Monday, May 03, 2010

Teruskan Berjuang~



...sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya.. Surah Fathir:43


Ayat di atas adalah terjemahan daripada surah Fathir: 43 yang menekankan kepada segala perancangan yang bersifat 'jahat' akhirnya akan menimpa orang yang melakukan rancangan itu sendiri. Bak kata pepatah orang Melayu, senjata makan tuan atau pelbagai lagi pepatah yang ada untuk menggambarkan situasi ini.


Realiti di bumi Malaysia kita seolah-olah sudah menunjukkan keadaan sebegini. Sudah berapa kali mereka yang merancang kepada kemusnahan dan kejahatan kepada seseorang sebenarnya Allah ta'ala sendiri membantu mereka untuk menghancurkan diri mereka sendiri.


Kenapa Mereka Ditentang?


Semuanya adalah kerana ada orang yang sudi dan ikhlas mahu membawa AGAMA ke depan. Waima ketika ini, saat yang diklafikasikan sebagai akhir zaman, orang yang membawa beragama ini ibarat orang yang ganjil. Tapi ganjilnya adalah sangat bernilai. Sabda Rasul SAW kita yang bermaksud:


"Islam itu bermula dalam keadaan ganjil, dan ia akan menjadi ganjil sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah mereka yang ganjil. Mereka (yang ganjil) itu ialah orang yang melakukan islah( pembaikan) ketika fasad(keburukan)nya manusia.."


Seolah-olah sudah menjadi aturan pada mereka yang mahu membawa agama, tentangan itu harus dilalui dengan penuh kesabaran. Ingat janji Allah akan segala janji syurgaNya pada mereka yang ikhlas membawa agama Allah ini ke depan.


Seperti yang saya kongsikan di atas tadi, letakkan keyakinan 100peratus dengan janji Allah bilamana mereka yang merancang kepada kejahatan untuk memusnahkan Agama Allah ini, pasti mereka juga akan menerima kesannya. Disamping kita selaku muslim tidak pula hanya sekadar berdoa tapi perlu juga berusaha dengan cara yang lain untuk menanganinya.


Kesimpulan

Saya sendiri tidak sehebat mereka yang mampu berjuang saat ini, ketika ini yang sanggup mengorbankan harta benda, masa mereka, komitmen mereka pada yang lain semata-mata untuk membawa agama. Cuma, kita seorang bernama muslim tidak boleh untuk berdiam diri semata.

Apa guna ada kaki dan tangan kalau tidak digunakan untuk jalan Allah. Apa guna ada telinga dan mulut serta akal fikiran, kalau tak mampu sumbangkan kepada agama. Apa guna ada badan yang besar( saya la tu,hehe) tapi beraksi semacam badan yang kecil? Sama-sama fikirkan..


p/s- semacam format buku tazkirah di Falahiah je ni,tazkirah 3 minit,hehe..

No comments: