Tuesday, June 09, 2009

Tahniah~Dakwah Diteruskan

Dalam beberapa hari yang lepas dan juga hari ini, petikan Tuan Guru Hj Abd Hadi dalam ucapan dasarnya dalam Muktamar ke-55 sekali lagi dijadikan highlight yang sangat besar dalam dada akhbar media massa pihak sebelah sana. Isunya bukan tidak boleh dilaporkan dalam berita sebegitu rupa namun selalu sahaja perkara yang sebenarnya satu idea dan pandangan awal serta hanya salah satu isi yang kecil dalam teks ucapan dasarnya untuk membentuk kerajaan perpaduan, tapi diperbesarkan mereka.


Tapi tidak mengapa lah kerana kita tidak boleh melatah dengan isu-isu kecil begini. Yang penting, jangan lupa pula apa yang sepatutnya kita highlight kan dalam ucapan dasar ini iaitu ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN. Terlalu banyak yang harus kita halusi ucapan ini. Anda semua boleh melihat dan membacanya di sini. Ayuh, ISLAM sememangnya memimpin perubahan. Maka, selarilah prinsip kita selama ini, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.



Tahniah!!!




saff kepimpinan baru



Saya mahu kalungkan sebanyak mungkin tahniah kepada saff kepimpinan baru. Tiada harapan yang lagi besar yang mahu disandarkan. Cuma mahu untuk melihat ISLAM benar-benar MEMIMPIN PERUBAHAN di Malaysia nanti di dalam menuju 50 tahun yang akan datang menurut cara yang sepatutnya.


Malah, satu perkara yang dititik beratkan oleh salah seorang wakil dari Kedah yang membahas tentang ucapan dasar ini. Iaitu beliau menegaskan ayuh lah kita terus merapatkan saff perjuangan dengan memahami konsep wala' dan juga taat pada pimpinan. Maka nanti, barulah kita boleh melihat ISLAM benar-benar boleh MEMIMPIN PERUBAHAN!!



Tahniah juga..


Beberapa minggu lepas, saya sempat juga bersama sahabat-sahabiah ke satu perkampungan orang asli di Bera dengan mengikuti bersama pasukan Islamic Outreach Abim (IOA) yang diketuai kali ini oleh Tn Hj. Arrifin.



Tn Hj Ariffin


Tiada kata lain yang mahu digambarkan iaitu betapa banyak lagi usaha yang boleh dilakukan dalam membawa ISLAM memimpin perubahan disini. Betapa golongan pendakyah Kristian terus menerus turun ke sini, namun dengan kita yang hanya tiga kali dalam setahun??


Namun sekalung tahniah juga pada mereka yang sanggup pergi ke sana. Bakal-bakal Doktor yang akan bertugas awal Julai nanti serta saya yang non medical doctor turut serta merasakan amat bertuah dapat bersama mereka di perkampungan orang asli.


Dalam kepala saya semasa belum sampai ke sana, ikhlas saya beritahu. Seolah-olah nanti kami akan pergi dan ziarah dari rumah ke rumah. Bagi salam dan beri sedikit tazkirah. Dan mereka akan sama-sama mendengar. Kita gembira. Kita senang hati. Tambahan lagi, kita buat program solat dan ajar mereka solat. Kita perkemaskan bacaan Quran mereka. Dan macam-macam lagi..


Namun semuanya silap!!!



Silap kita..



Apabila sampai di sana, sememangnya semua bukan apa yang terfikir dalam fikiran saya. Jadi apa yang dibuat oleh kami disana? Senang sahaja. Method dakwah terus 100% diubah kerana kali terakhir datang adalah pada tahun lepas barangkali. Mungkin ada yang masih mereka ingat lagi dan juga tidak.


Cara senang dibuat. Makan-makan, sukaneka, bagi hadiah dan makan-makan lagi. Makan dan terus makan. Dan mereka dikumpulkan pada satu dewan yang dibuat khas oleh IOA untuk orang asli di sini. Dengan niat mereka semua dapat datang berkumpul di dewan ini dan kami dapat ajar mereka secara tidak langsung seperti berdoa sebelum makan dan lain-lain.




jom sumpit,hehe


Dulu pernah juga buat projek tahun akhir pasal orang asli. Kajian dibuat untuk melihat penanda mikrosatelit ataupun Short Tandem Repeat (STR) pada kaum Mendriq, Jahai dan juga Bateq . STR ialah satu unit di dalam DeoxyRibonucleic Acid (DNA) yang juga boleh menentukan asal usul orang asli dengan menggunakan kajian biostatistik. Namun yang saya pergi kali ini amat berbeza. Paling terkejut, kami dinasihatkan tidak boleh langsung sebut tentang Islam secara langsung. Alhamdulillah, di perkampungan ini ada juga 3 orang muslim. Dan yang penting, tok batin nya perempuan dan juga muslim.


Tok Batin, Kak Jun


Alhamdulillah juga, perjalanan kami selamat sampai ke rumah masing-masing setelah selesai program ini. Dan masing-masing saya merasakan terus berfikir adakah kami akan dapat datang lagi ke sini. Jika tak dapat datang lagi, itulah silap kita..(Ayuh tekadkan niat!!)


Silap yang terus menjadikan mereka bukan tidak dapat kenal islam yang indah ini, namun jauh sekali untuk mereka melihat ISLAM boleh memimpin mereka. Ada juga pernah memberitahu kita apakah signifikan mahu dakwah orang asli? Bukan ada kesan pun pada Islam di Malaysia?




last sebelum balik


Kita silap. Ketika Nabi Muhammad ke Taif, Nabi kita tidak berfikiran sebegitu ketika Malaikat ingin memusnahkan perkampungan mereka setelah mereka membaling dan melontarkan batu kepada Nabi untuk memberi tanda bahawa mereka menolak dakwah Nabi. Namun, Nabi kita bersikap optimis dengan mengatakan generasi mereka akan datang yang akan lahir dari dakwah yang berterusan akan memartabatkan Islam pada satu masa nanti dan ia memang terbukti. Begitu juga dengan orang asli ini. Tidak pelik satu masa nanti pimpinan KITA adalah daripada kalangan mereka yang lagi tawadhu' padaNya..Insyaallah.



Akhirnya



Temanya satu. Islam harus disebarkan. Harus digerakkan dakwahnya. Biarpun kita dalam lapangan politik, atau mana-mana lapangan jangan pula kita lupakan mereka yang jauh di sana. Dan paling penting, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak serta mereka di sekeliling kita, jangan juga kita lupa untuk mengajak mereka berdakwah bersama..



insyaallah jumpa lagi!!



p/s-Tahniah dan salam dakwah

7 comments:

tronx013 said...

salam,

Rujuk Gambar- Tok batin,kak jun- tok batin tu yang laki kat sebelah kanan tu atau yang perempuan tu?? heheh
.. wah bestnye... berdakwah dengan cara yang simple.. matlamat tercapai dan orang mudah terima.. teruskan mempelajari dan mengajar..

p/s- award dah diambil..tgok la kat blog saya,siap letak dalam peti kaca lagi..ahhah :)

azhar mohamed said...

teruskan perjuangan anda wahai sahabat...

-"berjuang memang pahit,kerana syurga itu manis!"

saffmukmin said...

tronx013:salam juga..
ooo,ye ke,hehe..xpe.namanya kak jun, insyaallah dia akan pakai tudung sokmo2..:)

mmg best, tp kena perhalusi lg usaha utk memaintainkan dakwah trhdp mereka..

saffmukmin said...

ja'a: masih lagi ku teringt saat kt berkenalan.baru je lagi rasanya..

benar kerana bukan sedikit mahar yang perlu dibayar dan bukan sedkit pedih yang ditanggung..

untuk mendapatkan syurga yang manis ini..

jazzakallah sahabat!!!

hambaNya said...

Assalamu'alaikum Mukmin,

sgt seronok ada pengalaman sebegini..meyumpit pun seperti seronok juga (^_^)

Menyumpit untuk mencapai matlamat yang satu! Supaya Islam tertegak di muka bumi ini! ONE Ummah!! (^_^)

saffmukmin said...

hambaNya:wa'alaikummussalam hambaNya,

alhamdlh, ada juga seronoknya allah bg kesmptn ada pengalaman begini..lg2 meyumpit sbb pertama kali cb,hehe

'Menyumpit untuk mencapai matlamat yang satu! Supaya Islam tertegak di muka bumi ini! ONE Ummah!! (^_^)'

suka dgn ayat ini..

azhar mohamed said...

betui2 best ayat tu...huhu