Saturday, July 26, 2008

Nikmatnya Ada Kawan

“Sedih hati ini bila memikirkan. Pejam celik dah nak habis kita rupanya. Baru je nak kenal antara satu sama lain,” kata Amili kepada kami masa matrik dulu. Nasib kami baik. Kami semua berasal dari negeri yang sama, negeri yang masih setia dan komited untuk Membangun Bersama Ad-Din, dengan harapan bila masing-masing sudah balik dapat jumpa di negeri sendiri nanti. Namun bila usia bertambah seiring masa hampir 4 tahun sudah tak jumpa. Kalau jumpa pun ada la seorang dua. Tidak tahu kenapa tapi itulah hakikatnya.

Belajar sekali, main petang pun sekali. Kadang-kadang hampir tak pergi ke kuliah sekali. Satu pengalaman yang sukar dilupakan. Setahun seolah rasa sekejap. Tambahan lagi dengan pensyarah yang semuanya baik-baik. Kehidupan di matrik boleh dikatakan amat seronok.

Tapi itu semua dulu-dulu. Kawan ada yang pergi dan datang. Selagi mana mereka sanggup untuk berkawan, selagi itulah Mukmin sudi berkawan. Tidak ada langsung niat untuk melupakan kawan namun dengan keterbatasan masa, ruang dan sebagainya menyebabkan kami semua jarang berhubung. Kenangan akan sentiasa menjadi kenangan.



Kawan?

Kawan ada macam jenis kawan. Kata orang, ada dua jenis kawan yang utama. Kawan waktu senang dan kawan pada waktu senang dan susah. Sukar untuk menilainya kalau tidak kena gaya. Tapi senang untuk menilai kalau kena masanya.

Kini hampir dua bulan meninggalkan kawan dari IPTA setelah 4 tahun belajar bersama. Yang matrik masih lagi tak hilang sedihnya ditambah lagi dengan kawan IPTA. Sedih bila ingin meninggalkan semua. Kali ini tak dapat digambarkan dengan kata-kata waima dengan riak muka. Hingga sekarang terasa kekosongan diri bila tidak ada kawan di sisi.



Insyaallah Kita Jumpa Lagi

Begitulah sentiasa harapannya. Tidak pernah hilang. Malah semua pun macam itu. Siapa tak nak jumpa kawan yang sudah lama tak jumpa. Kerana pasti itulah Nikmatnya Ada Kawan!!

Salam rindu buat kawan semua..

2 comments:

hambaNya said...

Assalamu'alaikum mukmin (^_^), Alhamdulillah ni comment 1 slps lame x dpt on9..hehe..mmg betul berkwn mmg penting..krn kwn kt x kesunyian..krn kwn kt gembira & krn kwn juga kt bersedih..krn kwn juga membentuk peribadi..adat pertemuan semestinya diiringi dgn perpisahan..utk mnjd kwn & shbt yg baik biarlah persahabatan yg terbina kekal dan memandu ke arah mncari syurgaNya(wlaupun x bersua tp doa kt ttp mengiringi mrk)(^_^) dlm brkwn juga pntgnya kt mengamalkan salah satu '7 habits' yg ditulis oleh Stephen Covey ni..habit no5 'seek 1st to understand than to understood'..betapa pentingnya nilai kt memahami org lain sblm kt meminta utk diri kt difahami..emm..agak berat tu..tp panduan ni InsyaAllah sedikit sbyk dpt mmbantu kt dlm bersabar berhadapan dgn teman2 kt..peringatan utk hamba juga..hehe..mcm tulis lg pjg je drp mukmin..hehe...minta maaf tulis byk sgt (^_^)(p/s hehe..mukmin pernah ponteng kuliah ye (^_^))

saffmukmin said...

btl2..kawan mmg sgt perlu dan penting..pernah la ms bljr kat mtrk.kat U pun pernah jg..hehe