Wednesday, May 27, 2009

Aku Juga Boleh Marah~Tribute To PTPL


Tanggal 10 Jun 2008 akan aku ingat dan kenang sampai bila-bila dalam kitab diari hidupku. Ini kerana pada tarikh ini aku diterima bekerja untuk ke sekian kalinya. Cuma kali ini aku bekerja setelah selesai tamat belajar untuk mendapatkan segulung ijazah selama empat tahun. Alhamdulillah, ada juga majikan yang bersedia mengambil aku bekerja. Sebagai graduan muslim, aku sentiasa bersyukur atas nikmat ini. Paling kurang, aku masih lagi mendapatkan rezekiNya dan mencari rezeki halal. Jawatan sebagai tutor dan dengan gaji berpatutan, aku menerima kerja ini.


Lima bulan pertama memang aku begitu teruja bekerja di sini. Suasana kondusif yang begitu mengasyikkan dan menceriakan. Rakan sekerja begitu membantu. Pelajarnya lebih lagi turut sama memberikan kerjasama positif. Akhir semester pertama, semuanya berjalan dengan baik.




rakan sekerja


Fitnah atau apa?


Memasuki semester kedua, kali ini aku diberikan ujian paling besar dalam kerjayaku. Aku yakin jika mahu dibandingkan dengan orang lain tentu mereka lagi hebat cabarannya. Aku sentiasa ingat pesan abang keduaku, abang Fais tentang cabaran kerja. Bila bekerja memang tidak akan lari dari orang yang busuk hati dan istilah paling sesuai adalah orang yang sememangnya sentiasa tidak senang hati dengan apa yang kita lakukan sedangkan apa yang kita buat tidak lah mengganggu sedikit pun periuk nasi mereka. Jadi apa-apa yang berlaku sabar dan terimanya sebagai cabaran.


Beres. Aku terima apa yang berlaku dan yang mereka mahu buat pada aku. Aku tidak tahu secara jelas apa yang sudah aku buat sampaikan mereka bertindak sedemikian. Tetapi, melihat kepada tindakan dan aksinya setelah beberapa pekerja yang lain dihentam, aku rasa nanti akan tiba juga turn aku.


Tapi, aku merasakan pesanan senior dan kawan-kawan membantu aku terus berusaha berikan yang terbaik. Segalanya bermula setelah memasuki bulan Februari...



Dialog hebat!!!


Awak tak pakai neck tie masa mengajar, ini kesalahan!


Awak datang lambat sekali dalam sebulan, ini kesalahan!!


Awak tiada masa VIP datang, ini kesalahan!!!


Awak ada attitude buruk, ini kesalahan!!!!



Barangkali begitu lah kata-kata yang biasa kalau seseorang yang dah tidak disukai oleh majikannya. Tanpa sebab kukuh, alasan kecil dicari. Dan ia dibesarkan dengan skala gandaan yang besar. Mungkin sepuluh kuasa infiniti barangkali. Mungkin benar dia ada salah tapi kalau sampai tahap mahu buang kerja dan dengan kesalahan kali pertama, aku rasakan ia begitu bodoh sekali tindakannya. Sekalipun khabar angin, tolong lah siasat terlebih dahulu. Jangan jadi fasik semata-mata.


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat:6)



Aku rasakan barangkali mereka tidak mahu berbuat begitu tetapi atas sebab-sebab yang aku pun tak tahu, mereka sanggup berbuat begitu.



Kenapa aku boleh juga marah?


Aku adalah orang yang terlibat sama dalam hal ini. Fine aku beritahu kalau aku ada salah. Mungkin aku tidak berpengalaman berbanding mereka yang kuat mengampu. Segala yang kecil diperbesarkan dan yang besar diperkecilkan. Dunia-dunia..


Petang yang indah, aku terkejut. Terkejut kerana aku baru tahu kebisingan tentang aku ada lagi di kolej biar pun hampir sebulan aku dah keluar kolej. Aku dituduh pula menghasut pelajar-pelajar aku untuk mengangyang dan menghina kolej!!! Yang paling bangang dituduh dengan membantu di alam maya?? Aduh..betapa busuk hati orang yang berkata sedemikian. Aku kalau mahu buat sebegitu, tiada guna lah aku jadi seorang graduan Muslim!!!


Namun, aku harap aku sentiasa boleh bersabar. Tapi macam tak dapat pula. Aku dah sebulan tinggalkan, aku dah hampir lupa kisah-kisah sebegitu. Tapi memandangkan mereka begitu, kalau nama aku buruk pun, tidak kisah lah. Yang penting, kalau mereka yang kenal dengan aku harap mereka tidak berfikiran sebegitu.


Optimis dan juga pesimis kadang-kadang. Aku berpendapat ada juga salah ku sebelum ini. Mungkin tidak dibawa bincang awal-awal.



Kalau banyak bertanam puding,

Di mana busut di sana seminai,

Kalau bijak dalam berunding,

Di mana kusut di sana selesai.



Bidalannya begitu. Aku tribute kan post ini untuk bekas kolej aku. Kalau ada apa-apa, siasat dan bawa berbincang dengan mereka yang sepatutnya. Jangan main semborono!!!


Akhirnya


Kawan-kawan sekerja yang cukup membantu, pelajar yang sememangnya best, aku memang sentiasa bagi two thumbs up pada mereka. Mereka lah aku rasa yang sememangnya ikhlas membantu pelajar dan sistem pembelajaran di sini. Cuma mereka yang segelintir yang nama sahaja dengan gelaran dan cara islamik namun hampeh sebenarnya!!! Malu-malu..




bersama mentee's tersayang


Kesempatan ini, aku juga mohon maaf kalau tidak sepatutnya menulis begini. Bak kata Abu Saif, tekan lah butang pause pada diri sendiri jika marah. Tapi aku rasa memang aku sudah tak boleh tekan butang pause untuk menahan marah kali ini sebab aku juga boleh marah!!!


p/s-all the best PTPL!!

6 comments:

sakuragi_arale said...

ade org marah sbb gambo die xde dlm ramai2 2...pas2 gambo org yg dh xder kt ptpl ni ade plk,xpuas ati...huhuhuuhu...

saffmukmin said...

sakuragi_arale:maaf2..rs dh tahu siapakah org itu,huhu..maaf.bkn sngja xnk ltk gmbr sume org esp yg marah tuh,tp sy hny ada gmbr ini shj buat ms ini.xsmpt nk amik gmbr dlm network komp kolej tempoh hari sblm kuar..cmpr ngan xde PD dan jg, sy pnya hard disk dlm laptop lama sampai skg xleh nk beki2 lagi.dlm HD tu,byk sgt gmbr2 kngn kat kolej..tp dlm laptop yg br ini,mmg btl2 tiada..maaf!!!

insyaallah,pasne akan dikutip sume gmbr d sana!!!:)

fazeerul said...

Sememang Adat berkerja pasti ada majikan yang buat perangai tetapi majikan kat satu kolej kat kota bharu nie memang macam sialan, pertama gelaran orang-ramai pada dia adalah ustaz tetapi perangai,,,,hasad dengki,iri hati, busuk hati dan macam-macam lagi, kalau diberi pilihan yang mana ana nak pegang antara majikan itu atau babi, ana sanggup pegang babi kerana boleh samak tapi yang ini pergh sendiri mau ingat.

saffmukmin said...

fazeerul: bereh bro,hehe..loni kt pakat2 sabar.mgkn ini masa kita kena kan..:)

Anonymous said...

erm...
fhm sesangat dah...
mmg memualkan+memeningkan+mengecewakan
kecoh je lebey..

saffmukmin said...

to anonymous: byk boleh dibuat sebenarnya..cuma bila tulisan ini ditulis,aku rasa ptt aku buat lebih dari tu..tp aku sll ada prinsip, once aku dh tulis mcm ni dlm blog aku biarpn nmpk bising2 gt je,aku kena responsible..kalau benda tu salah,komen lah sbyk mn ko mahu..bkn hnya mahu sj wat2 kecoh dlm blog nih,tp aku rs biarlah berlalu gt je dulu buat masa ni..lain kali kalau ada lagi berlaku perkara sama,aku konfirm bukan gini dah caranya!!!