Friday, June 05, 2009

Alam-Belajar-Kenal-Allah!!!

Masa Februari lalu, saya sekali lagi diberikan kesempatan oleh Allah taala untuk ke satu tempat yang begitu mengujakan saya. Tambahan lagi, saya sendiri pun tidak pula tahu ada tempat ini di Pulau Pinang. Taman Negara Pulau Pinang. Mungkin ada anda yang pernah dengar kan? Kalau saya, sebelum ke tempat ini, tidak pernah langsung tahu ada kewujudannya di sini. Dok tahu pun ada Taman Negara di Pahang dan juga dekat Sabah dan Sarawak sana.


Kami pergi berempat, dengan tujuan untuk hiking. Aduh, dalam kepala saya sudah terbayang kepenatan sebab saya dengan badan sebegini memang betul-betul cepat pancitnya jika mahu dibandingkan dengan tiga yang lain,hehe..


Namun, janji sudah ditepati saya pergi jua..



Jom Hiking!!!



Pertama sampai, semua macam blur. Saya lagi la. Nasib baik ada kawan kepada kawan saya yang kerjanya seorang askar. Nampaknya dengan pengalaman yang ada, kami rasa ok sikit. Dengan tidak membuang masa, kami mulakan hiking dengan perjalanan yang begitu relaks pada awalnya. Namun...



..................................................................




penat-penat


Namun, nampaknya hiking kami semakin menaik dan mendaki. Dan saya, adusssss.....tercungap-cungap dibuat-buatnya..


Mat Salleh

Dalam perjalanan, kami terserempak mat salleh seramai empat orang yang rata-rata umur mereka 55-an hingga 60-an. Dua dari United States dan dua lagi dari Aussie. Sempat berborak dengan bahasa omputeh ringkas yang boleh depa faham (ditambah dengan gerak gaya bahasa tangan..)



mat salleh di depan


" We want tiger, tiger," seorang mat salleh macam meminta sesuatu.


" Aduh, boleh pulak dia mintak tiger dalam hutan ni. Kan datang lintang pukang mahu lari ni," pinta saya dalam hati.


" Ooo..dont misunderstand. He just joke. He wants beer ( jenama Tiger)," macam faham-faham pula mat salleh perempuan ini.


" Ok sir. We go first. See you all in next at the beach. There, have a lot of turtles and nice beach sand sir," jawab seorang kawan saya dari Pulau Pinang ini.


Kami teruskan bergerak. Dan dengan kepenatan, kami sampai ke pantai yang dimaksudkan iaitu Pantai Kerachut. Di sini, terdapat juga banyak penyu yang mendarat. Tapi kami kurang bernasib baik hari ini. Yang ada apa?? Hanya anak-anak penyu...huhu.




anak penyu menari-nari





kerangka bapak penyu ada,hehe



Yang best juga disini, ada keajaiban dunia juga la..Iaitu tasik meromiktik. Boleh dibaca disini apakah tasik meromiktik ini. Tapi apa yang saya boleh ringkaskan, ia ada dua lapisan air yang tidak bercampur tetapi berada pada satu tasik yang sama. Air masin dan juga tawar tidak bercampur sama. Pelik kan?? Tak pelik, buat-buat la pelik ye,hehe..




tasik ajaib!!!



Tiga jam sudah berlalu di sini, kami memang tak boleh nak patah balik ke tempat asal dengan hiking lagi. Tenaga sudah habis. Tengok air 100 Plus dah habis saya teguk tadi. Kesian mereka yang lain,hehe.. Apa-apa pun, di sini ada perkhidmatan bot. Bot ini akan terus ke jeti asal. Tapi yang tak tahannya naik bot tapi tiada life jacket. Bahaya ni!!!( biar saya pakai lagi tenggelam ada,huhu..)



sempat lagi ambil gambar atas bot..



Aaaa..sebelum tu, lupa. Ingat lagi mat salleh tadi?? Jangan lupa ye sebab ada akhlak yang mahu diambil dan dikutip dari cerita mat salleh tadi. Apa ye? Sebenarnya masa kami sampai di pantai adalah setelah kami tinggalkan mat salleh berempat jauh sangat di belakang sana dalam hutan tadi. Tetapi, bila kami sampai di pantai, duduk rehat dalam sepuluh minit, tup-tup depa sampai dengan muka selamba. Tiada penat, tiada letih. Relaks je nampak.


" Patutla mat salleh main bola sepak boleh menang Piala Dunia. Tengok depa hiking masa tua-tua ni relaks je. Cool mat salleh kata. Kita?? Kita yang muda ni pun dah kantoi penatnya,hehe..," saya ketawa lagi dengan kawan saya yang dari Kelantan juga, si Khai.




saya dan Khai


Akhlaknya, diri seorang muslim itu perlu juga ada kekuatan fizikal yang mantap. Jangan rohani semata-mata ye!!

Tapi saya tak tahulah kalau dalam hutan sana mereka mat salleh ini terjumpa Tiger dan jadi kuat tiba-tiba,hehe..


Akhirnya..


Baik-baik. Kami dah selamat pulang ke tempat asal. Alhamdulillah, semua selamat. Tiada cedera apa-apa pun. Tapi yang kami dapat adalah pengalaman berharga iaitu dapat menikmati alam ciptaanNya yang begitu indah tersusun dan tercipta. Orang bijak pandai kata, belajarlah dari Alam. Saffmukmin pun nak juga kata (hehe..), belajarlah dari alam juga ye!!!




alhamdulillah, selamat..




p/s-alam-belajar-kenal-Allah!!!

15 comments:

DAMAI said...

salam hiking buat kamu ^^

hmm bestnye hiking...^^

belajarlah dalam apa jua keadaan,tidak kira masa atau tempat...jika hati benar2 mahu,dari semut yang kecil itu pun,kita akan dapat belajar daripadanya...insyaAllah ^^

saffmukmin said...

Damai:salam hiking juga buat damai.

best bangat hiking ni,lagi penat ada la,hehe..

benar Damai.semut itu juga alam kan.kt blh juga bljr darinya jika mahu..tapi kalau dpt tgk yg lg hbt, mesti br kt sedikit nampk betapa alam dapat mengajar dn mengenal kan kt pd Dia yg satu..Insyaallah.

p/s-syukran bagi komen..

tronx013 said...

salam,

hehe.. saya pun macam biasa,semuanya mesti xtau.. hahah...

banyak gak abang g melancong ye.. :)

p/s- ada bg award ye?? nanti saya ambil ye.. arigatogozaimas.. xsempat nak bukak lama-lama blog, internet lambat kat kampung, kekadang dapt tgok tulisan je, gmbar xkuar.hahah.. sedihnyeee.. :P

saffmukmin said...

tronx013: xpe.blh byk lg kt menelaahnya nnt..hehe.best2.boleh melancong dgn erti kata lain mengenal bumi Allah yg lagi luas ini. my next destination is Mecca!!!(insyaallah,muga cpt2 ye!!)


p/s-ye adik.award utk adik sememangnya bnr2 abg hargai kalau diambilnya. slm ukhwah jg ye!!!

BalQis said...

uiks...

ingatkan dia betul2 nak tgk tiger...

(camlah zoo kat negara dia takder)

Rupanya nak beer tiger jer. Ish...

sabor jelah...

hiking best tp penatkan? xpelah... pent pun blh hilang dgn menikmati indahnya alam cimpaatn Tuhan..

saffmukmin said...

Balqis:hehe..btl2.sekali kalau nk tuger btl,penat la kami berlari nnt(dah cmpr ngan penat,hehe)

hiking penat tapi kalau dh sll pergi mst srnk.campur ngan dpt tgk alam yg indah ni,subhanallah.hbt2!!!

Farid Rashidi said...

Salam,

Aktiviti begini mengingatkan kita kepada banyak benda.

Keindahan alam ciptaan Allah, pentingnya menjada alam sekitar, pentingnya beriadhah dan menenangkan jiwa yang sukakan kedamaian.

Apapun, semoga segalanya selamat ya!

Salam ukhuwah.

al-azhar@Akinori Aihara said...

kat belah mana tempat hiking tu ye..kalo ade rezeki boleh gak ke sana...

Cik Awan Butirstar said...

penang pun ada taman negara?
baru tau..

tapi kalu nak tengok bapak penyu tu, kat umt pun ada gak. beeesaaar..!!

saffmukmin said...

Farid rashidi:Salam,

benar Farid,Aktiviti begini mengingatkan kita kepada banyak benda..plg best sbb dpt th jg sejauh mn stamina hamba,hehe

Salam ukhuwah juga..

saffmukmin said...

ja'a: kalau xslh,dkt ngan teluk bahang kot,hehe..

insyaallah,jom kt g hiking ramai2!!!

saffmukmin said...

cik awan:adooo...ambo pn br th ms nk g tuh,huhu

yo ko..UMT ado penyu besar,kena la ambo g sana sokmo,hehe..

hambaNya said...

Assalamu'alaikum Mukmin (^_^)
Semacam seronok saja pergi hiking ni ye (^_^)

Hutan Simpan FRIM di Sunagi Buloh, Selangor pun cantik juge. SubhanAllah keindahan yang tidak dapt digambarkan (^_^)

saffmukmin said...

Waalaikummussalam hambaNya..
Bukan semacam dah, memang betul2 seronok,hehe

Oooooo..hutan ni.macam dekat2 je tuh,hehe.SubhanAllah harap dapat saksikan juga nanti keindahan yang tidak dapt digambarkan ini..

p/s-jom pergi hiking nanti!!!:)

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室