Tuesday, October 27, 2009

Kelantan Go More!!

Dulu Kelantan bernasib baik ketika perlawanan separuh akhir Piala FA. Kalah 0-1 kepada Negri Sembilan, tapi akhirnya menang 1-2 di Seremban, berjaya mengikat dengan agregat 2-2 tetapi layak ke peringkat akhir dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. Dan ketika itulah sudah berlakunya kejadian yang tidak disenangi dengan insiden segelintir penyokong pasukan Kelantan membakar trak polis. Harap ia jadi pengajaran buat semua..


Malam ini~


Sejarah harus dibuat lagi. Pasukan bola sepak Kelantan menerima kunjungan khas YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perlawanan separuh akhir pertama malam ini. Dijangkakan kehadiran ramai penyokong malam ini amat menggusarkan semua kerana kalau kalah malam ini, ramai yang beranggapan tak tahu lah apa yang akan dibakar nanti. Tapi, diharapkan dengan kehadiran Tuan Guru semoga semua penyokong Kelantan selaku rakyat di bawah naungan MB dapat menjaga tingkah dan juga laku masing-masing.


Lawan dan lawan!!~
Pertembungan klasik antara Kelantan dan Perlis mempertemukan dua orang penggempur berbisa buat masa ini Indra dan juga Nizar. Ibarat pertembungan Utara-Pantai Timur, sejujurnya ia harus dilihat dan dipandang positif oleh semua. Positif kepada semangat kesukanan dan juga positif kepada isu pembangunan sukan dalam negara kita yang menuntut terlalu banyak perubahan dalam minda dan mentaliti kita. Lebih-lebih lagi sukan sebegini. Bagi saya, ada sebab kenapa MB Kelantan turut sama dalam perlawanan malam ini. Untuk memberi sokongan satu hal, akan tetapi untuk menunjukkan betapa sukan sebenarnya amat digalakkan dalam Agama cuma ada beberapa syarat sepatutnya dipatuhi.


-aurat


-masa yang tidak terbuang sebegitu sahaja


-paling penting isu solat!!



Mungkin MB Kelantan tidak dapat mengubah semuanya malam ini, tapi saya difahamkan dengan kehadiran MB Kelantan malam ini mungkin akan mengubah beberapa persepsi masyarakat kepada keterbukaan Islam terhadap sukan. Mungkin akan ada pemain yang tidak menutup aurat tapi kita jangan lupa, Kerajaan Negeri Kelantan sudah hampir setiap tahun menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Menteri Besar Kelantan yang antara syarat kejohanan adalah pemain wajib menutup aurat dan juga menjaga waktu-waktu solat. Dan ia berlangsung dengan lancarnya walaupun tidak mendapat banyak tajaan besar. Jadi dengan hadirnya MB malam ini, dengan jujur saya melihat ia sebagai membawa mesej besar iaitu sukan Bola Sepak boleh dikembangkan dengan baik dengan mengikut syarat-syaratnya. Mungkin malam ini MB Kelantan boleh melanjutkan perbincangan bersama Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa dalam isu ini. Selamat maju jaya nanti!!~


Sengit dan berdisplin

Itu sepatutnya yang berlaku malam ini. Sengit dan bermain dengan penuh displin untuk pemain dan penyokong. Cuma satu yang diharapkan, semoga Kelantan dapat ke Finale Piala Malaysia untuk kali ke tiga barangkali setelah terakhir pada tahun 1965 barangkali (saya pun tak pasti,hehe).

Yang pasti, berilah sokongan yang terbaik untuk setiap pasukan masing-masing!!~


p/s-nak balik ke tak malam ni??hehe..

No comments: