Sunday, May 02, 2010

Kerana Mulut, Badan dan Agama Boleh Jadi.....~


ugutan bunuh dalam Facebook..


Bising hari ini dalam media perdana dan juga alternatif; lebih-lebih lagi dalam laman sosial Facebook apabila seorang anak muda dengan tanpa segan silu berani untuk menawarkan diri membunuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Benar, mungkin ada yang tidak gemarkan beliau atas apa sebab saya tidak tahu, akan tetapi menawarkan untuk membunuh adalah salah satu kerja yang saya berpendapat sesuatu yang tidak boleh diterima dek akal yang sihat kita ini.


Menghargai Dan Memandang Tinggi Ulama'


Siapa yang tidak mengerti dengan keulama' kan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, saya tidak boleh menghalang. Akan tetapi, dengan segala hal yang ada pada dirinya, keilmuan agamanya, pandai meletakkan isu siasah Islam pada tempatnya, tidak pula membisu ketika mana benar islam diasingkan dengan kehidupan, beliau selayaknya digelar antara ulama pewaris nabi bersama sekalian ulama'-ulama' yang ada di muka bumi ini malahan di bumi Malaysia terutamanya.


Sikap tidak menghargai ulama' dan juga membencikan ulama' sesuatu petanda ketika mana akhlak kita sedang jauh tersasar pada landasan sebenar. Caranya mudah, kembalikan kita kepada landasannya dengan memandang tinggi pada ulama' dan menghargai ilmunya.


Anda Mahu Bunuh Ulama' ?


Sekarang ini, bunuh mungkin nampak sinonim dengan Malaysia. Tak suka, bunuh. sedangkan usaha-usaha lain banyak lagi yang boleh dibuat. Terbaru kes adik Aminul Rashid, boleh dikatakan dibunuh la..


Lebih-lebih lagi dalam hal ini, pada saya sikap sebegini satu sikap terkeji pernah saya mendengarnya. Begitu sekali harapannya untuk membunuh seorang yang sama-sama kita sanjungi kesantunan ilmu dan akhlak. Dan TGNA tidak pula pernah membuat sesuatu pada pandangan kita menyimpang dari ajaranNya.


Setakat ini, berpuluh laporan polis dibuat. Tapi, saya tidak pasti sejauh mana ada tindakannya. Kalau tindakan untuk Saiful Bukhari tempoh hari yang diancam bunuh dalam Facebook terus diambil tindakan oleh PDRM, saya harap ia juga dapat diambil tindakan dengan segera mungkin.


Kesimpulan


Kalau benar kita merasakan meluat dengan ulama', ingatlah dengan maksud hadis di bawah ini. Betapa dalam keadaan kita tidak sedar, dengan kelebihan ilmu yang ada pada mereka turut kita sama-sama merasainya.


...sesungguhnya orang yang berilmu itu akan dipohon keampunan untuknya oleh mereka yang dilangit dan mereka yang di bumi sehinggalah ikan-ikan di dalam air ikut memohon keampunan untuk orang yang berilmu. Dan kelebihan orang yang berilmu ke atas ahli ibadah yang tiada berilmu seperti kelebihan bulan penuh purnama ke atas bintang-bintang yang lain. Sesungguhnya, ulama' itu adalah pewaris Nabi-nabi...

Riwayat Tarmizi


p/s- jangan berani mencabar dalam FB, satu dunia tahu,hehe

1 comment:

Anonymous said...

walau aku x suka ambik tahu pasal politik tapi aku xkan doakan kematian orang apatah lagi yang bergelar ulama...

pawana