Thursday, July 24, 2008

Sebelum Bertindak,Tetapkan Perancangan

"Farid, macam mana soalan kita hari ni, sempat siap ke tidak ni," sapa Mukmin pada kawan sepejabat. Sapaan tadi dijawab dengan gerakan bahu semata. Maksudnya mungkin tak sempat siap hari ini. Beginilah suasana dan keadaan dalam dua tiga hari di tempat Mukmin mencari rezeki. Hendak dikatakan sibuk, ramai lagi orang atas muka bumi Tuhan ini sibuk. Hendak kata masa tidak cukup, rasa-rasanya semua kita ada masa yang sama sahaja.

"Pengumuman buat semua tenaga pengajar, sebelum petang nanti kamu semua mesti siapkan juga soalan yang diminta. Tidak ada kompromi dalam hal ini dan sekiranya tidak dapat siap akan ada manifestasi untuk kerja-kerja lain," tegas ketua program Mukmin. Mendengar kali ini, Mukmin dan Farid lagi menelan rasa air liur. Pahit pun terpaksa ditelan,kesian...

Mukmin terpaksa menyiapkannya dengan semampu mungkin. Tiada sebab untuk tidak hantar. Begitulah hakikat yang terpaksa di hadapi. Hendak dikisahkan, arahan sudah dikeluarkan hampir dua minggu yang lalu. Jadi, sekiranya terpaksa untuk menyiapkannya petang ini juga sememangnya adalah kesan dari silap dan salah dari Mukmin sendiri.

Perancangan?

Hampir dikatakan setiap kerja yang Mukmin lakukan sekarang adalah berlainan dengan sikap dan sifat Mukmin semasa belajar dulu-dulu. Dulu tidaklah sesempurna sangat tetapi ada juga perancangannya. Namun sejak memulakan kerja seolah-olah Mukmin mengharapkan perancangan datang semasa sedang melaksanakan kerja ini.

Too bad for the muslim if they cannot provide their own management for what they doing. Teringat kata-kata seorang ustaz di tempat Mukmin kerja. Tertusuk di sanubari. Dahulu selalu Mukmin ingatkan kawan-kawan, kawan- kawan ingatkan Mukmin bahawasanya di dalam membuat kerja tetapkan perancangan. Sekarang lain pula jadinya. Bimbang diri ini dimurkai Allah sebagaimana di dalam maksud kata-kata Allah ini.


"Amat besar kemurkaan di sisi Allah pada mereka yang berkata tetapi tidak melakukannya"
Surah As-saff:3
Ya,perancangan.

Setelah melihat maksud ayat di atas sememangnya perlu untuk Mukmin kembali pada keadaan asal. Tetapkan perancangan dan segera bertindak dalam merealisasikan kualiti dan kuantiti kerja. Tiada kompromi. Tiada alasan. Semoga Allah sentiasa berikan kekuatan kepada diri ini.

*tepat jam 530 PM, Mukmin sempat hantar jua akhirnya untuk segala yang dipinta. Syukur pada Allah.










2 comments:

hambaNya said...

emm..betul tu..perancangan amat penting..kdg2 mase terbuang sbb xde perancangan..ade perancangan pun sbb x bertegas dgn diri sendiri sia2 shj perancgan trsebut..syukran..dgn firman Allah td menyedarkan diri dr lena..kdg2 terlalu byk berkata2 smpai ape yg dikatakan byk yg ditinggalkan..smga diri sentiasa diberi peringatan...alfu mabruk..teruskan menulis (^_^)

saffmukmin said...

begitulah kehidupan kita..mgkn dalam kampus kita berdegar2 kata mcm itu dan mcm ini..bl kt sendiri kelau ke medan sbnr...kdg2 lupa apa yang pernah diucapkan..muhasabah untuk diri sendiri..(^_^)