Monday, September 22, 2008

Jangan Undur Untuk Terus Berusaha

Teet...Teet...teet..

Bunyi mesej masuk. Bunyi pun macam sudah tidak berapa indah. Ringkas. Mesej masuk dari seorang pelajar mukmin untuk bertanya bahagian mana yang masuk peperiksaan esok.

Masuk kali ini, sudah lima mesej pesanan ringkas masuk ke dalam kantung inbox telefon mukmin. Kandungan yang sama. Meminta untuk beritahu soalan peperiksaan masuk yang mana dan bab mana. Bukan tidak mahu berkongsi tapi sudah diberitahu sebelum ini. Cuma kali ini mahu lebih rasanya..

Tolong..

"Tolongla encik..saya baca tak tahu apa..banyak sangat. Tolong la encik beritahu masuk yang mana. Encik beritahu esei pun cukup dah....," ayat di dalam mesej berbicara. Kadang-kadang terkedu bila baca mesej ini. Sekali fikir hendak je beritahu masuk yang mana tapi apa kan daya satu pun mukmin tidak tahu.


Mukmin terus sahaja balas mesej kalian.


"Salam untuk anak muridku...bukan tak mahu kongsi dan beritahu masuk bahagian mana cuma saya sendiri pun tidak tahu secara spesifiknya. Ikut sahaja apa yang saya beritahu sebelum ini. Baca bab-bab akhir dengan harapan dapat masuk struktur dan esei. Akhirnya saya harap tolong jangan undur untuk terus berusaha baik-baik, dengan sungguh-sungguh..ingat harapan mak ayah dan sasaran kita belajar kat sini.." cukup-cukup tiga pages mesej ku taip. Sambil hendak simpan kredit,hehe..



Sasaran kena betul

Harapan Tinggi

Insyaallah mukmin doakan dapat buat yang paling baik dan mencapai apa yang disasarkan dalam peperiksaan nanti. Sudah hampir dua minggu peperiksaan bermula. Esok kertas yang mukmin ajar akan mula bersidang.

p/s- kalau ramai yang lulus, hajat hendak je belanja anak-anak murid ni..

2 comments:

hambaNya said...

Assalamu'alaikum mukmin..emm nampaknye anak2 murid mukmin ni nervous tu..xpe normal tu saat2 nak hadapi xm (^_^)..sy pun doakan anak2 murid mukmin berjaya dengan cemerlang..InsyaAllah kalau pendidiknya mendoakan kejayaan anak2 muridnya..InsyaAllah mrk pasti berjaya(^_^)..Ingat ye adik2 selain minta tips, minta cikgu doakan juga ye(^_^)Kepada sume anak2 murid mukmin..BI TAUFIQ WA NAJAH FI IMTIHAN (^_^) (p/s kalau sy berjaya dgn cmrlg..mukmin belanja mkn juga ke? hehe..gurau2)

saffmukmin said...

ari ni ade lg nervousnya..xnk dtg exam..bg alasan gastrik..tp xpe..berjaya dipulihkan,hehe..doa itu penting tapi usaha tak kurang juga pentingnya..