Thursday, June 18, 2009

~Jagalah Adabnya~

" Kita harus mengambil teladan di dalam solat yang menitik beratkan soal kepimpinan yang jelas dan nyata. Bermula dari Tok Imam solat mengangkat takbir sehinggalah diberi salam pertama, kita 100 peratus harus mengikut imam tanpa terlewat dan juga terkehadapan sedikit pun. Namun, walaupun 100 peratus kita harus mengikut imam tetapi sekiranya imam solat ada tersilap ataupun membuat kesilapan kita diharuskan untuk menegur dengan memberi ucapan Subhanallah. Tapi kena ingat, walaupun perlu diucapkan Subhanallah ia bukan untuk berniat menegur semata, namun harus diniatkan untuk memuji Allah juga dengan ucapan begitu.


Ada juga yang boleh kita mufaraqah sekiranya benar Imam solat itu salah rukun solatnya kerana ia bersifat wajib. Dan juga kerana kita tahu ia benar-benar salah yakni melanggar rukun solat yang boleh membawa kepada batalnya solat kita," abang Naqib berbicara.


Saya teringat kata-kata ini semasa di dalam bengkel solat semasa saya di dalam tingkatan satu dahulu. 2 tahun kemudian, saya pula menggunakan ayat ini untuk adik-adik usrah saya di dalam kumpulan saya tingkatan satu masa tahun 2000.




old skol punya gambar,hehe


Satu pengajaran besar yang saya mahu ambil adalah tentang seni dan adab di dalam kepimpinan. Solat telah mengajar kita. Berpolitik lebih lagi di ajar di dalam solat. Dari mengikut pimpinan, adab menegur pimpinan, adab meraikan Imam sekiranya ada membuat kesilapan dengan mengucapkan Subhanallah dan pelbagai lagi.


Ini juga adab yang mahu Allah tunjukkan kepada kita tentang menegur pimpinan kita. Boleh menegur tetapi haruslah dalam kondisi yang akan menimbulkan lagi rasa tanggunjawab dan juga rasa untuk memperbaiki diri. Bukan menegur untuk terus menjatuhkan seseorang.


Ketua


Cakap pasal ketua, dalam tahun akhir di sekolah saya teringat kisah seorang ketua kelas saya. Saya beri kan dia nama Fakhri (bukan nama sebenar). Selalu ada antara kami yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan dan keskemaannya dengan cuba memonteng kelas, datang lambat dan juga tidak pernah mahu dengar apa arahan dan juga perintah dia selaku Ketua Kelas. Sehinggakan dia sendiri pernah merasakan apa gunanya menjadi Ketua Kelas.


Saya masih ingat lagi semasa tahun akhir saya di sekolah ini, itu adalah tahun Piala Dunia 2002. Dan malam itu malam perlawanan akhir Bola Sepak antara Brazil dan juga pasukan Jerman. Malam itu juga kami sepatutnya ada kelas tambahan dengan cikgu dari luar sekolah kami. Dan yang sedihnya, hanya 5 orang sahaja yang hadir dari 25 orang pelajar dalam kelas kami. Dan yang teruk kena marah dan disindir oleh cikgu itu adalah Ketua Kelas kami. Kesian-kesian...



aduhh.....


Akhirnya ada antara kami mahu memberikan semangat padanya. Aduh, kesian juga fikirkan padanya sebab kami ini terlalu mengambil kesempatan. Namun kami silap. Setelah apa yang berlaku, dia memang betul-betul bangkit. Dan akhirnya dia berjaya menjadi Ketua yang kami kagumi dan sayangi. Sampai sekarang, sebut je nama dia mesti senang kami mahu ingat kerana tugas dan kerjanya itu. Bagus ketua!!!! hehehe..


Kampus

Lain pula di kampus. Semasa di kampus juga kami pernah alami keadaan begini. Pernah ada rasa tidak berpuas hati dari kalangan kami anak-anak muda ini terhadap pimpinan kami. Maklum lah orang-orang muda,hehe..




pemberontak (bukan semua),hehe...


Tapi akhirnya kami ditegur dengan penuh berhikmah dan menyatakan kenapa harus dibuat begitu dan begini. Alhamdulillah, kami akur dengan apa yang tidak sepatutnya kami berbuat sebegitu. Macam-macam!!!!huhu..



Akhlaknya


Semasa di dalam hal yang berlaku sekarang, dari Unity Goverment sehingga lah apa lagi nanti yang akan mucul, adab menjadi seorang ahli dan juga adab mengikut pimpinan harus kita dahulukan. Menegur tiada salah namun harus melihat kondisi yang baik. Memberi komentar untuk menjernihkannya tiada salah namun harus diingat kita sudah menjadi sasaran media. Dengan berkata sesuatu yang nampak baik untuk kita namun boleh diputar oleh pihak media sana yang menampakkan ia tidak baik.


Saya terkejut dengan amarahnya Tuan Guru Nik Aziz semalam kepada Ustaz Nasahrudin Mat Isa tentang hal ini. Mesti ada sesuatu yang harus diperhalusi nanti terhadap teguran Mursyidul Am ini. Mereka pimpinan dengan Mursyidul Am ibarat datuk dan nenek. Mereka ada sesuatu yang harus di selesaikan dan kita anak dan cucu yang baik duduk senyap sahaja buat masa ini dan terus memerhati dan menanti sehingga ada mencapai keputusan yang sebenarnya dari mereka.



ingat....berjuang bukan main-main!!!!!


Insyaallah, apabila kita begini saya melihat Allah s.w.t mahu menguji kita. Sekiranya kita berjaya melepasi halangan sebegini, tidak pelik kita akan mengambil Malaysia PRU ke-13 nanti.



p/s-Insyaallah!!!!

4 comments:

Cik Awan Butirstar said...

GAMBAR ZAMAN MUDA..

tronx013 said...

salam,

mengimbau zaman silam,seolah menangisi masa itu diharap akan kembali..heheh

kerajaan perpaduan, dulu masa pertama kali terdengar, ingatkan UMNO yg cadangkan.. rupanya PAS..huh... macamana ek nasib parti masing-masing dan matlamat masing-masing? adakah akan tercapai?

Bagi saya, Tok Guru lebih memahami daripada kita akan sesuatu yg kita tak mampu fikirkan... dengarlah nasihatnya..

p/s- nak tanya, abang kenal Ustaz farid rashidi ke?? :)

saffmukmin said...

cik awan: yosss...emm!!!tringt jgk adik2 usrah..jmp sml 3 org jah..hok lain lostttt..huhu..

saffmukmin said...

Tronx013: maaf lmbt membalas,hehe..ada jg la mengimbau sbb kdg2 ada jg salahnya tindakan sms membuat kptsn ktk itu..tp apa2 pn, benda dh berlalu kan,huhu..

sbnrnya, bkn kerajaan perpaduan yg mjls Syura putuskan.cm mh berbincang mengenai Islam dan Melayu sahaja.mahu berbincang dr sudut Islam dan Melayu shj.ttp biasalah perangai NAFIQ mmg dh menular di klgn mereka dr org Alif Mim Nun Wau ini..last2 blh menukrkan ia kpd istilah kerajaan perpaduan. oleh sbb itu, muktamar di Selangor br2 ini tegas memberitahu jgn sbt lg ttg kerajaan perpaduan kerana ia mmg tdk pernah dipersetujui.cm yg TGHH sebut adalah ttg idea awal..benda kena bncg dl dlm syura lg.br boleh kt memwar2kan mepada media.apa2pn, ianya sume kembali kpd displin ahli dan pimpinan..ttg mtlmt mn tercapai, mudah shj.kalau kt buat kerja ikut hsl perbncgn dan prncgn sume, insyaallah sume mtlmt akan tercapai utk msg2..huhu.

TGNA hanya mengur dgn keadaan plg hikmah buat ms ini.stlh bbrp kali menegur dan dlm muktmar sebut lg.lps tu S/UA PAS pun kuar statement jgn lg sebut ttg ini.tgk2 ada jg yg sebut lps tu.jd TGNA cm mahu menegur agar tdk ia merebak dan mnunjukkan kt mmg dh masuk perangkap mereka..ketegasan itu penting jk ramai org xmh dgr lg..


p/s- xknl scr REALITI..ttp knl melalui alam MAYA. tp niat di hati mahu knl USTZ FAridRashidi ini scr REALITI.tp kenapa ye?hehe..