Tuesday, May 19, 2009

Aku.(dot) Serius.(dot)com

Memang aku selalu terkena kalau cakap pasal serius. Lebih-lebih lagi masa jadi tutor masa di sebuah kolej swasta dahulu. Pernah pertama kali masuk ke kelas, semua pelajar untuk subjek Anatomi dan Fisiologi tiba-tiba senyap sedangkan sebelum itu mereka dok bising je. Aku masuk dan buat-buat macam senyap, depa pun bersama senyap. Barangkali depa terkejut aku masuk dan bagi salam dengan perlahan (baca=macho) kononnya,hehe..


Aku perkenalkan diri. Salam juga diberi.


" Emm..nama saya Mohd Redhuan, kamu boleh panggil saya En. Redhuan. En.Due pun boleh. Nama lain selain dari nama itu tak dibenarkan. Yang penting, saya nak dalam kelas ni, jangan tidur-tidur curi masa saya mengajar. Nak tidur juga, sila angkat tangan. Saya bagi tidur. Tapi kalau lepas tu kamu tak faham, kamu kena buat-buat faham sendiri lah," ucap pertama aku bekerja sebagai tutor.


Depa
pelajar masih lagi senyap. Mungkin intonasi aku serius lagi kot.


" Saya pelik, kenapa muka kamu semua macam takut-takut?," aku pula kena triggerkan suasana konon-konon ceria.


" Ingat, saya ni muka je nampak garang, badan je sedikit besar (sambil depa boleh mula gelak kat aku) dan insyaallah, saya ni baik hati orangnya," lagi depa dah lebih gelak pula. Dan aku tiba-tiba pula masuk bakul lepas tu angkat sendiri,hehehe..


aku dan anak sepupuku yang sentiasa comel


Bukan apa, aku hanya mahu cetuskan suasana riang-riang. Tiada takut-takut dengan pengajar dan juga yang diajar. Tambahan lagi, dicampur dengan muka aku yang nampak serius, memang lagi banyak aku kena triggerkan suasana sebegitu.


Aku.Serius.com


Tiada apa-apa pun kaitan tulisan tajuk itu dengan alamat web ke atau selainnya. Cuma, mahu aku tuliskan di sini, lebih-lebih kepada ex-pelajar aku (sebab aku kuat dok kempen kat depa suruh masuk blog aku,hehe..) dan juga bakal pelajar aku nanti, aku memang serius juga. Tapi tiada lah pula mahu serius sampai mahu makan orang barangkali,hehe..


Apa-apa pun, mereka dua orang bekas pelajar aku ini selalu juga ceritakan bila aku bawa mereka jumpa kawan-kawan aku. Cerita yang hampir sama. Cerita tentang masa depa first time masuk kelas dengan aku, aku nampak garang dan serius. Kadang-kadang aku naik malu sebab ending cerita itu mesti dia nak ceritakan aku ini tiada lah garang sangat, tiada lah serius sangat. Baik hati sebenarnya. Malu juga seh,huhu..Tapi takpe, mereka memang pelajar yang baik.




mereka berdua

Akhlaknya

Jangan terlebih serius, jangan pula tak serius langsung. Sebab orang yang mahu bawa agama itu harus ada jiwa keduanya. Jadi lah kita semua semacam Umar Al Khattab r.a. Garangnya di siang hari bagaikan singa di rimba kerana berjuang pada jalan Allah, tapi malamnya pula bagaikan rahib yang terus memohon dan meminta ampun padaNya dengan hati yang lembut dan juga sebagai hati seorang hamba. Wallahu'alam.


p/s-serius tapi lawak,boleh ke??hehe..

4 comments:

tronx013 said...

salam...

heheh.. kan saya dah cakap.. abang redhuan memang garang.. ibarat iarama dan lagu.. :) xleh pisahkan.. walaupun control macho..tapi ia tetap menakutkan dan menyeramkan.. All the best!! berusaha jadi tutor yg hebat!!

saffmukmin said...

tronx013: hehe..bese la.mmg serius tu dh bese dh kena,hehe..

taakkuuuutttt....hehe..

al-azhar@Akinori Aihara said...

betoi ke garang ni? den rasa wan ni hapi go lucky orang nya..dan pengalaman menjadi tutor ,den juga pernah merasai..all the best in your life..

saffmukmin said...

azhar: ade msnya garang,hehe..ms kt jmp itu hr,mgkn itu lah sft sbnrnya diri ni,huhu..

sm jg,all the best in ur life..:)

p/s-nk pegi lg, jgn lp jmpt!!