Sunday, April 17, 2011

Tahniah Untuk Yang Berjuang!!~

Saya selalu terfikir, kenapa Maharaja Lawak yang sedang ditayangkan di ASTRO sekarang ditayangkan serentak dengan rancangan hebatnya, Akademi Fantasia musim ke 9? Dan yang pasti, Imam Muda pun sebegitu. Kalau diikutkan, sepatutnya ASTRO mempunyai bilangan penonton yang ramai untuk Akademi Fantasia dan Maharaja Lawak, namun dengan situasi yang berlaku saya menyimpulkan satu perkara; ASTRO mengubah cara dan strategi pemasarannya.


Saya selalu memerhati strategi pemasaran atau dengan bahasa mudah bagaimana sesuatu syarikat atau organisasi berubah untuk menarik minat pelanggan atau pengguna untuk terus menggunakan khidmatnya. ASTRO benar rasa tertekan dengan cabarannya satu masa nanti seperti wujudnya UNIFi dan juga yang lain. Rancangan realiti menyanyi pun di TV3 sudah ada yang lebih baik. Dan nampaknya, Maharaja Lawak menjadi senjata terakhir. Diletakkan pula Maharaja Lawak di siaran berbayar tambahan di Astro Mestika, 131. Semuanya kerana mahu menarik pelanggan untuk terus melanggan khidmatnya..


Kekalahan di Sarawak


Amat menyedihkan diri sendiri kerana tidak dapat membantu mana yang perlu dalam sudut yang lebih dekat. Kekalahan Islam di Sarawak dengan data dan fakta yang dibentangkan menunjukkan sama ada Islam lebih diterima atau tidak menjadi isunya. Saya memikirkan, apa lagi yang kita boleh buat untuk menarik minat masyarakat dan pengguna untuk terus dekat dengan Islam?


Allah berpesan dalam kitabNya yang membawa maksud, " Mahukah kamu aku tunjukkan perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu hendak mengetahui hakikat yang sebenarnya.."



Ini juga satu perniagaan yang besar dari Allah dan ia diberikan tawaran khusus kepada mereka yang mahu. Mahu untuk selamat di dunia malah untuk selamat di akhirat. Jika ia perniagaan dalam bentuk yang di highlightkan (berjuang membela dan menegakkan agama Allah), pasti kita akan ada strategi untuk mendekatkan masyarakat yang belum Islam tertarik dengan Islam. Jika strategi yang boleh diambil dan dilihat dengan nada kesungguhan ASTRO, nada usaha dan kekreatifan mana-mana organisasi yang anda lihat dan perasan; mahu untuk terus survive dalam perniagaannya, kita juga sebagai pendakwah harus mengambil sisi yang baik itu. Memikirkan strategi yang berkesan dan sesuai serta sampai terus kepada masyarakat serta pengguna Islam nanti selagi tidak melanggari syariat Allah. Persoalannya, adakah tiada lagi strategi berkesan di Sarawak? Atau di Sabah sekalipun untuk kita membawa mesej Islam yang menarik dan benar-benar menyelamatkan ini?


Muhasabah dan muhaSARAWAK untuk saya!!


Akhlaknya..


Namun, saya terus mendoakan dan tetap yakin Islam akan dijulang di mana-mana. Namun ia juga harus disusuli dengan strategi dan perancangan tersusun atas usaha seorang manusia.Tahniah buat mereka yang terus berjuang semalam,hari ini dan selamanya.Semestinya ia lebih baik untuk kita berjuang kerana mengakkan nama Islam..~


p/s-apa tindakan dan strategi kita untuk menangkan Islam lagi?Jom ke Sabah dan Sarawak my dear!!!!

1 comment:

SyAuQiNa aR-RauZaH said...

terharu. . ad gak yg prihatin dgn negeri kelahiran sy. . selamat dtg ke sarawak nnt. . malu rsnya anak2 swak blm mmpu nk wujudkn suasana islam dsana. .