Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Pendidik~Untuk Semua..

Hampir 7 tahun sudah tidak meraikan hari Guru di peringkat sekolah. Maknanya, mukmin sendiri sudah hampir 7 tahun tinggalkan suasana persekolahan. Masih kekal dalam memori ingatan, Hari Guru merupakan antara hari yang dinanti. Bukan apa, kadang-kadang naik gelak juga dulu bila melihatkan ada guru yang selalunya serius di waktu persekolahan, tetapi bila tiba Hari Guru, dialah yang akan kena menyanyi lagu Guru Malaysia (sebab kadang-kadang buat gerak mulut je sebab tak ingat lirik,hehe..), kena main-main permainan macam sukaneka dan macam-macam lagi aktiviti yang disediakan. Dengan kata lain, tak nampak macam guru sangat lah. Lebih macam kawan-kawan kepada murid-murid semua. Tetapi walaupun begitu, hormat masih kita semua akan diletakkan di hadapan.


Hormat Selamanya..



Guru mahupun murabbi kita adalah seorang yang harus kita sanjung sehingga kita mati, sebaiknya. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah membawa pesanan ini supaya terus menghormati sesorang walaupun ianya hanya mengajarkan kita sepotong ayat sahaja. Kalau guru dari sejak kita pra-sekolah hingga ke alam Universiti, rasanya bukan sekadar sepotong ayat diajar, tapi sudah tidak terbilang ayatnya yang dipotong dan diberinya kepada kita!!

Arakian, hampir keseluruhan hidupku dipersembahkan di hadapan mata dengan semua guru yang begitu cekal mendidik, begitu tabah melayan karenah anak didiknya. Dan yang paling penting, mereka yang bergelar pendidik atau pun guru sanggup dan ikhlas mengajar walaupun ada yang kadang-kadang sudah tidak lagi mampu untuk menunjukkan rasa minat belajar.



jadi tutor, mendengar pelajar buat presentation


Mulia Kerjanya


Seperti kita maklum, kita mungkin juga pernah jadi murabbi atau pendidik seseorang. Bagi mereka yang mungkin pernah menjadi naqib atau juga naqibah, dan juga mungkin bertaraf sang murabbi seseorang, anda juga tak lari dari kerja mulia ini. Tahniah kepada mereka yang sanggup mengorbankan masa dan ikhlas dalam membawa kerja-kerja sebegini.

Ada juga teman di kejauhan sana, sanggup turun seminggu sekali untuk mengajar Al-Quran kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Tidak pelik nanti, akan ada tokoh-tokoh Islam yang muncul dari sana kerana usaha pendidik yang ikhlas mengajar mereka membaca Al-Quran. Jazzakallah diucapkan. Begitu mulia kerja-kerja pendidik ini.

Namun, ada juga kadang-kadang antara orang sekarang menganggap professional perguruan sekarang sebagai senjata terakhir untuk mendapatkan kerja. Semoga kalau ada yang sebegitu, boleh lah kita ubah niat semula. Kerana sesungguhnya kerja ini begitu mulia hendaknya..


Kesimpulan


(Wah, ada kesimpulan. Macam karangan sekolah pula, hehehe)Akhir kata, SELAMAT HARI PENDIDIK~khas kepada semua yang pernah dan sedang menjadi guru tapi tak lupa juga kepada mereka yang menjadi pendidik secara langsung atau tidak..

p/s-KAMI GURU MALAYSIA, BERIKRAR DAN TERUS BERJANJI....sambung????hehehe...

6 comments:

Balqis said...

garangnya cikgu saff mukmin nih!!!!

saffmukmin said...

BalQis:garang sebab mereka masa presentation tak buat slaid dgn baik,hehe..
sume slaid presentation jd salad..xth apa nk dipresent kan,huhuhu.jd,trpksalah kn wat muka garang, dicampur mmg dh garang mukanya,hehehe..

jd, nk present kn wat btl2,nnt ada juga cikgu2 yg garang nnt:)

tronx013 said...

salam...

xjd ckgu pun muka abg memg serius walaupn abg cuba tunjuk cool.. ehheh gurau je.. selamat hari guru..

berjuanglah pada saff yang diredhai ilahi!!

saffmukmin said...

tronx013:hehe...betul2.itu la psl.terpaksala lps ni kena wat muka garang lagi,hehe..

tapi xpe,kena jg wat cool sokmo2..
terima kasih..biarpn xngajar dh,huhuhu..

Anonymous said...

xpe~ mcm mane pun bentuk & riak wajah...yg penting apb org pandang rase sejuk je mata memandang kn..hihi :)

saffmukmin said...

anonymous1:salam.btl2.hrp mcm tu.tp siapa ye gerangan ni?xbisa lg aku detect,huhu..