Sunday, May 10, 2009

Discipline Position!!!

Tidak lama lagi muktamar sanawi Parti Islam SeMalaysia akan bersidang. Sebuah organisasi yang sememangnya terus memperjuangkan dasar-dasar Islam yang tetap dan terus dapat bergerak seiring dengan kemajuan dan teknologi yang ada sekarang. Pelbagai isu yang timbul di kala menjelang muktamar kali ini. Muktamar ke-55 kali ini merupakan muktamar pemilihan untuk sekian kali nya setelah yang terakhir muktamar pemilihan pada tahun 2007.

Isu sama yang digendangkan oleh media sana. Isu pelapis Erdogan dan sebagainya. Pemilihan pada muktamar ke-53 juga dibangkitkan isu yang sama. Isu young turks konservatif dan moderat serta pelbagai isu pernah dimainkan dahulu. Akan tetapi ada juga antara kita akan mengikut gendang yang dipalukan mereka. Kita juga yang terikut dengan gaya dan kebisingan media sana yang mahu melihatkan seolah-olah organisasi ini di dalam keadaan kelam kabut.


Ulama' Professional


Isu ini juga dimainkan pihak sana. Banyak media sana terus menari dengan isu ini. Hakikatnya, ianya mahu melihatkan bahawa semua tokoh yang akan bertanding nanti seolah-olah tidak layak dipertandingkan kerana tidak memenuhi kriteria ini. Aku sendiri menyambut apa yang dibawa oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sekemas yang mungkin. Serapat yang mungkin atau sepadu yang mungkin. Tiada apa lagi yang harus dibimbangi oleh barisan pimpinan mahupun ahli waima orang yang hanya menyokong dengan saranan ini. Sebagai orang yang faham, tentu ini lah saranan yang terbaik.



tuan guru nik aziz


Orang yang tahu mendalam tentang agama dan juga professionalnya dalam gaya pemikiran, mungkin itu lah yang dimaksudkan. Pada aku, tidak perlu untuk jadi Ustaz seratus peratus barulah boleh masuk bertanding. Tidak perlu juga dia seorang professional kerjanya baru boleh masuk bertanding. Apa yang penting idea dan gaya pemikirannya. Tertarik juga dengan idea mengenai pemikiran yang sepatutnya ada pada setiap muslim atau lebih khusus lagi untuk post kali ini iaitu ulama' (orang yang begitu alim ilmu agamanya) sendiri. Mereka haruslah pandai mengabung selarikan antara syariatik dan saintifik dalam membawa agama Allah dan organisasi ini. Lebih-lebih lagi dalam membawa harapan baru untuk membawa Malaysia nanti.


Aku rasakan itu yang dipandang Tuan Guru Nik Aziz. Memandangkan Najib sering membawa dan menjaja istilah barunya 1Malaysia sehinggakan kadang-kadang boleh mengotorkan maruah agama. Kita sudah lama membawa dan mengaplikasikan istilah yang sama dan membawa maksud yang lebih besar lagi iaitu Islam, cuma kita mahukan ianya betul-betul dan lebih terlaksana. Islam itu sendiri sudah menjadikan kita 1 sebenarnya. Nama organisasi ini pun sudah menceritakan segalanya. Parti Islam SeMalaysia!!! Islam untuk SeMalaysia!!!! Islam untuk semua!!! PAS for All!!!


Discipline Position


Cuma, ada antara ahli yang mula untuk membuat onar yang tidak tahu sebabnya kenapa. Aku berfikir dan melihat serta membaca ulasan sepatutnya, mungkin kerana sesuatu yang dihajati mereka apabila menganggotai organisasi ini tidak tercapai barangkali. Dalam buku karangan Fathy Yakan, Mutasa QiTun A'la Thariqatul Da'wah menyebut ada golongan yang akan menyertai sesuatu jemaah untuk mendapatkan sesuatu. Dan apabila ianya tidak dicapai, maka mereka cuba untuk meninggalkannya. Malah ada yang akan membuat onar di luar dengan mengatakan jemaah ini tidak baik dan sebagainya.Haruskan ada antara kita mahu menjadi ahli begini?? Tepuk dada tanya iman masing-masing.


Perjuangan Agama itu jauh dan mungkin kita tidak sempat untuk tengok hasilnya barangkali. Akan tetapi kita haruslah mempunyai asas yang kukuh dan bertindak mengikut position yang telah ditetapkan. Kalau pimpinan, pimpinanlah kita. Kalau ahli, jadilah ahli yang wala' dan juga tahu menyumbangkan sesuatu untuk kepentingan agama dan jemaah Islam sendiri. Jaga lah discipline position kita masing-masing. Apa pangkat atau jawatan yang kita ada sekarang semuanya sudah ditetapkan olehNya. Segalanya telah disuruh oleh Allah untuk menyerahkan pada yang ahlinya. Mungkin masa kini kita hanya sesuai menjadi ahli dan tidak pelik jika satu masa nanti kita pula boleh menjadi ketuanya pula.


"...sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya ( yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.."

surah an-nisa':58


Akhirnya aku merasakan menjelang muktamar nanti, sama-sama lah kita terus muhasabah dan koreksi kan segala tindakan kita. Agar ia terus selari dan sama apa yang dimahukan olehNya. Dan yang penting, jangan lah kita sendiri menjadi alat pemusnah kepada organisasi ini sendiri. Jadikan lah discipline position masing-masing untuk memastikan segala gerak kerja kita semua berjalan seperti dirancang.

p/s-tak sabar menanti muktamar!!




No comments: