Tuesday, April 28, 2009

Semuanya Pertama Kali

Semuanya pertama kali. Dua perkara penting yang dapat mukmin sendiri alami dalam keadaan yang tidak dirancang secara jelas namun semuanya bergerak seperti yang ditulis dalam bukuNya. Mungkin ada hikmah yang patut diambil dalam meniti hari-hari mendatang.


20/4/2009



Perjalanan dari Kota Bharu ke Selangor dengan menumpang kereta kawan mukmin yang sekarang sudah jadi Pegawai Tadbir Diplomatik di Kementerian Kesihatan, Jumaat lalu; amat bermakna dan meninggalkan kesan. Pelbagai kisah berkawan hampir 5 tahun dibongkar dalam perjalanan selama 7 jam tanpa henti yang lama. Rupanya banyak juga rahsia kita ye!!hehe..

Tepat pagi Rabu, 22 April terdetik untuk ke PWTC. Pertama kali sampai, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini memang begitu mengujakan mukmin. Tak tahu hendak pilih buku apa. Terlalu banyak. Tapi beli juga mengikut kemampuan duit yang ada, alhamdulillah. Gaza Menangis, Rindu Bau Pohon Tin, Murtad; Jangan Pandang Sebelah Mata, Ketupat Cinta dan Saasatul Ibaad menjadi pemangsa kali ini kepada duit yang menjadi mangsanya,huhu..

Namun, berbuku adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Harap ada nilai pada sisiNya, insyaallah.


Petang, 25/4/200
9


Sememangnya ini lagi satu pengalaman pertama kali pada diri mukmin. Ye la,orang Kota Bharu ni mana ada pergi belajar jauh-jauh. Kerja pun dalam negeri sahaja. Rezeki dalam negeri sendiri katakan,hehe..Singgah di Bandar Tun Razak, kami beramai-ramai naik LRT bagi tidak mahu sesak dengan kenderaan di hadapan Stadium Bukit Jalil.

Sempat bersama abang-abang dan adik-adik ke perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Selangor;begitu memberikan suasana yang mengujakan. Dengan penyokong yang supportive bagi kedua-dua pasukan, perlawanan ini dirasakan begitu mencapai tahap antarabangsanya. Namun, jika dilihat melalui televisyen mungkin ramai yang kecewa. Shoot untuk live football di Malaysia tidak begitu arif jika hendak dibandingkan dengan negara Eropah mahupun Asia yang lain. Banyak yang perlu dipelajari lagi.

Tetapi, kredit kepada semua yang memberikan sokongan yang sepatutnya. Harap bertemu lagi di pentas Final tapi tak mahu dah dengan Selangor!!!!hehehe..

Akhirnya, tepat 27/4/2009 mukmin pulang ke Kota Bharu semula. Banyak lagi perjalanan kehidupan lain perlu dibuat. Menyusuri Julai 2009 akan kembali menjadi pelajar. Doakan hamba sentiasa sabar dan diberikan peluang untuk mencuba mana-mana yang pertama kali..agar dapat menjadi pengalaman berharga nanti.

Sedikit nukilan bergambar..



sampai juga..setelah hampir nak sesat,hehe..




Ust. Riduan Mohd Nor mengupas bukunya, Gaza Menangis




Tiba2 nak bergambar dengan Imuda, tapi mungkin sebab minat Pi Mai Pi Mai Tang Tu kot masa kecil2 dulu:)





Suasana fan yang hebat bangat sih




Salah seorang yang sibuk mengambil gambar,hehehe





menunggu masuk pemain




kami lima adik beradik..abang Fais tak datang sekali dengan kami.





menang dan kalah sahaja keputusannya

No comments: