Monday, May 25, 2009

Uridu Aktubu Ila Akhirun Hayah!!!

Hari ini, mukmin menulis lagi. Malu juga mahu terus menulis sebab bukan ada apa sangat dengan ilmu dan juga pengalaman diri. Malu dengan apa yang ditulis semasa mula-mulanya. Tapi dengan kata-kata senior ku yang terus dikagumi, Abang Amin Idris, mukmin jadikannya dorongan.


abang Amin Idris (sebelah kanan pembaca..)


Kiranya, masa dia cakap itu mukmin belum lagi pasang niat malah mahu untuk menulis macam begini. Kata-kata itu diberikan kepada umum bagi mereka yang mahu menulis. Masa itu, aku, Arafat, Amre dan ada beberapa orang lain yang bersamanya. Pesan ini ditulis dengan gaya sendiri (maksudnya tak lari ye,hehe..)


"...kita sekali dah buat blog atau apa-apa yang sama dengannya, kita kena teruskan menulis. Jangan kita mengambil perkara ini dengan mudah. Kita menulis dan tengok tiada orang mahu baca. Komen pun jarang-jarang. Kadang-kadang tiada. Kadang-kadang orang yang sama. Lepas itu kita pun mahu stop menulis. Jangan begini. Insyaallah, mesti ada antara ramai yang dah jadi silent reader. Mungkin ada mereka yang selalu buka dan membaca apa yang kita tulis. Update lah semampu mungkin. Jangan sampai ada yang dah mula mahu jadi pembaca setia tapi kita pula dah tak mahu update kan blog kita. Teruskan menulis..."


Masa abang Amin bercakap, gaya tangannya memang tidak lekang. Diangkat jarinya dan bersama intonasi suara, mukmin jadi begitu tertarik dan pesanannya itu disimpan sampai sekarang.


Ketika rasa mahu sahaja berhenti menulis, mukmin tekadkan begitu. Biar lah tiada orang mahu baca pun. Yang penting mukmin harus terus menulis keranaNya. Dan juga, mukmin sudah set kan juga niat masa mahu menulis blog ini masa mula-mula dahulu agar dengan menulis ini otak dan akal mukmin tidak menjadi berhenti berfikir dan menulis sesuatu. Mukmin harus terus berfikir dan menulis biarpun kadang-kadang rasa tak patut ditulis barangkali..(tapi tengok keadaan juga la,hehe)


Uridu Aktubu Ila Akhirun Hayah!!


Aku mahu terus menulis hingga ke akhir hayat!!! Bukan menulis macam selalu dok tulis,hehe..Tapi menulis yang dimaksudkan adalah dalam blog semacam ini. Barangkali sudah betul rasanya cara dan susunan nahu Arab. Sudah lama ditinggalkan,huhu. Ada sesiapa boleh betulkan sila beritahu ye,hehe..Apa-apa pun, pesanan ramai bijak pandai juga; ikatlah ilmu dengan menulis dan sebagainya juga dijadikan dorongan buat mukmin. Dengan sahabat se-generasi yang begitu hebat menulis, mukmin juga mahu bersama kalian walaupun baru bermula. Bak kata H.M Tuah juga, sekali berlari biar sampai ke garisan penamat. Habiskan larian itu. Habiskan..Sama juga mukmin. Mukmin baru sahaja mula berlari setelah mendengar wisel yang ditiup pengadilnya. Dan ayuh, kita terus mahu berlari lagi!!!!

p/s-tulis dan terus menulis..biar tiada yang nak baca pun deh,hehe..

8 comments:

iNurses said...

nk bekki nahu sket..aktubu bkn yaktubu..(pencinta b.arab)..hu..hu..

tronx013 said...

salam..

saya silent reader la dulu tu.. heheh. ni dah selalu gak komen sebab tak tahan artikel abang yang kadang-kadang buat lawak.. tu yang tak leh duduk diam.. mesti gelak.. heheh....

Semoga kita mampu menjadi hamba Allah yang bersyukur

saffmukmin said...

iNurses: syukran2.kena btlkan nih,hehehe..ni la celupan smka(ambo sore jah kot,huhu),cpt lup susunan nahu arabnya,huhu..lain dgn celupan YIK..

p/s-insyaallah, smg dpt jd pencinta bahasa arab jg!!!(^_^)

saffmukmin said...

tronx013:trm kasih sbb sudi jg membaca dan meberikan komen pd blog abang.kalau tak,sapa la yang nak baca tulisan ni,hehe..

ye ke bgt lawaknya..emm.trpksa kn tkr method lain pl,kn tmbh lawak byk lg la pasne,hehe..

p/s-papepn,insyaallah semoga kt sentiasa dpt jd hamba allah yg bersyukur!!! syukran!!!

tronx013 said...

salam, tak jadi masalah..
sebab Allah berikan masa untuk membaca dan memahami, jadi saya cuba memahami dan membaca.. ramai je yg baca blog abang,jgn risau..

artikel abg kali ini merupakan komen dalam artikal saya yg awal2 yg saya postkan.. heheh.. that y, say trus menulis.. jadinya, atikel abg ni, wat saya teringat akan perjuangan kita jgn sesekali dihentikan atas sebab yg tak munasabah. mengharapkan balasan.. huhh..

p/s- jgn tamabh lawak banyak2, lagho nanti...huhu..terlebih ajinomoto nanti xsedap..

saffmukmin said...

tronx013:benar2.insyaallah,akan ada yang membacanya..jgn berhenti slg blm ade natijahnya kan:)

..terlebih ajinomoto kadang2 sedap juga macam nasi kak wook(tb2 rs lapar,hehe) tp lg sng nk dpt penyakitnya kan?huhu..

insyaallah, syukran atas nasihat adik:)

naim said...

Rasanya kalau fi'il dengan fi'il, kena tambah an kat tengah2 dia...

If I'm not mistaken la...

So, kena buat:

"Uridu An Aktubu ila akhiru hayah"

saffmukmin said...

naim: insyaallah,trm ksh adik naim:)