Wednesday, April 08, 2009

Rakyat Memang Cerdik

Keputusan 7 April 2009 memang begitu mengujakan. Bukan kerana kemenangan semata tapi lebih kepada penanda aras bahawa rakyat sudah boleh menilai dan kecerdikannya ditunjukkan setelah dua kali pilihan raya kecil berlangsung. Bukan juga kerana memilih Pakatan Rakyat semata tetapi rakyat tahu siapa yang lebih mengamalkan korupsi dan segala yang tidak disenangi oleh rakyat.



Sokongan padu rakyat

Dato Seri Hj. Ir Nizar


Sempat bersama sahabat di Bukit Gantang, ditunjukkan keprihatinan YB Dato Seri Nizar dalam meneruskan kempennya. Jadual hari Jumaat 3 April lalu menunjukkan betapa segenap pelusuk rakyat harus dituju dan harus di capai. Tidak pelik lah ada satu tempat dalam jadual Dato Seri tidak dikenali orang sekitar namun alhamdulillah dengan bantuan teknologi terkini, GPS kami sampai jua ke destinasi. Hebat juga teknologi ini..hehe.



Mencari bersama GPS

Sempat mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan. Kuliah maghrib yang disampaikan begitu mengujakan mukmin. Di kala menghuraikan ayat yang selalu di baca semasa doa iftitah, begitu meruntun dan terkesan hati ini:


Sesungguhnya Sembahyangku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.



Dato' Seri menghuraikannya dari segi lingkungan masa yang telah Allah taala kepung hambaNya supaya sentiasa bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa. Allah taala menyusun masa dengan begitu cantik dalam ayat ini sehinggakan kita akan merasakan betapa hidup ini kena menjadi muslim yang mukmin setiap saat. Bermula dengan Sembahyangku yang kebiasaan jika dihitung paling lama akan mengambil sehingga sejam dalam sehari dan kemudian diikuti pula dengan Ibadatku iaitu hampir merangkumi seharian aktiviti kehidupan kita. Ibadat boleh ditafsir dengan begitu luas yakni segala jua aktiviti dan usaha yang dilakukan selagi menepati syarak. Bukankah segala yang kita buat ini masih lagi hanya untuk Allah Semesta Alam?

Dan kemudian disusun pula Hidupku yakni selagi kita hidup paling lama selama 60 hingga 70 tahun pun semuanya kita tumpahkan hanya untukNya. Tapi yang selalu muslim lupa dan leka adalah tentang satu perjalanan dan kekangan masa yang lagi lama iaitu Matiku dan persoalannya bersediakah kita untuk persembahkan Matiku pada Allah Semesta Alam? Dato' Seri menjelaskan betapa kita tidak bersedia untuk menghadapi satu saat masa yang begitu panjang kerana kita akan hidup lagi lama selepas mati iaitu di Alam Barzakh nanti. Susunan masa yang disusun oleh Allah taala daripada satu masa yang sedikit (Sembahyangku) kepada kehidupan 24 jam(Ibadatku) serta Hidupku dan akhirnya saat Matiku menuntut untuk muslim lebih bersedia dalam beragama. Jadi untuk mengatasi segalanya, haruslah muslim sentiasa bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa hanya padaNya. Ingat, bukan taqwa sekadar melepaskan batuk di tangga!!


Sekali terfikir

Habis kuliah mukmin terfikir, kalau sampai tahap ini Dato Seri menunjukkan kepimpinannya bukan setakat cerdas dalam mentadbir namun dalam memberikan pengisian agama, siapa lagi yang layak untuk Bukit Gantang ini??

Namun, alhamdulillah rakyat memang betul-betul cerdik dalam menilai sekarang. Gula-gula pembangunan, kerja yang dijanji akan diberikan jika menang dan semacam sudah kurang dan tidak berapa dihiraukan lagi. Tidak sabar menanti PRU ke 13 nanti.



YB Dato' Seri Hj. Ir Nizar


Syabas Dato' Seri!!


Bak selalu kata orang bila menang;

"Mengisi kemenangan itu lebih susah berbanding untuk mencapai kemenangan semata"

Namun, mukmin percaya akan kepimpinan Dato' Seri dan jemaah pimpinan serta Pakatan Rakyat betapa cabaran di hadapan akan terus dituju dan diharungi dengan penuh hikmah dan himah serta bijaksana,insyaallah.

p/s- syabas juga untuk Bukit Selambau dan Batang Ai (dapat beri saingan juga)!!

No comments: