Saturday, October 02, 2010

Fitrah Kepada Asal~

Masjid Utama KMPk..tempat tarbiyyah kami dulu..



Seketika kalau kita terfikir, kenapa setiap kali kita pulang ke kampung, sama ada untuk beraya atau apa aktiviti sekali pun, kita akan merasa begitu gembira dan amat teruja. Begitulah fitrahnya kita manusia, apabila kembali kepada asalnya, yakni kepada tempat bermulanya kehidupannya dan takuk perubahan kehidupannya.


Proses pembelajaran saya di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng amat bermakna dalam takuk perubahan hidup saya. Hampir 7 tahun tidak ke sana; baru-baru ini Allah memberikan peluang kepada saya untuk ke sana dalam urusan rasmi. Alhamdulilah, kegembiraan itu tidak dapat saya gambarkan, namun jauh di dalam sudut hati saya, saya amat terkenangkan semuanya. Gembira, sedih, semuanya bercampur baur. Tapi masih dikedapkan dalam hati ini supaya kejantanan lelaki itu masih tetap ada,hehee..



bergambar di dewan kuliah zaman saya dulu..



Apa-apa pun ,Alhamdulillah kepada Allah kerana sudi memberikan saya peluang dan ruang ini. Semoga kelangsungan ini sentiasa dapat saya dan kami teruskan..di atas nama Alumni Jawatankuasa Pelajar 2003/2004..



Puan Roshidah-pegawai yang bertanggungjawab untuk JPP zaman kami dulu..



p/s-insyaallah, jumpa lagi KMPk!!

2 comments:

Hafiz Malek said...

wahhhh rindunyer kat KMPk
walau kampung halaman disana
mmg sukar untuk jejakkan kaki
bila lagi alumni mahu bersama lagi
rindu..tempat sinar ukwah Islam berputik dengan indah...

saffmukmin said...

betul.amat rindu,huhu.insyaallah,nnt saya akan khbrkan kalau bnr kt mahu trun ramai2,hehe.kt wat mkn2 sekali.