Thursday, September 18, 2008

Silap Itu Mudah

Teringat masa kecil-kecil dulu, selalu kena marah dengan mak. Marah kerana kesilapan yang sentiasa dilakukan. Marah kerana suruh yang lain buat yang lain. Marah kerana selalu ikut abang-abang buat kerja yang tidak sepatutnya. Tiga orang abang yang sememangnya nakal sejak kecil lagi. Siapa yang tak mahu ikut abang kalau abang ajak. Pernah sekali balik lambat waktu petang hinggakan semua kena 'kurung' di luar rumah sampai keesokkannya. Kesilapannya mudah sebab mak sudah pesan balik sebelum jam 7 malam. Tapi kami balik selepas dari waktu itu. Nasib aku terlepas sebab masa itu kecil lagi,hehe..


Belakang dari kanan ke kiri:

Abang sulung(berbaju kuning) hingga Aku yang keempat


Sekolah

Tiga kali peperiksaan besar yang dihadapi dalam hidup aku bermula dari UPSR, PMR dan SPM semuanya aku rasa kesilapan mudah aku menyebabkan tidak mencapai apa yang ditarget. Selalu sahaja kesilapan dilakukan. Bila kesilapan senang dilakukan masih lagi tidak ambil pengajarannya. Perumpamaan yang biasa kita dengar bila satu titik hitam dititik pada satu kertas putih maka satu titik hitam itulah sepatutnya senang dilihat. Titik inilah yang senang dinilai. Tetapi kenapa aku masih lagi kurang ambil pengajarannya...


Sekarang

Bila sudah kerja, memang kesilapan mudah akan berlaku sekiranya itu kerja pertama seseorang. Memang tidak dapat dielak kecil atau besar kesilapan itu. Waima kita sudah buat banyak kerja yang disuruh tetapi sekiranya ada satu atau dua kesilapan maka kesilapan inilah yang akan jadi buah mulut orang. Kesilapan yang mudah ini mungkin akan bagi kesan kepada kerja seseorang. Gajah di depan mata tiada pula nampak tetapi nyamuk yang terbang sekelilingnya pula dirakus.


Satu sudut di tempat kerja


Insyaallah mungkin ini sedikit rintihan dari hati yang dalam. Betapa tidak mahu diri ini sentiasa diselubungi kesilapan yang mudah. Kesilapan mungkin boleh jadi kelebihan sekiranya ditangani dengan baik. Mungkin ini adalah satu tanda untuk sentiasa muhasabah diri.


"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya"

(Al-Baqarah:216)

p/s-maaf juga atas kesilapan mudah dalam mencoret nukilan di dalam saffmukmin ini.

2 comments:

hambaNya said...

Assalamu'alaikum mukmin..mmg x dinafikan semua org pernah melakukan kesilapan..sy pun sll & sering melakukan kesilapan..sama ada sedar ataupun x..bak kate mukmin td sbg muhasabah utk kt agar terus berusaha memperbaiki diri...tp bila kt fikirkan..x ada yg lebih Pengasih, Penyayang dan lebih Pemaaf dari Allah SWT..diwaktu ini kt merasa nikmat berada di dalam rahamt & kasih sygNya...walau sebanyak mane kesilapan n dosa yg kt lakukan Dia tetap menunggu hamba2Nya utk kembali kpdNya walaupun kesilapan yg sama & berulang2 kali dilakukan...Betapa Pengasih & Penyayangnya Allah (^_^)

saffmukmin said...

silap yang mudah kdg2 rs mcm berdosa dgn diri..berulang kali tapi msh xatasinya..insyaallah...