Friday, September 04, 2009

Inni Sooi'imm!!!

Minggu lepas, saya sempat balik ke Kelantan a.k.a my hometown setelah dua minggu berada di Terengganu. Dalam kesempatan mengambil cuti sempena Merdeka, dan paling penting mahu menyambut Ramadhan bersama keluarga, perasaan ini begitu gembira.

Berpuasa di rumah dan di halaman sendiri memang berbeza jika mahu dibandingkan berpuasa di mana-mana selainnya. Saya rasa semua orang setuju kan? Kalau yang berada jaaauuuhhhhh dari Malaysia lagi la kan (sabar-sabar,hehe...). Namun, begitulah Ramadhan sepatutnya mengajar kita sabar dan juga boleh TAHAN marah.


MARAH

Saya memang mewarisi juga serba sedikit perangai marah dari sebelah mana saya tak tahu. Tapi macam saya tuliskan sebelum ini, saya bisa marah kalau bila keadaan itu memang betul-betul memaksa saya menjadi begitu.


Abang kedua saya, Fais memang seorang lagi anak En.Mohd Noor yang mewarisi perangai macam ni. Tapi dia pun sama, garang-garang bertempat juga la,hehe..Tapi hati baiiiikk wooo....Dia lah antara anak yang mak saya sayang sangat,hehe..


Dan juga, cucu pertama mak dan abah saya datang dari abang yang ini. Lagi la dia sayang kat cucunya. Tapi jangan marah abang-abangku yang lain ye. Mak pun sayang juga kamu,hehe..


abang Fais bersama Aisya dan Amir

Eh apa ni..lari topik pula,huhu. Sebenarnya saya mahu beritahu saya ini ada juga perangai marah yang bengang juga la. Tak sempat mahu tekan butang PAUSE bak kata Saifulislam kali ini. Lagi-lagi Ramadhan sepatutnya mengajar kita begitu..Allah akbar!!!


MARAH + LAPAR....

Sempat berbuka di Kelantan, saya bersama 3 orang lagi kawan mengambil keptusan mahu berbuka bersama. Dan tempat yang dipilih adalah satu restoran ala-ala Arab di sini. Namanya......(takpe laarr...,nanti tak best pula beritahu,huhu). Tapi mahu dijadikan cerita, kami datang rasanya dah awal la (baca=6.50pm) sebelum berbuka. Kami dengan tanpa segan silu menempah la menu yang best-best orang puteh kata. Nasi nama apa kami tak ingat dan dicampur dengan ayam madu (perggghhhh....), memang betul merangsang pembentukan air liur kami yang sememangnya sudah ada di kalenjar-kalenjar air liur ini.


Ditambah dengan air koktail Tarbush (alamak terrberitahu pula nama kedai,hehe) memang kami dengan tak sabarnya mahu makan dengan tanpa sedar diri waktu berbuka nanti(masyAllah,huhu..)


Tunggu punya tunggu,jam sudah hampir sangat dengan waktu berbuka. Satu-satu makanan sampai kepada orang yang sudah membuat tempahan awal. Kami boleh terima ia sebab memang nampak mereka sudah tempah awal. Bilangan mereka lagi ramai daripada kami. Kami berempat je.

Akhirnya datang la air yang dipesan tadi bersama kurma. Alhamdulillah....lega rasanya. Maksudnya makanan kami pun dah tak lama nak sampai la..




sepatutnya beginila kot makanan kami,huhu..

MAAFKAN KAMI..

Tunggu punya tunggu, azan berbuka dialunkan dengan begitu indah di radio Manis FM. Kami berbuka masa itu sudah dengan muka bengis la (makanan tak sampai lagiii....!!!). Nasib baik ada kurma dengan air koktail itu. Boleh hilang la sedikit keresahan ini,hehe..Dalam 7.45 pm (selepas 30 minit berbuka) datang la godek-godek adik seorang ini mahu memberitahu..


" Abang, ayam kami sudah habis. Ada daging kambing je. Nanti kami bawa nasi tadi dengan daging kambing ye," dengan selamba mukanya memberitahu.

Buuuuuuuusssssshhhhh......................booooommmmmmmmmmmmmm....gedebooooommmmmmmmmmmmmm..................
(rasa meletup gunung berapi dalam badan kami ini dengan kata-kata adik ini,hehe)

Bukan apa, sebab kami tengok orang sekitar kami yang datang lambat dan buat tempahan lagi lewat daripada kami pun dapat apa yang ditempahnya. Tiba turn kami boleh pula jadi macam ni. Daging kambing memang kami tak makan, disebabkan sebab-sebab tertentu. Memang betul-betul marah ini.

" Tok payoh la dik. Aku kenye doh minum air," kawan saya yang sorang lagi menjawab adik tadi.

" Sama la. Batalkan sume tempehe tadi. Kenye jugok doh aku ni. Nok gi semaye pulok," saya pula menambah perisa marah yang dicampur dengan lapar(dah la ada gastrik saya ini,huhu..)

Kesian juga tengok muka adik tadi. Dah la dengan muka kawan saya dan saya ni memang ala-ala tak makan dua hari kot,hehe..lagi la dia nampak takut. Kami bayar apa yang kami makan dan terus pergi solat Maghrib berdekatan.

.........

“Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa”


Hadis ini benar-benar mendiamkan saya ketika saya membacanya di blog Dr Ummi tempoh hari. Betapa saya tidak pandai dan tidak ingat ketika saat marah menular dalam diri. Syaitan besar-besar sudah dugari, apa lagi yang mendorong saya jadi begitu...


YA Allah..ampunkan dosa ini. Nampaknya jika pulang ke Kelantan nanti kami kena minta maaf dengan adik tadi. Itu pun kalau adik yang melayan kami masih lagi bekerja di situ. Kerana dia pun beritahu kami baru sebulan dia bekerja di situ,huhu...


Maaflkan kami....

p/s-Inni Sooi'imm!!!

1 comment:

Malwana said...

Assalamualaikum..

cik we, hari ini, ketika saya menerima short system messaging a.k.a sms oleh cik we, iaitu bertarikh 1hb 10 2009 pada 8:16pm, saya sedang mengalami keadaan sama oleh cik we..tu yang teringat kat post yang ini.. begini ceritanya:

saya kuar makan dengan u-know-who kat kota bharu, oleh kerana masih kenyang dan hanya ingin menemaninya, saya hanya mengorder nasi putih dan telur mata kerbau, manakala yang ditemani ingin melepaskan rindu terhadap mee kuay teuw basah.. dan selepas 10 minit sampailah m.k.t beliau.. manakala saya hanya meneguk air neslo beng selama 48minit dan lebih kurang 45saat untuk menjadi berang dan mengangkat tangan, memberi isyarat kepada waiter, yang mana hipotesis saya betul, beliau masih belum membuatnya..

saya tidak marah dan masih menunggu..akhirnya selepas 1 jam, saya give up dan menuju ke kaunter untuk pembayaran,,dan ayat oleh waiter tadi ini memberangsangkan segala urat2 saraf saya untuk kembang kuncup menahan marah..

semua yang abg order tadi dah sampai ke belum?

dengan nada selamba..

saya teramat marah namun bila terkenang balik posting cik we dan mesej yg cik we hantar, sekuntum senyuman terukir dan apa yang penting, saya hanya terpikirkan ilmu yang cik we telah sampaikan kepada saya tanpa sedar melalui posting ini,, terima kasih cik we, halalkan segala ilmu yang cik we turunkan, sedar atau tidak.. ^^

assalamualaikum..