahkan pelajar sebab tertidur dalam kelas. Maaf la ye pelajar-pelajar saya. Sebenarnya best juga tertidur dalam kelas ini,hehe. Tapi jangan selalu amalkan, ingat tuh!!huhu..

Saya sempat baca tips ini dalam Majalah 3G (Gah, Gempak dan Giler). Mungkin boleh diambil iktibar oleh saya khususnya dan siapa-siapa yang membaca blog ini amnya. Ada beberapa tips iaitu:


~bila rasa mengantuk sila buat senaman(berpeluh sakan la pasne,hehe..)

~beri izin kepada kawan sebelah untuk karate tengkuk anda(boleh patah ni,huhu)

~beritahu pada cikgu/tutor/pensyarah anda mengantuk dan minta dia bagi apa-apa tugasan segera (tak habis la kelas dok main macam ni,huhu)

~dan Gelak, Golek dan Golek atas lantai confirm tak tidur dah sebab malu (macam-macam la,hehe..)

Apa-apa pun, kalau ada yang baik ambil sahaja kan. Kalau tak, jadikan bacaan tambahan kita sahaja. Sebab ini majalah humor, mesti mahu dibuat untuk humor kita juga kan.


Akhlaknya

Mudah dan senang. Usahakan untuk jangan tidur dalam kelas semasa cikgu/tutor/pensyarah anda sedang mengajar. Kerana saya sentiasa ingat pesanan senior saya tentang hal ini (walaupun tidur juga,huhu.). Kita jangan sama sekali ponteng untuk ke kelas. Kalau ke kelas, jangan pula kita tidur semasa pensyarah mengajar. Sebab ilmu ini ia akan kembali kepada asasnya iaitu keberkatan untuk mendapatkannya. Walaupun kita cerdik pandai dan mungkin boleh melebihi ilmu orang yang mengajar kita, namun konsep keberkatan itu lah yang akan menjadikan kita seorang yang lagi BERILMU.

p/s-penyakit ini, sila jangan datang lagi!!!!!....

Sunday, July 05, 2009

Jom Tengok Sekali...

Saya begitu seronok dengan gambar-gambar ini (jom tengok sekali!!!hehe...). Mungkin abang sulung saya, Rafiqie a.k.a Abe Qie teramat penat barangkali dengan karenah Irham Razim,anak saudara ku yang ketiga. Dia antara anak saudara yang jarang saya ketemui dan juga Amir Safwan. Mungkin sebab saya jarang melawat mereka. Tiba-tiba rasa rindu mahu jumpa mereka!!huhu...

Dari kejauhan, saya mohon maaf pada Abe Qie dan juga abang-abangku yang lain kerana tidak memberitahu kalian saya ke Penang untuk menyambung pengajian. Bukan sengaja tidak mahu beritahu, cuma merasakan ini biasa-biasa saja. Maaf ya!!!..Insyaalah nanti kalau jalan-jalan Penang akan saya tunjukkan jalan (tunjuk jalan je la,hehe...)



irham dengan abe Qie~lentok...




irham dengan abe Qie~ikut papa dia ni,hehe...




meleleh pula irham ni,hehe...





Hadi dengan bapak sedaranya





aisya,hadi dengan Abah Toknya..





senyum Amir....


p/s-Irham Razin, Aisya Safia, Amir Safwan, Hadi Marzuki..~bertemu kalian nanti.

Mulakan Hidup...Baru???

Salam sahabat dan salam berjuang buat semua yang baru mendaftarkan diri ke pusat pengajian di kampus masing-masing. Terutama kepada adik tersayang, Dziharuddin yang berjaya meloloskan diri untuk minggu orientasinya di UiTM Dungun. Semoga terus berjaya dalam pengajian nanti ya dik!!!

Tak lupa juga saya mahu berikan penghargaan kepada adik-adik junior saya di USM KK terutama di Sekolah Sains Kesihatan (dah nama School Of Health Science sangat,hehe...) supaya kalian terus juga dapat mencapai keputusan yang lagi baik dari apa yang ada sekarang. Keputusan lagi baik bukan sekadar pointer yang digapai akan tetapi mempastikan diri kita turut sama berubah ke arah lagi baik dan menjadi mahasiswa/i yang tahu dan responsif terhadap segala yang berlaku sekarang.

Tak akan ku lupa juga kepada pelajar-pelajar kesayanganku di Kolej PTPL Kota Bharu yang juga baru memulakan pengajiannya untuk sem panjang yang baru (biar dah hampir sebulan,huhu..). Kamu juga boleh berjaya dengan baik kalau masing-masing tahu tanggunjawab dan amanah terhadap segala usaha mereka yang di sekeliling kita sudah berkorban untuk kita. All the best my lovely student!!!!


Ayuh Teruskan..!!

Biasa kalau dah mula pengajian begini, mesti akan ada azam baru. Tak salah kalau kita mahu mulakan yang baru kerana itu lah diri kita kan. Selalu mahu mulakan yang baru sedangkan yang lama mungkin kita boleh ubahsuaikan ia agar selari dengan diri kita dan jadikannya lebih baik. Cuma perlukan sedikit sahaja perubahan. Jangan sampai mahu mulakan yang baru akan tetapi berubah menjadi lebih teruk. Subhanallah!!!


~sambung Belajar..


Saya teruskan juga niat dan kemampuan saya untuk menyambung lagi satu tahap pembelajaran saya. Kalau difikirkan, mungkin tiada nilai dan gadaian yang baik bagi pengajian saya ini akan tetapi kita takkan tahu apa yang berlaku di hadapan sana. Dengan kemampuan dan kebergantungan yang ada sekarang, saya merasakan ini adalah yang terbaik.


saat-saat Taklimat

Alhamdulillah, melihatkan suasana pengajian harus disuburkan dalam diri kita setiap insan yang bergelar muslim saya bertekad datang ke sini, USM Penang. Tanggal 3 Julai 2009 saya sudah mendaftarkan diri sebagai pelajar sepenuh masa bagi peringkat seterusnya. Dan saya akan teruskan apa dan bagaimana cara pembelajaran saya selama ini cuma mahu dibuat sedikit sebanyak pembetulan itu dan ini.

Ditambah dengan doa kalian, bantuan Allah taala saya yakin saya mampu bertahan.



4 orang laki-laki pengajian saya~dan saya pertama kali nampak macam kurus,hehe..


Ibu-Bapa


Akhir kata, segala usaha kita dalam pembelajaran tak kira dari lapangan mana sekalipun jangan lah kita lupakan memohon dan meminta untuk ibu dan bapa kita turut sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kita.

Untuk kali kedua, saya merantau jauh dari bumi Kelantan (pertama masa Matrik,hehe..). Dan jelas saya merasakan doa kedua ibu bapa saya lah yang memberikan kekuatan kepada saya yang sememangnya tidak pernah saya sedari. Alhamdulillah, saya rasa anda juga begitu kan?? teruskan berdoa bersama mereka!!!

p/s- Abah, ibu, adik-adik, abang-abangku, sahabat-sahabat se-generasi, kawan-kawan tempat kerja, pelajar-pelajar tersayang, adik-adik junior di USM KK~doakan saya!!!